Wednesday, November 07, 2007

Kunjung Mengunjungi

Hari ini dah 27 Syawal. Raya kan sebulan. Anyway musim raya ni adalah masa terbaik untuk kunjung mengunjung saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga, dan sesama muslim. Orang boleh terima, InsyaAllah. Maksudnya tak nampak peliklah. Inilah masanya mungkin dgn hanya bagi reason nak pi beraya, kita boleh berkunjung. Saban tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku selalu buat Open House dan menjemput kurang lebih 30 - 50 keluarga untuk ke rumah beraya at one shot. Penat memang penat tapi hanya fokus untuk satu hari tu je. Seronok gak. Namun pada tahun ni ubah teknik sikit. Aku tak buat Open House seperti biasa. Tapi rupanya lagi penat beb. Maklumlah setiap weekend ada je tetamu yang datang beraya. End up terpaksa prepare meal every weekend untuk sambut tetamu yang berkunjung. Kesian wife aku. Aku pun sama la kan, takleh nak relax. On weekend tu, biasanya satu hari (either Sat or Sun) kami peruntukkan untuk mengunjungi rumah orang dan satu hari untuk orang mengunjungi umah kami. So far kalau aku dapat recall aktiviti kunjung mengunjung kami sempena raya ni adalah seperti berikut...

1 Syawal - mengunjungi open house Pak Lah kat PWTC, rumah jiran kami di Prima iaitu Hj Md nor, Hj Hanis, & Hj Mokhtar.
2 Syawal - mengunjungi rumah kawan aku Yaacob di Bukit Ampang, keluarga Mahadir di Kondo Tiara Ampang, & kawan Pernec, Ismail di Kondo Sri Kinabalu.
7 Syawal - berkunjung ke rumah Rosli, keluarga kawan anakku Farihin di Sentosa 3.
8 Syawal - menerima tetamu keluarga kawan Amir iaitu en Mahadir & Nik, Kak Maya & Azlan. Wife masak nasi dagang dan nasi impit kuah satay.
9 Syawal - berkunjung ke open house rakan baik kami Bakar di rawang, En Azlan keluarga kawan baik anak kami Farihin, & Kak Maya, kenalan baik wife.
14 Syawal - berkunjung ke rumah jiran Rosli.
15 Syawal - berkunjung ke rumah Kak Aini di Batu Caves.
16 Syawal - menerima tetamu aitu kawan2 my wife, Ani bersama 3 keluarga lagi, dan Kak Yam sekeluarga.
20 Syawal - jamuan raya Fitos kat ofis.
21 Syawal - berkunjung ke rumah jiran, Hasanuddin.
22 Syawal - berkunjung ke open house Hj Mokhtar & Nizam dan malamnya jadi MC untuk majlis raya Pernec di ulu Klang. Sampai umah pukul 12:30mlm.
23 Syawal - berkunjung ke rumah jiran Hj Khairi. Kemudian menerima tetamu - keluarga Hj Mokhtar, Hj Zul, & Zakri. Kemudian kunjungan Badrul & Asri dari Lembah Beringin, jiran Hasanuddin dan Khairul, rakan Azmi & Rosli. Wife aku masak gulai ayam, roti jala, dan makaroni tomyam as menu utama di samping agar2 merah, kek buah, kek coklat, biskut2 raya.

Alhamdulillah, budaya kunjung mengunjung dan open house bagi mengiratkan silaturrahim telah dapat di teruskan jua. Namun ada juga elemen2 negetif yang boleh di ambil iktibar, contohnya..

1. Bila berkunjung secara berkumpulan contohnya 2, 3 keluarga satu group, ada yg dok berborak/mengumpat/gosip tanpa menghirau tuan rumah. Sepatutnya bertanya khabar atau berbual2 lah dengan tuan rumah, bukan kah kita sebagai tetamu tuan rumah. Jangan tuan rumah tu jadi macam tetamu lak. Kalau boleh ringan2 lah mulut untuk memberi sedikit pujian perihal juadah atau rumah. Teruja sikit tuan rumah tu.

2. Satu lagi group, aku tengok jenis cakap besar. Bila dah ada rezki lebih mula cakap besar, nak beli rumah banglo, nak menunjuk2 kereta baru, dsb. Cukup meluat aku dibuatnya.

3. Dan sekelompok lagi suka highlite benda2 negetif contohnya, rumah ni jauh, sunyi, tak ada orang, banyak rumah kosong, tak ada kedai. Dia tidak nampak the beauty lying around. Their mind has been blocked. Many negative people around us yg sebenarnya cuba menyembunyikan kelemahan diri sendiri dan cuba sedaya upaya menidakkan kebahagiaan dan kelebihan orang lain. To this group I just fill pity for them.

4. Yang honest dan ikhlas tu kita boleh nampak InsyaAllah. Dari nada komen yang bersahaja dan tanpa di buat2.

Kadang2 tu kawan2 dan jiran2 yang lebih prihatin dan cuba bersilaturrahim berbanding dengan adik beradik dan saudara mara sendiri. Kita selalu take for granted akan hubungan persaudaraan kita atas pertalian darah daging. Namun apapun Hari Raya yang rata2 di Klang Valley ini yg disambut selama sebulan adalah wadah terbaik dan sesuai untuk kunjung mengunjung dan mengeratkan tali silaturrahim sesama muslim, insyaAllah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...