Pemandangan di hari pertandingan itu memang unik. Kaki pancing sudah memenuhi D'Joran seawal 6 pagi. Malah sebahagian sudah menyertai pertandingan sampingan pada malamnya dan bermalam dengan tidur dalam kenderaan masing2 atau berkhemah di tepi2 jalan berdekatan premis D'Joran. Semoga mereka tidak lupa untuk mendirikan solat fardhu. Pertandingan sampingan itu menawarkan hadiah utama RM3k dan hadiah keseluruhan RM5k. Manakala hadiah keseluruhan untuk Juara D'Joran ialah RM20k dengan hadiah tempat pertama RM10k, memang lumayan. Maka tak hairanlah ia menarik penyertaan yang besar setiap kali di adakan pertandingan.
Persefahaman antara pengusaha2 kolam pancing juga berjaya menggilirkan pertandingan2 supaya tidak clash antara satu sama lain. Hadiah utama pertandingan boleh mencecah hingga RM17k. Mengikut seorang kaki pancing yang dikenali sebagai Raja Umpan, pada bulan lepas seorang anak muda telah menang hadiah utama RM14k setelah berjaya bertarung dgn Tongsan seberat 6.5kg dan menggunakan durian runtuhnya itu untuk berkahwin dengan tunangnya. Maknanya penyertaan kaki2 pancing dalam setiap pertandingan adalah biznes yang serius dan bukan sekadar main2 atau hobi semata.
Saya memerhati pendaftaran peserta2 di awal pagi itu. Pelbagai nama samaran digunakan, antaranya yang saya ingat ialah Man Kuku, Sabar Menanti, & Raja Patin. Bayaran RM59 dikenakan dan setiap peserta akan diberi resit penyertaan yang perlu ditunjukkan untuk pengesahan setiap kali menyerahkan ikan2 yang berjaya ditumbangkan untuk ditimbang oleh pihak urusetia. Stiker D'Joran berwarna merah untuk dilekatkan pada joran masing2 juga dibekalkan.
Pancang besi bermula pada hari sebelumnya pukul 7 pagi bagi menanda lokasi strategik untuk joran masing2. Ikan2 yang mata kail (jenis 2 mata perambut lembut) melekat di dalam mulut ikan (BOLL) dan tidak pada lain2 anggota (badan, ekor, dll) layak di rekodkan yang akan disahkan oleh petugas2 yang dikenali sebagai Marshall pertandingan. Pemenang akan di pilih mengikut berat ikan dan masa tangkapan terpantas. Sepanjang pertandingan pada 4 kolam yang tersedia itu, ikan2 yang banyak meragut umpan adalah dari spesis Patin, Pacu & Tongsan. Umpan2 di bancuh dan diadun mengikut jenis ikan yang hendak di kail. Bahan2 yang utama termasuklah roti, bahan organik yang diproses, dan pelbagai serbuk khas. Umpan perut ayam adalah dilarang. Spesis Keli pula dalam kategori yang lain kerana mengikut Malik, Keli mudah sangat untuk di kail kerana tidak memilih umpan. Pihak penganjur tidak akan bertanggung-jawab ke atas keselamatan diri atau harta benda peserta sebelum, ketika mahupun selepas pertandingan.
Pertandingan bermula tepat jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 2 ptg. Pemenang pada hari itu jatuh kepada Haris dari Sekincan dengan ikan Tongsan seberat 5.4kg pulang membawa RM10k untuk usaha 5 jam nya. Pemenang kedua ialah Hadi dari Sg Besar dengan Patin seberat 4.35kg. Seramai 28 peserta lain menerima hadiah masing2 bernilai RM2k hinggalah ke hamper makanan. Minggu depan sudah di war2kan ada cabaran penutup tirai 2008 di Silver Lakes di Beranang yang hadiah utamanya RM15k, RM5k, RM2k, RM800, RM400 dan 45 hadiah saguhati bernilai RM250 hingga RM100.
D'Joran dikunjungi purata 30 pelanggan setiap hari dengan fee RM21 untuk 2 jam dengan hasil harian berjumlah RM630. Tolak kos operasi, kos sewa tanah dan gaji 5 staf sepenuh masa memberi Malik keuntungan purata RM200 setiap hari (RM6,000 sebulan). Penyertaan dari 420 peserta pada Juara D'Joran hari itu pula berjaya memberi kutipan sejumlah RM24,780 kepada Malik towkey D'Joran. Keuntungan bersih kurang lebih RM4,000...not bad for a day job. In fact it is a good business for Malik yang sudah ada pengalaman memancing selama 18 tahun itu, dengan janaan pendapatan bulanan RM10k, part time. Jangan lupa, Malik masih bekerja tetap sebagai eksekutif di ibukota dengan gaji RM4k sebulan.
Hasil perniagaan nasi bungkus saya pagi tu tidaklah seberapa kerana pemancing2 itu hanya fokus untuk ikan dan bukan untuk makan. Malik bermurah hati untuk tidak mengambil bayaran sewa tapak RM20 dari saya. Tapi yang menarik bagi saya ialah misteri kaki2 pancing yang taksub dalam dunia mereka terungkai sudah. Persepsi saya terhadap mereka kini agak positif. Namun bagi saya ia masih aktiviti yang membazir banyak masa iaitu kategori yang sama dengan bermain golf.
Masa yang berlalu tidak dapat ditebus kembali....24 jam sehari semalam, u and me.
@@
1 comment:
salam, sedang cari khemah utk camping? jom ke blog saya http://rapioutdoor.wordpress.com/
Post a Comment