CLICK n GO

Wednesday, October 26, 2005

Depa Raya ?

Kongsi Raya dah biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Tahun ni Kongsi Gelap lak !!! Ya betul mmg sah DEEPA-RAYA !! Cuma kita perlu berhati-hati lah, jangan dok ikut mulut je. Sebabnya Deepavali ni adalah perayaan Agama Hindu. Jadi di khuatiri ia boleh menggugat persoalan aqidah. Masyarakat majmuk masyarakat majmuk gak, tapi soal Agama soal Aqidah jangan main-main. Sama gak soal makan-minum, jangan pakai balun je. Walaupun kita nak jaga hati jiran ke kawan ke, tapi jangan pakai balun je kat open house umah hindu tu, bahaya beb.

Ni nak cite satu kisah benar. Jiran saya ni cina, baik org nya. Kalu saya jemput ada function kat umah saya, mmg dia dtg lah, siap bagi duit sebagai cenderahati. Jadi hari tu dia lak jemput saya sekeluarga dtg umah dia sebab dia buat birthday untuk cucu dia, bulan puasa lak tu, pukul 7 mlm ke atas le. Adus haru gak ni. Nak terawih lagi. Tak pi kang tak kena lak sebab org jemput. Dok bincang-bincang. Jadi keputusannya, lepas bukak puasa & solat maghrib, lepas bersiap nak pi masjid tu, kita singgah la sat, siap bawak birthday present utk cucu dia la kan. Aku tgk tetamu dah penuh, ada la dlm 10 meja, dia buat catering, self-serve. 9 meja tu aku tgk cina semua, siap balun beer lagi. Ada satu meja ni geng-geng melayu le, jiran-jiran. Depa ni rupanya siap pi bukak puasa kat situ, adus, solat maghrib apa cite. Aku tgk lahap gak depa dok balun mi goreng le nasi goreng le, sambal udang le, apa le. Aku dah naik geli geleman ni. Caterer cina beb. Anyway tuan-rumah jemput la kami makn. Aku pun angguk-angguk le. Jadi aku pun ambik le abc & buah-buahan sikit, join meja jiran-jiran aku tadi. Borak lebih kurang, aku sekeluarga pun mintak diri untuk ke masjid. Depa masih melepak kat situ. Jiran aku sorang tu dah Hj dan mmg jrang miss terawih, tapi hari tu aku ingat miss le tu. Itu le citenya. Moral of the story is;
1. Jiran ada haknya, hormatilah hak itu.
2. Namun soal aqidah soal makan minum dan hukum hakam ni jangan ambik ringan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...