Wednesday, October 26, 2005

Orang Kaya Di Hari Raya

Ada mamat sebelah tu sound.....kenapa ramai gak yg makin kaya makin kedekut, makin gaji banyak gaji makin kedekut nak mampus, ada ka patut bagi derma rm1 je, org lain dapat gak bagi rm5 ke rm10 ke, aii dunia dunia !! ada lak kata, sebab dia kedekut la dia kaya & kedekut tu mmg sifat semulajadi org kaya, betul ka ?

Kaya org kampung - selang setahun pi umrah, selang 2 3 tahun pi haji, kaya tanah berekar-ekar, kaya lembu berpuluh ekor, kaya kambing 15 ekoq, kaya ayam beratus ekor, kaya dusun, hey pendek kata tak panjang, naik kereta waksegan je.

Kaya org bandaq - rumah teres 2 tingkat harga rm280k (housing loan rm260k), kereta nazaq ria rm98k (car loan rm88k), credit card 10 keping (hutang credit card rm76k), pi umrah ka haji ka lambat lagi sebab takdak saving, keluar umah 7 pg balik umah 7mlm, anak mak indon jaga, stress ada tension ada, high colestrol, high uric acid, high sugar level, mkn roti hi-5, itu la citenya. Aku Kaya yo !! Aku bergayo YO !!

Org miskin - ramai juga yg buat maksiat, solat entah kemana, ibadah entah kemana, tikam ekor nak cari duit cepat, jahil & tukil. Org kaya - pun ramai gak yg buat maksiat, jahil & tukil. So apa masalah nya ? Yang membezakan kita di sisi Allah ialah ketaqwaan kita kepada Allah.

Misleading yg paling parah ialah melabelkan org kaya tu tak elok dan org kurang berada lebih baik. Itu silap beb !! Ramai org kurang berada yg level ketaqwaannya kepada Allah begitu tinggi. Sama gak dengan orang kaya, ramai juga yg begitu alim & berjasa kpd masyarakat. Jadi buatlah pilihan yg sewajarnya, kerana Allah tidak akan merobah nasib seseorang melainkan kita sendiri berusaha sedaya upaya. Tepuk dada tanya iman.. 1. Jadi org kurang berada 2. Jadi org berada. Sepatutnya bila jadi org berada, senanglah sikit kita membantu sanak saudara kita, jiran kita, saudara seagama kita, dari segi kewangan dsb. Cuma masalah nya kedekut pulak !!

Orang kaya derma RM1 kita nampak tapi orang kaya derma beribu-ribu ringgit kita tak nampak. Eh betul gak tu, bijak bijak, kita minum dulu ...

Lepas minum tu kita pikir balik... hmmm.... kita derma rm1 kat masjid tu kita nampak, tapi kita derma ribu-ribu kat masjid tu memang kita tak nampak. Kita kaya ka kita miskin? kaya kedekut ka miskin kedekut ni? fening, fening,... cari panadol sat ..

Puan Seri kata "Kita orang derma ribu-ribu keluar kat tv tu supaya menjadi pendorong semangat pada orang lain untuk menderma. Sekurang-kurangnya dapat juga membantu yang memerlukan walaupun orang kata tak ikhlas. Tak apalah". Alhamdulillah Puan Seri, niat Puan Seri tu memang cantek. Semoga diberkati Allah.

Syukurlah kerana suka bersedekah. Betul sedekah penambah rezki, jadi teruskan amalan bersedekah yg mulia itu, apatah lagi di bulan Ramadhan yg pahala nya berlipat ganda. Satu lagi, kalau rasa nak bersedekah tu jangan fikir-fikir lagi terus bagi je, sebab setan & nafsu ni kadang tu nak halang sangat kita buat baik ni. Sometime kita rasa kita sedekah RM1 tu sikit je, tapi kalau dah 30 org bagi RM1 tu, tak ke jadi RM30, banyak gak tu. Tapi kalau dapat bagi RM5 ke RM10 ke lagi elok le. Ni tak dari tahun 1964 sampai sekarang dah 2005 ni, dok derma kat tabung masjid tu RM1 gak. Cost of living kan dah berlipat ganda naik dah. Sama gak kat masjid tu, org asyik sedekah pisang je bila hari jumaat, apa salah nya bagi rambutan ke, epal ke, limau, dokong ke, syok gak. Harga pun lebih kurang je. Sebab benda tu biasa org buat, jadi kita ikut je, apa kata kita adjust atau modify sikit, baru ada peningkatan betul tak. Alrite aku belah dulu. Selamat menempuh 10 malam Ramadhan terakhir dengan ibadah yg jitu agar mendapat keampunan Allah dan di jauh dari api neraka untuk menuju destinasi Syurga Allah yang terbuka luas.................... Amiiin.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...