Friday, June 22, 2012

Kematian Seorang Insan

Rosli meninggal pagi tadi. Itulah panggilan yang saya terima dari kampung sesampainya saya di ofis. Tarikh 2 Syaaban, di hari Jumaat yang mulia ini saya kehilangan seorang insan yang saya kasih. Sepupu saya ini meninggal setelah mengidap penyakit buah pinggang yang kronik. Arwah sudah terlantar di hospital KB dalam keadaan tidak sedar agak lama juga. Doa saya dari kejauhan kepada Allah ialah sekiranya ada sisa umurnya maka sembuhkanlah dia dari penyakitnya dan ringankan segala ujian yang ditanggungnya, manakala sekiranya sudah sampai ajalnya maka permudahkanlah pemergiannya ke alam barzakh. Arwah pergi pada usia 49 tahun. Marilah kita sedekahkan pahala bacaan surah2 al-Qur'an kepada arwah. Saya doakan semoga ruh arwah ditempatkan Allah bersama kelompok manusia beriman yang mendapat keampunannya. Semoga kehidupannya di alam yang baru ini akan selesa dan bahagia. Selamat jalan saudaraku.

@@@

5 comments:

HAJI said...

'Innalillahi wa'inna ilayhi roji'un.

kinakona said...

Sesungguhnya kehidupan arwah baru bermula.. Innalillah..

School Of Tots said...

TQ Haji & ank_ayah. Kehidupan baru yg panjang bermula sudah bagi arwah. Kita semua akan menyusul, insyaAllah.

Anonymous said...

mudah2an arwah ditempatkan bersama2 org beriman...amin....

School Of Tots said...

TQ Daud. Semoga arwah mendapat keampunan dan redha-Nya.

KEMBARA 100 MASJID

Sejak tahun lepas 2024, saya menanam satu azam untuk ziarah 100 buah masjid di seluruh negara sblom ajal menjemput. Saya akan memaparkan gam...