Friday, March 02, 2012

Kaya Di Dunia



Saya membaca akhbar The Sun pagi ini dan tertarik dengan satu slot mengenai "40 richest worth RM193 billion" di mukasurat 11.  Manusia paling kaya di Malaysia ialah Robert Kuok yang kini berumur 88 tahun dengan harta bernilai USD12.4 billion. Tempat kedua jatuh kepada Ananda Krishnan 73 tahun yang memiliki harta berjumlah USD9.9 billion. Ranking ketiga ialah Pn Sri Lee Kim Hua dengan harta USD6.5 billion.

Hebat bukan? Kekayaan yang menggunung di dunia yang fana ini. Namun mari kita tengok hakikat kehidupan ini. Setelah umur meningkat begitu, mungkin banyak nikmat yang Allah kurniakan dulu sudah ditarik balik. Contoh dulu boleh dinner makan lobster, tapi kini tidak boleh lagi. Kerana tahap kesihatan sudah tidak membenarkan. Dulu dikelilingi oleh jelitawan2 namun kini mungkin sudah tidak mampu lagi kerana daya seks sudah lemah. Dulu suka berhibur dan melancong, tapi kini lebih gemar untuk berehat dan tidur kerana mudah kepenatan akibat faktor usia. Maka hakikatnya, kaya yang sebenarnya tidaklah kaya. Nikmat yang banyak sudah hilang walaupun kaya. Maka itulah kaya di dunia.

Kalau kita lihat apabila bilionare2 ini mati, upacara pengkebumiannya sangatlah grand, mungkin memakan perbelanjaan ratusan ribu ringgit. Di dada2 akhbar mungkin diceritakan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan oleh simati semasa hayatnya. Namun hakikatnya ia dia tidak dapat membawa apa2 yang berharga dari hartanya yang berbillion itu. Semuanya terpaksa ditinggalkan untuk dinikmati oleh orang lain. Dia menjadi manusia yang paling miskin. Keseorangan dalam kegelapan dihimpit lubang kuburnya yang sempit. Kaya harta di dunia tidaklah mebawanya kemana.

Hakikat hidup ialah suatu hari akan mati. Apabila kematian tiba. Apabila tarikh luput sudah sampai, maka tiada lagi kekuatan, teknologi atau kepakaran yang dapat menyekatnya, hatta doktor paling pakar dalam dunia. Malaikat maut tidak dapat disekat atau ditangguh daripada melaksanakan tugasannya. Mati itu pasti. Walau sehebat atau segah manapun kita di dunia ini, mendabik dada atau berbangga dengan harta yang melimpah ruah. Itulah hakikat yang pahit namun terpaksa ditelan jua.

Lebih parah lagi apabila matinya dalam keadaan mensyirikkan Allah. Walau sehebat mana pun dia. Walau setinggi mana pun pangkatnya. Matinya dalam kehinaan. Bakaran api neraka setia menantinya. Di sisi Allah tiada bezanya manusia ini melainkan Taqwa kepada Allah. Itu sahaja kayu pengukur baik buruk, kaya miskin seorang manusia, seorang hamba. Walaupun engkau dulu seorang billionare yang kaya raya. Manusia di istdrajkan oleh Allah dengan nikmat harta. Kelabu mata hatinya daripada kebenaran dan nikmat hakiki.

Salah satu nikmat dunia ialah makanan. Selazat manapun makanan itu, manusia tadi ada had untuk menikmati kelazatan itu. Kita ambil contoh makanan buffet di sebuah hotel enam bintang yang menghidangkan 500 jenis juadah yang sedap belaka. Paling pelahap pun manusia itu mungkin dapat balun 10 pinggan penuh juadah beraneka rasa. Setakat itu sahaja. Kalau terlebih dari had mungkin akan termuntah. Segala yang terhidang tidak mendatangkan apa2 selera lagi. Apa yang masuk ke dalam perut pula, sebahagian besar akan dikisar menjadi taik. Itulah hakikatnya. Jadi apa sangat yang hendak dibanggakan. Kalau kita perhatikan orang2 kaya ini, lagilah pulak makannya sedikit sahaja. Sudah tiada nikmat makan untuk dia, berbanding dengan orang miskin, nampak tak?

Maka harapnya kita jelas di sini, bahawasanya destinasi kita ialah Akhirat. Di sana ada nikmat hakiki. Makan yang berterusan, seks yang berterusan, kesihatan, keindahan, keselesaan dan segala nikmat yang kekal abadi. Itulah kaya yang sebenar. Bukan tertipu oleh kekayaan dunia yang sebentar. Sempena hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita muhasabah. Apakah segala perlakuan kita ini membawa kepada keselesaan hidup kita di Akhirat nanti?

Apakah kita sudah menunaikan segala yang wajib? Apakah kita sudah lakukan perkara2 sunat? Apakah kita sudah betulkan niat nawaitu kerana Allah atas segala perkara2 harus seperti tidur, makan, bekerja, bermuamalat, dan sebagainya? Dengan memperbetulkan niat kita maka ada ganjaran pahala bagi segala perkara2 yang harus tadi, seolah-olah kita melakukan amalan2 sunat pula, insyaAllah. Jangan lupa untuk meninggalkan perkara2 makruh dan syubahah. Dan sudah tentunya jauhkanlah perkara2 yang haram. 

Jika itu plan bertindak kita untuk hari2 mendatang ini, maka tidak mustahil kita akan tergolong dalam kelompok manusia yang paling kaya mengikut hakikat yang sebenarnya, insyaAllah.

@@@

8 comments:

kinakona said...

InsyaAllah Amin. Kalau dpt kaya dua2 pun bgus kat sini kaya kat sana pun kaya insyaAllah. Tp jika tdk ckupla kita sekadar besederhana kat sini dan berusaha utk kaya disana.

zul permatang badak said...

hidup besederhana,memandang yg tiada....

School Of Tots said...

TQ ank_ayah. Islam nak kita kaya. Ibadah zakat itu sendiri mengkehendaki seseorang itu kaya harta. Namun janganlah kaya yang menjauhkan diri drp Allah. Kita nak semakin kaya semakin rapat dengan Allah. Bukan semkain kaya semakin syirik pada Allah.

School Of Tots said...

TQ zul permatang badak. Belajar memada pada yang ada. Itu gamaknya hidup bersederhana.

Anonymous said...

org yg kaya, adalah org yg tidak bergantung kpd apa2 asbab dan cukup dengan hanya harap pada Allah. maka org2 begini, biarpun zahirnya susah, tapi pasti dia akan masih mampu senyum memanjang dlm mengharungi kehidupan.


org yg miskin adalah org yg banyak bergantung n berhajat dgn asbab,dan hati mati dpd mengingati Allah. maka biarpun zahirnya mewah, tapi pasti dia sentiasa dlm keadaan sedih dan hati yg gelisah.

semoga Allah jadikan kita seorg yg kaya, sepertimana cara yg diredhaiNya.

School Of Tots said...

TQ Ibnu Hatari. Untunglah orang2 yg kaya harta tapi dekat kepada Allah. Tidak kedekut menginfaqkan hartanya pada jalan Allah.

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Tapi ramai tak tahu Malaysia cuba melindungi kekayaan pemimpin politik yang dijangka melebihi Robert Kuok dan Ananda Krisnan.Mereka boleh guna isu memajukan Melayu

School Of Tots said...

TQ PAS Cawangan Bukit Sentosa 2. Kawan saya seorang hartawan baru mati hari isnin lalu. Mata saya lihat jenazahnya dimasukkan ke liang lahad di tanah perkuburan. Saya tak nampak sebarang hartanya di tanam bersama. Hanya beberapa helai kain putih pembalut tubuh menemaninya. Harta dunia tetap mahu tinggal di dunia. Harta akhirat yg dibawa bersama dlm bentuk amal soleh & sedekah jariah, InsyaAllah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...