Wednesday, June 06, 2012

Pantun Karat Petang Rabu

Pahit Ubat Buah Pria
Pohon Saga Batu Bersurat
Berhikmah Kita Hidup Di Dunia
Agar Bahagia Hidup Di Akhirat

Petang Hari Panjat Kelapa
Anak Jiran Suka Bertanya
Kita Ini Tiada Apa Apa
Semuanya Allah Yang Punya

Emak Masak Tauhu Sumbat
Hati Gembira Lagi Ceria
Sambung Kerja Nabi Dan Para Sahabat
Usha Dakwah Ke Serata Dunia

Kolek Di Paya Sudah Terbalik
Pipit Terbang Basah Sayapnya
Sentiasa Kita Bersangka Baik
Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya

@@@

2 comments:

Cikli said...

Naik flight pergi ke Mekah
Flight delay sampai 3 jam
Hendaklah kita banyakkan bersedekah
Supaya hidup tidak kejam

School Of Tots said...

TQ Cikli Kerana Prihatin
Pelajar Unisel Kena Gantung PTPTN
Orang Kejam Hidup Tak Aman
Pakat2 Doa Supaya Dapat Pedoman.

DOA SELEPAS SOLAT

DOA 4 PERKARA Ustaz adi hidayat (UAH) menyatakan doa yang memohon 4 hal di mana doa ini termaktub dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatk...