Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Saturday, February 09, 2019

Kerja Dakwah


Buku Apa Khabar Iman merungkai kerja dakwah amnya
 dan jemaah tabligh khasnya, dapatkan naskah anda hari ini.


Sesungguhnya kerja dakwah ini adalah kerja kita semua setiap individu yang mengaku beriman. Masyarakat dahagakan ilmu dan dakwah bagi merobek kepunahan dan kekosongan jiwa di pancaroba akhir zaman. Hidup yang sebentar ini wajar di isi dengan bekalan yang kekal menuju akhirat, bukan disibukkan dengan mengejar dunia yang pasti ditinggalkan.


@@@@@


“Kejayaan itu adalah melalui iman yang sahih dan amal yang soleh,” begitulah antara isi penting bayan Firdaus di Masjid malam tadi. “Tanpa iman, ilmu tidak yakin untuk diamal. Kenapa ilmu tidak dapat diamal kerana yakin kita kurang. Orang yang tidak ada iman dan yakin akan buat benda yang Allah larang.”

Rasulullah SAW dan para Sahabat bersusah hal agama. Kena ada pengorbanan dalam perkara agama. Sebab itu yang Allah mahukan. Kalau Allah berhajat memberi kemudahan kepada Rasulullah SAW dalam perjuangannya sudah tentu Allah boleh memberikannya, tetapi Allah mahukan Rasulullah SAW dan para Sahabat bersusah hal agama. Jadi, begitulah kita sebagai umat Rasulullah SAW kenalah sanggup bersusah perihal agama ini. Usaha dakwah ini menjadi tanggungjawab setiap Muslim hinggalah ke hari kiamat. 

@@@@@

Ibarat menendang bola ke dinding di mana bola itu akan setia melantun balik kepada penendangnya. Kita menyampaikan ilmu dan peringatan menyeru kepada kebaikan kepada saudara se-Islam yang lain, dan secara naturalnya segala isi penyampaian dan peringatan itu menusuk masuk ke jiwa penyampai itu sendiri. Maka lahirlah jiwa-jiwa besar semuda saudara Firdaus ini.

@@@@@

Bak kata Brother Husaini pada salah satu gasht, “Kami ini baru belajar-belajar nak ikut sunnah Rasulullah SAW, ziarah saudara seagama kami, ingat mengingatkan tentang hidup dunia yang sementara dan hidup akhirat yang kekal abadi. Kita kena usaha tingkatkan iman dan amal agar kehidupan dunia ini boleh membawa keuntungan kepada kita untuk dibawa ke alam barzakh dan alam akhirat nanti.

“Sesungguhnya kita bersaudara dengan kalimah toyyibah. Kita bersaudara, ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa sakitnya. Marilah saudaraku kita sama-sama meningkatkan iman dan amal kita. Sesungguhnya semuanya Allah punya. Kita buang pergantungan kepada makhluk dan masukkan pergantungan hanya pada Allah. Kita beriman kepada Allah dan beramal mengikut cara Rasulullah SAW. Rasulullah SAW solat fardu berjemaah maka marilah kita solat fardu berjemaah di tempat azan diazankan, insya-Allah.”

@@@@@

“Seorang fakir yang tiada naungan dari terik mentari, tiada makanan untuk dijamah, atau pakaian untuk dipakai jika berada di landasan hidayah Allah, adalah lebih berjaya di sisi Allah berbanding dengan seorang yang mewah segala tapi terkeluar daripada landasan hidayah Allah,” itulah antara penerangan yang disampaikan oleh penceramah yang berbahasa Urdu dan di terjemah secara langsung oleh Ustaz Ab Halim (Imam Masjid Sri Petaling) ke bahasa Melayu. Orang yang punyai segala tapi tiada hidayah Allah maka dia tetap gagal.

@@@@@

Syaitan pula berfungsi sebagai penghias. Dia tiada upaya untuk menyesatkan manusia. Hanya Allah yang menyesatkan siapa yang Dia kehendaki. Sehina-hina amalan dan sejijik-jijik perbuatan menjadi kerja syaitan sebagai penghias bagi nampak cantik dan elok. Maka kita minta perlindungan yang sebenar-benarnya daripada Allah daripada tipu daya syaitan itu. Manusia yang ingin buat taat Allah akan sentiasa tanpa putus asa ditarik ke belakang oleh syaitan. Menghalangnya daripada terus maju ke depan pada jalan Allah. Syaitan adalah juruhias yang hebat.

@@@@@

Saudara Kahar ahli jemaah halaqah Bukit Sentosa, pada hari terakhir Ijtimak itu nampak sangat risau kerana anaknya Muzamil yang berusia 12 tahun itu masih tidak muncul setelah berjalan-jalan di kawasan gerai yang berderetan di luar sana selepas bayan Subuh tadi. Sudah beberapa jam anaknya itu tidak dapat dikesan. Saya cuba menenangkannya dengan berkata mungkin dia keluar dengan pak cik di sebelah, namun Kahar berkata bahawa pak cik itu sudah pulang pagi tadi. Setelah beberapa lama mata kami semua melilau kalau-kalau ternampak si Muzamil yang berbaju biru itu sekitar khitta 1, 2 dan 3 itu, namun masih tiada bayangannya. Kerisauan mula meningkat. 

Haji Munir menasihati Kahar untuk kembali kepada Pencipta dalam menyelesaikan musibah atau kesulitan. Solat dua rakaat dan menadah tangan memohon pada Ilahi dengan penuh pengharapan. Semasa Kahar mengangkat takbirratul ihram untuk solatnya itu, sekonyong-konyong saya dan Haji Munir melihat dari kejauhan Muzamil yang berbaju biru itu. Tanpa disedari ayahnya, yang penuh khusyuk dalam solat dan kemudian menadah tangan berdoa agar dikembalikan anaknya. Allah terus menunaikan permintaan hamba-Nya itu secara tunai. Allahhu Akbar.

@@@@@

Saya pula mengalami dua kali kejadian apabila bangkit dari "nap" seolah-olah mendengar deraian hujan, seperti mana suasana pada pagi hari kedua Ijtimak yang diturunkan rahmat hujan yang agak lebat. Haji Munir menafsirkan bahawa bunyi deruan hujan yang saya dengar itulah adalah bunyi malaikat-malaikat yang turun dari langit ke Ijtimak yang penuh barakah itu.

Teringat saya kata-kata saudara Sabri pelajar pondok dari Yala dalam bualan singkat dengannya tempoh hari, “Mungkin tidak banyak ilmu saya dapat di sini tapi saya ke mari kerana hendakkan keberkatan majlis bersama para ulama, kerana nur keberkatan itu tegak ke langit dari tapak ijtimak bersama malaikat-malaikat berbaris dari langit yang berzikir dan mendoakan rahmat untuk kita semua.”

@@@@@

Dakwah adalah satu kerja. Kerja siapa? Kerja kita semua umat Islam akhir zaman. Kita buat usaha ini kerana Allah SWT memerintahkan pada baginda Rasulullah SAW supaya beritahu dan sampaikan agama kepada semua orang. Usaha yang kita buat ini bukan untuk islahkan orang lain tapi untuk islahkan diri sendiri untuk membetulkan iman dan yakin kita. Orang yang dapat hidayah melalui kita, itu natijah daripada usaha yang kita buat tetapi itu bukan maksud kita. Maksud kita yang sebenarnya ialah diri kita dapat diperbaiki.

@@@@@

Bermula ibadah itu dengan niat. Tanpa niat yang ikhlas kerana Allah, sesuatu ibadah bisa jadi sia-sia tanpa ada nilai di sisi Allah. Pabila kita keluar di jalan Allah dengan niat untuk islah diri dan menyampaikan mesej dakwah kepada umat di serata alam, maka ia boleh menjadi sesuatu yang sangat berharga.

@@@@@

Asbab pengobanan generasi para sahabat dan ulama terdahulu membuat kerja dakwah bertebaran diserata alam maka kita beruntung kerana telah mendapat hidayah Allah dan nikmat iman dan Islam di blok nusantara ini. Kita lahir dalam keluarga Islam. Jika tidak, mungkin kita ini masih kekal mewarisi agama nenek moyang kita yang menyembah pokok-pokok atau batu-batu besar atau masih menjadi pengamal agama hindu yang menyembah berhala. Mereka sungguh yakin dengan sebenar yakin akan janji Allah akan balasan syurga menanti untuk setiap usaha dakwah ke serata alam yang ikhlas kerana Allah. 

Maka kini menjadi tanggung jawab setiap kita pula untuk buat kerja dakwah agar generasi akan datang akan terus mendapat syiar Agama Islam yang agung ini. Ikhlas niat Insyaa-Allah.

@@@@@

Itulah antara petikan yang saya ambil dari buku APA KHABAR IMAN karya Hisham AR. Saya syorkan sangat-sangat agar para pengunjung blog ini untuk mendapatkan naskah anda hari ini di kedai-kedai buku tersohor yang berdekatan sebelum kehabisan stok. Semoga manfaat tersebar luas dan menjadi asbab Allah campakkan hidayah di hati anda untuk keluar di jalan Allah untuk islah diri dan membuat kerja-kerja dakwah yang mulia ini.

Atau boleh juga WA penulis di 019-3832132 untuk tempahan secara Pos Laju direct ke muka pintu rumah/ofis anda. Setiap buku akan hadir dengan otograf exlusive penulis. Jazakallah.


#KerjaDakwah
#MaksudHidupKita
#MencariRedhoAllah
#BukuApaKhabarIman


Tuesday, December 18, 2018

MUST READ


UNTUK HIDUP 2 KALI

😎 Hidup di dunia ini untuk beramal. Manakala akhirat itu tempat pembalasan. 

Untuk hidup kali ke-2 di akhirat dgn kebahagiaan yg kekal abadi, maka ambillah peluang di baki usia yg ada utk melakukan sgala kebaikan dan amal soleh. 

Hidupkan aku dlm iman, matikan aku dlm iman, berkati sisa usiaku, dan berikan aku pengakhiran yg husnul khotimah. 

Buku yg santai tapi sampai, gaya bercerita, pengalaman penulis dan kisah2 benar yg disulami manhaj tarbiyyah dan mesej2 dakwah. 


  • Mesej dakwah perlu disampaikan kpd umat walau dgn apa cara sekali pun.
  • Hakikatnya kita ini insan yg lemah. Maka patuhlah kpd Allah SWT yg Maha Kuat.
  • Jangan kasih kpd dunia, tapi kasihlah kpd Empunya Dunia.
  • Allah SWT sentiasa melihat dan merakam diri kita. Pada hari perhitungan, semuanya akan ditayangkan.
  • Kita semua mempunyai amanah dan peranan menegakkan agama Allah SWT. Teruskan perjuangan dan berkorban semampunya.
  • Hanya Allah SWT yg dapat menilai ikhlas. Penilaian Allah SWT sangat adil.
  • Kita menjadi semakin tua setiap hari. Smoga semakin tua, semakin baik iman dan taqwa.
  • Ada Allah SWT dalam dada, insya-Allah selamat di akhirat, selamat di dunia.
  • Hidayah Allah SWT hadir dlm jiwa2 yg ikhlas mendambakan reda-Nya.
  • Kadangkala haiwan lebih mulia drp manusia. Jangan pula kita sendiri yg meletakkan kedudukan manusia sebagai lebih hina drp haiwan.
  • Pabila ada lintasan hati mahu buat kebaikan, lakukan sahaja. Usah beri alasan.
  • Mati ibarat jerat. Kijang selalu lupakan jerat. Tetapi jerat tidak pernah lupakan kijang. Ia setia menanti.
  • Manusia mati meninggalkan anak bini dan harta benda. Apa yg dibawa adalah amalan baik mahu pun buruk. Selagi ada hayat dlm badan, sendiri mahu ingat.
  • Masa yg berlalu tidak akan kembali. Masa yg mendatang terus menghampirkan diri kpd detik kematian. Justru, amal makruf nahi mungkar pada setiap masa.
  • Pelbagai peringatan dan tanda Allah SWT beri kpd kita supaya dapat kembali ke jalan yg lurus dan diredai-Nya.
  • Pada mlm hari, anugerah Ilahi turun banyak. Tetapi kita, saban malam tidur nyenyak.
  • Merenung dan berfikir tentang kekuasaan Allah SWT itu adalah penawar dlm hidup kita.
  • Semua yg ada milik Allah SWT. Kita hanya pemegang amanah. Jangan sesekali pecah amanah.
  • Sehebat mana pun kita makannya tetap sepinggan nasi, pakainya sehelai baju, naiknya sebuah kereta, duduknya sebuah rumah, dan mati nanti sebuah kubur.
  • Islam itu sempurna. Apa yg tidak sempurna adalah penganutnya.
  • Let's doa seeking blessing from Allah SWT. We have live far too long. Death is around the corner. Let's do nothing but good things.
  • Mari kita berdoa supaya Allah SWT dgn limpah rahmat-Nya sudi memasukkan kita ke dalam kelompok manusia yg masuk ke dlm Syurga-Nya.
  • Ya Allah, kekalkan kami dlm melakukan kebajikan dan jauhkan kami drp melakukan maksiat.
  • Usah jemu berdoa supaya Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya, memberi keampunan-Nya, dan membebaskan kita drp azab Neraka-Nya.
  • Guru ibarat lampu kalimantang, kilowatt rendah tetapi menerangi ruang yg luas.
  • Paling penting adalah hadiri majlis2 ilmu. Ubati penyakit 'rasa sudah tahu belaka'. Lagi banyak belajar, lagi banyak kita tidak tahu. Ilmu Allah SWT luas sungguh.
  • Orang yg paling untung dlm perniagaan adalah orang yg dapat masuk Syurga Allah SWT.
  • Orang kaya yg sebenar adalah orang yg mempunyai cukup bekalan untuk akhirat. Maka, elok benarlah kalau kita berebut-rebut mengumpul kekayaan untuk akhirat.
  • Islam mahu kita kaya. Ibadah zakat itu sendiri menghendaki seseorang itu kaya harta. Namun, janganlah menjadi kaya yg menjauhkan diri drp Allah SWT. Semakin kaya hendaklah kita semakin rapat dgn Allah SWT. Bukan semakin kaya, semakin syirik kpd Allah SWT.
  • Sudah jelas bahawa kita ini tidak mempunyai apa-apa sebenarnya. Semuanya Allah SWT punya.
  • Sewaktu lahir kita tidak bawa apa-apa, mati nanti pun tidak bawa apa-apa, kecuali amal ibadah.
  • Bak kat manusia bijak, "Theory if not put into practice, worth nothing." "Knowledge if not applied equals library." Pabila tiba perintah Allah pula, "No questioning, no asking. Just do it."
  • Amalan zikrullah antara antibodi berkesan bagi mempertahankan diri drp bisikan2 syaitan. Smoga kita tidak terperangkap dgn muslihat syaitan termasuklah yg bertopengkan manusia."
  • Agama yg diwarisi drp nenek moyang kadangkala membuat kita selesa sehinggakan beramal sekadar ikut-ikutan tanpa bersandar ilmu yg mantap. Ubahlah mentaliti ini.
  • Manusia mencipta drp sesuatu yg dicipta oleh Allah SWT. Tiada yg boleh mencipta sesuatu yg tak dicipta oleh Allah SWT.
  • Tidak ada sesuatu pun yg lebih baik drp lidah dan hati pabila ia digunakan dgn baik. Dan tidak ada yg lebih buruk drp lidah dan hati pabila digunakan dgn cara yg tidak baik.
  • Hidup di dunia, lepas itu mati. Dan hidup kembali, untuk diadili. 


"Buku ke-5 untuk manfaat umat. Ya Allah, smoga buku ini laris di pasaran dan menjadi asbab hidayat ke serata alam. Sesungguhnya kejayaan itu ialah tika berjaya hidup kali ke-2 nanti kekal di Syurga Allah." ~ Hisham AR

*****

Buku ini tersenarai dalam carta buku popular di Kedai Buku POPULAR bagi bulan December. 

Memang hangat !!

Dapatkan buku ini sblom kehabisan stok.

Harga RM23 sahaja, plus postage RM7 (RM12 S&S). Exclusive otograf penulis.

WA @PM 019-383 2132 untuk membuat tempahan.

#KoleksiBuku
#KaryaHishamAR

Sunday, October 21, 2018

JEMAAH TABLIGH


JEMAAH TABLIGH

Jarang ada buku di pasaran yg cuba bercerita perihal usaha dakwah Jemaah Tabligh. Kerana mereka ini action oriented dlm kerja dakwah dan tidak berhajat kpd publisiti atau exposure. Hanya ingin capai redho Allah.

Banyak salah sangka dlm masyarakat berkaitan usaha mereka yg mulia ini malah ada orang yg masih mengatakan mereka ini membawa ajaran sesat.

Justru buku Apa Khabar Iman? karya hishamAR ini memberi sedikit pencerahan perihal Jemaah Tabligh dan modus operandi mereka.

Harapan agar buku ini boleh menjadi asbab hidayat untuk ramai lagi orang membuat kerja dakwah ke serata alam mungkin berhasil dgn izin Allah. Aamiin.

Beli lah senaskah buku ini untuk koleksi anda. Atau sebagai cenderahati untuk kawan dan kenalan. 

Kini dipamer di kebanyakan kedai2 buku tersohor tanahair.

Bicara santai yg bermakna, insya-Allah. Semoga buku ini bisa di ulang cetak lagi dan lagi oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd.

#JalanYangLurus
#MenujuRedhoAllah

Saturday, October 06, 2018

KOLEKSI BUKU KARYA hishamAR


ofer koleksi 4 buku
karya hishamAR
selagi stok masih ada 😀

Saya nak ofer kpd kawan2 sekelian untuk memiliki keempat-empat buku karya Hisham AR dgn harga istimewa RM60 sahaja, dan ditambah kos Pos Laju RM7.

Ofer ini sementara stok masih ada on first come first serve basis. Harga asal keempat-empat buku ini ialah RM76.


(1) RAMADAN TERAKHIR

merangkumi persediaan awal bermula drp bulan Rejab dan syaaban,  peringkat puasa sepanjang Ramadan, dan akhirnya hasil yg diperolehi drp tarbiyah Ramadan itu sebagai acuan yg dapat menyuluh kehidupan dlm bulan2 seterusnya. Ia satu anugerah, buatlah yg terbaik seumpama ini Ramadan yang terakhir.

(2) KAKI MASJID

isi kandungan yang padat dengan teguran, kiasan, kilasan dan nasihat.  Santai tapi sampai, gaya bercerita, kisah2 benar pengalaman penulis, diselitkan dgn tarbiyyah ruhani dan mesej2 dakwah. Ibarat ikan bertemu air, hati rindu dan jiwa selesa sungguh berada di rumah Allah. Jom kita jadi kaki masjid di dunia, VIP di syurga.

(3) GENG MASJID

buku dengan nada bahasa yang bersahaja tetapi padat dengan pengajaran dan pengalaman untuk menyantuni kehidupan semasa. "Hablun min al Allah, hablun min al nas, hablun min al alam." Sekuel buku Kaki Masjid. Design yg hipster, bacaan ringan, bukan akademik yang tidak membosankan.

(4) APA KHABAR IMAN?

buku kerja dakwah amnya dan perihal jemaah tabligh khasnya. Disulami kisah2 santai yg di lalui oleh penulis dan rakan seusha dlm perjalanan islah diri dan menyebar ilmu bermanfaat. Kerja dakwah itu kerja kita semua, orang Islam yg mengaku beriman.


WA 019-383 2132 untuk membuat tempahan.

#KoleksiBuku
#KaryaHishamAR

Friday, September 07, 2018

APA KHABAR IMAN?





Aslmlkm sahabat

Buku karya terbaru saya Hisham AR kini sedang dlm proses cetakan. Saya ingin mengundang para sahabat secara personal untuk mendapatkan buku ini. 

Saya masih meneruskan konsep berkarya yg santai tapi sampai, persis sedang bercerita, tarbiyyah ruhani, kisah2 benar dan pengalaman yg saya lalui, dgn diselit mesej2 dakwah dan poin2 yg bermanfaat. 

Saya berharap sahabat sekelian sudilah untuk order buku ini dan saya akan poskan pabila buku ini siap dicetak jangkaan pada minggu ke-4 bulan ini (Sept 2018). Saya akan personally menitip kata2 mutiara dan tandatangan exclusive disetiap buku.

Buku: Apa Khabar Iman?
ISBN: 978-983-097-752-2
Kod: GB508
Penulis: Hisham AR
Tebal: 160 ms
Harga: RM18.00
Pos Laju: RM7/ RM12(S&S)

SINOPSIS

Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘Ash r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barang siapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di neraka.” (Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan saranan supaya kita menyampaikan ilmu tidak kira banyak atau sedikit. Asalkan ilmu tersebut daripada al-Quran dan Sunnah maka hendaklah ia disampaikan. Justeru, cuba tanya diri sendiri; Bagaimana aku boleh ambil bahagian dalam kerja dakwah?

Buku ini digarap agar memberi gambaran perihal gerakan jemaah Tabligh yang bergelanggang di jalan Allah bagi menyebarkan mesej dakwah ke serata alam. Ia turut disulami dengan kisah-kisah santai yang dilalui oleh penulis dan rakan seusaha dalam perjalanan mencari dan menyebarkan ilmu bermanfaat.

KANDUNGAN
Pengenalan
1. Muqaddimah
2. Bayan Firdaus
3. Bayar Cash
4. Jemaah Tabligh
5. Aku Seorang Karkun
6. Ijtimak Malaysia
7. Sekitar Ijtimak
8. Kerja Dakwah
9. Sampaikan daripadaku Walau Satu Ayat
10. Ijtimak Sri Petaling
11. Blog Karkun
12. Usaha Agama
13. Adab Gash
14. Berjaya kerana Agama
15. Aku Masih Karkun
16. Enam Perkara
17. Kisah Anak Seorang Tabligh
18. Ustaz Baru Masuk Islam
19. Tanah Tinggi Pasi
20. Syahid di Sabah
21. Tabligh di Afrika Selatan
22. Komuniti Hartawan dan Fiji
23. Hidayah dari Vietnam
24. Makmurkan Rumah Allah
25. Manhaj Tarbiyyah
26. Lampiran#1: Ikhlas Niat
27. Lampiran#2: Beberapa Pandangan

*****

Khas untuk para peminat buku HishamAR sekelian..
Untuk PESANAN sila nyatakan 

~ nama Tn/Pn
~ alamat rumah
~ no hanfon
~ quantiti buku
~ bankin ke Acct Maybank: 114020-543760
Hishamuddin Ab Rahmin

~ harga RM18 + postage RM7 (semenanjung)
~ RM18 + postage RM12 (sabah sarawak)
~ kos postage yg sama utk up to 5 buku dlm satu sampul.
~ penghantaran bermula 25/9/18
~ setiap buku akn di otograf secara exclusive oleh penulis. 

Jazakallah.

Hisham AR
WA: 019-383 2132
7/9/18

#BukuTerbaru
#karyaHishamAR


@@@@@


Saturday, December 23, 2017

Buku Baru



Buku GENG MASJID ini adalah buku ke-3 saya. Mula berada dipasaran pada bulan November 2017. Maka kini sudah masuk dua bulan buku ini di pamerkan dan di iklankan di toko-toko buku dan media-media sosial. Ramai juga ahli masyarakat yang telah memilikinya malah sudah habis membacanya. 

Saya ingin kongsikan beberapa komentar dan feedback yang saya terima. Semoga segala input ini dapat saya guna sebagai panduan untuk memperbaiki lagi isi dan teknik penulisan saya di karya yang akan datang. Saya juga sedang menunggu penerbitan tiga lagi karya saya. Yang satunya sudah diberi greenlight untuk diterbitkan. Dua karya lagi sedang dinilai oleh pihak penerbit. Doakan semoga dilulus untuk penerbitan. 

Niat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman agar ia berkembang menjadi ilmu bermanfaat untuk kebaikan ummat. Sekurang-kurangnya di hadapan Allah saya bisa menyatakan bahawa ini antara usaha saya menolong agama Allah dengan menyebar luas mesej dakwah ke tengah masyarakat. Agar buku ini sebagai warisan dan pusaka yang saya tinggalkan bagi tatapan ahli masyarakat di serata alam. 

Bagi para peminat dan pembaca blog SOT ini, saya menyeru dapatkah senaskah buku Geng Masjid ini. Semoga dengan pembelian ini, dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu dan dakwah dan memungkinkan buku saya ini diulang cetak. Terima kasih dan saya doakan kebahagiaan untuk semua yang membeli buku terbaru saya ini.


KOMENTAR

Saya beli.dah terima td.dah start bc.very interesting..megggunakan bahasa yg mudah tp message nya ttp sampai..tahniah
~Datin Nor Baini Yusuf, 6/11/17.

Hisham, dah terima.. Looks good but belum baca habis.. Baru balik berubat/mengurut
~Fatah Ali, 7/11/17

Geng Masjid padat dengan ilmu ...menarik dan penuh penghayatan umpama kita berada didalam majlis ilmu itu sendiri...
Muka surat 120 memberikan 6 perkara yang penuh hikmah...yg membuatkan saya merenung jauh...
Sebenarnya saya tidak nampak apa yang perlu dikomenkan pun...penulisan tuan padat..tetapi jika tuan bertanya...mungkin tuan boleh menulis tentang khadam masjid...tentang sumbangan kita terhadap masjid...membina insitusi masjid...dan membawa masjid itu ke rumah....?
~Nor Arisham Bakar Al-Bakri, 18/12/17

Reading this book by my dear friend Hisham. Good book with your tea and toast.... It is light, easy and enlightening. Tahniah Hisham.
~Prof Dr Nordin Abu Bakar, 8/11/17

Bukunya berciri santai dengan lenggok bahasa yang bersahaja. Namun sangat berkesan dihati. Seolah-olah si penulis berbicara secara langsung dengan si pembaca. Menarik bukan?
~Nora Razali, 9/11/17

Waalaikumussalam....sy bkn la pandai sgt nk komen2 ni....what I can say is:
1)bahan bacaan yg santai, tak de berat kepala nk baca
2) bahasa penulisan yg mudah senang nk faham
3) overall ok la.... tahniah!
~Pn Sofiawati Omar, 16/11/17

saya suka kisah2 sahabat@ulamak yg di selitkan, dan di relate dgn keadaan semasa..
~Naim Adham, 18/11/17

Alhamdulillah, tahniah sahabat. Bacaan santai yg ilmiah...baru nak mula..
~Hj Suhaimi Saidin, 17/11/17

En Hisham minta saya komen pasal buku dan pena tulisan.., ini lah komen saya sbb ada kekosongan dalam penyampaian dan rasanya dtg dari pegarang itu sendiri. Saya pohon maaf atas komen saya ini dan ianya datang dari hati saya.
~Dato’ Hj Muhd Opandi Che Wook, 2/11/17

Terbaikk buku ni.saya cari sampai ke jusco cheras selatan
~Wan Azmi Wan Ahmad, 17/11/17

Waalaikumussalam...baru berkesempatan baca buku tu...terharu...bahasa yg santai sesuai utk semua golongan...relaks tp terkesan
~Pn Norhayati Yusuf, 18/7/17

Gaya penulisan tuan sudah ok. Jadi kekalkan gaya sebegitu. Pembaca lebih sukakan gaya berkongsi cerita.
~Pn Najah Dawam, 16/11/17

Nampak lebih mantap dari Kaki Masjid
~Annuar Abdullah, 4/11/17

Buku Geng Masjid ini perlu di miliki oleh setiap keluarga dan dijadikan bahan bacaan santai di rumah. Pengisian nya ringkas tapi padat dengan coretan kejadian2 yang agak lazim bagi masyarakat setempat tempuhi. Teruskan penulisan Tuan Hj, di harap pada penerbitan akan datang dapat isi kandungan di dalamnya di selitkan dengan hadis2 sebagai 'icing'.
~Tn Shaharudin Mohd Nor, 28/11/17

assalamualaikum ...sy baru baca buku 'geng masjid', di surau pernec tkt16...sgt menarik dan santai.Tahniah dan semoga diberi istiqomah dlm menyebarkan ilmu yg bermanafaat.
~Yahya Padiman, 29/11/17

Tgk tajuk ingat berkisar hal2 dlm masjid..tp sebenarnya ttg realiti hari ni...janji nk bg fb ttg buku ni tp blm berkesempatan lg. Maaf ya akhi hisham.
~Pn Ruhani, 29/11/17

"Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP Mu di syurga nanti, InsyaAllah."
p/s: bagi rakan2 yang belum mendapatkan buku Kaki Masjid n Geng Masjid bolehlah beli sekarang sebelum terlambat. Amat berguna untuk rujukan diri.
~Tn Hj Misbah Hj Ahmad, 4/12/17

"Takutlah kamu akan Allah. Apa yang dipersiapkan untuk hari esok? Hari esok adalah alam kubur. Bagaimana keadaan kamu mengadap Allah nanti?"
Dengan gaya penulisan yang santai dan bersahaja. Insya-Allah naskah ini dapat dijadikan motivasi dan panduan untuk berubah menjadi salah seorang dari 'Geng Masjid'. Seimbangkan dunia dan akhirat kita.Jangan terlalu mengejar keduniaan sehingga terlupa akhirat yang kekal abadi.
~Razif Ab.Aziz, 5/12/17

Perkongsian pengalaman dan ilmu yang baik.
~Ahmad Fairoz, 7/12/17

Seronok baco buku demo...
Tahniah! ~Razali Mohamed, 9/12/17



Tuesday, October 03, 2017

Buku GENG MASJID


Alhamdulillah buku saya yg ke-3 sudah berada di final stage penerbitan dan akan di cetak pada penghujung bulan ini. Insya-Allah akan ready di kedai-kedai buku pada bulan November 2017. Buku ini santai tapi sampai. Ilmu bermanafaat yang mahu dikongsikan terselit di setiap kisah dan penceritaan. Manhaj tarbiyyah dan mesej dakwah menjadi intipati utama dalam coretan yang tidak mengundang jemu. Design hipster dengan paper back bersama illustrasi yang catchy memberi rasa ringan dan ingin tahu untuk membaca ke bab seterusnya hingga habis. Buku ini adalah sequel untuk buku Kaki Masjid. Sama tapi tidak serupa. Isinya kadang bernas, panas, dan rimas. Namun usah liat untuk muhasabah diri. Kerana masa terus berlalu pergi. Yang lepas itu lepaslah tapi yang mendatang ini biarlah ada nilai tinggi menanti. Nantikan kemunculannya GENG MASJID !!

@@@

😎Untuk tempahan awal sila WA saya di 019-3832132
😎Bila stok ready akan di Pos Laju dengan kadar segera
😎Exclusive dgn kata2 mutiara dan tandatangan penulis.

#GengMasjid 
#BestsellerToBe
#FreshDariLadang

Tuesday, September 26, 2017

Geng Masjid

Assalamualaikum sahabat sekelian 😎

Alhamdulillah pihak penerbit kini berada di fasa akhir untuk menzahirkan buku ketiga karya hishamAR.

Buku ini di beri jodol GENG MASJID, sequel buku saya sebelum ini KAKI MASJID.

Ada empat pilihan design cover yg telah di draft oleh designer. Apa kata sahabat sekelian buat pilihan design yg paling best. 

Nyatakan pilihan A B C atau D di ruang komen.


Wednesday, July 19, 2017

BUKU Kaki Masjid 2.0 - COMING SOON

12/6/17

Aslmlkm Pn Najah

Dengan lafaz Bismillah sempena Hari Nuzul Quran 17 Ramadan ini, sebagaimana yg saya janjikan tempoh hari bersama ini saya kembarkan manuskrip buku KAKI MASJID 2.0 Gulai Kawah Untuk Dakwah untuk penilaian pihak Puan.

Jazakallah.


22/6/17

Aslmlkm Pn Najah

Mohon respon Pn berkenaan manuskrip Gulai Kawah Untuk Dakwah ini. 

Jazakallah.


22/6/17

Waalaikumsalam wbt,
Manuskrip ini masih lagi menunggu giliran untuk dinilai. Jika sudah selesai akan dimaklumkan kepada tuan kelak.
Terima kasih.


22/6/17

Ok Pn, terima kasih.


10/7/17

Salam tuan,
Saya sedang meneliti mauskrip Gulai Kawah Untuk Dakwah tuan. Ada sedikit persoalan yang saya mahu dapatkan daripada tuan. Tuan adakah terdapat bab-bab dalam manuskrip ini diambil semula daripada bab-bab manuskrip asal Kaki Masjid, yang tidak dimasukkan ke dalam buku Kaki Masjid tuan? Kerana saya ada perasan ada bahagian tertentu yang saya pernah terbaca, mungkin daripada manuskrip pertama tuan dulu.
Mohon kepastian tuan atas perkara ini.
Terima kasih.


12/7/17

Assalamualaikum wbt,
Tuan, saya telah selesai meneliti manuskrip Kaki Masjid 2 tulisan tuan. Setakat ini saya positif dan tiada masalah untuk ianya diterima. Walaubagaimanapun, saya sedang menantikan respon daripada editor syariah kami berkenaan manuskrip tuan ini. InshaAllah, tuan akan saya saya maklumkan berita selanjutnya sebaik saya mendapat respon daripada editor syariah kami tersebut.
Harap maklum.

13/7/17

Assalamualaikum wbt,
Tuan, setelah mendapat respon positif daripada editor syariah kami, maka dengan sukacitanya ssaya ingin maklumkan bahawa manuskrip tuan, Kaki Masjid 2 diterima untuk diterbitkan. Jadual penerbitannya akan disusun dan InsyaAllah akan diterbitkan dalam masa terdekat.
Tahniah tuan.

18/7/17

Wa'alaikumussalam Pn Najah

1. Allhamdulillah syukur kpd Allah dan terima kasih kepada Puan dan Mustread kerana meluluskan manuskrip Kaki Masjid 2 untuk penerbitan dalam masa terdekat ini. Semoga ada manafaat untuk masyarakat. Ia telah mengembalikan semula semangat saya yang agak down setelah percaturan tidak menjadi yang menimpa manuskrip Tabligh tempoh hari. 
2. Maaf kerana tidak menyemak eMail Puan terlebih awal. 
3. Ya benar, ada beberapa bab yang di drop dari manuskrip Kaki Masjid yang saya rasakan ada relevan untuk kesenambungan di Kaki Masjid 2, telah saya masukkan.
4. Saya juga memohon agar konsep cover buku dalam tona warna hitam puteh sebagaimana buku Kaki Masjid di kekalkan, agar tampak iras yang identical dgn imej hipster dan santai.
5. Saya mendoakan agar urusan penerbitan buku terbaru saya ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Aamiin.

Jazakallah.
HishamAR
18/7/17, 6:45pm

Friday, March 10, 2017

Buku KAKI MASJID terbitan Mustread Sdn Bhd



Orang beriman yang cinta Masjid ibarat ikan masuk ke air, kerana nalurinya ke situ, ingatannya sentiasa untuk ke Rumah Allah. Hatinya lega dan seronok setiap kali dapat duduk di Masjid, dapat niat iktikaf, dapat mendirikan solat-solat sunat, dapat zikrullah dan membaca al-Qur’an. Pernah lihat ikan bila di lepaskan ke dalam air kolam? Gembira dia tidak terkata.

Bersiap siaga untuk ke Masjid walaupun saban hari mungkin sampai hampir senja ke rumah dari tempat kerja. Hatinya terikat di Masjid. Terasa rugi benar jika tidak menghadiri kuliah-kuliah maghrib yang diadakan setiap malam di Masjid. Segala ilmu yang dia dapat di catit, di pahat di dada, di amalkan dan disebarkan.

Teruja sungguh dia menatap jadual kuliah dengan slot-slot ceramah penuh setiap bulan tertampal di papan kenyataan Masjid. Sibuk dia menyemak ustaz mana yang tertera namanya di situ. Tenang jiwanya.


Semua para asatizah ini menjadi pencerah penyuluh jalan belaka dengan ilmu tasauf, tauhid, feqah, tafsir, tajuk umum, pengajian kitab, hadis dan sirah. Pelajaran dan pengajian ilmu yang percuma. Kenapa tidak menyahut nya? Rugi Tuan-tuan. Jadilah kaki Masjid bukan kaki sembang, kaki pancing atau kaki karoke.

Syukur benar dia bila dipilih Allah untuk dapat mendirikan solat-solat fardu secara berjemaah di Masjid. Itulah ibaratnya seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa untuk sentiasa taat kepada Allah. Jadual kuliah di ambil berat. Setiap bulan di cetak dan di tampal ke dinding untuk rujukan. Sayang untuk terlepas walaupun satu slot majlis ilmu itu.

Begitu teruja dia untuk ke Rumah Allah menyambut pelawaan Allah bertandan pada setiap kesempatan masa yang ada. Tika laungan iqamat keluar dari celah bibir muazzin maka dia terus bersegera untuk memenuhi saf pertama kerana faham sangat dia akan fadhilat berdiri di saf pertama pada setiap perlakuan solat berjemaah itu. Ibarat ikan puyu masuk ke air.

Tambahan lagi dia tidak kedekut untuk menyebarkan salam dan mengukirkan senyuman kepada setiap tetamu Allah bila bertentang mata atau berselisih bahu. Begitu juga ringan tangannya bersedekah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap malam untuk di masukkan ke dalam tabung bergerak Masjid. Atau peluang khidmat pada setiap kesempatan yang ada. Bahagia nya dia seperti ikan pulang ke air atau sireh pulang ke ganggang.

Berbeza pula dengan orang yang munafik atau tiada keikhlasan di hati. Datang dia ke Masjid itu boleh diumpamakan sebagai burung masuk ke sangkar. Terasa terpenjara jiwa, hati berkecamuk, minda tidak tenang dan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk membebaskan diri dari sangkar yang mencengkam itu. Sekejap berlunjur, sekejap berpusing, kerap ke bilik air, sekejap menguap, acap kali tertidur. Keluh kesah dia. Mata menyudut pada kelemahan dan kekurangan.

Pantang ada sebutan daripada Ustaz yang berceramah yang terkena batang hidungnya atau menyentuh soal-soal kebenaran walaupun pahit maka punggungnya terasa panas macam duduk atas bara api dan cuping telinganya terasa pedih dan dia pun tidak segan untuk bangun berlalu pergi dan terus keluar dari Masjid. Ada makhluk sebegini. Rajinlah memerhati. Yang sedihnya ramai dari kelompok ini ialah golongan veteran yang rumah kata pergi kubur kata mari, namun hidayah masih terhijab untuknya.

Ada pula ramai jemaah yang usai solat terus bangkit macam kuih bangkit pergi entah kemana terutamanya tika solat jumaat. Begitu sombong dengan Allah hinggakan tiada kesempatan untuk zikrullah barang sebaris dua atau menadah tangan untuk berdoa bergantung harap pada Yang Esa? Sibuk sangatkah? Hingga masa 24 jam yang Allah bagi ini tidak cukup buat mu? Janganlah jadi manusia jahil yang tidak kenal diri. Begitu banyak nikmat yang Allah bagi dengan percuma, tapi engkau jadi angkuh, sombong dan lupa diri.

Ada juga manusia yang tidak ikhlas untuk beribadah di Rumah Allah. Pergi ke Masjid membawa nawaitu yang tidak jelas. Apakah kerana jawatan aku sebagai AJK, atau kerana menghabiskan masa lapangku, atau untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Wallahu'alam. 



Ketidakikhlasan ini kadang-kadang terserlah jua dengan izin Allah. Pelbagai penyakit hati menguasai dirinya. Maka tergolonglah mereka di kalangan orang-orang yang rugi. Kenapa rugi? Kerana segala amal ibadahnya tadi tiada nilaian walau sekupang di sisi Allah SWT. Kekedang tu dia jadi asing atau segan untuk ke Masjid kerana sifat dendam kesumat atau rasa tidak puas hati yang terbuku di hati.


Sebagai konklusi pilihlah untuk berada dalam kategori mana. Janganlah di sia-siakan masa yang ada. Usahlah lagi dibazirkan baki usia yang tinggal ini. Ya Allah berkati sisa-sisa usia ku ini. Aku kah ikan yang terjun ke air itu atau aku kah burung yang terperangkap dalam sangkar emas? Tepuk dada tanya iman. Tuan suluh diri Tuan, saya suluh diri saya. Ya Allah, pilihlah aku jadi Kaki Masjid yang tegar, tidak mudah goyah.


NOTA: Dapatkan buku KAKI MASJID di bookstore berdekatan anda mulai bulan Mac 2017. Cepat sebelum 3,000 naskah cetakan pertama habis terjual di pasaran.

@@@

Saturday, January 07, 2017

Kaki Masjid

Nantikan kemunculan buku kedua saya berjodol KAKI MASJID
tidak lama lagi In shaa Allah


Apa makna jadi ahli Masjid? Hati terpaut kepada Masjid. Rindu dan cinta kepada Masjid. Sangat ingin berkunjung ke Masjid. Sentiasa peka dan sedia untuk ke Masjid. Rasa resah bila tidak ke Masjid. Rasa teruja dan sangat syukur dipilih Allah untuk ke Masjid. Itulah ciri utama Ahli Masjid.


Ini rezeki, kerana tidak semua dapat datang ke Masjid. Islam mendorong kita jadi orang baik dengan berada di Rumah Allah. Islam mengajak kita bercakap dan mendengar benda baik. Islam mengajar kita untuk membuat amal soleh bagi mendapat petunjuk dan redha Allah.

Kita datang ke Masjid juga hari ini kerana nak faham agama supaya dapat beramal dengan perkara baik-baik. Bukan sekadar taat menjalani solat fardu berjemaah tetapi setia duduk di majlis-majlis ilmu yang berlangsung saban malam. Cerdiklah siapa yang datang ke Masjid. Beruntunglah sesiapa yang terpilih untuk datang ke Masjid. Daftarlah dalam minda masing-masing, aku ini Ahli Masjid. Masjid tempat peberet aku, In shaa Allah.


11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI MASJID."

"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu sentap sekali perkongsian yang diterima dalam Whatsapp tempoh hari. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)


5- Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."


7- Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda: "Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah berasabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)

Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)
* Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...