Isteri saya pula bercerita perihal anak seorang sahabat yang peka pada haiwan di timpa malang yang hidup tersisih. Syahid dan Syahidi begitu merasa belas pabila terjumpa kucing2 yang sakit atau sudah berulat. Kucing itu di bawa pulang. Ulat2 di buang satu persatu dan lukanya dibersihkan. Ubat spray yang dibeli dari Klinik Haiwan digunakan dalam rawatan ini. Setakat ini ada dua ekor kucing yang dapat dipulihkan dan kini menjadi kucing yang sihat, cantek dan manja, hidup bahagia di rumah mereka. Dengar khabarnya yang terbaru ada seekor lagi kucing malang yang sedang di rawat kedua beradik yang mulia ini. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada mereka berdua.
Ehsan pada haiwan akan membawa keberkatan dan boleh menjadi asbab mengundang belas ehsan Allah. Bukankah kita pernah mendengar sebuah kisah perihal seorang perempuan yang banyak dosa, yang selepas menghilangkan dahaganya di sebuah telaga di kawasan padang pasir, ternampak seekor anjing yang kehausan. Atas rasa kasihannya dia bersusah payah mendapatkan air dari telaga itu yang disisi dalam sepatunya. Berkat usahanya ini, Allah telah memberikan redhanya untuk dia dapat dimasukkan ke Syurga Allah.
Justru janganlah kita menjadi manusia yang berwatak haiwan ganas yang sanggup membunuh malah membakar anak kecil yang tidak berdosa, tapi jadilah manusia yang berjiwa mulia yang punyai rasa kasihan sesama makhluk termasuklah haiwan2 yang berkeliaran kerana mereka juga punyai hak untuk hidup dalam ruang dan persekitaran yang ada.
@@@
2 comments:
ehsan pada haiwan amat mulia. haiwan tak akan memuji macam manusia.
TQ Cikli. Ehsan pada haiwan menguji keikhlasan.
Post a Comment