Friday, October 28, 2005

Wak Segan

Pak ! kalo solat pakai kupiah sah enggak? tanya Wak Seman pada Wak Jamil di sore itu. Enggak jawab Wak Jamil. Waduh pelik benar rasanya jawaban itu keluh Wak Seman. Rasa keliru gitu. Ditanya sekali lagi..namun Wak Jamil tetap dengan jawabannya.

Wak Seman pulang kebingungan. Semalaman dia tidak dapat tidur. Besok aku mesti jumpa Pak Imam. Persoalan ini pasti selesai. Apa pakai songkok macam Pak Lah saja baru sah solatnya. Bingung. Wak Seman terus ke rumah Pak Imam. Terkejut jugak Pak Imam melihat Wak Seman. Ingatkan emergency isteri nak beranak ke apa.

Setelah bertenang Wak Seman pun mengemukakan persoalannya pada Pak Imam dan perihal jawaban dari Wak Jamil semalam. Hmmm... Pak Imam tersenyum penuh berhemah. Dia tahu Wak Jamil bukan calang-calang lebai kat Kg. Ulu Semanggol ni. Pak Imam pun bukan sembarangan juga, ilmu tinggi melampau bukit bakau. Datoknya dulu pengasas kampung dan bapanya pula bekas imam dan guru pondok. Beginilah Wak Seman bisik Pak Imam, solat fardu itu diwajibkan kepada umat Islam dan tertakluk kepada beberapa syarat. Wak Seman sedar itu semua, tapi persoalannya pakai kupiah. Isu di sini ialah pakai kupiah. Sabar sabar. Pak Imam meneruskan hujah, syarat-syarat solat ialah;
1. beragama islam
2. baligh & berakal
3. suci dari hadas
4. suci seluruh anggota badan, pakaian & tempat
5. Menutup aurat, laki-laki auratnya antara pusat & lutut, sedang wanita seluruh anggota badannya kecuali muka dan dua belah tapak tangan
6. masuk waktu solat yang telah ditentukan
7. mengadap kiblat
8. mengetahui mana yang rukun dan mana yang sunat.

Ya ya Wak Seman udah paham itu semua. Masalahnya kupiah. Pak Seman mahu penjelasan Pak Imam. Iya iya sampuk Pak Imam, Wak Jamil benar semalam. Pakai kupiah enggak sah solat. Waduh apa sudah jadi ni jerit Wak Seman.

Minta bertenang, sebenarnya begini Wak Seman, saya belum abis cakap lagi ni. Yang menjadi syarat sah adalah MENUTUP AURAT. Pakai kupiah masih belum menutup aurat. Kerana laki-laki auratnya antara pusat dan lutut. Justru pakai kupiah saja enggak sah solatnya. Kecuali auratnya sudah ditutup.

OOOOOOOOOOOOO gitu, paham le saya, terima kasih Pak Imam. Wak Seman pun berlalu pulang dengan senang.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...