Alhamdulillah kita berpeluang lagi menempuh bulan Ramadhan yg penuh barokah ini. Yang penting kita take advantage untuk melipatgandakan ibadah kita di bulan mulia ini. Allah telah menjanjikan pulangan kebajikan yg berganda-ganda. Bijak lah kita jika mengambil peluang yg terbentang ini. Dalam beribadah kita juga perlu tahu membezakan yg mana ibadat yg mana adat. Dalam persoalan solat tarawih, setahu saya adatnya ialah awal puasa penuh dan meriah lah surau dan masjid, semakin ke penghujung semakin kuranglah pengunjung nya. Kalau mengikut fadilat ibadahnya, semakin ke penghujung semakin bersungguh kerana di sana ada terselit Lailatul Qadr. Tapi adatnya semakin dekat raya tu sibuk kita beli baju raya buat kueh raya dan balik kampung.
Saya setuju sangatlah, ibadah solat terawih tu sebenarnya di lakukan dlm suasana bersenang-senang dan berehat-rehat. Alhamdulillah kawasan perumahan saya mendapat rezki Allah untuk terbinalah sebuah surau yg mengakhiri penantian kami selama 3 tahun. Para ahli khariah menamakanya Al- Faaizeen iaitu kalau tak silap maksudnya org-org yg berjaya. Alhamdulillah juga sedekah secara runcit dan secara borong dari ahli khariah berjaya melengkapkan infra-struktur surau dalam kadar yg cepat. Kami telah berpeluang mendapat khidmat secara pakej dari seorang Ustaz dari pusat Tahfiz berdekatan untuk membimbing solat malam.
Program yg kami laksanakan adalah solat fardu, solat tarawikh 8 rakaat, witir 3 rakaat, tazkirah ringkas, tahlil, moreh, tadarus memperbetul bacaan pada setiap malam. Dan pada malam-malam tertentu kami adakan solat malam 10 rakaat di iringi zikir munajat. Pada 17 Ramadhan insyaAllah kami akan adakan ceramah khas. Pada 23 Okt ini kami plan untuk adakan majlis berbuka puasa untuk ahli khariah. Pada 10 mlam terakhir kami adakan Qiyamullail bermula jam 4 pagi. Alhamdulillah bagi saya perwatakan dan style seseorang ustaz yg membimbing program yg di anjurkan amat penting bagi menghidupkan suasana dan menaikkan semangat para jemaah.
Tazkirah ringkas yg di jayakan juga dapat memanafaatkan peluang untuk menyampaikan mesej berilmu kepada jemaah. Ustaz kami membacakan surah-surah panjang namun tidaklah sampai satu juzuk. Jadi suasana relax tu masih terasa. Kalu imam biasa asyik dok baca surah lazim saja, saya nampak tidak ada salah nya kita berubah selera untuk menikmati pula bacaan dari surah-surah lain dari 114 surah Al Quran yg ada itu. Dan malam-malam Ramadhan merupakan peluang terbaik.
Dalam Ibadah tahlil arwah pula, para jemaah berpeluang mengisi borang yg di sediakan untuk memberi nama-nama waris masing-masing dan ustaz dalam doanya akan menyebut pengkhususan nama-nama ini. Mengikut ustaz, sepanjang ramadhan arwah yg kini berada di alam barzakh itu terlepas dari azab dan sangat mengharap sumbangan dari yg hidup. Jadi jangan kedekut untuk bertahlil dan sebagainya kepada mereka. Malam tadi ustaz membacakan doa qunut khas dlm solat witir dan doa tahlil khas buat mangasa tragedi gempabumi di Pakistan, Afghanistan & India. Dan selepas doa tahlil, para jemaah akan berdiri berselawat sambil bersalaman dalam satu bulatan, mata bertentang mata dan jari di gengam erat, sedikit sebanyak dapat menguatkan ukhwah islamiyah sesama penduduk. Kemudian kami menikmati moreh yg sumbangannya secara sukarela oleh ahli khariah yg ada kelapangan.
Kemudian ustaz akan membimbing kami dalam tadarus, yg mana penekannya kepada pembetulan bacaan, bukan untuk membaca dgn laju. Ustaz akan membetul bacaan secara asas, dan sangat mudah di fahami. Contohnya nun kosong kena dengung, nun ada tanda mati takyah dengung, tanda ombak (mad) bertemu hamzah (solo) kena baca 5 harakat, kalau bertemu hamzah di atas atau di bawah alif bacaannya 4-5 harakat. Jadi along the way, kita dengan mudah dapat membetulkan bacaan. Dan fasa berikutnya barulah ustaz akan menyentuh hukum tajwid secara lebih detail.
Ustaz sentiasa berpesan bahawa kita semua tak usah lah dok pertikai itu dan ini, yg kebanyakannya soal remeh je, bidaah sana bidaah sini, tapi lebih menumpu kepada memperbanyakkan ibadah kita. Ramadhan cuma tinggal 3 minggu lagi, sungguh cepat masa berlalu, jangan rugi lagi seperti tahun dulu. Jadilah orang yg berjaya sebagaimana kami di Surau Al-Faaizeen. Wassalam.
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment