CLICK n GO

Monday, December 29, 2008

Bloodiest Day For Palestinians

As the Muslims prepare to celebrate Maal Hijrah the new year with a new beginning for a better, the bloody Israeli warplanes and combat helicopters pounded the Hamas-ruled Gaza strip on Saturday, killing at least 205 people in the bloodiest day for Palestinians in more than 20 years. The Arab world reacted in shock to the attacks with scattered protests around the region. "It's a Zionist holocust, but it won't dissuade us from going on with our struggle to achieve our goals, " said Ali Barakah, one of the protesters. Probably this is a farewell to Bush who is winding down at his Texas ranch. The USA urges Israel to avoid civilian casualties as it targets Hamas in Gaza. Is this possible? I don't think so. King Abdullah II of Jordan said the attacks "targeted innocents among the civilians including women and children" and warned that "violence will only escalate the crisis and will not bring security to Israel". So we are entering the new year 1430 Hijriah with that scenerio in place. It is pretty ugly, don't you think? I think so.

@@@

Saturday, December 27, 2008

PLKN


Today is the day we send off our son Amir for PLKN (Program Latihan Khidmat Negara), The Malaysian National Service Training Programme, in the sixth year. He is among the first batch intake for 2009 program. It is for the duration of 3 months, right until March 2009 (just before SPM result to be announced). There are 25 full loaded buses taking off from Selayang Municipal Stadium's parking lots to various PLKN centers within Selangor and Perak. Total of about 1,000 trainees from this pickup point alone with about 5,000 family members and friends sending them off, giving a carnival like atmosphere around. A sense of proud, sad & curious can be seen on their faces. A total of 100 pickup points listed for this intake.

My son headed for Kg Baharu Ayer Tawar, Perak. With him is a friend Lukman from SAMT-KKB (his school before MRSM-KP). About 140,000 youngsters for PLKN were picked on an ad-hoc basis from 500,000++ SPM students (17 years old) throughout the country, in batches distributed to 81 PLKN centers all over Malaysia. For the first batch, 37,000 trainees left for their respective camps in stages from 106 departure points.

Objectives of the PLKN

  • Develop a young generation who are patriotic and with love for their country
  • Enhance unity among the multi-racial communities in the country
  • Instill a spirit of caring and volunteerism among society
  • Produce an active, intelligent and confident generation
  • Develop positive characteristics among the younger generation through good values
  • Develop a generation that will always obey the current government

My hope for Amir to get the most out of this program. To learn all the good values. All the best my son !!!

Tuesday, December 23, 2008

PNB Ilham Resort




We went to PNB Ilham Resort at PD over the weekend. A good drive of 300km round trip from our house at Prima Beruntung. In the ageless tradition of a by-gone era, PNB Ilham Resort as the very name suggests is - Evocation of Inspiration. The moment you step in you will be fascinated. The architecture is of the Melaka Sultanate and the surrounding is beautifully landscaped. Such a nice place and become quite a regular vacation spot for us. One of the reason is because I enjoyed a special staff rate of RM100 per nite for the 3 bedroom apartment as compared to the published rate of RM460 per nite. That of course as one benefit being a staff in one of the PNB's company. The apartment is spacious with 5 star accomodation facilities. Complete with dry kitchen for us to prepare our meals. TV, VCD Player & Mini Hi-Fi for family entertainment.














Swimming pool is the favourite with the kids. As for me, I take a more lazy approach in between HBO movies and EPL on ESPN, with some good naps on the cozy bed. My wife also has her sweet time and manage to finish reading a book "Sejenak Bersama Hidangan Al-Qur'an" by Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni. We make our stay filled to the fullest with morning workout program at the Gym before splashing into the pool. Its off to the beach in the evening. First, the ever popular Telok Kemang, then exotic Blue Lagoon and the best and most beautiful, very quiet and most "kept secret" line of beach is of course the Cermin Beach just opposite the Blue Lagoon at Fort Ricardo. What a place to be especially in the early evening.





On the first night after our homemade dinner we went to enjoy Ilham very own in-house cinema screening action pack The Forbidden Kingdom starring Jet Li & Jacky Chan. Then I stumble into my friend Yusof (and the gang) who asked for some game of table tennis. Then I cool down with my son Amir at the pool site with pack of peanuts while enjoying some good but loud music from the karaoke at the open food court down the hall. On our final day my wife have another good workout at the gym while the kids and me playing in the pool. Then we climb up the Ilham trademark "10 storey" viewing tower to enjoy the full view of the coast and the thick forest reserve at the side. What a majestic view from the top with fresh air breezing through.



We snap a handful of shots with the 5 individual handsets throughout the 3 days stay and pretty much sure to have enough good photos to compile into a nice album, after completed downloading or blue-toothing it into the home PC when we go back. Not to forget to share some scenic and memorable captures in this very posting. To complete our 3 days 2 nite stay here at Ilham is definitely the 1 km walk through the Tanjung Tuan Reserve Forest to the peak of Tanjung Tuan santuary, yes the still operational Fort Ricardo Light House, build since year 1872 by the British. From up there you can see the thin line of Sumatera from the distance. The green water surrounding, fresh air and the open sky. God creation, what a feeling. Perfect vacation for me and my family. Eventhough this is our fifth time stay at Ilham, we enjoy it everytime. We shall come back again next year. Economical yet first class vacation for us !!

























Friday, December 19, 2008

Goodbye 2008

Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT di penghujung tahun hijrah 1429 bersamaan dengan tahun masihi 2008 ini untuk terus menghirup oksigen memenuhi rongga jantung kita bagi meneruskan kehidupan yang fana ini. Bersamaan hembusan CO2 menyumbang kepada putaran eko sistem sejagat dimuka dunia ini, kita dikejutkan dengan beberapa kejadian tanah runtuh bermula di Ulu Yam tempoh hari, disusuli dengan kejadian di Damansara dan minggu lepas di Bukit Antarabangsa. Ini tidak lain bahkan sebagai peringatan oleh Allah SWT akan kebesaran-Nya dan halusnya kita sebagai hamba-Nya. Untuk kita muhasabah diri, dan menilai kembali perjalanan hidup kita selama ini dalam menjadi pemegang amanah-Nya untuk mentadbir dunia ini sebagai khalifah-Nya.


Sudahkah kita menunaikan tanggung-jawab dan amanah itu mengikut sunattullah atau sekadar di pinggiran atau dengan tiada keikhlasan. Apakah nafsu dan harta-benda menjadi raja di mata? Sama-samalah kita tepuk dada dan menjawabnya dengan betul. Apabila segala amaran dan peringatan Allah telah kita abaikan dan kemaksiatan berleluasa, amanah dipecahkan, iman goyang dan jatidiri hilang maka lambat laun kemusnahan akan dijelmakan jua. Semoga pada tahun baru ini, kita akan lebih bersedia untuk mengubah hala tuju kehidupan kepada yang yang lebih baik, jalan yang lurus menuju redha-Nya. Perubahan itu bermula dari diri sendiri dulu. Setiap kita ada amanah untuk menjadi insan kamil, insyaAllah.


Doa dan pengharapan kita semoga tahun 2008 yang akan berlalu beberapa hari lagi ini dengan segalan kegiatan dan urusan kerja kita, keluarga dan masyarakat berjaya pula menagih kasihan belas Allah SWT untuk kita mendamba rahmat-Nya. Semoga dengan rahmat Allah SWT itu diberikan pula keampunan-Nya di atas segala dosa dan noda yang telah kita lakukan selama ini. Berkat ibadah penuh tawadduk, solat-solat fardu dan solat-solat sunat, qiyamullail, sedekah, tadarus, zikrullah, puasa, zakat, urusan kerja, sosial dan khidmat masyarakat itu melayakkan kita mendapat rahmat dan keampunan Allah Yang Maha Esa. Dibebaskan kita semua dari azab Neraka-Nya. Harapan menggunung kita agar dapatlah apa kiranya kita ini tergolong ke dalam kelompok hamba-hamba-Nya yang berpeluang menikmati Syurga-Nya.


Kedatangan tahun 2009 ini ingin kita sambut dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran kerana berpuas hati dengan tahap amalan dan ibadah kita. Kita mesti sedar bahawa tahun ini akan penuh dengan cabaran. Keruntuhan sistem ekonomi global yang rata-rata berpaksikan riba yang diharamkan dalam Islam itu, sudah tentu akan mempengaruhi sentimen ekonomi negara. Namun insyaAllah kita yakin berkat usaha yang ikhlas, transformasi yang jelas, dan perancangan bisnes yang komprehensif akan dapat menyediakan kita semua untuk menghadapi tahun baru ini. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Jangan lakukan perbuatan jahat dan jangan balas perbuatan jahat dengan perbuatan jahat yang lain”, boleh kita jadikan pedoman dan amalan untuk kehidupan yang lebih baik. @@@

Tabligh

Beberapa mingggu lalu saya ke rumah kakak isteri saya di Sri Petaling. Semasa solat zohor saya singgah di Masjid Sri Petaling yang terkenal sebagai pusat jemaah tabligh. Itulah pertama kali saya menjejaki kaki ke situ walaupun sudah acap kali mendengar perihal Masjid Sri Petaling ini dari Hj Munir setiausaha Surau Al-Faaizeen dan Ustaz Ayub pengetua Madrasah Tahfiz Al-Rahman yang aktif dalam jemaah tabligh.

Saya kagum dengan pasarana masjid dua tingkat itu yang lengkap dengan dewan makan, pusat khidmat masyarakat, tempat persinggahan musafir, bilek mandi, tempat membasuh dan menjemur pakaian. Semasa solat Zohor itu saja saya congakkan ada kurang lebih 400 jemaah. Majoriti mereka berjubah puteh. Jarang kita jumpa masjid yang dikunjungi begitu ramai
jemaah kecuali untuk solat Jumaat. Masjid ini dibina atas modal RM3 juta, ehsan derma orang ramai tanpa bantuan kerajaan atas ukhwah kekuatan jemaah tabligh itu sendiri. Inilah satu-satunya masjid di Malaysia yang tiada daun pintu dan tabung masjid. Tapi, bil bulanan elektrik and air ada saja yang membereskannya. Ia mampu menampung kapasiti 10 000 jemaah pada satu-satu masa dan setiap bulan akan ada jemaah keluar berdakwah di jalan Allah, 3 hari atau 40 hari keseluruh pelusuk tanahair malah melewati sempadan negara.

Semasa pembinaan masjid ini, sebagaimana yang diceritakan oleh Hj Munir yang di usia remajanya turut menyumbang tenaga, kesemua pekerja mestilah muslim yang tidak tinggal solat fardu. Atas keberkatan itulah agaknya masjid ini tersergam sebagaimana hari ini. Memang terkesan saya dengan suasana ini,
pelajar2 tahfiznya dan amalan masjid yang sentiasa hidup.

Mengikut sejarahnya jemaah tabligh didirikan oleh Syaikh Maulana Ilyas bin Syaikh Muhammad Ismail Al-Kandahlawi Al-Hanafi (Rahimahullah) di benua India, tepatnya di kota Sahar Nufur. Beliau dilahirkan tahun 1303H di lingkungan keluarga yang mengikuti thariqat Al-Jitsytiyyah ash-Shufiyyah. Beliau orang yang hafidz (hafal Qur’an) dan menimba ilmu di Madrasah Diyuband setelah diba’iat oleh guru besar Thariqat, Syaikh Rasyid Ahmad Al-Katskuhi.

Pusat perkembangan jemaah tabligh ada di India, tepatnya perkampungan Nidzammudin, Delhi. Dakwah jemaah tabligh menyebar hingga ke Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Asia Timur dan menyebar hingga ke seluruh dunia. Konsep berdakwah dari pintu ke pintu secara berdepan adalah modus operandi jemaah tabligh ini. Kini pusat tabligh berkembang ke serata dunia termasuklah Venezuela, Vietnam, Yugoslavia, Uzbekiztan, New Zealand, China, Filipina, Sweden, Mesir, Myanmar, USA, Hong Kong, Taiwan, Britain, Bolivia, Australia, Denmark dan Afrika Selatan.


Dalam halaqah.net ada di nyatakan: Agak sukar hendak ditinjau secara mendalam mengenai corak pemikiran dan ajaran jemaah tabligh kerana kekurangan sumber. Ini kerana jumlah buku-buku yang menjadi pegangan mereka amat sedikit. Tambahan pula mereka lebih mementingkan kegiatan amali daripada kegiatan menulis dan berteori. Ini agak bercanggah dengan nasihat Maulana Muhammad Ilyas sendiri kepada para karkun (ahli) yang jelas sekali sangat mementingkan penyampaian dakwah melalui penulisan. Malangnya nasihat ini kurang diperhatikan, maka terbentuklah sikap apatetis terhadap lapangan penulisan berunsur dakwah di kalangan ahli-ahli mereka.

Dalam konteks jemaah tabligh di Malaysia, pertama sekali tujuan wujudnya gerakan Jemaah Tabligh ini ialah berdasarkan dua ayat Al-Quran yang bermaksud:-

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung." (Al-Imran : 104)


"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq." (Al-Imran :110)

Jadi selaras dengan gerakan ini sendiri, matlamat utamanya ialah untuk menjalankan tabligh atau dakwah yang mengajak manusia ke jalan Allah s. w. t. dengan menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Jemaah tabligh ini memberi penekanan kepada ajarannya sehingga perkara-perkara lain menjadi kurang penting. Ini tidak bermakna mereka mengabaikan perkara-perkara lain tetapi tujuan terpenting ialah melaksanakan tabligh ini biarpun para anggotanya kurang berilmu atau tidak berilmu.

Semuanya itu merupakan tujuan atau matlamatnya secara umum. Adapun secara khususnya, gerakan ini berpusat pada dua ajaran pokok: material dan spiritual. Dari segi materialnya, tujuannya ialah untuk mengadakan perjalanan tabligh secara berkumpulan dari satu tempat ke satu tempat . Sedangkan dari segi spiritualnya, ia bertujuan menghidupkan kembali semangat dan menyerahkan seluruh kehidupan kepada perintah Allah s. w. t., sebagaimana tersebut dalam al-Quran, surah an-Nisa (maksudnya):

"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka persilisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya."

Maka tujuan utama Jamaah Tabligh ialah melaksanakan perjalanan tabligh untuk menyeru dan mengamalkan Islam sebagaimana yang dijalankan oleh para Nabi dan Rasul. Jadi misi tabligh ini berjalan serentak dengan amalan iaitu teori dan praktiknya sekaligus. Di samping itu mereka belajar melalui kitab dan teladan.

Menurut ajaran Maulana Muhammad Ilyas, terdapat prinsip-prinsip ajaran yang tertentu yang harus dijadikan pegangan asas. Yang pertama sekali ialah prinsip Iman, atau disebut sebagai kalimah Tayyibah sahaja. Yang dimaksudkan dengan Kalimah Tayyibah di sini ialah "La ilaha iIlallah, Muhammad Rasulullah" iaitu tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Seseorang itu bukan sahaja harus melafazkannya selalu, malah perlu memahami pengertian dan falsafah yang terkandung di dalamnya. Dengan menyebutnya selalu dia bukan sahaja mendapat pahala, bahkan dapat mengelakkannya dari menyengutukan Allah dan perbuatan-perbuatan mungkar.

Melihat dari segi ini jelas sekali keutamaan Iman pada pandangan Muhammad Ilyas. Bagaimanapun selepas menyentuh tentang kepentingan dan keutamaannya, tidak pula dibahaskannya secara lanjut dalam hubungannya dengan realiti kehidupan umat Islam sebagai contoh di India pada ketika itu yang merupakan wilayah yang paling banyak tersebarnya kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik yang benar-benar mengancam kemurnian Iman dan Aqidah.

Muhammad Ilyas lebih gemar bercakap tentang kegiatan tabligh daripada menyentuh masalah syirik. Walaupun didapati beliau sama sekali tidak melayani permintaan untuk memberi azimat atau tangkal, namun beliau tidak pula menyebutkan dengan tegas bahawa azimat dan tangkal itu adalah amalan syirik belaka sebagaimana banyak tersebut dalam hadis-hadis sahih. Ringkasnya, keutamaannya kepada matlamat perjuangannya untuk bertabligh mengatasi persoalan-persoalan lain.

Mengiringi prinsip pertama ialah prinsip kedua, iaitu Solat (Namaz). Menurut Muhammad Ilyas, Kalimah Tayyibah dan Namaz ini merupakan dua prinsip yang asasi dan terpenting. Fadhilat Salat adalah terlalu banyak jika hendak diperhitungkan, apalagi jika ianya dikerjakan secara berjamaah. Ketika menyentuh tentang kepentingan Kalimah dan Namaz ini, Muhammad Ilyas telah berkata:-


"The principal aim and purpose of our endeavour is to teach the Muslims all the things the holy Prophet had brought with him i. e., to integrate the Ummat with the whole of the practical and conceptual structure of Islam. This is our primary object. As for the setting out of Jama'ats and Tabligh rounds, these are the elementary means to the realisation of that ends, while the teaching of the Kalima And Namaz are, so to speak, the ABC of our curriculum."

Penekanan kepada
prinsip Namaz atau Solat ini berkait rapat dengan sikap Muhammad Ilyas sendiri terhadap suasana keagamaan pada zamannya. Baginya ketika itu penyakit umat Islam yang terbesar ialah kejahilan tentang agama terutamanya mengenai ajaran dan kewajipan yang paling asas. Sesuai dengan pandangan kesufian yang menguasai dirinya, maka tuntutan yang paling mendesak baginya ialah penanaman ilmu pengetahuan yang asas iaitu Solat atau Namaz.


Walau apa pun tabligh adalah satu lagi cabang dakwah antara ribuan cabang dakwah yang ada untuk meyeru umat ini kepada amal makruf nahi mungkar. Semoga segala usaha murni ini yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan kerana Allah akan membuahkan hasilnya di akhir nanti.

@@@

Monday, December 15, 2008

Kaki Pancing

Semalam saya menyahut pelawaan kawan saya Abdul Malik pemilik kolam pancing D'Joran untuk berniaga di permis beliau sempena pertandingan Juara D'Joran kali pertama. Itulah pengalaman mendekati dunia kaki pancing, yang selama ini cuma saya dengari atau lihat dari kejauhan. Di fikiran saya sentiasa berkata betapa kerja yang sia2 dan merugi masa. Apa tidaknya sanggup berpanas berhujan berjam-jam menunggu ikan yang tak kunjung tiba atau membelanjakan begitu banyak wang untuk membeli peralatan, yuran penyertaan malah sanggup travel beratus batu hanya untuk memancing.

Pemandangan di hari pertandingan itu memang unik. Kaki pancing sudah memenuhi D'Joran seawal 6 pagi. Malah sebahagian sudah menyertai pertandingan sampingan pada malamnya dan bermalam dengan tidur dalam kenderaan masing2 atau berkhemah di tepi2 jalan berdekatan premis D'Joran. Semoga mereka tidak lupa untuk mendirikan solat fardhu. Pertandingan sampingan itu menawarkan hadiah utama RM3k dan hadiah keseluruhan RM5k. Manakala hadiah keseluruhan untuk Juara D'Joran ialah RM20k dengan hadiah tempat pertama RM10k, memang lumayan. Maka tak hairanlah ia menarik penyertaan yang besar setiap kali di adakan pertandingan.


Persefahaman antara pengusaha2 kolam pancing juga berjaya menggilirkan pertandingan2 supaya tidak clash antara satu sama lain. Hadiah utama pertandingan boleh mencecah hingga RM17k. Mengikut seorang kaki pancing yang dikenali sebagai Raja Umpan, pada bulan lepas seorang anak muda telah menang hadiah utama RM14k setelah berjaya bertarung dgn Tongsan seberat 6.5kg dan menggunakan durian runtuhnya itu untuk berkahwin dengan tunangnya. Maknanya penyertaan kaki2 pancing dalam setiap pertandingan adalah biznes yang serius dan bukan sekadar main2 atau hobi semata.

Saya memerhati pendaftaran peserta2 di awal pagi itu. Pelbagai nama samaran digunakan, antaranya yang saya ingat ialah Man Kuku, Sabar Menanti, & Raja Patin. Bayaran RM59 dikenakan dan setiap peserta akan diberi resit penyertaan yang perlu ditunjukkan untuk pengesahan setiap kali menyerahkan ikan2 yang berjaya ditumbangkan untuk ditimbang oleh pihak urusetia. Stiker D'Joran berwarna merah untuk dilekatkan pada joran masing2 juga dibekalkan.


Pancang besi bermula pada hari sebelumnya pukul 7 pagi bagi menanda lokasi strategik untuk joran masing2. Ikan2 yang mata kail (jenis 2 mata perambut lembut) melekat di dalam mulut ikan (BOLL) dan tidak pada lain2 anggota (badan, ekor, dll) layak di rekodkan yang akan disahkan oleh petugas2 yang dikenali sebagai Marshall pertandingan. Pemenang akan di pilih mengikut berat ikan dan masa tangkapan terpantas. Sepanjang pertandingan pada 4 kolam yang tersedia itu, ikan2 yang banyak meragut umpan adalah dari spesis Patin, Pacu & Tongsan. Umpan2 di bancuh dan diadun mengikut jenis ikan yang hendak di kail. Bahan2 yang utama termasuklah roti, bahan organik yang diproses, dan pelbagai serbuk khas. Umpan perut ayam adalah dilarang. Spesis Keli pula dalam kategori yang lain kerana mengikut Malik, Keli mudah sangat untuk di kail kerana tidak memilih umpan. Pihak penganjur tidak akan bertanggung-jawab ke atas keselamatan diri atau harta benda peserta sebelum, ketika mahupun selepas pertandingan.

Pertandingan bermula tepat jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 2 ptg. Pemenang pada hari itu jatuh kepada Haris dari Sekincan dengan ikan Tongsan seberat 5.4kg pulang membawa RM10k untuk usaha 5 jam nya. Pemenang kedua ialah Hadi dari Sg Besar dengan Patin seberat 4.35kg. Seramai 28 peserta lain menerima hadiah masing2 bernilai RM2k hinggalah ke hamper makanan. Minggu depan sudah di war2kan ada cabaran penutup tirai 2008 di Silver Lakes di Beranang yang hadiah utamanya RM15k, RM5k, RM2k, RM800, RM400 dan 45 hadiah saguhati bernilai RM250 hingga RM100.

D'Joran dikunjungi purata 30 pelanggan setiap hari dengan fee RM21 untuk 2 jam dengan hasil harian berjumlah RM630. Tolak kos operasi, kos sewa tanah dan gaji 5 staf sepenuh masa memberi Malik keuntungan purata RM200 setiap hari (RM6,000 sebulan). Penyertaan dari 420 peserta pada Juara D'Joran hari itu pula berjaya memberi kutipan sejumlah RM24,780 kepada Malik towkey D'Joran. Keuntungan bersih kurang lebih RM4,000...not bad for a day job. In fact it is a good business for Malik yang sudah ada pengalaman memancing selama 18 tahun itu, dengan janaan pendapatan bulanan RM10k, part time. Jangan lupa, Malik masih bekerja tetap sebagai eksekutif di ibukota dengan gaji RM4k sebulan.

Hasil perniagaan nasi bungkus saya pagi tu tidaklah seberapa kerana pemancing2 itu hanya fokus untuk ikan dan bukan untuk makan. Malik bermurah hati untuk tidak mengambil bayaran sewa tapak RM20 dari saya. Tapi yang menarik bagi saya ialah misteri kaki2 pancing yang taksub dalam dunia mereka terungkai sudah. Persepsi saya terhadap mereka kini agak positif. Namun bagi saya ia masih aktiviti yang membazir banyak masa iaitu kategori yang sama dengan bermain golf.

Masa yang berlalu tidak dapat ditebus kembali....24 jam sehari semalam, u and me.

@@

Friday, December 12, 2008

Balik Kampong Di Aidil Adha























































Selamat hari raya Aidil Adha semua. Pagi ni baru sampai KL balik, selepas balik kampong ke Kelantan semenjak ahad lepas. Hari tu bertolak via Karak highway bermula pukul 8 pagi. Fresh gak bertolak pagi ni especially bila cuaca jo'on (mendung) all the way. Cuma extra 2 hours bila sesat hala ke Jerantut bila nak shortcut ikut laluan alternatif Felda kat Kuala Lipis. Anyway sampai KB pukul 8 mlm, macam biasa la 12 jam perjalanan he he....biar lambat asal selamat.










Tak sah kalau tak singgah sat kat Pasar Siti Khadijah yang unik itu. Kini sudah di naik taraf dgn berlantaikan tiles dan bangunan yang sudah di cat baru dgn warna yg striking. Isteri sempat beli lada solok, sambal daging, dodol, ikan budu, sos pencicah, keropok, tapai bungkus daun getah, dan pelbagai rempah ratus.



Tarikan pelancong terbaru KB ialah tanah tebusguna puluhan hektar di bawah Jambatan Sultan Yahya. Di sana ada pasaraya Tesco dan pemandangan mistik tepi sungai Kelantan. Ketenangan senja di sapa bayu sungai dari tebing sebelah sini melewati ke seberang sana, arah Pasir Pekan dan kenderaan yang bertali arus di atas jambatan melengkapi hari raya kedua. Air sungai warna teh tarik dari hujan musim tengkujuh di ulu sungai sarat dan padat memenuhi setiap ruang, gagah menongkah arus ke muara.


Kami cuba meluangkan masa menikmati sebanyak mungkin panorama Kelantan di celah2 ziarah raya ke rumah famili dan sanak saudara. Berkesempatan memandu santai dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubur melewati sawah bendang, suasana kampong, hinggalah ke kedai bebas cukai.










Nasi belauk kat pasar Cabang 3 Pengkalan Chepa pula sudah satu kemestian. Memang ada kick. Dalam dok beratur nak dapat giliran bersama puluhan pelanggan lain, saya dok congak2 pada hari raya ketiga itu, kalau ada 100 customer yg spend RM10 macam saya ni, maknanya kakak tu dapat RM1,000 sehari. Tolak modal dan gaji pembantu2 katalah RM500, maka untung bersih RM500 sehari. Wow RM15,000 sebulan tu beb. Hmm...jual nasi belauk di KL, how about that!! insyaAllah satu hari nanti.

Anak2 kami have a sweet time kat KB Mall sempat pi bowling lagi. Manakala saya dan isteri berdua-duaan pekena the best sup perut kat gerai no 26 di pasar lama MPKB. Sempat ke Jaafar Rawas dan kedai2 lama sekitarnya. And our final day sempat ke PCB. Pantai Cahaya Bulan yang sudah di benteng dengan batu2 besar untuk menahan hakisan masih merupakan destinasi popular, masih indah dan penuh kenangan.


Setelah habis last minute shopping di KB, kami berangkat pulang ke KL sekitar 4 ptg pada hari raya ke 4. Singgah di Kuala Krai untuk makan bekalan nasi kukus "Flat Buluh Kubu", RM4 sebungkus yang ayamnya sikit punye besar. Memang sedap. Perjalanan yang lancar dalam cuaca yang tidak hujan all the way. Macam biasalah bila penat kami take a break, dan last sekali singgah kat R&R Genting Sempah sekitar 2 pagi dan tidur hinggalah ke subuh. Alhamdulillah pagi ni selamat sampai ke rumah. Home sweet home! Alhamdulillah.

@@

Friday, December 05, 2008

Sujud Terakhir

Solat adalah ibadah induk dalam Islam, tiang agama, dan amalan yang pertama2 akan di hisab di Akhirat besok. Tanpa solat segala amalan lain seolah2nya tiada nilaian lagi di sisi Allah. Pada tazkirah mingguan saya di PA syarikat hari ini, sekali lagi saya mengingatkan pada manusia yang lalai dalam solat atau yang lagi teruk insan2 yang sudah meninggalkan solat tanpa rasa bersalah sedikit pun seolah2 ianya tidak apa2, kerana hidup yang tetap mewah dan selesa, pangkat yang tinggi dan sanjungan di sana sini, agar segera insaf dan tidak alpa mendirikan solat lagi.

Walaupun persoalan solat ini sudah kita dengari semenjak kecil lagi, namun majoriti umat yang mengaku Islam masih lagi tidak solat. Atau jika solat pun masih lalai dan tidak dapat kenikmatan atau kebaikannya. Maka di mana silapnya? Ingatlah hanya ada 3 golongan manusia dalam dunia yang fana ini. Mukmin iaitu manusia Islam dan beriman dengannya. Munafik iaitu manusia yang mengaku Islam namun tiada iman, meninggalkan apa yang di suruh, atau sekadar menunjuk2 dalam beribadah tanpa ikhlas. Dan yang ketiga, Kafir iaitu manusia bukan Islam. Maka diringkaskan cerita, muhasabah diri dan letakkan diri kita pada kelompok yang mana. Yang jelas manusia yang mengaku Islam namun tidak mendirikan solat atau lalai dalam solatnya maka yang paling layak baginya adalah kelompok Munafik, Nau’zubillah.

Dalam Bab 20 kitab Khusyuk Dalam Solat karya TGNA yang saya rujuk untuk tazkirah pagi itu mengajak kita merasai keajaiban sujud terakhir dalam kita mencari sebuah solat yang khusyuk. Setiap kali ruku’ dan sujud, sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT. Setiap kali mengangkat kedua-dua tangan dan bertakbir bagi perpindahan rukun kepada ruku’ dan juga sujud itu bagaikan seorang yang menyerah diri, minta belas kasihan serta perlindungan dari seksa. Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud pula hendaklah merasakan bahawa kita sedang merendah atau menghina diri kepada satu zat Allah Yang Maha Agung, dan apabila kita merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu kita juga perlu merasai bahawa diri ini Amat kecil dan terlalu kerdil di depan Allah SWT.

Perasaan itu hendaklah sentiasa tumbuh dan disuburkan di dalam hati ketika ruku' dan sujud agar ia menyedari betapa hebat, perkasa, mulia dan agungnya Tuhan yang disembah itu. Sekaligus merasai betapa hinanya diri, apatah lagi bila mengenang asal manusia adalah dari setitik air yang hina. Apabila ia telah memasukkan kalimat Tuhan di dalam hatinya ketika solat itu, maka dengan sendirinya akan terbitlah rasa khusyuk dan elok perlaksanaan solatnya. Dengan rasa demikian yang sentiasa subur di dalam hati, maka tumbuhlah rasa taat kepada segala peraturan-Nya. Dengan sendirinya akan lenyap ciri2 sifat engkar dalam diri kerana kita sedar betapa kecilnya kita di depan kekuasaan Allah SWT.

Rupa bentuk ruku’ di dalam solat pada zahir perbuatan menunjukkan betapa seseorang itu sedang surrender atau menyerah, malah seperti minta dikasihani. Oleh kerana solat fardhu dalam satu hari satu malam itu mengandungi 17 rakaat, maka bererti 17 kali jugalah ia ruku’ atau tunduk menyerah diri kepada Zat Allah Yang Maha Perkasa itu. Jika sebanyak itu manusia tunduk menyerah kepada Tuhan, maka manusia mana lagi yang mampu untuk membantah atau engkar kepada Tuhan.

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di muka bumi. Ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah. Dengan sujud juga bererti dia telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina, maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah SWT yang menciptakan dirinya dan tanah itu.

Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam al-Qur’an adalah dijadikan dari tanah, maka setiap kali seseorang itu sujud maka ia bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. Dengan demikian bererti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan akan asal kejadiannya, tetapi ia juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia mengingat akan mati maka terasalah olehnya bahawa seolah-olah solatnya itu sebagai solat yang penghabisan. Setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi.

Sedangkan kematian itu adalah pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasa kebesaran Allah SWT, dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi, di samping lidah mengucapkan perkataan Subhana Rabbi al-A’la wa-Bihamdih.

Justru itu saya sekali lagi ingin menyeru kawan2 sekelian supaya mendirikan solat. Dalam platfom dakwah yang pelbagai, maka saya gunakan platfom tazkirah di PA syarikat saya, buletin surau, media e-mail, dan posting dalam blog ini sebagai medan dakwah saya. Sesungguhnya dakwah itu adalah sebuah proses yang berterusan. Masing2 punyai sumbangan tersendiri, insyaAllah. Semoga di penghujung ada hidayah Allah untuk menggerakkan hati2 kita semua kepada penghayatan dan pengertian tanggung-jawab sebenar seorang Hamba kepada Tuhan nya. Semoga kita tergolong di kalangan Mukmin yang mendapat redha-Nya.

@@

Tuesday, November 25, 2008

Yang Terbuku


Di musim cuti sekolah ini pelbagai aktiviti keluarga boleh dilakukan. Inilah masanya ibubapa dapat meluangkan masa bersama anak-anak, terutamanya bagi yang tinggal di asrama. Semalam kami sekeluarga ke Perpustakaan Awam KKB dan setiap kad ahli di hadkan boleh meminjam 3 biji buku, jadi kami yang punyai 5 kad dapat meminjam 15 biji buku. Dan buku-bukunya adalah keluaran terbaru dipasaran. Kalau nak dibeli harganya antara RM21 hingga RM39 setiap satu, cuba bayangkan. Jadi kemudahan ini sangat baik namun jarang di manafaatkan oleh orang ramai.

Inilah 15 tajuk buku yang kami pinjam....

  1. Minda Muslim Super - Dr Danial Zainal Abidin PTS
  2. Apa Itu Islam - Engku Ahmad Zaki PTS
  3. Rempah Ratus - Ong Heng Chooi Utusan Publication
  4. A Cup Of Confort - Colleen Sell Adams Media
  5. A Cup Of Confort For Women - Colleen Sell Adams Media
  6. Bertarung Dengan Kenangan - Ashadi Zain PTS
  7. Hantu Silap Mata - Alif Firdaus Azis PTS
  8. Bomoh And Spells - Nambai Ameen Books
  9. Sentuhan Cinta - Haiza Najwa Alaf21
  10. Ternyata Cinta - Damya Hanna Alaf21
  11. Warna Hati - Meen Zulaikha Alaf21
  12. Dunia Ini Sederhana Kecil - Bahruddin Bakri PTS
  13. Jika Benar Cinta - Lynn Dayana Alaf21
  14. Dunia Sains Aiman - Umi Kauthar PTS
  15. Profiler - Arul Khan PTS

Kelebihan yg ada di perpustakaan awam yg lokasinya agak di luar bandar ini ialah buku2nya dari stok baru yg setiap bulan dibekalkan tapi "under utilized". Kadang tu berkotak2 lagi yang belum dikeluarkan. Jadi bukunya tetap baru dan terpelihara, syok membacanya. Berbanding dengan buku2 yang ada di Perpustakaan Negara atau di bandar2 besar yang lain. Kadang terfikir jugak, kenapalah kemudahan awam ini tidak popular. Selalunya saya lihat tidak lebih dari 20 orang pengunjung sahaja setiap kali saya ke sana. Sayang sungguh, perpustakaan itu dah la besar, siap dgn kemudahan internet, langganan harian akhbar utama dgn suasana yang kondusif, tapi tidak ramai yang menghargainya. Apakah tiada kesedaran membaca dalam masyarakat atau tiada publisiti kemudahan perpustakaan awam ini. Apapun saya sangat syorkan, bawalah anak2 ke perpustakaan awam sebagai satu agenda musim cuti ini. Jimat lagi bermanafaat.

@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...