CLICK n GO

Wednesday, October 26, 2016

Aku Masih Karkun


Saya di takdirkan Allah keluar 3 hari di jalan Allah untuk skali lagi belajar2 menghidupkan sunnah Rasulullah dan islah diri demi mencari tenang dan damai di hati. Setelah kali terakhir berbuat begitu kira2 4 tahun 7 bulan yg lalu, masyaAllah. 

Berpeluang dan di pilih Allah untuk keluar 3 hari d kg felda fasa 1 sg buaya utk blajar hidupkan sunnah nabi sebagaimana amalan para sahabat yang merangkumi 6 area utama:

1. Hakikat kalimah toyyiba
2. Hakikat solat yg khusyuk 
3. Hakikat ilmu dan zikir
4. Hakikat ikram muslimin
5. Hakikat ikhlas niat
6. Dakwah dan tabligh

Selama 3 hari ini saya bersama 11 teman se usha yang lain berkorban sedikit masa berpisah sementara meninggalkan keluaga dan rumahtangga untuk berlatih menjadi pendakawah mengajak manusia mengenal Allah dan menjalani hidup mengikut sunnah nabi. 

3 hari yang diisi dengan:

  • praktikal solat berjemaah d tempat azan d azankan
  • menunggu azan d azankan
  • praktikal solat malam
  • solat2 sunat yg lain
  • iktikaf d masjid
  • kekal dlm wudhuk
  • memahami adab makan, tidur, masjid, ziarah, dsb
  • halaqah al-Qur'an
  • Ta'alim utama/DTI/akhir
  • bayan hidayah/subuh/asar/maghrib/tangguh
  • ngaji Qur'an
  • ziarah, dakwah, tabligh, istikmal


Majlis2 ta'alim dan bayan yang mendengar kisah2 sahabat, hadith2 nabi dan nasihat2 agama. Smoga dapat saya hadam dan melekat di hati untuk istiqaah amalan dalam hidup. Belajar sambung kerja dakwah nabi mengajak kepada agama dan kebaikan serta mencegah daripada kemungkaran. 

Bagi sedikit masa untuk keluar di jalan Allah bagi tujuan dakwah dan yang utama untuk mempebaiki diri sendiri daripada segala kebobrokan dan tipu daya dunia. Melakukan ziarah lorong ke lorong, rumah ke rumah, dan pintu ke pintu mirip dakwah nabi di bumi mekah. Bertemu dan berpisah di jalan Allah. Azam utk usha lagi dan lagi di jalan Allah hingga mati.

@@@

Thursday, August 11, 2016

Istanbul Dalam Kenangan

Bukan menjadi perancangan namun bila Allah mahu jadi maka menjadilah ia. Anak dan isteri yg mengurus segala saya sekadar mengikuti. Kebetulan anak punyai teman yg tinggal di sana maka memudahkan lagi. Sebuah apartment fully furnished menjadi tempat penginapan sepanjang 10 hari musafir kami termasuk minggu pertama ramadan. Tidak jauh dari pusat bandar melalui celah2 lorong kehidupan umpama tinggal di Kampung Baru di tgh2 KL.

Kota Istanbul mahu identiti kota Eropah. Bersih dan nyaman. Public transport standard Eropah. Rakyat di budaya totok dgn sekular. Bulan ramadan umpama bulan2 biasa saja. Entah benar atau tidak yg saya dengari, jika puasa dapat pahala jika tidak puasa pun tidak mengapa. Seolahnya puasa ramadan sekadar harus hukumnya. Justru business as usual, restoran2 rancak di kunjungi macam biasa. Lebih sekular dari barat maka sungguh berjaya tarbiyah kamal atartuk pada rakyatnya.

Kota Istanbul kaya dgn seni binaannya. Masjid sungguh banyak. Setiap 200 meter ada satu masjid dgn binaan utuh empayar ottoman. Khabarnya di seluruh kota ini ada lebih 400 masjid. Jumlah yg mungkin menyamai jumlah masjid seluruh Malaysia.

Kota ini sangat tourist friendly walau di cemari oleh beberapa aksi terrorist yg katanya oleh puak pemisah kurdish. Purata 15,000 pelancung Malaysia setiap bulan mengunjungi Istanbul. Peniaga2 di spice bazaar dan grand bazaar misalnya hampir semua dapat bertegur sapa menggunakan bahasa melayu.

Tambang public transport di selaras pada satu kadar TL2.50 tidak kira jarak jauh atau dekat naik tram, train, bus atau feri. Kenangan indah di bumi Istanbul mengajak saya memahatnya buat tatapan anak cucu dan pengunjung setia blog SOT ini.











Friday, January 29, 2016

Novel Cinta Pak Hamka


Berjaya khatam sebuah novel karya Pak Hamka terbitan Pustaka Antara cetakan 1983. 

Buku ini jodolnya agak penuh misteri iaitu TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK setebal 188 halamam.

Buku ini pertama kali di cetak pada tahun 1939 dan 1949. Ia merupakan karya klasik Pak Hamka yg di garapnya tika usia 31 tahun (1938). Tika masa darah muda masih cepat alirnya dan khayal serta sentimen masih memenuhi jiwa.

Sudah acap kali mata saya terpaku melihat tajuk buku ini beberapa kali  berkunjung ke kedai buku, tapi belum tergrak membelinya.

Namun dalam hati sering tertanya buku apa kah ini? Kerana Pak Hamka itu seorang tokoh ilmuan agama yg tersohor. Baru kini terjawab, novel cinta rupanya.

Karya yg di cipta halus dan indah. Rasa ingin tahu dan tidak jemu merupakan antara ciri utama novel yg hebat. Membuat saya tertanya apakah susur alur ceritanya itu adalah cerita benar yg dialami Pak Hamka sendiri?

Surat menyurat menjadi komunikasi mencoret isi hati. Pak Hamka sangat bijak menyampaikanya secara seni dan halus hingga jelas bicara jalan cerita dan rindu dendam dalam dada.

Zainuddin dan Hayati tenggelam dalam lautan cinta yang dalam penuh cabaran yg akhirnya berkubur dengan tenggelamnya kapal Van der Wijck yg di tumpangi Hayati dlm perjalananan dari Tanjung Perak ke Semarang pada 19 Oct 1936. 

Buku ini di beri pinjam oleh rakan sekerja iaitu sdra Fahmi. "Jaga dengan elok. Ini buku milik arwah ayah saya. Saya sayang buku ini," katanya. 

Saya lihat di muka depan kulit buku ada tertera tulisan tangan, "Zaki b Abd Kadir, Bukit Bintang Plaza, 19-11-83."

Kebetulan di percutian keluarga ke Korea selama 9 hari menikmati keindahan negara Winter Sonata itu, saya selitkan bersama buku ini dalam backpack.

Saya habiskan 133 mukasurat tika dlm flight D7504 dari KLIA2 ke Incheon pada 21 Jan 2016. 

Dan pada penerbangan pulang pesawat D7507 Airbus A330 Air Asia-X pada 29 jan 2016, saya telah berjaya tamatkan keseluruhan novel klasik ini.

Cinta, samalah tuanya dengan dunia. Dan dek krana cintalah dunia terjelma.

Cinta sebagai rahmat dan nikmat. Dan setiap insan yang di hinggapi cinta akan merasa nikmat.

Tapi dalam kenikmatan itu ada terselip semacam penyakit yang membawa penderitaan dan kesengsaraan.

Cinta antara Zainuddin dan Hayati terpisah oleh adat dan keadaan. Hayati di kahwini Aziz. Namun hati mereka gagal bersatu. Di hujungnya Aziz telah melepaskan Hayati untuk kembali kepada Zainuddin. 

Tapi luka yg berparut tidak semudah itu sembuh dengan ungkapan maaf oleh Hayati kpd Zainuddin. 

Justru rajuk hati Zainuddin telah menghalang penyatuan cinta. Hayati di minta pulang ke kampung halaman. Tapi rajuk Zainuddin tidak lama hingga terus bergegas mengejar Hayati. 

Namun tragis kapal yg karam itu telah meragut nyawa Hayati tapi tidak sebelum dapat menatap Zainuddin di katil rumah sakit dan puas mendengar pengakuan cinta Zainuddin kepadanya.

Tidak lama kemudian ajal Zainuddin juga menyusul di ulik kemurungan dan penyesalan atas pemergian Hayati kekasih hati.

Kubur pasangan ini bersebelahan. Moga cinta mereka bersatu jua.

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...