Solat adalah ibadah induk dalam Islam, tiang agama, dan amalan yang pertama2 akan di hisab di Akhirat besok. Tanpa solat segala amalan lain seolah2nya tiada nilaian lagi di sisi Allah. Pada tazkirah mingguan saya di PA syarikat hari ini, sekali lagi saya mengingatkan pada manusia yang lalai dalam solat atau yang lagi teruk insan2 yang sudah meninggalkan solat tanpa rasa bersalah sedikit pun seolah2 ianya tidak apa2, kerana hidup yang tetap mewah dan selesa, pangkat yang tinggi dan sanjungan di sana sini, agar segera insaf dan tidak alpa mendirikan solat lagi.
Walaupun persoalan solat ini sudah kita dengari semenjak kecil lagi, namun majoriti umat yang mengaku Islam masih lagi tidak solat. Atau jika solat pun masih lalai dan tidak dapat kenikmatan atau kebaikannya. Maka di mana silapnya? Ingatlah hanya ada 3 golongan manusia dalam dunia yang fana ini. Mukmin iaitu manusia Islam dan beriman dengannya. Munafik iaitu manusia yang mengaku Islam namun tiada iman, meninggalkan apa yang di suruh, atau sekadar menunjuk2 dalam beribadah tanpa ikhlas. Dan yang ketiga, Kafir iaitu manusia bukan Islam. Maka diringkaskan cerita, muhasabah diri dan letakkan diri kita pada kelompok yang mana. Yang jelas manusia yang mengaku Islam namun tidak mendirikan solat atau lalai dalam solatnya maka yang paling layak baginya adalah kelompok Munafik, Nau’zubillah.
Dalam Bab 20 kitab Khusyuk Dalam Solat karya TGNA yang saya rujuk untuk tazkirah pagi itu mengajak kita merasai keajaiban sujud terakhir dalam kita mencari sebuah solat yang khusyuk. Setiap kali ruku’ dan sujud, sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT. Setiap kali mengangkat kedua-dua tangan dan bertakbir bagi perpindahan rukun kepada ruku’ dan juga sujud itu bagaikan seorang yang menyerah diri, minta belas kasihan serta perlindungan dari seksa. Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud pula hendaklah merasakan bahawa kita sedang merendah atau menghina diri kepada satu zat Allah Yang Maha Agung, dan apabila kita merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu kita juga perlu merasai bahawa diri ini Amat kecil dan terlalu kerdil di depan Allah SWT.
Perasaan itu hendaklah sentiasa tumbuh dan disuburkan di dalam hati ketika ruku' dan sujud agar ia menyedari betapa hebat, perkasa, mulia dan agungnya Tuhan yang disembah itu. Sekaligus merasai betapa hinanya diri, apatah lagi bila mengenang asal manusia adalah dari setitik air yang hina. Apabila ia telah memasukkan kalimat Tuhan di dalam hatinya ketika solat itu, maka dengan sendirinya akan terbitlah rasa khusyuk dan elok perlaksanaan solatnya. Dengan rasa demikian yang sentiasa subur di dalam hati, maka tumbuhlah rasa taat kepada segala peraturan-Nya. Dengan sendirinya akan lenyap ciri2 sifat engkar dalam diri kerana kita sedar betapa kecilnya kita di depan kekuasaan Allah SWT.
Rupa bentuk ruku’ di dalam solat pada zahir perbuatan menunjukkan betapa seseorang itu sedang surrender atau menyerah, malah seperti minta dikasihani. Oleh kerana solat fardhu dalam satu hari satu malam itu mengandungi 17 rakaat, maka bererti 17 kali jugalah ia ruku’ atau tunduk menyerah diri kepada Zat Allah Yang Maha Perkasa itu. Jika sebanyak itu manusia tunduk menyerah kepada Tuhan, maka manusia mana lagi yang mampu untuk membantah atau engkar kepada Tuhan.
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di muka bumi. Ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah. Dengan sujud juga bererti dia telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina, maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah SWT yang menciptakan dirinya dan tanah itu.
Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam al-Qur’an adalah dijadikan dari tanah, maka setiap kali seseorang itu sujud maka ia bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. Dengan demikian bererti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan akan asal kejadiannya, tetapi ia juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia mengingat akan mati maka terasalah olehnya bahawa seolah-olah solatnya itu sebagai solat yang penghabisan. Setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi.
Sedangkan kematian itu adalah pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasa kebesaran Allah SWT, dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi, di samping lidah mengucapkan perkataan Subhana Rabbi al-A’la wa-Bihamdih.
Justru itu saya sekali lagi ingin menyeru kawan2 sekelian supaya mendirikan solat. Dalam platfom dakwah yang pelbagai, maka saya gunakan platfom tazkirah di PA syarikat saya, buletin surau, media e-mail, dan posting dalam blog ini sebagai medan dakwah saya. Sesungguhnya dakwah itu adalah sebuah proses yang berterusan. Masing2 punyai sumbangan tersendiri, insyaAllah. Semoga di penghujung ada hidayah Allah untuk menggerakkan hati2 kita semua kepada penghayatan dan pengertian tanggung-jawab sebenar seorang Hamba kepada Tuhan nya. Semoga kita tergolong di kalangan Mukmin yang mendapat redha-Nya.
@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment