Wednesday, June 06, 2012

Iman Logik Akal

Ada satu kisah benar, Ustaz Fauzi ceritakan. Rumah Ustaz kat Kedah, masa tu musim rambutan berbuah, jadi banyaklah semut hitam berkeliaran terutamanya di rimbunan buah2 rambutan. Ustaz hari tu di jadualkan menyampaikan kuliah zohor di KLCC dan malamnya kuliah maghrib di Alor Setar. Isteri menghidangkan sarapan. Ustaz buka dulu jubahnya dan sangkut kat dinding sebelum bersarapan tu. Selepas bersarapan dan rehat seketika, Ustaz pun bersiap untuk di hantar ke airport oleh salah seorang anak muridnya.

Penerbangan Air Asia dari Alor Setar sampai di LCCT mengikut jadual. Ada orang tunggu dan bawa Ustaz dgn Perdana V6 untuk ke KLCC. Selepas kuliah zohor, terus pula dihantar ke LCCT untuk penerbangan pulang ke Alor Setar.

Bila sampai ke rumahnya Ustaz pun berehat sekejap. Nak jadi cerita Ustaz perhatikan ada seekor semut hitam merayap keluar dari jubahnya dan bergerak menuju kawan2nya di tepi dinding. Kelihatan seolah-olah semut itu sedang bercerita sesuatu dengan bersungguh-sungguh kerana kelihatan sesungut dan kaki2 nya bergerak-gerak turun dan naik, kiri dan kanan. Ustaz perhatikan kelompok semut2 hitam yang sedang mendengar cerita semut tadi seolah-olah mengeleng-ngeleng kepala masing2.

Ustaz merasa teruja dan memerhati lagi dengan penuh fokus. Senerio itu berlanjutan agak lama juga sehinggalah semut2 itu bersurai. Ustaz pun cuba membuat konklusi apa sebenarnya kejadian yang berlaku. Dalam dok berfikir begitu, Ustaz pun tertidur.

Kerana kepenatan lelap Ustaz sungguh lena. Dalam tidur ini minda Ustaz terus bertugas. Ustaz teringat kuliah yang di sampaikan di KLCC tengahari tadi. Ustaz menyampaikan kuliah bertajuk Israk dan Mikraj sempena bulan Rejab ini. Betapa Abu Jahal mengetuai puak kafir quraish mengejek-ejek dan mengutuk Rasullullah perihal cerita Rasulullah tentang perjalanan Baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya naik ke Sidratul Muntaha. Semuanya berlaku dalam masa selepas asar dan Rasulullah kembali semula menjelang subuh pada hari yang sama. Ramai juga dari kalangan orang Islam turut menjadi murtad kerana terpengaruh dengan dakyah Abu Jahal yang mempersoalkan kejadian yang ajaib ini dengan menggunakan logik akal semata.

Pada petangnya pabila berselisih dengan Abu Bakar, dia bertanya pendapat Abu Bakar tentang cerita yang disampaikan oleh Rasulullah tentang perjalanan Baginda itu. Abu Bakar pula kebetulannya tidak berada di majlis penerangan Rasulullah yang dianjurkan oleh Abu Jahal pada paginya. Apa Abu Bakar jawab? Jika yang menceritakan ini ialah Rasulullah SAW maka jika perjalanannya melebihi sidratul muntaha pun aku akan tetap yakin dan mempercayai apa yang Baginda ceritakan itu. Tegas Abu Bakar tanpa ragu. Abu Jahal terus berlalu dengan bengang.

Peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah persoalan iman. Iman kepada benda ghaib. Iman untuk mempercayai dan meyakini risalah yang di sampaikan Rasulullah. Di nyatakan bahawa peristiwa ini adalah mukjizat kedua terhebat yang di kurniakan kepada Rasullah SAW. Mukjizat pertama dan terbesar ialah penurunan Al-Qur'an. Pada masa itu sebanyak 15 juzuk telah diturunkan kepada Rasulullah.


Diriwayatkan sepanjang 13 tahun Rasulullah berada di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah, sebanyak 17 juzuk Al-Qur'an telah di turunkan. Israk dan Mikraj ini berlaku 18 bulan sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah iaitu pada tahun kesedihan. Tahun meninggalnya isterinya Siti Khadijah dan pamannya Abu Talib, dua tokoh hebat pendokong Rasulullah.

Semut hitam tadi bercerita, "Aku pergi ke KLCC tadi." Semua yang mendengarnya tergelak sakan tidak mempercayainya dan menuduhnya gila agaknya. "Kalau engkau mengambil masa 10 tahun pun engkau tak tentu boleh sampai ke sana." "Sedarlah diri sikit kita ni semut. Jalan kita macam semut, bukan macam kuda," sampuk ketua semut yang di gelar Abu Jahil. Agak kecoh komuniti semut hitam di Alor Setar pada 27 Rejab itu.

@@@

2 comments:

Danial_arif said...

skrg ni pun banyak manusia yg suka menilai sesuatu dengan akal logik tanpa pedulikan perintah nabi yg sbnar, sbgai contoh kenape kene ikut dakwah cara rasullullah,media msa kan ada, media cetak kan ada, cermah ustaz2 kan ade. ramai yg begitu skrg ni. mereka tidak yakin ikut cara nabi boleh bwak kejyaan. moga ALLAH bg mereka faham..

School Of Tots said...

TQ Danial_arif, Ramai yg melihat konten sesuatu perintah Allah atau sunnah Rasulullah dan cuba menyesuaikannya dgn keadaan, tanpa melihat sipakah yang mengeluarkan perintah atau arahan itu? Jika iman yg utuh persis Abu Bakar, segala perintah Allah yg disampaikan melalui Rasulullah itu akan terus di patuhi 100% tanpa sebarang ragu dan syak wasangka lagi. Itulah iman yg terhebat yg patut menjadi impian dan cita2 kita semua. Amiin.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...