Wednesday, October 26, 2005

Rezki Allah Kepada Kita

Assalamualaikum, bersyukur kita kerana dapat menghirup udara Allah pada pagi ini. Dapat berfikir sejenak tentang apa yg telah kita lakukan semalam. Dapat lena tidur mlm tadi. Dapat makan nasi kerabu dan air cendol. Masih kuat dan masih sihat, alhamdulillah. Dapat menadah tgn memohon keampunan dari Allah sesudah subuh di atas sejadah itu. Dapat senyuman isteri dan gelak tawa anak-anak. Selamat memandu Waja ke ofis. Ada kerja yg baik-baik. Ada gaji hujung bulan. Ada rumah elok. Tersemat di hati, jagalah amanah Allah ini. Hidup di Alam Dunia yg sementara ini. Allah beri masa 63 tahun buat kekasihNya sebelum dipindah ke Alam Barzakh. Berapa lama peluang kita ? BERSYUKUR atas segala nikmat ALLAH yg banyak ini. Kita KAYA di bumi ALLAH ini yang hanya sementara. Cuba kita teliti 7 pola rezki ini.....
1. Tubuh Badan kita ini
2. Akal Fikiran
3. Kesihatan
4. Ilmu Pengetahuan
5. Suasana & Keadaan Sekeliling
6. Keluarga Tercinta
7. Harta Benda

Tiada beza antara kita di sisi ALLAH. Kita hanya HAMBA ALLAH. Yang membezakan kita adalah level ke TAQWAAN kita kepada NYA.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...