Friday, October 28, 2005

Surirumah Idaman Hatiku #2

Surirumah Idaman Hatiku
Walau kini sudah 14 tahun bersama
Namun kau lawa dan tetap menawan
Sederhana sifat mu buat ku tertawan
Tidak seperti jiranku yang gedempol
Atau isteri temanku yang becok
Atau si Nora yg pembohong dan meninggi diri
Masakan mu kena dengan selera ku
Ayam percik ke ayam goreng
Daging kerutuk ke kari kepala ikan
Sedap belaka bagi ku
Rumahku pulak kau atur susun indah
Banyak pujian yang ku dengar
Kau lak tak mengada-ngada minta yang tiada
Kau terima se ada nya
Citarasa mu kena dan aku pun suka
Kau lahirkan anak-anak yang baik
Aku bangga dan syukur pada Nya
Ada rezki beranak lah lagi doa ku
Tidak terlintas aku mendua kan mu
Kau lah cinta hati ku
Hingga ke akhir nanti.

Surirumah Idaman Hatiku

Isteriku dulu
Seorang eksekutif di opis
Gaji dua tiga ribu agaknya
Paginya mengejut 3 anak yg masih lena
Lena ku terganggu juga
Anak di angkut ke rumah orang untuk di jaga
Bergegas ke opis nun di kota
Hebat bergaya penuh ceria
Tapi pada siapa ya
Pada anakkah pada suamikah ?
7 pagi menerjah alam
7 malam sampai pulang
Rumah tempat hinggap menghilang penat
Nasi bungkus siang malam
Hujung bulan duit lesap juga
Anak siapa jaga ?
Aku pening kepala
Tiada ketenangan jiwa
Aku keluh kesah entah mengapa

Kini isteriku
Surirumah sepenuh masa
Rumah ku ceria penuh bahagia
Anakku di jaga di depan mata
Budi di didik akhlak di bina
Agar besarnya nanti insan berguna
Sarapan disiap untuk suami tercinta
Dinner terhidang menunggu pulang
Taman indah sekeliling rumah
Anak ke sekolah di hantar di ambil
Tiada penghalang lagi
Masa terluang masjid dan usrah dikunjungi
Ilmu di dada bertambah sehari kesehari
Kasih sayang semakin jitu
Isteri tersayang semakin ayu
Rumahku kini Syurga ku
Tak sabar rasanya untuk pulang
Bersama isteri surirumahku
Berjemaah dan Mengaji bersama
Sebelum beradu di puncak kasih
Dialah Surirumah Idaman Hatiku !!

Wak Segan

Pak ! kalo solat pakai kupiah sah enggak? tanya Wak Seman pada Wak Jamil di sore itu. Enggak jawab Wak Jamil. Waduh pelik benar rasanya jawaban itu keluh Wak Seman. Rasa keliru gitu. Ditanya sekali lagi..namun Wak Jamil tetap dengan jawabannya.

Wak Seman pulang kebingungan. Semalaman dia tidak dapat tidur. Besok aku mesti jumpa Pak Imam. Persoalan ini pasti selesai. Apa pakai songkok macam Pak Lah saja baru sah solatnya. Bingung. Wak Seman terus ke rumah Pak Imam. Terkejut jugak Pak Imam melihat Wak Seman. Ingatkan emergency isteri nak beranak ke apa.

Setelah bertenang Wak Seman pun mengemukakan persoalannya pada Pak Imam dan perihal jawaban dari Wak Jamil semalam. Hmmm... Pak Imam tersenyum penuh berhemah. Dia tahu Wak Jamil bukan calang-calang lebai kat Kg. Ulu Semanggol ni. Pak Imam pun bukan sembarangan juga, ilmu tinggi melampau bukit bakau. Datoknya dulu pengasas kampung dan bapanya pula bekas imam dan guru pondok. Beginilah Wak Seman bisik Pak Imam, solat fardu itu diwajibkan kepada umat Islam dan tertakluk kepada beberapa syarat. Wak Seman sedar itu semua, tapi persoalannya pakai kupiah. Isu di sini ialah pakai kupiah. Sabar sabar. Pak Imam meneruskan hujah, syarat-syarat solat ialah;
1. beragama islam
2. baligh & berakal
3. suci dari hadas
4. suci seluruh anggota badan, pakaian & tempat
5. Menutup aurat, laki-laki auratnya antara pusat & lutut, sedang wanita seluruh anggota badannya kecuali muka dan dua belah tapak tangan
6. masuk waktu solat yang telah ditentukan
7. mengadap kiblat
8. mengetahui mana yang rukun dan mana yang sunat.

Ya ya Wak Seman udah paham itu semua. Masalahnya kupiah. Pak Seman mahu penjelasan Pak Imam. Iya iya sampuk Pak Imam, Wak Jamil benar semalam. Pakai kupiah enggak sah solat. Waduh apa sudah jadi ni jerit Wak Seman.

Minta bertenang, sebenarnya begini Wak Seman, saya belum abis cakap lagi ni. Yang menjadi syarat sah adalah MENUTUP AURAT. Pakai kupiah masih belum menutup aurat. Kerana laki-laki auratnya antara pusat dan lutut. Justru pakai kupiah saja enggak sah solatnya. Kecuali auratnya sudah ditutup.

OOOOOOOOOOOOO gitu, paham le saya, terima kasih Pak Imam. Wak Seman pun berlalu pulang dengan senang.

Tudung Saji

mengikut ustaz aqil hai, ada 3 jenis tudung;
1. tudung nasarani - mereka bertudung juga, ekor tudung di tarik ke belakang.
2. tudung musyriq - mereka bertudung juga, jambul rambut masih terserlah.
3. tudung muslimin - bertudung ayu hingga menutup dadanya.

pilihlah la ye !!

ustaz aqil hai tambah lagi, masa dia dok ceramah topik tudung ni, ada sorang kakak tu slow-slow tarik tudung dia yg style nampak jambul tu (tudung musyriq) untuk tutup keunggulan jambulnya itu, alhamdulillah.

Wednesday, October 26, 2005

Biar Lewat Sebulan Asal Selamat

Kisah ini mungkin sdra sdri dah pernah baca tapi saya paparkan juga di sini kerana ia merupakan one of my favourite...............Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti. Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? " Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan.. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr??? Lalu pegawai yg datang kerumah si mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh, kau "BJ" aku punye hasyafah baru aku boleh bayarrrr...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........." si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu aku nak pakai apaaaaaa??? Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA" si mahpus pun mampos kat situ gak... sekian adanyerr...

Rezki Allah Kepada Kita

Assalamualaikum, bersyukur kita kerana dapat menghirup udara Allah pada pagi ini. Dapat berfikir sejenak tentang apa yg telah kita lakukan semalam. Dapat lena tidur mlm tadi. Dapat makan nasi kerabu dan air cendol. Masih kuat dan masih sihat, alhamdulillah. Dapat menadah tgn memohon keampunan dari Allah sesudah subuh di atas sejadah itu. Dapat senyuman isteri dan gelak tawa anak-anak. Selamat memandu Waja ke ofis. Ada kerja yg baik-baik. Ada gaji hujung bulan. Ada rumah elok. Tersemat di hati, jagalah amanah Allah ini. Hidup di Alam Dunia yg sementara ini. Allah beri masa 63 tahun buat kekasihNya sebelum dipindah ke Alam Barzakh. Berapa lama peluang kita ? BERSYUKUR atas segala nikmat ALLAH yg banyak ini. Kita KAYA di bumi ALLAH ini yang hanya sementara. Cuba kita teliti 7 pola rezki ini.....
1. Tubuh Badan kita ini
2. Akal Fikiran
3. Kesihatan
4. Ilmu Pengetahuan
5. Suasana & Keadaan Sekeliling
6. Keluarga Tercinta
7. Harta Benda

Tiada beza antara kita di sisi ALLAH. Kita hanya HAMBA ALLAH. Yang membezakan kita adalah level ke TAQWAAN kita kepada NYA.

Makmurkan Surau?

So how to meriahkan surau yg lesu itu? Untuk menarik golongan remaja saya cadangkan AJK usahakan untuk menyediakan meja ping-pong, papan carrom, langganan akhbar-akhbar utama dan kemudahan perpustakaan mini. Jadi time sebelum waktu solat ahli masyarakat terutamanya golongan remaja bolehlah menjalani aktiviti riadah ini dan jadikan satu peraturan untuk berhenti 10 minit sebelum azan dan bersiap untuk solat berjemaah pula. InsyaAllah dgn cara ini surau-surau akan lebih hidup dan dikunjungi. Semoga hati mereka akan rindu dan jatuh cinta dgn surau, InsyaAllah. Dan secara tak langsung mendedahkan dan mendekatkan mereka dgn surau. Ini lebih baik dari membiarkan golongan ini untuk mengisi masa tersebut dgn melepak atau kehulu kehilir tanpa arah tujuan. Mereka perlukan input & aktiviti. Ubah lah cara kita yg konvensyenal kpd satu approach yg lebih practical walaupun kontrovesi. Disamping majlis ilmu seperti kuliah maghrib harian dan kuliah subuh mingguan yg disampaikan oleh uztaz-uztaz berwibawa & kreatif. Program-program musim cuti sekolah seperti kem ibadah, program pra-tahfiz, & pemantapan bacaan Al-Qur'an di smaping kelas-kelas fardhu ain sangat lah elok menjadi agenda. Nawaitu kerana Allah, that's all.

Depa Raya ?

Kongsi Raya dah biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Tahun ni Kongsi Gelap lak !!! Ya betul mmg sah DEEPA-RAYA !! Cuma kita perlu berhati-hati lah, jangan dok ikut mulut je. Sebabnya Deepavali ni adalah perayaan Agama Hindu. Jadi di khuatiri ia boleh menggugat persoalan aqidah. Masyarakat majmuk masyarakat majmuk gak, tapi soal Agama soal Aqidah jangan main-main. Sama gak soal makan-minum, jangan pakai balun je. Walaupun kita nak jaga hati jiran ke kawan ke, tapi jangan pakai balun je kat open house umah hindu tu, bahaya beb.

Ni nak cite satu kisah benar. Jiran saya ni cina, baik org nya. Kalu saya jemput ada function kat umah saya, mmg dia dtg lah, siap bagi duit sebagai cenderahati. Jadi hari tu dia lak jemput saya sekeluarga dtg umah dia sebab dia buat birthday untuk cucu dia, bulan puasa lak tu, pukul 7 mlm ke atas le. Adus haru gak ni. Nak terawih lagi. Tak pi kang tak kena lak sebab org jemput. Dok bincang-bincang. Jadi keputusannya, lepas bukak puasa & solat maghrib, lepas bersiap nak pi masjid tu, kita singgah la sat, siap bawak birthday present utk cucu dia la kan. Aku tgk tetamu dah penuh, ada la dlm 10 meja, dia buat catering, self-serve. 9 meja tu aku tgk cina semua, siap balun beer lagi. Ada satu meja ni geng-geng melayu le, jiran-jiran. Depa ni rupanya siap pi bukak puasa kat situ, adus, solat maghrib apa cite. Aku tgk lahap gak depa dok balun mi goreng le nasi goreng le, sambal udang le, apa le. Aku dah naik geli geleman ni. Caterer cina beb. Anyway tuan-rumah jemput la kami makn. Aku pun angguk-angguk le. Jadi aku pun ambik le abc & buah-buahan sikit, join meja jiran-jiran aku tadi. Borak lebih kurang, aku sekeluarga pun mintak diri untuk ke masjid. Depa masih melepak kat situ. Jiran aku sorang tu dah Hj dan mmg jrang miss terawih, tapi hari tu aku ingat miss le tu. Itu le citenya. Moral of the story is;
1. Jiran ada haknya, hormatilah hak itu.
2. Namun soal aqidah soal makan minum dan hukum hakam ni jangan ambik ringan.

Orang Kaya Di Hari Raya

Ada mamat sebelah tu sound.....kenapa ramai gak yg makin kaya makin kedekut, makin gaji banyak gaji makin kedekut nak mampus, ada ka patut bagi derma rm1 je, org lain dapat gak bagi rm5 ke rm10 ke, aii dunia dunia !! ada lak kata, sebab dia kedekut la dia kaya & kedekut tu mmg sifat semulajadi org kaya, betul ka ?

Kaya org kampung - selang setahun pi umrah, selang 2 3 tahun pi haji, kaya tanah berekar-ekar, kaya lembu berpuluh ekor, kaya kambing 15 ekoq, kaya ayam beratus ekor, kaya dusun, hey pendek kata tak panjang, naik kereta waksegan je.

Kaya org bandaq - rumah teres 2 tingkat harga rm280k (housing loan rm260k), kereta nazaq ria rm98k (car loan rm88k), credit card 10 keping (hutang credit card rm76k), pi umrah ka haji ka lambat lagi sebab takdak saving, keluar umah 7 pg balik umah 7mlm, anak mak indon jaga, stress ada tension ada, high colestrol, high uric acid, high sugar level, mkn roti hi-5, itu la citenya. Aku Kaya yo !! Aku bergayo YO !!

Org miskin - ramai juga yg buat maksiat, solat entah kemana, ibadah entah kemana, tikam ekor nak cari duit cepat, jahil & tukil. Org kaya - pun ramai gak yg buat maksiat, jahil & tukil. So apa masalah nya ? Yang membezakan kita di sisi Allah ialah ketaqwaan kita kepada Allah.

Misleading yg paling parah ialah melabelkan org kaya tu tak elok dan org kurang berada lebih baik. Itu silap beb !! Ramai org kurang berada yg level ketaqwaannya kepada Allah begitu tinggi. Sama gak dengan orang kaya, ramai juga yg begitu alim & berjasa kpd masyarakat. Jadi buatlah pilihan yg sewajarnya, kerana Allah tidak akan merobah nasib seseorang melainkan kita sendiri berusaha sedaya upaya. Tepuk dada tanya iman.. 1. Jadi org kurang berada 2. Jadi org berada. Sepatutnya bila jadi org berada, senanglah sikit kita membantu sanak saudara kita, jiran kita, saudara seagama kita, dari segi kewangan dsb. Cuma masalah nya kedekut pulak !!

Orang kaya derma RM1 kita nampak tapi orang kaya derma beribu-ribu ringgit kita tak nampak. Eh betul gak tu, bijak bijak, kita minum dulu ...

Lepas minum tu kita pikir balik... hmmm.... kita derma rm1 kat masjid tu kita nampak, tapi kita derma ribu-ribu kat masjid tu memang kita tak nampak. Kita kaya ka kita miskin? kaya kedekut ka miskin kedekut ni? fening, fening,... cari panadol sat ..

Puan Seri kata "Kita orang derma ribu-ribu keluar kat tv tu supaya menjadi pendorong semangat pada orang lain untuk menderma. Sekurang-kurangnya dapat juga membantu yang memerlukan walaupun orang kata tak ikhlas. Tak apalah". Alhamdulillah Puan Seri, niat Puan Seri tu memang cantek. Semoga diberkati Allah.

Syukurlah kerana suka bersedekah. Betul sedekah penambah rezki, jadi teruskan amalan bersedekah yg mulia itu, apatah lagi di bulan Ramadhan yg pahala nya berlipat ganda. Satu lagi, kalau rasa nak bersedekah tu jangan fikir-fikir lagi terus bagi je, sebab setan & nafsu ni kadang tu nak halang sangat kita buat baik ni. Sometime kita rasa kita sedekah RM1 tu sikit je, tapi kalau dah 30 org bagi RM1 tu, tak ke jadi RM30, banyak gak tu. Tapi kalau dapat bagi RM5 ke RM10 ke lagi elok le. Ni tak dari tahun 1964 sampai sekarang dah 2005 ni, dok derma kat tabung masjid tu RM1 gak. Cost of living kan dah berlipat ganda naik dah. Sama gak kat masjid tu, org asyik sedekah pisang je bila hari jumaat, apa salah nya bagi rambutan ke, epal ke, limau, dokong ke, syok gak. Harga pun lebih kurang je. Sebab benda tu biasa org buat, jadi kita ikut je, apa kata kita adjust atau modify sikit, baru ada peningkatan betul tak. Alrite aku belah dulu. Selamat menempuh 10 malam Ramadhan terakhir dengan ibadah yg jitu agar mendapat keampunan Allah dan di jauh dari api neraka untuk menuju destinasi Syurga Allah yang terbuka luas.................... Amiiin.

Poligami?

Poligami adalah satu option yg ada dalam Islam yang di tujukan kepada lelaki yang mampu, bukan untuk yg tak mampu. Janganlah kita menentang poligami sehingga sampai kepada tahap menidakkan perintah Allah dalam option poligami ini.

Thursday, October 20, 2005

Nostalgia Balada Klasik

kecil kecil dulu raya aku sungguh gumbira
berbasikal tua dgn abah melawat saudara
merentas bendang dan jalan desa
dimana abah ku begitu selesa
aku rasa teruja dan di rai penuh segala
duit raya banyak tak terkira
kini abah sudah tiada
sudah empat tahun abah tiada
nostalgia bersamanya tetap di jiwa
doaku kepadanya sentiasa
di alam kubur semoga selesa
walau miskin harta benda
bagi ku abah penuh berjasa

Enjin Berasap di Grik-Banding


Ini kisah benar balik kampung 3 tahun lepas. Sebelum bertolak balik kampung saya check la enjin lebih kurang, check air, dsb. Jadi bertolak lah balik lebih kurang 10 pagi sambil menikmati alunan lagu raya di thr.fm. Atas banjaran titiwangsa antara Grik ngan Banding saya dapati temperature reading kat dashboard naik mendadak ke paras merah, saya pun park la kereta tepi jln, tengok-tengok enjin doh berasap. Apahal ni. Hujan rintik-rintik. Saya pun buka payung check bwh hood. Rupa-rupanya penutup tangki air tu sudah tercabut jatuh entah dimana dan air sudah kering la. Mungkin saya sudah tutup tadak kemas la pagi tadi. Ini sudah kes naya. Tapi semangat McGyver tu ada, maka saya pun cedok la air hujan kat tepi jalan tu dan penuhkan tangki balik. Macamana mahu tutup ni? Teng te teng..cari plastik ikat ngan kerawat.

Hari sudah hampir senja di tgh hutan belantara. Kereta lalu lalang satu pun tak berenti, maklumlah waktu berbuka dah dekat. Saya masih cool, untuk elakkan famili panic pulok. So drive slow-slow menuruni banjaran himalaya eh titiwangsa itu sambil menikmati kehijauan hutan Belum di kiri kanan. Nasib baik la takdok badak sumbu atau babi hutan melintas. Temperature merah balik. Saya berenti tambah air dan ikat plastik balik. Begitulah seterusnya, tak kurang dari 4 kali sehinggalah sampai hampir ngan Jeli. Cari kedai untuk berbuka dulu. Kedai pun ramai pelanggan nak berbuka..kena Q. Order nasi goreng dekat setengah jam baru sapa, tu pun raso macam nasi boh kicap. Tapi takpa lah darurat. Jadi tanyolah tuan kedai ado ko pomen di situ. Dia kato kena masuk pekan Jeli. A...jauh lagi tu.

Hujan masih rintek-rintek. Hero masih cool. Saya percaya banyak rahmat di sebalik kejadian ini. Jadi drive la slow-slow. Tiba-tiba nampak satu worksyop tepi jln masih buko walaupun sudah lepas maghrib. Berenti tanyo ada ke cap untuk wira. Jawapannya: Takdok, untuk iswara ado la. Ruponya sama-sama proton pun lain-lain cap dio. Pah pah lagu mano ni? Ada satu hamba Allah di situ suggest, ginilah kita cari tiub tayar muto ko basikal ko, kerat jadi macam gelang tu, tutup & ikat kemas-kemas insyaAllah buleh la tahan setakat nok sampai KB tu, katonyo. Brilliant idea sebab getah ni dio elastik sikit nok compare ngan plastik tu. Dio kato umah dio ado tiub tu, jadi ambo ikut lah dia. Ruponya rumah dio tepi jalan jah buat kedai makan kecil-kecilan. Walaupun hidup serba kekurangan tapi penuh budi bahasa dan baik hati. Jadi dio tulong adjust hinggalah nampak OK dlm hujan renyai itu. Anak isteri saya pun relax la sekejap kat kedai dio tu berkenalan ngan anak isteri dan org tuanya. Sempat dia hidangkan minuman dan kueh-mueh untuk kami.

Di situ lah juga kami sekeluarga mendengar dgn penuh debaran penyimpan mohor besar raja-raja mengistihar anak bulan telah nampak dan esok hari raya..yehhhh jerit anak-anak saya. Setelah mengucap jutaan terima kasih dan memberi sedikit cenderahati kpd keluarga yg mulia ini, kami pun meneruskan perjalanan sambil mata saya tidak lari dari meter temperature. InsyaAllah kami selamat sampai ke KB dan menjamu nasi kerabu kelabu dan ayam percik yati di medan selera sebelah padang bas itu sebelum pulang ke rumah bonda tercinta. Itu lah adanya secebis kenangan saya. Hari Raya ke 3 baru tukar cap. Drive carefully dan jangan panic insyaAllh selamat. Selamat Hari Raya semua !!

Perlukah Isteri Bekerja ?

Saya nak mengajak kawan-kawan semua discuss topik di atas. Tentu ada pro & con. Persoalannya adakah lebih Con atau lebih Pro nya.

Dulu yg normalnya suami je bekerja, sekarang normal both suami-isteri bekerja. Kalu isteri tak kerja dah jadi macam tak normal lak. Sepatutnya ikut la macam dulu suami cari rezki untuk keluarga, so that isteri boleh concentrate urusan rumah-tangga dan anak-anak. What say you ?

Komen dari Jamilah:
People do things for different reasons. Bagi saya, we have a responsisbility to contribute. Dalam ramai-ramai org kampong, God blessed me with the ability to go overseas,e rewarding career, met with a wonderful man who totally support me in my career, blessed me with a wonderful girl who loves my children like her own, a wonderful cook.God blessed me with good health,strong bones, supportive friends and family, a talent, good brain to be able to learn anything l set my mind to...to say the least. My point is, l don't think God gave me all that so I boleh makan sorang.So l take it as my responsibility to utilize everything He gave me to the best of my ability, and to contribute, in any way possible. Saya berdoa agar saya dpt melakukan semua ini tanpa melupakan tanggungjawab asas saya, as a mother, wife, daughter, sister and friends. I'm too young to retire, too strong to be a lady of leisure, too passionate in my cause to sit still and do nothing, too grateful to waste everything that is given to me. Just one woman's opinion....

Komen Laftah:
nampaknya saudara pengulas forum ingin membincang isu semasa dan menarik perhatian dari kaum hawa... Perlukah isteri bekerja? satu tajuk forum yg interesting... Pendapat saya sebagai seorang isteri bekerja dan tidak mewakili mana2 persatuan wanita tak kira SEMASA77 atau pun sesiapa jua… Pertanyaan favorite kepada suami saya… Bila awak nak kaya? Bila saya boleh berhenti kerja? Bila saya boleh jadi lady of leasure? Harapan saya di duniawi… Membantu suami utk mencapai hidup harmoni Membela anak2 menjadi insan berbudi Menolong ibubapa menjalani sisa2 hidup dengan lebih bererti Perlukah saya bekerja?... Dapat menampal apa2 yang bocor dalam keluarga Membantu ibubapa dimana terdaya agar hidup mereka bahagia Persiapan diri sekira terjadi tragedy yang tak terduga Cita2 saya... Tak payah keluar rumah pagi2 buta untuk pergi kerja Ada lebih masa untuk keluarga dan agama Ada lebih masa untuk berleasure Mempunyai keluarga bahagia Mempunyai suami setia Mempunyai anak bergeliga dan berguna Terima kasih saya kepada... Telekom & maxis yang memberi kesenangan berhubung dengan keluarga tercinta semasa bekerja System IT yang canggih memboleh kan saya bertukar pendapat/mendapat nasihat dari kawan2 semua Pembantu rumah yang setia menjaga rumah dan membela anak2 semasa tiada Keluarga tercinta yang sentiasa memberi sokongan dari masa ke semasa Perlukah isteri bekerja?... Tepuk dada tanya selera...

Komen W.Rohaimi:
Interesting point of view dari Laftah. Apa yang dimention didalam Laftah mail ialah " how I wish, it would be". Sama jugak macam every new year, we have new year resolution, tetapi lepas sebulan ia nya back to the same situation again. sesetengah para isteri berkata bahawa "lebih baik saya bekerja sebab duduk rumah lama lama jadi boring, nak bercakap dengan tembok sebab orang lain semua pergi kerja".

Komen Saya:
After 10 days this topic posted to be shared & discussed in a good spirit, not many response but 3. The rest maybe have nothing in the head or simply have nothing to share. Nevertheless the 3 have interesting points to ponder. I believe this is a universal topic that applicable to all married humans especially who resides in Klang Valley area. I believed life is about choices. You can make that choice.
1. Looks like Jamilah have made her choice loud and clear. She dont want to waste her talent and skills by just stay home. She got a good helper to take care of her kids, cook the meals, and housework. And her husband support her all the way, so no worries. Anyway I think the smell of the RM that come along with her career is too tempting to be missed.
2. Laftah wish to retire provided her husband financially sound. Thats how I read it. But of course she want security & money for her parent. She's looking forward for leisure and time for family & agama. Good luck my dear.
3. W.Rohaimi said normally the wife wish to berhenti kerja but always like a new year resolution that never happen. And some will always think that better to work in the office and get plenty of RM at the end of every month as compared to become a fulltime housewife that have hell of works to do but no money to show at the end of the month.
4. Well tepuk dada tanya selera as mentioned by Laftah. For me if you earn less than RM2000 per month in KL, then worth to consider quitting the job. Because the hidden cost per month can be; say you need to send your 3 kids to nursery (RM250x3=RM750), transpotation (RM10x20days=RM200), breakfast/lunch (RM15x20days=RM300), dress/makeup (RM200) - Total of RM1450 already. Tolak EPF, tolak Income Tax, tinggallah RM300. So ask yourself, is it worth it to come out at 7am and come home at 7pm day-in day-out for RM300 ? Just ask your husband to give you that RM300 and quit the bloody job. In fact ask your husband to give you RM2000 and quit the job !! Well husband, what are you wating for. Ready for the challenge ? Tepuk dada tanya selera. Life is about choices. Nobody can force you to anything. You set your own destiny. Bye for now.

Thursday, October 13, 2005

Bencana Alam Di Akhir Zaman

Nampaknya banyak sungguh bencana alam yang berlaku kebelakangan ini. Bermula dgn Tsunami di penghujung 2004 yg mengorbankan 244,459 nyawa. Seterusnya bencana Hurricanes Katrina & Rita di US dan Central America. Banjir Besar di India dan China dan terbaru bencana gempabumi berkala 7.6 ricter di Pakistan yg mengorbankan jangkaan 40,000 nyawa. Mengikut lapuran rasmi Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa, tahun 2004 saja terdapat 360 bencana alam termasuklah 128 banjir besar, 121 hurricanes dan cyclones, dan 42 gempabumi dan tsunamis. Sebanyak 801,177 kematian dalam bencana alam pada tahun 1995-2004 berbanding 643,418 pada dekad sebelumnya. Dan 2.45 billion have through one disaster or another in the past decade compared to 1.7 billion the previous 10 years (1985-1994). And surprisingly Africa is the safest continent to live despite droughts and famines. Africa recorded 48,000 deaths due to natural disasters between 1995-2004. Rich Europe had 64,000 while Asia had a whopping 702,000 deaths during the same period. Justru itu sama-samalah kita muhasabah diri, sentiasa menginsafi serta mengambil iktibar dan pengajaran dari segala yang berlaku ini. Allah itu Maha Berkuasa dan kita ini cuma hamba Nya yg kerdil.

Zakat Kepada Amil Atau Direct

Jelas sekiranya kita membayar zakat fitrah kita kpd amil yg dilantik penguasa (kerajaan) maka terlepas sudahlah tanggungjawab kita itu. Soal penyelewengan yg berlaku maka amil/penguasa berkenaan lah yg menanggung dosanya. Namun sekiranya kita memilih untuk memberi zakat tersebut secara direct kepada 7 asnaf yg berhak contohnya fakir miskin atau mualaff maka itu juga sah. Dan mungkin lebih baik kerana kita mengenali siapa yg kita bantu itu contohnya jiran yg dhaif di kampung kita. Persolannya ialah pengagihan kutipan zakat sepatutnya akan lebih menyeluruh jika dikendalikan oleh pihak berkuasa kerana sasaran 7 asnaf berkenaan akan dikenal pasti secara menyeluruh. Di khuatiri apabila kita memberi secara direct maka mungkin keluarga dhaif A saja yg dok dapat banyak sumbangan zakat, manakala keluarga dhaif B mungkin keciciran atas sebab-sebab tertentu. Apa pun ingatlah bahawa mengeluarkan zakat itu wajib dan ikhlas lah melakukannya kerana Allah.

Wednesday, October 12, 2005

Adat atau Ibadat

Alhamdulillah kita berpeluang lagi menempuh bulan Ramadhan yg penuh barokah ini. Yang penting kita take advantage untuk melipatgandakan ibadah kita di bulan mulia ini. Allah telah menjanjikan pulangan kebajikan yg berganda-ganda. Bijak lah kita jika mengambil peluang yg terbentang ini. Dalam beribadah kita juga perlu tahu membezakan yg mana ibadat yg mana adat. Dalam persoalan solat tarawih, setahu saya adatnya ialah awal puasa penuh dan meriah lah surau dan masjid, semakin ke penghujung semakin kuranglah pengunjung nya. Kalau mengikut fadilat ibadahnya, semakin ke penghujung semakin bersungguh kerana di sana ada terselit Lailatul Qadr. Tapi adatnya semakin dekat raya tu sibuk kita beli baju raya buat kueh raya dan balik kampung.

Saya setuju sangatlah, ibadah solat terawih tu sebenarnya di lakukan dlm suasana bersenang-senang dan berehat-rehat. Alhamdulillah kawasan perumahan saya mendapat rezki Allah untuk terbinalah sebuah surau yg mengakhiri penantian kami selama 3 tahun. Para ahli khariah menamakanya Al- Faaizeen iaitu kalau tak silap maksudnya org-org yg berjaya. Alhamdulillah juga sedekah secara runcit dan secara borong dari ahli khariah berjaya melengkapkan infra-struktur surau dalam kadar yg cepat. Kami telah berpeluang mendapat khidmat secara pakej dari seorang Ustaz dari pusat Tahfiz berdekatan untuk membimbing solat malam.

Program yg kami laksanakan adalah solat fardu, solat tarawikh 8 rakaat, witir 3 rakaat, tazkirah ringkas, tahlil, moreh, tadarus memperbetul bacaan pada setiap malam. Dan pada malam-malam tertentu kami adakan solat malam 10 rakaat di iringi zikir munajat. Pada 17 Ramadhan insyaAllah kami akan adakan ceramah khas. Pada 23 Okt ini kami plan untuk adakan majlis berbuka puasa untuk ahli khariah. Pada 10 mlam terakhir kami adakan Qiyamullail bermula jam 4 pagi. Alhamdulillah bagi saya perwatakan dan style seseorang ustaz yg membimbing program yg di anjurkan amat penting bagi menghidupkan suasana dan menaikkan semangat para jemaah.

Tazkirah ringkas yg di jayakan juga dapat memanafaatkan peluang untuk menyampaikan mesej berilmu kepada jemaah. Ustaz kami membacakan surah-surah panjang namun tidaklah sampai satu juzuk. Jadi suasana relax tu masih terasa. Kalu imam biasa asyik dok baca surah lazim saja, saya nampak tidak ada salah nya kita berubah selera untuk menikmati pula bacaan dari surah-surah lain dari 114 surah Al Quran yg ada itu. Dan malam-malam Ramadhan merupakan peluang terbaik.

Dalam Ibadah tahlil arwah pula, para jemaah berpeluang mengisi borang yg di sediakan untuk memberi nama-nama waris masing-masing dan ustaz dalam doanya akan menyebut pengkhususan nama-nama ini. Mengikut ustaz, sepanjang ramadhan arwah yg kini berada di alam barzakh itu terlepas dari azab dan sangat mengharap sumbangan dari yg hidup. Jadi jangan kedekut untuk bertahlil dan sebagainya kepada mereka. Malam tadi ustaz membacakan doa qunut khas dlm solat witir dan doa tahlil khas buat mangasa tragedi gempabumi di Pakistan, Afghanistan & India. Dan selepas doa tahlil, para jemaah akan berdiri berselawat sambil bersalaman dalam satu bulatan, mata bertentang mata dan jari di gengam erat, sedikit sebanyak dapat menguatkan ukhwah islamiyah sesama penduduk. Kemudian kami menikmati moreh yg sumbangannya secara sukarela oleh ahli khariah yg ada kelapangan.

Kemudian ustaz akan membimbing kami dalam tadarus, yg mana penekannya kepada pembetulan bacaan, bukan untuk membaca dgn laju. Ustaz akan membetul bacaan secara asas, dan sangat mudah di fahami. Contohnya nun kosong kena dengung, nun ada tanda mati takyah dengung, tanda ombak (mad) bertemu hamzah (solo) kena baca 5 harakat, kalau bertemu hamzah di atas atau di bawah alif bacaannya 4-5 harakat. Jadi along the way, kita dengan mudah dapat membetulkan bacaan. Dan fasa berikutnya barulah ustaz akan menyentuh hukum tajwid secara lebih detail.

Ustaz sentiasa berpesan bahawa kita semua tak usah lah dok pertikai itu dan ini, yg kebanyakannya soal remeh je, bidaah sana bidaah sini, tapi lebih menumpu kepada memperbanyakkan ibadah kita. Ramadhan cuma tinggal 3 minggu lagi, sungguh cepat masa berlalu, jangan rugi lagi seperti tahun dulu. Jadilah orang yg berjaya sebagaimana kami di Surau Al-Faaizeen. Wassalam.

Tuesday, October 11, 2005

Puasa Ramadhan

Ramadhan mengamit lagi
Ya Allah penuhi Ramadhan kami dgn ibadah kepada Mu
Penuhi siang kami dgn ibadah kepada Mu
Penuhi malam kami dengan ibadah kepada Mu
Ya Allah limpahkan keredhaan Mu kepada kami
Ya Allah janganlah di persiakan puasa kami di bulan Ramadhan ini
Kami ingin menuju keredhaan Mu
Kami mohon keampunan Mu
Jadikan Ramadhan kali ini terbaik buat kami
Menuju ketaqwaan kepada MU

School of Tots
5 Okt 2005.

Wednesday, October 05, 2005

Katrina Dan Rita

Nak Di Uji Negara Paling Perkasa Nak Di Perlihat Kepada Hamba Semua Yang Sangat Bangga Hebat Segala Cuba Lupa Allah Yang Maha Berkuasa Bala Allah Buat Polis Dunia Amarika Memusnahkan Segala Dengan Deruan Katrina Sekelip Mata Musnah Segala Hilang Harta Hilang Ribuan Nyawa Di Susul Pula Rita Yang Manja Sebuah Amarika Yang Gah Perkasa Di Sangka Gagah Tapi Lembik Rupanya Kelam Kabut Dan Haru Biru Semua Hebat Mereka Di Filem Cuma Gagah Mereka Pada Yang Lemah Cuma Pada Allah USA Itu Persis Sebutir Habuk Cuma Pada Kita Allah Maha Segala Nya. 

School Of Tots 
5 Sept 05.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...