Showing posts with label Pet. Show all posts
Showing posts with label Pet. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Ehsan Pada Haiwan

Setiap pagi saya melalui jalan ke Sg Choh berdekatan Kilang Perodua menuju pekan Rawang menuju ofis di KL. Sering kelihatan seekor anjing tempang duduk di pembahagi jalan. Anjing ini umpama menanti belas ehsan orang yang lalu lalang untuk melempar sisa-sisa makanan. Pabila petang, sekali lagi saya melalui jalan ini untuk pulang ke rumah. Sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau saya perhatikan anjing ini setia di situ. Rezkinya ada Alhamdulillah. Ada yang balingkan kotak KFC berisi sisa2 ayam goreng, ada lebihan2 nasi dan macam2. Ehsan manusia pada haiwan telah membantu kesenambungan hidup anjing tempang yang hilang skil buruannya itu.

Isteri saya pula bercerita perihal anak seorang sahabat yang peka pada haiwan di timpa malang yang hidup tersisih. Syahid dan Syahidi begitu merasa belas pabila terjumpa kucing2 yang sakit atau sudah berulat. Kucing itu di bawa pulang. Ulat2 di buang satu persatu dan lukanya dibersihkan. Ubat spray yang dibeli dari Klinik Haiwan digunakan dalam rawatan ini. Setakat ini ada dua ekor kucing yang dapat dipulihkan dan kini menjadi kucing yang sihat, cantek dan manja, hidup bahagia di rumah mereka. Dengar khabarnya yang terbaru ada seekor lagi kucing malang yang sedang di rawat kedua beradik yang mulia ini. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada mereka berdua.

Ehsan pada haiwan akan membawa keberkatan dan boleh menjadi asbab mengundang belas ehsan Allah. Bukankah kita pernah mendengar sebuah kisah perihal seorang perempuan yang banyak dosa, yang selepas menghilangkan dahaganya di sebuah telaga di kawasan padang pasir, ternampak seekor anjing yang kehausan. Atas rasa kasihannya dia bersusah payah mendapatkan air dari telaga itu yang disisi dalam sepatunya. Berkat usahanya ini, Allah telah memberikan redhanya untuk dia dapat dimasukkan ke Syurga Allah.

Justru janganlah kita menjadi manusia yang berwatak haiwan ganas yang sanggup membunuh malah membakar anak kecil yang tidak berdosa, tapi jadilah manusia yang berjiwa mulia yang punyai rasa kasihan sesama makhluk termasuklah haiwan2 yang berkeliaran kerana mereka juga punyai hak untuk hidup dalam ruang dan persekitaran yang ada.


@@@

Tuesday, March 06, 2007

Welcome Runi !

Misteri kehilangan Zidan tempoh hari, telah aku tutup kes nya sebagai mati dibaham kucing setelah melompat dan jatuh ke lantai. Kekosongan akuarium beberapa hari itu telah manggamit kenangan indah bersama Zidan. Justru penggantinya perlu dicari, kata isteriku. Kunjungan isteri dan Iman ke kedai Seri, telah menemukan mereka dengan bakal pengganti Zidan. Seekor ariwana perak sama saiz dengan Zidan dulu, dengan harga patut. Cadangan pertama oleh isteri dan disusuli pujukan oleh Iman untuk membelinya, berjaya kupatahkan. Namun cobaan kedua mereka, berjaya. Kini akuarium itu telah dipindah ke indoor bersebelahan dengan TV di second living room. Di hiasi dengan lampu dan campuran 'bahan pewarna' menjadikannya sungguh cantek dan majestik. Bila isteri dan anak2 give me the honour untuk menamakannya. Aku tanpa ragu menamakannya RUNI. Yap.... sempena The Wayne of MU that is. Killer instinctnya tak sehebat Zidan, but getting better. On the first day, Runi baham 7 cengkerik segar. Welcome Runi !!

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...