Thursday, October 20, 2005

Enjin Berasap di Grik-Banding


Ini kisah benar balik kampung 3 tahun lepas. Sebelum bertolak balik kampung saya check la enjin lebih kurang, check air, dsb. Jadi bertolak lah balik lebih kurang 10 pagi sambil menikmati alunan lagu raya di thr.fm. Atas banjaran titiwangsa antara Grik ngan Banding saya dapati temperature reading kat dashboard naik mendadak ke paras merah, saya pun park la kereta tepi jln, tengok-tengok enjin doh berasap. Apahal ni. Hujan rintik-rintik. Saya pun buka payung check bwh hood. Rupa-rupanya penutup tangki air tu sudah tercabut jatuh entah dimana dan air sudah kering la. Mungkin saya sudah tutup tadak kemas la pagi tadi. Ini sudah kes naya. Tapi semangat McGyver tu ada, maka saya pun cedok la air hujan kat tepi jalan tu dan penuhkan tangki balik. Macamana mahu tutup ni? Teng te teng..cari plastik ikat ngan kerawat.

Hari sudah hampir senja di tgh hutan belantara. Kereta lalu lalang satu pun tak berenti, maklumlah waktu berbuka dah dekat. Saya masih cool, untuk elakkan famili panic pulok. So drive slow-slow menuruni banjaran himalaya eh titiwangsa itu sambil menikmati kehijauan hutan Belum di kiri kanan. Nasib baik la takdok badak sumbu atau babi hutan melintas. Temperature merah balik. Saya berenti tambah air dan ikat plastik balik. Begitulah seterusnya, tak kurang dari 4 kali sehinggalah sampai hampir ngan Jeli. Cari kedai untuk berbuka dulu. Kedai pun ramai pelanggan nak berbuka..kena Q. Order nasi goreng dekat setengah jam baru sapa, tu pun raso macam nasi boh kicap. Tapi takpa lah darurat. Jadi tanyolah tuan kedai ado ko pomen di situ. Dia kato kena masuk pekan Jeli. A...jauh lagi tu.

Hujan masih rintek-rintek. Hero masih cool. Saya percaya banyak rahmat di sebalik kejadian ini. Jadi drive la slow-slow. Tiba-tiba nampak satu worksyop tepi jln masih buko walaupun sudah lepas maghrib. Berenti tanyo ada ke cap untuk wira. Jawapannya: Takdok, untuk iswara ado la. Ruponya sama-sama proton pun lain-lain cap dio. Pah pah lagu mano ni? Ada satu hamba Allah di situ suggest, ginilah kita cari tiub tayar muto ko basikal ko, kerat jadi macam gelang tu, tutup & ikat kemas-kemas insyaAllah buleh la tahan setakat nok sampai KB tu, katonyo. Brilliant idea sebab getah ni dio elastik sikit nok compare ngan plastik tu. Dio kato umah dio ado tiub tu, jadi ambo ikut lah dia. Ruponya rumah dio tepi jalan jah buat kedai makan kecil-kecilan. Walaupun hidup serba kekurangan tapi penuh budi bahasa dan baik hati. Jadi dio tulong adjust hinggalah nampak OK dlm hujan renyai itu. Anak isteri saya pun relax la sekejap kat kedai dio tu berkenalan ngan anak isteri dan org tuanya. Sempat dia hidangkan minuman dan kueh-mueh untuk kami.

Di situ lah juga kami sekeluarga mendengar dgn penuh debaran penyimpan mohor besar raja-raja mengistihar anak bulan telah nampak dan esok hari raya..yehhhh jerit anak-anak saya. Setelah mengucap jutaan terima kasih dan memberi sedikit cenderahati kpd keluarga yg mulia ini, kami pun meneruskan perjalanan sambil mata saya tidak lari dari meter temperature. InsyaAllah kami selamat sampai ke KB dan menjamu nasi kerabu kelabu dan ayam percik yati di medan selera sebelah padang bas itu sebelum pulang ke rumah bonda tercinta. Itu lah adanya secebis kenangan saya. Hari Raya ke 3 baru tukar cap. Drive carefully dan jangan panic insyaAllh selamat. Selamat Hari Raya semua !!

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...