Wednesday, January 27, 2010

Bil Udara

Pada minggu lepas saya berpeluang solat Jumaat di Masjid Sri Gombak dan mendengar kuliah jumaat. Antara yang disentuh ialah perihal kita ini selalunya lupa untuk bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan, kerana ianya di dapati secara percuma. Bila dapat percuma maka secara psikologi nya di rasakan tak bernilai sangat. Maka kita tidak sangat menghargainya. Kalau dikenakan bayaran maka barulah kita berkira dan menghargainya.

Contohnya kita terpaksa membayar bil utiliti bulanan kita seperti api dan air. Bil letrik saya pada bulan lepas ialah sebanyak RM117 dan bil air saya berjumlah RM54. Bila saya cek balik kadar yang dikenakan oleh TNB ialah 28sen bagi setiap unit, dan kadar yang dikenakan oleh Syabas pula ialah 57sen bagi setiap unit. Dan kita akan merasa susah dan terseksa jika di takdirkan bekalan letrik atau bekalan air kita terputus atau dipotong oleh TNB atau Syabas, betul tak? Kerana bekalan letrik dan air ini adalah keperluan hakiki kita dan tidak dapat nak di bayangkan peliknya hidup tanpa letrik dan air ini. Maka kita rela dan terpaksa membayar bil utiliti bulanan yang kita terima setiap bulan itu. Ia sudah menjadi sebahagian dari realiti kehidupan kita.

Sehubungan dengan itu kita lihat pulak utiliti yang lain iaitu udara yang di kurniakan kepada kita oleh Allah untuk bernafas supaya kita dapat hidup di dunia ini. Bukankah tanpanya kita akan merana sampai ke tahap tidak dapat hidup lagi? Cuma bezanya dengan letrik dan air tadi ialah Allah tidak kenakan bil bayaran bulanan. Kita dapat bekalan udara ini secara percuma. Free beb. Maka kita kembali kepada teori di atas iaitu bila dapat percuma ni maka kita tak menghargai sangat. Kita lupa untuk bersyukur atas nikmat Allah yang memberi peluang kita untuk bernafas itu, sedangkan kalau tak ada udara kita boleh mati ooo, serius beb. Fikir2 kan lah.

Kalaulah dikenakan bayaran, agak2 nya berapakan jumlah yang tertera pada bil bulanan kita. Berapa banyakkah penggunaan udara yang kita sudah pakai pada bulan lepas? Mari kita sama2 congakkan. Tarik nafas dan tengok jarum ‘saat’ jam. Ok saya dah kira tadi, iaitu saya “sedut dan hembus” udara melalui hidung sebanyak 12 kali setiap minit (iaitu setiap 60 saat).Maknanya kalau sejam, 60min x 12 = 720 kali. Kalau sehari , dah 24jam x 720 = 17,280 kali. Banyak tu. So berapakah kadar bayaran yang patut di kenakan? Kalau satu sen setiap kali “sedut dan hembus", jumlah bayaran ialah 17,280 x 1sen = RM172.80 sehari. Kalau sebulan, 30hari x RM172.80 = RM5,184 sebulan. Banyak tu bang. Tak larat nak bayar, dah lah hutang lain pun melambak.

Ok lah kalau rasa mahal sangat nak bayar RM5,184 sebulan, buatlah rayuan untuk mengurangkan kadar bayaran yang di kenakan. Kalau kita gunakan minit sebagai unit dan katalah kadar bayarannya ialah satu sen per minit, maka jumlah bil bulanan udara ialah 60min x 24jam x 30hari x 1sen = RM432 sebulan. Masih banyak tu ye tak? Walau pun kadar bayaran yang dikenakan cuma satu sen per minit (12 kali sedut & hembus). Ish… ish… ish. Nampak tak apa yang saya cuba ketengahkan ini? Kalaulah Allah kenakan bayaran pada setiap sesuatu dari milik-Nya yang kita gunakan bagaimana kah agaknya? Namun Allah dengan sifat Maha Pengasih dan Penyayangnya memberikan segala ini “free of charge”.

Bahawasanya nikmat Allah yang tersangat banyak yang dikurniakan kepada kita. Wajiblah kita syukuri. Syukur pula bukanlah sekadar mengucapakan kalimah Alhamdulillah semata. Hargailah udara yang kita gunakan ini. Syukurilah kurniaan Allah kepada kita, tangan, kaki, kulit, mata, rambut, gigi, kuku, sendi, jantung, paru2, buah pinggang, lidah, mulut, bibir, kening, paha, siku, jari jemari, kepala, otak, salur darah dan banyak lagi anggota badan kita. Allah bekalkan kita dengan ilmu, akal, tenaga, tubuh badan, harta dunia, akidah dan syariah dan modal-modal lain untuk kita manafaatkan dengan membuat kebaikan dan mencari bekalan untuk menuju kehidupan abadi di Akhirat.

Saya ambil petikan dari kitab Taqwa karya TGNA, yang saya bacakan pada siri tazkirah pada pagi tadi, meskipun kehidupan di dunia ini diibaratkan singgah sebentar sekadar berteduh di bawah pohon, namun ia amat bererti bagi seorang musafir yang berjalan jauh ketika hari panas. Mereka pasti mengambil peluang untuk berehat serta makan dan minum untuk memulihkan tenaga fizikal dan dapat juga melakukan amal ibadah untuik kekuatan dan bekalan rohani.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan.”

Demikianlah hakikat dunia yang disebut sebagai gelanggang melakukan amal dan gerak kerja manakala akhirat sebagai Negara menerima balasan. Jika di dunia yang singkat waktunya ini terlalu leka dengan kenikmatan yang sementara, dibimbangi bahawa penyesalan akan menunggu di akhirat.

Marilah kita sama-sama mensyukuri dengan sebenar-benar rasa kesyukuran di atas segala kurniaan Allah kepada kita. Tanpa segala kurniaan Allah ini kita tidak akan menghuni dunia pada hari ini. Walaupun tiada bayaran bulanan yang dikenakan Allah kepada kita semua, namun sebagai pengguna segala nikmat-Nya ini maka kita kenalah menunaikan tanggung-jawab untuk membayar balik segala kemudahan ini.

Macamana caranya? Iaitulah kita kena mengerjakan segala perintah Allah dan kita kena meninggalkan segala larangan-Nya. Jangan bertangguh untuk membuat kebaikan. Dan jangan tergesa-gesa membuat keburukan. Berusahalah sekuat mungkin dan mohonlah doa kepada-Nya agar dikekalkan kita di jalan yang lurus yang hakiki menuju redha-Nya, dan tidak tersesat atau disesatkan dalam perjalanan. Rujuklah Al-Qur’an dan Hadis dan para ulamak muktabar sebagai panduan. Semoga di penghujungnya ada Syurga yang kekal abadi menanti. Amiin.
@@@

Friday, January 22, 2010

Muslim Coca Cola

Saya membaca penuh minat posting dari blog Pena Maya perihal sebuah video syarahan yang bertajuk The Coca-Cola Muslim Generation oleh pendakwah Abdul Raheem Green di Universiti Perth. Mengikutnya Coca-Cola adalah lambang terbaik budaya Amerika. Apakah benar dunia akhir zaman ini walaupun di penuhi oleh berbilion umat muslim tapi kualitinya hampas belaka ibarat buih di Laut Hindi, terumbang ambing tiada jatidiri hanya mengikut saja tanpa kualiti akidah sejati? Semoga saudara Pena Maya tidak keberatan jika saya memetik sedikit sebanyak bahan dari posting tadi untuk tatapan blog SOT ini semoga ada manafaatnya.

Antara ciri2 Muslim Coca Cola ini ialah:

  1. Matlamat pencapaian ialah materialisma dan kebendaan
  2. Lambang kenikmatan hidup ialah segala kehendak nafsu, syahwat dan selera mesti dipuaskan
  3. Lambang kejayaan dan kegembiraan adalah dengan menjadikan hidup dikelilingi harta dunia
  4. Makan apa saja yang terasa untuk di makan
  5. Buat apa saja yang terasa hendak di buat
  6. Hidup lah sebagaimana yang di ingini
  7. Hendak berkelakuan aneh, silakan
  8. Tiada perkataan tidak dalam kamus kehidupan ini
  9. Keinginan, ghairah dan perasaan ingin memiliki itulah penguasa
  10. Cara hidup yang berdasarkan nafsu semata.
Coca-Cola memberi lonjakan rasa dan kepuasan. Tetapi realitinya, sebaik sahaja meminumnya, anda akan terasa lemah kembali. Dan untuk memastikan diri anda sentiasa bertenaga dan high, anda kemudiannya akan meminum dan meminum dan meminum lagi minuman ini. Hanya semata untuk mendapatkan kepuasan sementara yang telah anda kecapi tadi. Bahkan ada kajian yang dibuat minuman ini sebenarnya sangat bertoksik hinggakan jika di tuang ke dalam mangkuk tandas dapat mengikiskan kekotoran ibarat fungsi clorox. Dan bahan inilah yang di togok oleh Muslim semua, maka jadilah Muslim Coca-Cola, kelompok yang rosak jiwa dan raga.

Inilah
realiti budaya barat yang menerap masuk dalam kehidupan seorang Muslim, hanya menyembah dan menurut kata dan perintah nafsu syahwat semata. Tiada kepuasan yang bertahan lama. Kepuasan itu bersifat sementara, ianya merupakan boost yang sementara, keseronokan yang sementara dan diikuti oleh "kekosongan" yang berkadar serupa juga. Dan untuk berasa fun kembali, kita akan membeli/melanggan kembali. Kita akan menjumpai pelbagai kaedah lagi dalam usaha memuaskan nafsu, tetapi, realitinya nafsu dan syahwat itu tidak pernah dan tidak boleh dipuaskan. Inilah realiti tabii kejadian manusia itu. Sebenarnya, apa yang mengambil tempat di sini adalah suatu konflik ideologi. Ianya satu perang melalui pandangan dunia yang berkisarkan tentang tabii kejadian manusia. Islam mengajar kita sesuatu yang agak berbeza.

Islam menga
jar,cara untuk berjaya dan gembira adalah bukan melalui penguasaan material kebendaan atau memuaskan nafsu dan syahwat semata. Islam mengajar bahawa ada satu Tuhan, satu Pencipta yang menciptakan alam semesta ini. Dan Dia menciptakan segala-gala di dalam alam semesta ini dengan tujuan dan sebab. Segala-galanya mempunyai tujuan.Segala-galanya mempunyai sebab dicipta.Dan ini menimbulkan satu persoalan. Apakah tujuan dan sebab kita diciptakan? Apakah tujuan kewujudan kita ini? Kenapakah kita berada di sini? Apakah tujuan kewujudan seluruh umat manusia ini? Allah memberitahu kita bahawa kita diciptakan untuk beribadat/menyembah-Nya.

Terma ibadat dalam Islam itu yang kita terjemahkan sebagai worship mempunyai makna yang amat-amat mendalam. Ianya melebihi dari perbuatan "khas" yang kita lakukan. Ibadat dalam Islam itu adalah satu cara hidup yang menyeluruh (total). Ianya sesuatu (yang sepatutnya) dilakukan manusia sepanjang kehidupan mereka. Perkataan ibadat itu kita boleh terangkannya sebagai melakukan segala yang diredhai dan disukai oleh Allah SWT, Maha Pencipta Sekalian Alam dan meninggalkan perkara yang dilarang dan dimurkai oleh-Nya. Dari saat bangun tidur 24x7 sepanjang waktu. Islam is the way of life. Bukan agama lain, politik lain, atau hiburan lain, atau kehidupan bermasyarakatnya lain. Islam mengajar kita menjalani kehidupan dari A to Z. Sempurna. Segala-galanya yang Allah redha dan suka, itu adalah Ibadat. Samada ianya dilakukan dengan hati atau tubuh badan.

Apakah perbuatan yang dibuat oleh hati? Perbuatan yang dibuat oleh hati adalah cinta, harapan, kasih sayang, takut, keikhlasan dan sebagainya. Inilah contoh dari perbuatan yang dizahirkan oleh hati. Jadi,kita perlu menzahirkan suatu perbuatan oleh hati yang diredhai Allah SWT. Contohnya, tidak busuk hati, tidak bongkak serta sentiasa ikhlas dalam kehidupan. Dan perbuatan ibadat yang dizahirkan oleh anggota fizikal kita pula adalah segala-gala yang dilakukan secara luaran. Sebagai contoh, solat yang dilakukan, puasa, hubungan antara suami dan isteri, ia boleh jadi bagaimana kita berjalan, bagaimana kita bercakap malah mandi dan lain-lain.

Jadi, ibadat itu bermaksud kita perlu melakukan sesuatu yang diredhai Allah secara zahir dan batinnya. Dan hanya dengan melakukan ini(ibadat), seseorang itu dapat menjumpai ketenangan, kebahagiaan, kemakmuran dan kepuasan sebenar.

Kalau perhatikan sekeliling pada hari ini, di kaca2 TV misalnya betapa remaja dan retua menjadikan hiburan, nyanyian, lakonan, dan artis2 sebagai bahan bicara dan pengisi masa. Makan bola tidur bola minum coca cola. Di dada2 akhbar dikhabarkan tentang kepincangan dan kemaksiatan yang bermaharaja lela. Sedangkan kita ini mengaku masyarakat muslim. Maka muslim apakah kita ini? Muslim Coca Cola, muslim sederhana yang penuh toleransi ye tak? Atau liberal? Maksiat pun kita puja, Islam pun kita mahu. Sedangkan apa yang kita mengaku Islam itu cara hidup "way of life" tapi hakikatnya kita tidak praktikkan sebagaimana tuntutan itu. Kita campur adukkan mengikut citarasa kita. Kalau adalah kelompok yang mengamalkan "Islam as The Way Life" maka di tuduh puak extreme dan dipandang serong pula. Itulah realiti yang ada. Fikir2kanlah.

@@@

Wednesday, January 20, 2010

Tirai Kematian

Malam ni saya khatam sebuah buku cetakan 1993 terbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd, karya Ustaz Nur Salam Al-Hafiz berjodol "Di Balik Tirai Kematian". Mengikut pandangan saya buku ini padat dengan isi dan di kukuhi banyak ayat2 Al-Qur'an dan Hadis. Sebuah karya yang sangat bermutu walaupun bukunya tidaklah cantek sebagaimana buku2 masakini keluaran publisher PTS atau Telaga Biru contohnya. Covernya hanya berwarna hijau yang kusam. Rasa saya jika buku ini di ulang cetak dengan pekej baru sudah tentu akan menarik minat ramai. Mengikut kata pengantar, Ustaz menceritakan bahawa hasil penanya ini tersimpan begitu lama semenjak 1985 dan beberapa kali di tolak oleh beberapa penerbit dengan pelbagai alasan seperti tajuknya yg kurang menarik, atau isinya yang tidak ilmiah dan kurang diminati pembaca.

Semoga Ustaz Nur Salam tidak keberatan sekiranya saya berkongsi sedikit sebanyak pengisian yang saya dapat, dengan pembaca blog SOT sekelian.

Mati adalah suatu hal yang pasti, bahkan terlalu pasti sehingga kerana pastinya, tidak ada sesuatu kekuatan pun yang dapat menolak kedatangannya. Sebelum datang tidak dapat diminta supaya cepat dan setelah datang tidak dapat diundur walau sesaat. Banyak orang yang bosan hidup ingin cepat mati, tetapi kematian belum juga datang. Tetapi ketika diri sangat takut untuk menghadapi mati, akhirnya ia mati juga. Mati bukan kerana tua, bukan pula kerana sakit tetapi mati kerana ajalnya telah sampai.

Allah menjadikan hidup dan mati sebagai ujian, untuk menilai siapa yang terbaik amalannya. Hidup adalah ujian bagaimana untuk mengisinya? Dan mati pula adalah ujian bagaimana untuk menghadapinya? Seorang muslim adalah orang yang selalu siap sedia untuk menghadapi kematian, bila dan di mana sahaja.

Orang yang mati kemalangan atau mati di baham harimau, sama saja dengan orang yang mati di kelilingi sanak saudara. Yang akan membezakan antara kematian seseorang dengan orang lain ialah keadaan orang itu sendiri, iaitu samada matinya dalam keadaan iman ataukah mati dalam keadaan fasik dan kafir. Dunia adalah singgahan sementara, tempat menabur benih dan menyemai biji. Ibarat ladang tempat bertanam, maka memetik hasilnya ialah di Akhirat kelak. Kematian boleh menjadi awal penderitaan seseorang. Kematian juga boleh menjadi gerbang kebahagiaan dan kemuliaan. Semuanya bergantung bagaimana kita mengisi kehidupan di dunia ini.

Setelah dunia ini berakhir, dengan berakhirnya masa hidup seseorang, maka di sebalik sebuah tirai kematian itu kita akan menempuh Alam Barzakh, Alam Mahsyar, Alam Hisab, Alam Mizan, Alam Sirath, dan kemudian penghujung kita samada berbahagia di Syurga atau terhumban ke Neraka.

Seorang lelaki Ansar bertanya kepada Rasulullah SAW : Siapakah yang disebut paling cerdas dan bijaksana di antara manusia? Mendengar itu Rasulullah SAW menjawab: Ialah orang yang paling sering mengingati mati dan banyak persiapannya untuk menghadapinya. Merekalah orang yang cerdas dan bijaksana, berhasil mencapai kehormatan dunia dan kemuliaan akhirat.

Mengingati mati ialah dengan membanyakkan persediaan amal baik, mengurangi keutamaan hidup yang melampaui batas. Menjadikan menusia zuhud terhadap dunia dan menerima apa adanya tanpa meninggalkan usaha. Menjauhkan sifat2 tercela yang akan memberatinya sebagai beban.

Kalau mengingati mati akan mendorong seseorang untuk berbuat amal baik sebagai bekal menghadapinya, maka lalai mengingati mati, seorang akan disibukkan oleh perkara2 dunia yang mempersonakan. Ada beberapa faktor yang melalaikan seseorang pada kematian seperti panjang angan-angan, merasa tenteram dengan dunia, terlalu asyik dengan dunia, cinta dunia takut mati, gila hormat dan ingin disanjung, dan buta akhirat. Antara persiapan kita sebelum mati ialah taubat sebelum mati, segera melakukan kebaikan, dan mendirikan qiamullail.

"Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah senda gurau dan main-main, dan kehidupan Akhirat itulah yang sebenarnya jika mereka mengetahui." (Al-Ankabut:64)

Sebagai konklusinya kita kenalah memahami siapa diri kita ini dan kemanakah penghujung kita. Walaupun hidup di dunia ini sangat sementara tetapi ia bakal menentukan untung nasib kita di Akhirat nanti, yang hidup nya tidak lagi sementara tetapi kekal selama-lamanya. Di sana tiada pilihan lain melainkan hidup tersiksa di Neraka atau kebahagiaan abadi di Syurga. Dan penentunya ialah segala amalan kita di dunia ini. Maka sebelum terlambat ubahlah gaya hidup untuk menjana segala kebaikan dan mencegah segala kemungkaran menuju jalan yang di redhai Allah. Kalau berat amalan baik kita maka insyaAllah dengan redha Allah melayakkan kita untuk menerima nikmat Syurga Allah. Insaflah kita dan segera bertaubat sebelum tiba tirai kematian itu.

@@@

Friday, January 15, 2010

Anda Pengunjung Bertuah

Anda pengunjung bertuah, kerana dikurnia Allah nikmat yang banyak. Dapat tidur nyenyak malam tadi, di ulik mimpi indah lagi. Di kembalikan ruh ke dalam badan untuk tersedar dan bangun dari tidur menjelang subuh. Menyedut dan menghembus udara Allah mungkin 11,520 kali sehari semalam. Meminum air dan memakan pelbagai citarasa makanan. Di kurnia pancaindera, perasaan dan segala deria. Hingga boleh faham apa itu suka dan duka, gembira dan kecewa, masam atau manis, pahit atau tawar, sejuk atau panas dan pelbagai lagi. Dapat barcakap, senyum dan ketawa. Nampak segak dan menawan, sihat walafiat, tiada anggota kurang upaya. Anda seorang yang bertuah, betul tak?

Di tambah lagi dengan pakaian penuh almari, kereta yang reliable, rumah yang lengkap perabut segala. Isteri yang cantek dan anak2 yang baik. Di kurnia Allah lagi kerja yang stabil di sebuah syarikat konglemerat. Ada gaji, ada wang simpanan, dan di berikan rezki melimpah ruah. Anda seorang pengunjung bertuah.

Allah bagi nikmat Islam dan Iman. Allah campakkan akidah yang kukuh. Dapat beramal soleh dan bertakwa pada-Nya. Alhamdulillah. Hubungan dengan Allah terus di jaga rapi. Sentiasa bergantung harap tiada pada yang lain melainkan Allah semata. Bersihkan diri dari sifat dengki, irihati dan segala penyakit hati. Mencintai pula majlis2 ilmu. Akhlak yang mulia, menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kira pangkat atau usia. Rajin berusaha, zuhud berdoa dan bertawakkal pada-Nya. Bertuah sungguh.

Nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan? Allah kurniakan nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Dari hujung rambut hingga ke hujung ibu jari kaki, dari pemandangan saujana mata memandang hinggalah setiap degup jantung dalam dada. Semuanya milik Allah yang di amanah pada kita yang tidak di tarik balik setakat detik ini. Maka jagalah sungguh2 amanah itu. Syukurlah banyak2 akan nikmat2 ini. Lihatlah di Haiti, beribu sudah mati. Bersegeralah melakukan kebaikan dan cegahlah diri dari melakukan kemungkaran. Dapat membeza mana dosa mana pahala. Anda Pengunjung Bertuah, percaya dan yakinlah.

Selamat Maju Jaya dan mohonlah redha Allah semoga di penghujung jalan nanti ada kemampuan untuk melangkah masuk ke Syurga Allah bukannya tersungkur di pintu Syurga seperti manusia2 kufur nikmat yang banyak melata di muka dunia dulu kini dan selamanya. Jadilah seorang pengunjung yang benar2 bertuah.


@@@

Sunday, January 10, 2010

Juara Rakyat atau Pengkhianat Rakyat ?

Program Juara Rakyat dilancarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendekati semula rakyat yang menolak mereka dalam pilihan raya umum 2008. "Jangan sesekali kita lupa dan lalai bahawa kedudukan kita sekarang semata-mata atas kehendak dan restu rakyat," katanya lagi. Berucap merasmikan program Juara Rakyat di Tapak Ekspo Bukit Sentosa di Hulu Selangor, Najib yang juga perdana menteri berkata: "Kami dengar dan terima bahawa rakyat beri teguran dan teguran itu kami akan hayati, bukan setakat dengar sahaja".

Najib berkata, program tersebut yang bertujuan mendekati semula rakyat, akan dijalankan berterusan setiap bulan di seluruh
negara. Katanya, program Juara Rakyat akan dijalankan berterusan setiap bulan di semua bahagian Umno. "Tiap-tiap bulan mesti buat program Juara Rakyat," katanya di majlis pelancaran program itu yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang.Program "Juara Rakyat" berkonsep ekspo itu bertujuan untuk menggerakkan Umno di semua bahagian Umno di seluruh negara dengan menggunakan beberapa tema yang ditetapkan. "Kita mestilah sentiasa dapat merasai denyut nadi rakyat melalui usaha-usaha yang dilakukan supaya kita mesra dengan rakyat," katanya lagi. Alhamdulillah, Najib dalam ucapannya turut mengumumkan peruntukan 15.6 juta untuk baiki 5,000 pangsapuri penduduk di kawasan itu.

Tambahnya, nama program Juara Rakyat itu sendiri dipilih atas keinsafan mereka terhadap isyarat yang ditunjukkan oleh pengundi semasa pilihan raya umum 2008. Bercakap dalam sid
ang media selepas itu, Najib turut mengulas kempen "Umno Pengkhianat Rakyat" yang dilancarkan PAS, dan menyifatkan kempen seperti itu sebagai satu bentuk negatif. "Itu kempen cara dia. Kita tak kempen cara negatif, tapi kita nak tumpu rekod prestasi kita setiap masa," katanya lagi.

Dalam era rakyat yang mudah terdedah kepada pelbagai informasi dan maklumat, maka segala sogokan media atau paparan berita selalunya tidak akan di telan bulat2. Rata2 rakyat Malaysia suka memerhati dan berfikir sebelum membuat keputusan terutamanya dalam menyokong mana2 pemimpin atau calon2 yang bertanding dalam pilihan raya. Tidak seperti era 70an atau 80an dulu. Ini sudah terbukti pada pilihanraya yang lalu. Dan rasanya trend ini akan berterusan pada pilihan raya yang akan datang juga.


Pro
gram "Juara Rakyat" ini merupakan satu usaha Umno untuk mendekati rakyat bagi menonjolkan segala pencapaian selama ini dan juga mewar-war kan perancangan masa depan. Dan konsep ala ekspo "jom heboh" selalunya senang di terima terutamanya di kawasan luar bandar yang memang dahagakan event yang happening di kawasan mereka.

Dalam pemerhatian saya apabila melihat bendera2 Umno dan BN yang meriah dipasang sepanjang jalan seolah-olah ada pilihan raya kecil, rasanya PM merasmikan program "Juara Rakyat" atas kapasitinya sebagai Presiden Umno dan bukan sebagai kapasitinya sebagai Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia. Dan majoriti booth2 yang ada di ekspo pula terdiri dari booth2 Umno dari pelbagai negeri dan cawangan seluruh negara. Cuma satu persoalan yang di timbulkan media ialah dari mana sumber dana RM2 juta untuk menjayakan program ini di perolehi. Adakah dari dana Umno atau dari dana kerajaan Malaysia?


Khabarnya perasmian Juara Rakyat diawalkan sehari untuk tidak bertembung
dengan perasmian program "Umno Pengkhianat Rakyat" yang dianjurkan PAS. PAS nampaknya lebih berminat untuk menonjolkan segala penyelewengan atau salah laku pihak Umno kepada masyarakat. Seolah-olahnya program Juara Rakyat adalah alat propaganda Umno untuk mendapat sokongan rakyat, manakala program Umno Pengkhianat Rakyat adalah alat propaganda PAS untuk mengajak rakyat menolak Umno.

Tapi apa pun rakyat akan lebih bijak menilai. Pemimpin yang "walk the talk" untuk membela nasib rakyat dan membawa kesenangan bukan kesusahan kepada rakyat akan akhirnya mendapat tempat di hati rakyat samada memilih BN atau PR sebagai wadah kerajaan. Bak tagline Nabil "Lu PK la sendiri".


@@@

Thursday, January 07, 2010

Medan Dakwah


Perancangan manusia di rasakan hebat tapi yakinlah perancangan Allah lagi hebat. Lihatlah kepada peristiwa Sept 11 yang menjadi pencetus perancangan musuh Islam untuk menyerang Islam dari pelbagai penjuru atas alasan memerangi pengganas, namun di sebalik semua itu, apa yang juga berlaku dengan impak yang lebih kuat ialah keinginan golongan bukan muslim untuk mencari-cari dan cuba mengambil tau tentang Islam, hinggakan timbul pula satu gelombang baru Islam menjadi agama teratas mendapat pemeluk baru di kalangan negara2 barat terutamanya di negara2 Eropah dan di USA. Berbondong-bondong mereka memeluk Islam dan meninggalkan Kristian dan agama2 lain. Pencarian mereka membawa kepada penemuan tentang hakikat Islam yang penuh dengan keindahan dan kebaikan, bukan seperti yang di gembar gembur oleh propaganda media yang sememangnya di kuasai mereka. Maka percaya dan yakinlah akan kehebatan perancangan Allah.

Maka kini hangat pula di perkatakan tentang isu kalimah "Allah" yang hendak di guna pakai dalam publikasi makalah mingguan Katolik "Herald". Jika benarlah niat mereka untuk mendidik penganut Kristian sekaligus menarik masyarakat mendekati agama Kristian, atau lebih jahat lagi kalau mereka ingin mengelirukan panganut Islam sendiri terutamnya golongan muda, maka jika itulah niat dan perancangan hebat mereka, maka seperti mana di tegaskan tadi perancangan Allah akan lebih hebat, insyaAllah. Kalau Sept 11 bertujuan meranapkan Islam tetapi hakikatnya sinar Islam tumbuh bagai cendawan bukan dari kelompok negara2 Islam tetapi dari kelompok negara2 barat yang bukan Islam, maka tidak mustahil perkara sama akan terjadi. Isu ini akan "backfired" mereka2 yang berniat jahat terhadap agama Allah. Islam akan semakin berkembang dan akan mendapat gelombang tsunami baru yang akan bangkit dari keruntuhan dan kesesatan kelompok yang berniat jahat tadi. Yakinlah akan janji2 Allah, bukan sekadar percaya saja.

PAS mengeluarkan pendirian rasminya dengan menegaskan perkataan "Allah" dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan kalimah "Allah" secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Pakatan Rakyat (PR), dalam kenyataan terbuka berhubung polemik penggunaan “Allah” berpendirian bahawa keinginan masyarakat bukan Islam untuk menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan perlu diterima secara terbuka. “Kami berpendirian bahawa keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif", kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhd Nur Manuty. Pihaknya melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud “Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…”. Malah kata beliau adalah jelas penggunaan kalimah “Allah” untuk mengiktiraf dan membesarkan “Allah sebagai Tuhan adalah hak asasi setiap insan.”

Pada 31 Dis lepas, Hakim Lau memutuskan berdasarkan Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian. KDN mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu. Mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” untuk menyebarkan agama itu kepada orang Islam tetapi bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan.

Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi ‘God’ dalam bahagian Bahasa Malaysia. Perkataan ‘Allah’ digunakan secara meluas di kalangan pelbagai etnik beragama kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakan mereka bertutur dalam Bahasa Malaysia. KDN memberikan justifikasi bagi larangan penggunaan perkataan itu oleh akhbar itu atas alasan demi keselamatan negara dan mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.

Perdana Menteri memaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya hari ini, bahawa memandangkan perkara berkenaan telah diserahkan kepada mahkamah, adalah wajar bagi semua pihak menghormati proses undang-undang negara. "Sementara proses rayuan berjalan, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk tidak membuat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan dan kesejahteraan awam," kata kenyataan itu.

Ahad lalu TGNA membuat kenyataan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald mengikut pengamal agama samawi tidak menjadi kesalahan. Namun apa yang membimbangkan masyarakat ialah jika kalimah ini disalahgunakan. Menteri Besar Kelantan ini berkata beliau hairan kumpulan yang mengkritik penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh agama lain adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku. “Yang beriya-iya sangat panaskan perkara ini... faham ke kamu apa itu Allah? "Bukankah Allah itu adalah tukang yang buat segala-gala. Buat manusia, berbagai kaum berbagai bangsa, berbagai agama. Buat oksigen, hidrogen dan lain-lain."


Dr Badrul Amin dalam
blog nya menyatakan, Allah - Rabbul `alamin, Tuhan seluruh alam... Tuhan semua makhluq... Tuhan orang Islam dan Tuhan orang bukan Islam. Cuma beza antara orang Islam dan bukan Islam ialah konsep Tauhid. Dalam Islam "Tiada Tuhan selain Allah" sedang dalam agama lain "Allah itu Tuhan & yang lain pun tuhan juga" (konsep banyak tuhan). Dalam Kristian wujudlah istilah bapa tuhan dan anak tuhan. Dalam agama lain wujudlah konsep dewa2 sbg tuhan. Yang Allah perintahkan - bukan pertahankan nama Allah tapi pertahankan Tauhid. Tiada gunanya pertahan nama Allah tapi kita tetap syirik dengan mendewakan pangkat & harta. Tiada makna pertahankan nama Allah tapi hukum Allah dipermainkan. Halal dan Haram Allah tidak diperdulikan. Rasuah & fitnah terus jadi amalan, kezaliman jadi kebanggaan.

Blogger Al-Husseyn dalam
blog nya pula menyoal kenapa ummat Islam perlu berasa terlalu sangsi dan khuatir apabila ummat Kristian Katholik mahu menggunakan kalimat “Allah” dalam upacara mereka? Bukankah Allah itu tuhanku dan tuhan kamu? Sebagaimana mafhum Al Baqarah ayat 139 : Katakanlah: "Apakah kamu memperdebatkan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati." ( Al Baqarah ayat 139)

Ummat Islam telah jelas dengan kalimat “Allah” yang merujuk kepada Allah yang satu atau yang esa. Surah al-Ikhlas dengan mudah dan amat jelas menerangkan bahawa Allah itu satu, Allah tempat bergantung, tidak beranak dan tidak diperanakan. Sedangkan ummat Kristian beranggapan amat berlainan dengan fahaman kita. Namun apakah kita masih kurang yakin dan semudah itu boleh dikelirukan dengan fahaman "Tiga dalam Satu" itu? Kita menganggap bahawa dengan penggunaan kalimat “Allah” pihak Kristian akan mudah mempengaruhi gulungan belia Muslim melalui bahan bacaan keluaran mereka. Dan ramai juga yang menganggap penggunaan kalimat “Allah” oleh gulungan Kristian yang menganggap sebagai Tuhan “Tiga dalam Satu” akan mencemar kesucian nama “Allah” yang Maha Esa dan hanya Satu oleh Islam.

Tidak dinafikan mereka ada agenda disebaliknya. Dan apakah kita sendiri tidak ada agenda untuk berhadapan dengan agenda mereka? Apakah hanya dengan penggunaan kalimat “Allah” itu, maka nantinya akan berbondong-bondong belia Muslim murtad menjadi Kristian? Begitu rapuhkan iman belia kita? Kalau benar belia Muslim kita imannya begitu rapuh, apakah dengan memperbanyakan program hiburan di TV dan konsert seperti Jom Heboh akan memperkukuhkan lagi keimanan mereka? Janganlah kita sendiri hanya menyalahkan orang lain sedangkan kita sendiri yang menyesatkan para belia dengan corak hiburan yang melalaikan.

Antara isi perbincangan di Surau Al-Faaizeen malam tadi, ada satu pandangan iaitu isu ini boleh dijadikan titik tolak oleh kita umat Islam untuk memberi pelajaran dan mendidik masyarakat terutamanya golongan bukan Islam tentang konsep tauhid, tentang siapa Allah dalam definasi agama Islam dan bagaimana ia berbeza dan tidak sama dengan definasi atau pengertian mereka terutamanya dalam konsep tuhan Tiga dalam Satu. Ia telah membuka ruang kepada sebuah platform dakwah untuk menjelaskan apa yang hak kepada masyarakat umum terutamanya masyarakat bukan Islam. Semoga di sana akan ada hidayah Allah kepada mereka yang terpilih. Harapan kita untuk melihat nur Islam terus bersinar di negara kita ini dan seluruh dunia, insyaAllah.

@@@

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010


Selamat jalan 2009 dan selamat datang 2010. Hari ini adalah hari terakhir kita di tahun masihi 2009. Marilah kita muhasabah diri. Apakah pencapaian kita sepanjang tahun ini? Tercapai kah apa yang kita rancangkan, atau terbengkalai begitu saja atau berapa peratus kah kejayaan kita mencapai apa yang dihajati?


Apakah kenangan manis sepanjang tahun 2009 dan apa pula kenangan pahit atau ujian2 yang telah kita lalui? Mungkin hari ini merupakan hari untuk kita relax sekejap dan mengingati atau mengimbau kembali perjalanan hidup sepanjang tahun 2009 ini. Harapannya melangkah kita ke tahun baru 2010 menjelang tengah malam ini akan merupakan langkah kanan yang bakal mencorakkan seribu pengharapan baru atas pelajaran dan pengalaman yang kita lalui sepanjang tahun 2009 yang berlalu ini.


Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah SWT belaka.”


Orang yang beriman sangat yakin akan rahmat dan pertolongan Allah SWT Oleh itu mereka tidak pernah berputus harap dari rahmat-Nya kerana kasih sayang Allah tidak bertepi. Antara syarat-syarat untuk memperolehi rahmat Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Dailami dari Ibnu 'Abbas r.a. Rasulullah bersabda yang bermaksud: " Allah SWT merahmati orang-orang yang dapat menjaga tutur katanya, mengenal masa (ketika dia hidup) itu dan istiqamah dalam hidupnya."


Kedatangan tahun baru pada hakikatnya memendekkan lagi usia kita dan mendekatkan kita ke penghujung sebuah kehidupan. Kalau umur kita 40 tahun dan ditakdirkan ajal kita pada umur 50 tahun, maka kalau dulu masih ada 10 tahun lagi untuk hidup kini sudah menjadi kurang dari 10 tahun. Itulah hakikat kehidupan. Sebuah kematian adalah satu kemestian bagi setiap orang.


Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi SAW berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah SAW dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi SAW :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.”

Minggu lepas seorang kawan saya baru kematian isteri kerana sudah sampai ajalnya dengan penyakit barah sebagai musabab pada usia yang masih muda meninggalkan tiga anak dan yang bongsu baru berusia 5 tahun. Al-Fatihah buat arwah semoga ruhnya di rahmati Allah.

Abu Qatadah Ibnu Rib’i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda :“Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya? Nabi menjawab : “ Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang.”

Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan iaitu golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan. Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT. Sedangkan orang yang buruk akhlaknya, kematiannya itu merupakan satu kerehatan untuk penghuni dunia daripada terus berhadapan dengan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukannya. Kematiannya dituruti dengan kesengsaraan dan balasan azab daripada Allah SWT.

Budaya atau tabiat sambutan tahun baru ini dengan berpesta, berhibur, "countdown" shows, termasuklah meneguk arak, pergaulan bebas dan berpeleseran seakan sudah sebati dan di terima pakai oleh masyarakat terutamanya di kota. Ibubapa tiada keberatan untuk membenarkan anak2 mereka berkunjung ke pesta2 ini. Pihak berkuasa pula tanpa segan silu menaja dan menyokong segala aktiviti sosial yang penuh lara dan maksiat ini atas dasar kemajuan dan kemodenan atau keperluan masyarakat majmuk. Yang sedihnya lebih separuh dari pengunjung adalah yang mengaku beragama Islam.


Di KL hari ini, perkhidmatan LRT, KL Monorail dan Rapid KL di lanjutkan hingga 3 pagi untuk menampung keperluan para warga kota yang ber'party' menyambut kedatangan tahun baru. Beberapa jalan2 utama juga akan di tutup bermula 7 ptg ini bagi memudahkan perayaan menyambut tahun baru pada malam ini terutamanya sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Bukit Bintang. Antara event lain yang diwartakan di dada-dada akhbar hari ini termasuklah:

  • 2010 Countdown Concert di Central Park Avenue 1 Utama Shopping Centre
  • New Year R&B Dance Party di Desa Sri Hartamas
  • New Year Countdown di Pavillion KL
  • New Year in Viena di Dewan Filharmonik KL
  • Whoa Willow Musical di Oditorium DBKL
  • Party Concerts di Resorts World Genting
  • New Year's Eve Celebration di Penang dan Seberang Perai


Ribuan Hotel, Kelab2 Malam dan Pusat2 Hiburan pula sudah tentu berpesta sakan. Dan iklan2 seperti ini bercambah bagai ulat2 dalam plastik sampah yang sudah 3 hari tidak dikunjungi lori sampah.


Celebrate Old Memories and New Beginnings
New Years's Eve Dinner & Dance
at RM90++ per person
inclusive of a complimentary
glass of wine/mocktail
Enjoy free corkage with a minimum party of 4 persons.




Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.”

Selaku hamba, kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Apa sahaja yang kita lakukan jika Allah menyukainya, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai satu amalan. Sama ada kecil atau besar, wajib atau sunat asalkan Allah menyukainya, kita mestilah melakukannya. Itulah manifestasi dari cinta kita yang mendalam terhadap Allah SWT. Samalah juga keadaannya dengan seseorang yang tentu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya. Ia bukan soal mendapat pahala atau fadhilat tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Allah.


Begitu juga dengan aspek kebencian. Ia hendaklah selari dengan kebencian Allah dengan maksud bahawa kita meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci oleh Allah. Dalam hal ini tidak dinafikan bahawa nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri. Itulah antara ciri-ciri taqwa yang sejati.

Dari jabir (bin Abdullah ) r.a katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:” Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.”

“Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam" merupakan perintah Allah agar kita jangan mati kecuali dalam keadaan beriman dengan ajaran Islam kerana Allah SWT tidak akan menerima agama selain Islam, malah Islamlah satu-satunya agama yang diredhai-Nya. Memang tidak dinafikan bahawa tiada sesiapa pun yang layak dan mampu memberikan hidayah kepada seseorang kecuali Allah yang akan memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki. Namun begitu kita selaku manusia diberi kemampuan untuk membuatkan diri kita mati di dalam keadaan beriman sedangkan Allah SWT juga telah menunjukkan kepada kita jalan untuk mencapainya iaitu kita seharusnya melakukan perkara-perkara berikut :

  • Menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
  • Berdoa kepada Allah untuk mematikan kita dalam Islam dan dalam keadaan beriman (husnul khotimah).
  • Bersyukur kepada Allah di atas nikmat Islam yang diberi bahkan sesungguhnya nikmat yang terbesar yang kita miliki ialah nikmat Iman dan Islam.
  • Menanamkan perasaan takut sekiranya mati dalam keadaan suul khotimah.


Oleh itu seharusnya kita sentiasa berusaha untuk menjaga dan memperkuat keimanan kita dengan menjauhi maksiat dan dosa kerana perkara tersebut akan melemahkan dan merendahkan nilai pegangan aqidah kita serta ditakuti nanti kita akan menghadapi saat sakratul maut yang payah.

Maka apa azam tahun baru? Melihat segala kemaksiatan terus berleluasa? Marilah kita mulakan hijrah dalam diri sendiri. Hijrah untuk mendapat kasihan belas Allah. Hijrah untuk merayu rahmat Allah. Hijrah memohon hidayah Allah. Hijrah untuk menuju redha Allah. Kita mohon agar Allah berikan kita kekuatan untuk mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Apa kata kita tanam azam untuk:

  1. Solat Tahajjud setiap malam
  2. Solat Dhuha setiap pagi
  3. Puasa sunat setiap minggu
  4. Bersedekah setiap hari
  5. Berzikir setiap waktu
  6. Solat berjemaah selalu
  7. Solat di awal waktu
  8. Mengaji Qur'an setiap hari
  9. Berbuat baik setiap masa
  10. Berbuat jahat jangan sekali
  11. Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.


Idola teladan kita ialah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW adalah manusia sempurna yang kaya dengan sifat-sifat yang terpuji. Justeru, baginda adalah orang yang wajib dicintai dan diteladani melebihi manusia yang lain. Bagindalah idola yang sepatutnya dipuja-puja oleh kita selaku umat Islam, dulu, kini dan selamanya sama ada oleh sesiapa sahaja, golongan remaja, kanak-kanak mahu pun dewasa. Jika kita hidup di zaman baginda, nescaya bagindalah orang terbaik yang sentiasa ingin kita tiru gaya hidupnya, penampilannya sepertimana para remaja kita sekarang yang memuja dan meniru apa sahaja yang dipakai, dibuat, dilakukan atau apa jua yang berkaitan dengan diri orang yang diminatinya. Semuanya baik belaka.

Rasulullah contohnya pandai memikat hati sesiapa sahaja yang melihat atau merasa kehadiran baginda. Manakan tidak, baginda tidak pernah menyakiti hati sesiapa. Ketika bersalaman, baginda tidak melepaskan tangan sehingga yang dijabatnya itu melepaskannya. Rasulullah mengangkat tangan dan memberikan salam apabila melepasi kumpulan kanak-kanak sebagai tanda hormat dan kasih baginda kepada mereka, tidak kurang juga baginda menghormati orang-orang tua, kawan mahupun lawan. Inilah sifat sejati seorang yang pandai menjaga hati peminatnya. Baginda melakukan semua itu bukan untuk menjaga hati orang lain atau pun demi populariti dirinya sendiri sebagai seorang rasul tetapi dilakukan semua itu kerana ingin menjaga maruah Islam yang amat mulia. Baginda bukan menjadi fitnah kepada agama apalagi hingga membawa kesesatan kepada orang yang menyukainya.

Kesimpulannya janganlah kita lara dengan hiburan dunia kerana destinasi sejati seorang muslim ialah akhirat yang kekal abadi.

@@@

Saturday, December 26, 2009

Mantapkan Akidah

Pagi ini perbincangan tajuk "akidah" di teruskan oleh Ustaz Roslan Muhammad di TV9 7-8pagi pada rancangan "Tanyalah Ustaz". Saya mengkhususkan posting ini untuk menyambung persoalan akidah, semoga kita mendapat manafaatnya.

Akidah Islamiah yang kukuh merupakan tunjang kehidupan beragama, panduan kepada manusia untuk menjalani hidup di dunia dan akhirat. Ia membuka minda untuk melihat kehebatan ciptaan Allah dan mengakui kelemahan kita, dan mengajak manusia sekelian ke jalan yang betul, ilmu yang benar, jalan para alim ulama dan bukan jalan yang sesat dan menyesatkan.


Orang mukmim akan terus melalui ujian getir yang mencabar oleh kelompok2 yang mempunyai misi untuk membawa kita mengikut telunjuk mereka yang penuh kesesatan dan menidakkan keesaan Illahi.
  1. Sesama mukmim yang dengki kan kita
  2. Golongan munafik yang berpura-pura dan berniat jahat
  3. Puak kafir yang memerangi kita terang dan nyata
  4. Nafsu dalam diri yang meransang ke arah keburukan dan kemungkaran
  5. Dan Syaitan yang berusaha siang dan malam untuk menyesatkan kita
Bak kata Ustaz Syaari Abdul Rahman di blog nya bahawa kita mesti sedar akan sepak terajang golongan Yahudi Illuminati dari filem "2012" ke "Avatar".

"AVATAR -A Satanic based Movie by Freemason/Illuminati Agent, James Cameron. - Avatar is the latest Film release by Illuminati member, Director James Cameron.


Yahudi Illuminati yang mendapat panduan dari Syaitan Laknatullah yang mereka puja akan terus mencari jalan dengan pelbagai method termasuklah filem, hiburan, artis, media, politik dan ekonomi untuk mencapai matlamat mereka supaya umat manusia mengikut telunjuk dan perancangan mereka membawa manusia ke dalam a new world order, one power, one nation, one religion. Bahawa penyelamat kepada segala permasalahan adalah mereka bukan yang lain.


Bila kita tiada kekuatan akidah Islamiah maka kita akan mudah terpesong atau dipesongkan. Kita mestilah berusaha kuat untuk mempertahankan diri dari ancaman2 ini dengan iman yang kukuh, akhlak yang baik, dan ilmu yang mantap. Kita pohon redha, hidayah, dan barokah dari Allah.


Jangan terpedaya dengan ajaran sesat yang selalunya mempunyai tiga ciri ini:
  • Terdapat kepentingan individu iaitu penyebar ajaran sesat itu. Malah pembawa ajaran ini sebenarnya individu yang berakhlak buruk dan jahil dalam amal ibadah dan mereka mengamalkan secara sembunyi2 dan tidak terang-terangan
  • Untuk memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesesatan
  • Dan memesong dengan menolak kebenaran dari Al-Qur'an dan Hadis
Marilah kita memantapkan akidah kerana ianya adalah nadi dan jantung dalam mengukuhkan hubungan kita dengan Allah untuk mencapai hidup yang selamat di dunia dan akhirat.

@@@

Friday, December 25, 2009

Ikatan Aqidah

Rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9, 7 pagi pada tiga hari berturut-turut bermula pagi ini (Jumaat-Ahad) bersama Ustaz Roslan Muhammad pensyarah kanan UM membincangkan tajuk "akidah". Aqidah ini merupakan ikatan kukuh yang menghubungkan antara manusia dengan Allah, antara hamba dengan Pencipta nya. Akidah yang terpesong adalah hasil dari kejahilan seseorang dari landasan agama.

Akidah mestilah selamatkan dan di p
ertahankan kerana yang benar itu tidak berbilang-bilang, yang benar itu ialah Islam. Segala amalan dan ibadah kita mestilah berdasarkan akidah yang betul. Kita mestilah berhati-hati supaya tidak tergelincir akidah yang boleh membawa syirik kepada Allah. Antara contoh2 yang boleh kita ambil perhatian:
  • Pelajar mendapat keputusan 9A dalam PMR kerana amalan tidak memakan makanan ringan
  • Pasakit ghout itu sembuh dari penyakit nya kerana berjumpa seorang pengamal perubatan yang antaranya menggunakan limau dan daun2
  • Sakit kepala aku hilang kerana telan ubat paracitamol 500g ini
Sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu adalah kerana ketentuan Allah. Kita dituntut untuk berusaha dalam segala hal bagi mencapai matlamat yang dihajati, namun yang penting ialah kita kena memahami bahawa Allah lah yang menunaikan hajat kita itu secara mutlak. Sandaran kita kepada yang lain dari Allah adalah terpesong dari landasan yang betul dan boleh membawa kepada syirik.

Pengabdian kepada Allah adalah melalui kekuatan akidah yang di zahirkan dengan iman yang kukuh, akhlak yang mulia, dan amal ibadah yang berterusan. Bagaimana kita hendak miliki sebuah akidah yang mantap?

  1. Siapa kita? Kita adalah hamba Allah yang mestilah mematuhi segala perintah-Nya, kalau tidak kenal siapa kita maka kita akan angkuh dan sombong pada Allah yang boleh membawa kita menyimpang dari agama.
  2. Kemana hujung kita? Kita akan kembali pada Allah, akan di hisab segala perlakuan kita dan di beri balasan yang setimpal dengan amal perbuatan kita di dunia ini.

Akidah akan menjadikan kita lurus dalam kehidupan, menerima ketentuan Allah dengan meninggalkan segala yang di larang dan membuat segala yang di suruh. Ibarat sebuah tapak binaan pada sebuah bangunan, asas dan jatidiri yang akan mencorakkan dan melindungi segala prilaku kita untuk kekal berada di jalan yang lurus, jalan orang2 yang beriman yang mendapat keredhaan Allah.

Semalam di syarikat saya berlangsung ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman bertajuk "2012 Propaganda Yahudi Illuminati". Ustaz menekankan bahawa siapa sebenarnya musuh kita yang akan sedaya upaya cuba memesongkan umat Islam untuk mengikuti telunjuk mereka? Musuh sebenar kita di luar sana ialah Yahudi dengan gagasan Israel Raya mereka.

Yahudi Illuminati ini adalah kelompok intelek dan 'think tank' dari kalangan bangsa yahudi ini. Meraka ini lah yang menguasai bidang politik, ekonomi, media, dan hiburan dunia ini. Mereka bertuhankan Syaitan dengan simbol mata satu pada piramid dan memuja 'Sun God' atau matahari. Tokoh2 terhebat dalam bidang2 di atas akan di angkat oleh mereka untuk menjadi idola dan ketua yang akan melaksanakan agenda dan perancangan besar mereka. Tidak pelik kerana semua media2 dan bank2 dunia di kuasai mereka. Presiden2 USA bermula dari George Washington presiden pertama USA dulu hingga kini adalah pengikut dan patuh kepada kumpulan 'secret society' ini. Tokoh2 yang cuba belot atau menunjukkan ciri2 yang melawan mereka akan di 'mark' dan akhirnya di bunuh dengan pelbagai cara dan method. Mengikur Ustaz Syaari, antara tokoh2 yang telah dikorbankan ialah JF Kennedy, Prince Diana, Bob Marley, dan Michael Jackson.

Watak Usama Ben Ladeen (rupanya pernah berkhidmat dgn CIA) juga diwujudkan mereka untuk menjadi kambing hitam menjastifikasikan tindakan USA di mata dunia untuk menghancurkan negara2 Islam bermula dari Afghanistan, Irak, Labenon dan Palestin yang mengikut perancangan mereka adalah berada dalam gagasan Israel Raya. Tidak logik dengan segala kecanggihan mereka masih gagal dan tidak lagi dapat menangkap Usama hingga ke saat ini melainkan itu semua adalah penipuan mereka sahaja.

Begitu juga di katakan pendaratan USA (Neil Amstrong & the gang) di bulan pada tahun 1969 itu tidak lain malah tipu daya mereka sahaja untuk menonjolkan kehebatan USA dimata dunia yang mula rasa terancam oleh penguasaan teknologi penerokaan angkasa
lepas oleh pihak USSR pada masa itu. Segala pendedahan oleh pihak ketiga tentang perancangan dan penyelewengan fakta mereka hanya beredar secara persendirian dan tidak pernah di tonjolkan oleh media2 utama dunia. Tidak pelik kerana sistem media dan kewangan dunia di kuasai mereka sepenuhnya. Mereka yang menentukan berita atau ideologi apa yang manusia mesti anuti.

Simbol2 tertentu dan pelbagai petanda2 secara langsung dan tak langsung banyak dipaparkan dalam filem2 Hollywood dari dulu hingga kini untuk memaparkan kewujudan mereka dan kekuasaan mereka. Contohnya simbol "9-11" yang dikaitkan dengan peristiwa Sept 11 itu banyak ditonjolkan dalam banyak filem yang dihasilkan sebelum peristiwa Sept 11 itu, membuktikan perancangan di belakang tabir. Idea 'one world' atau satu kuasa, satu ekonomi, atau satu agama itu dicanangkan semenjak pemerintahan George Bush lagi.

Setiap 11 tahun mengikut perkiraan berdasarkan kitaran matahari, mereka yang memuja 'Sun God' akan berlaku peristiwa besar. Sept 11 itu berlaku 11 tahun sejak pengistiharan 'One World' oleh George Bush. Dan kini di war-warkan perihal 2012 iaitu 11 tahun selepas Sept 11 itu seolah-olah akan ada sesuatu yang besar akan berlaku. Kiamat akan berlaku dan akhirnya USA bangkit menyelamatkan umat manusia. Itulah modus-operandi atau propaganda yang juga dipaparkan dalam filem2 Independence Day, Godzilla, Terminator, Alien, Patriot, dsb. Bahawa untuk selamat kita kena bersatu di bawah satu kuasa (USA) menentang malapetaka atau pencerobohan asing. Bahawa USA itulah penyelamat sejagat.

Mereka mewujudkan 'fear factor' dan menonjolkan diri sebagai penyelamat dari segala ketakutam dan ancaman itu. Penyelewangan akidah ini di pupuk dan di promosi untuk menjadi realiti secara halus. Dan pada tahun 2012 nanti mereka akan pupuskan 90% penduduk dunia. Yang tinggal hanya mereka. Supaya umat manusia tunduk kepada mereka dan melupakan Allah Yang Maha Esa.

Justru itu marilah kita sebagai seorang yang mengaku seorang muslim ini sedar akan ancaman musuh2 Islam kerana "tidak redha Yahudi dan Nasara sehinggalah kita mengikut telunjuk mereka". Apatah lagi dengan prilaku mereka memuja Syaitan yang memang memusuhi manusia dari zaman Nabi Adam lagi dan memang bertugas 24 jam (24 by 7) round the clock untuk menyesatkan umat manusia ini supaya menjadi teman sepermainan mereka di neraka Allah nanti.

Perancangan hebat Syaitan yang di implimintasikan oleh Yahudi Illuminati ini hanya dapat di kekang dengan pertahanan diri yang bersandarkan tembok akidah, yakni keyakinan kita tidak pada yang lain tetapi hanya Allah Pencipta kita. Kerana mereka merancang dan Allah juga merancang. Akhirnya perancangan Allah lah yang akan menjadi realiti. Jangan sekadar percaya tapi yakinlah dengan sepenuh keyakinan.

Kesimpulannya, perkukuhkan ikatan akidah membelit diri pada setiap detik dan kenali musuh kita setiap masa dan yakinlah kepada pelindung kita dan bergantung haraplah kepada-Nya, dengan tidak lupa untuk menimba ilmu pengetahuan, mendidik masyarakat, memperbanyakkan amal, patuh segala perintah Allah dan berjihad di jalan Allah. Jazakallah.


@@@

Tuesday, December 22, 2009

Avatar


Weekend lepas kami sekeluarga ke OU untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran isteri tercinta. Anak2 belanja makan kat Pizza Hut. Pastu kami pi tengok filem Avatar arahan James Cameroon, pengarah tersohor filem2 box office Titanic, Alien, dan Terminator-2. Fuyooo memang best giler.

Filem yang menelan belanja USD400 juta (RM1.3 billion) merupakan filem termahal Hollywood setakat ini. Teknik canggih dan jalan cerita yang original merupakan resepi yang menyedapkan. Cinemascope yang sungguh menakjubkan.

James Cameroon mengambil masa 14 tahun untuk menyiapkan filem ini dengan teknologi 3D untuk latarbelakang fotografi yang realistik yang menjadi asas filem ini.

Kisah berkisar tentang misi manusia menawan planet Pendora yang dihuni oleh makhluk biru pribumi yang purata ketinggian mereka 10' iaitu suku Na'vi, untuk melombong sejenis logam berharga (USD20 million per kg) buat keperluan manusia sejagat.

Sekumpulan saintis di ketuai oleh Grace Augustine (Sigourney Weaver) pula ditugaskan untuk mencipta avatar iaitu dengan teknik penyatuan DNA manusia ke dalam makhluk Na'vi untuk misi diplomasi memujuk mereka berpindah dari kawasan deposit bahan galian tadi yang merupakan pusat perkampungan mereka.

Cerita tertumpu kepada Jake Sully (Sam Worthington), seorang marin yang lumpuh kaki tapi kembali normal bila memasuki badan avatar untuk berhubung dengan suku Na'vi dan akhirnya jatuh cinta pula dengan Neytiri (Zoe Saldana) seorang puteri suku Na'vi.

Kemudiannya mereka bersatu dengan penduduk pribumi menentang manusia yang mahu menawan Pendora tersebut. Filem ini padat dengan aksi dengan makhluk dan objek yang begitu hidup dan unik. Isteri saya komen makhluk pribumi avatar ini seksi kerana hanya pakai daun2 kayu. Aspek kepercayaan kepada kuasa pokok besar dan kurafat juga banyak ditonjolkan di sini.

Namun saya teruja dengan teknik dan teknologi filem yang digunakan. Ia sangat kedepan dan merupakan benchmark tinggi kepada filem2 yang akan datang. Dari segi rating saya berikan 9 bintang (dari 10). Seronok juga sesakali menonton wayang ni terutamanya filem yang bermutu begini. Enjoy the movie with your family ok.

@@@

Thursday, December 17, 2009

Salam Hijrah


Alhamdulillah, Allah masih tidak lupa untuk menyambung lagi nyawa kita untuk menempuh tahun baru hijrah 1431H. Allah tidak jemu-jemu dan tidak lupa-lupa untuk menyambung segala rezki dan nikmat kita - kesihatan kita, akal fikiran, ilmu pengetahuan, tubuh badan dan segala anggota nya, harta benda, anak pinak & keluarga, persekitaran, nikmat udara, nikmat air, nikmat makanan dan banyak lagi yang tidak terhitung. Allah tidak lupa kepada kita, hamba-Nya. Namun kita kerap benar lupa pada Allah, pencipta kita. Kita acap benar lupa dan membuat apa yang Allah larang kita buat. Kita sombong benar untuk lupa melakukan apa yang Allah suruh. Sedangkan Allah tidak pernah lupa kepada kita. Hamba Allah jenis apa kita ini?


Kalau Allah nak tarik balik segala pinjaman yang diberikan kepada kita anytime Allah boleh tarik balik dan batalkan segala MOU atau apa saja kontrak. Namun Allah dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya masih meminjamkan segala nya kepada kita. Allah bagi nikmat kita untuk buang air besar misalnya. Cuba bayangkan jika kemudahan itu di tarik balik?


Hidayah itu milik mutlak Allah, tapi jika hanya duduk berdiam diri tidak berusaha untuk mendapatkan nya, rasanya mudahkah kita akan dapat hidayah dan kasihan belas itu? Ibarat kita membida untuk mendapatkan projek, pelbagai proses yang mesti kita lalui dan banyak usaha yang kita kena buat bagi mencapai apa yang kita hendak itu. Jarang kita dapat projek dengan mudah atau tanpa usaha gigih. Justru kita kena berusaha gigih mendapat hidayah Allah.


Maka sempena kedatangan tahun baru Hijrah ini, marilah kita menghayati perjuangan Rasulullah menegakkan agama Allah ini. Segala pengorbanan dan kepayahan yang terpaksa dilalui oleh baginda dan para sahabat selama 13 tahun berdakwah di Mekah sehinggalah turun wahyu Allah untuk baginda berhijrah ke Madinah. Meneruskan usaha dakwah selama 10 tahun lagi sebelum kewafatan baginda di usia 63 tahun setelah 23 tahun mengajak manusia kembali kepada Pencipta, mempamir akhlak yang mulia, dan mencegah segala kemungkaran. Supaya manusia tidak lupa pada Allah. Maka mengapa kita masih lupa pada Allah?


Pasanglah niat dan azam untuk maju ke depan dan tidak lagi lupa pada Allah. Kerana Allah tidak pernah lupa pada kita. Jaga solat fardu kita dengan mengerjakan secara berjemaah, dirikan di awal waktu tanpa berlengah lagi. Selesaikan segala urusan dengan Allah dulu sebelum sibuk dengan urusan dengan sesama manusia. Doa dengan khusyuk setiap selepas solat itu, jangan angkuh dan sombong dari memohon belas ehsan Allah untuk terus meminjamkan kepada kita apa yang kita ada ini.


Usahakan untuk meraih hidayah Allah dengan banyak mendirikan solat2 sunat terutamanya solat Dhuha dan solat Tahajjud. Mudahkan tangan dan kaki untuk melangkah dan mengambil Al-Qur'an dan ringankan mulut ini untuk membaca surah2 Al-Qur'an dan membaca terjemahannya dan memahami pula tafsiran dan maksud wahyu Allah itu.


Apa kata kita sama2 mengamalkan puasa sunat sekurang-kurangnya sekali seminggu iatu samada hari Isnin atau hari Khamis. Bukan saja ia mendapat ganjaran pahala iaitu modal akhirat kita malah ia juga terbukti baik untuk kesihatan dan kecerdasan kita.


Istiqamah lah kita meburu hidayah Allah. Lakukan segala ibadah kepada Allah samada ibadah khas atau ibadah am itu dengan perilaku yang terbaik dan penuh keikhlasan hanya kepada Allah. Semoga ada nilaian nya di sisi Allah, dan tidak kita lara dalam kerugian. Mantapkan amalan wajib kita. Perbanyakkan dan istiqmah dalam amalan sunat kita. Dan tinggalkan segala perkara yang membawa dosa. Jauhi perkara syubahah dan was-was. Tawakal kepada Allah. Bergantung haraplah kita kepada Allah dan tidak yang lain, dari sekecil-kecil hal hinggalah ke sebesar-besar agenda. Hijrah lah kita.



Selamat Manyambut Maal Hijrah 1431H.
Be the best you can be !!


-

Sunday, December 13, 2009

Hikayat Amir Hamzah Jilid 1


Saya telah menghabiskan pembacaan buku karya Abdul Latip Talib berjodol Hikayat Amir Hamzah Jilid 1 Menentang Jin d Bukit Qaf.

Hikayat Amir Hamzah mengisahkan peristiwa yang berlaku pada abad ke-7 sebelum kedatangan Islam hingga membawa kepada kedatangan Islam. Ia menceritakan kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam bernama Amir Hamzah. Pahlawan yang dimaksudkan dalam cerita ini ialah Saidina Hamzah, pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud menentang tentera Quraisy.

Namun bagi saya buku ini banyak memperkatakan soal-soal yang tidak logik dan kekadang tu membawa fakta-fakta yang sangat meragukan. Minda saya gagal menghubung kaitkan Amir Hamzah sebagai orang yang sama dengan Saidina Hamzah Abdul Mutalib, Singa Allah yang syahid di Perang Uhud. Mungkin itulah dikatakan Hikayat atau Dongeng, sesuai untuk penglipurlara semata. Asal manuskripnya dibawa oleh pendakwah dari India ke Melaka
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan diterjemah ke tulisan jawi oleh penulis istana raja Melaka yang mengambil masa 15 tahun untuk menyiapkannya. Hikayat Amir Hamzah terbitan PTS ini menggunakan bahasa Melayu moden.

Banyak karektor dan nama2 unik yang dapat di temui dalam buku ini seperti Kobat Syahril, Alkis Menteri, Khoja Bakti Jamal, Khoja Buzurjumhur Hakim, Mualim Subian, Raja Nusyirwan Adil, Umar Umaiyah, Bahktik, Raja Manzur Syah, Janggi Ishak, Mukbal Hulab, Hamni Ta'ifah, Umar Muad Karab, Arjal, Hir Mihran, Bahran Haqan, Qubat, Kastam, Karun, Raja Alkimah, Puteri Mihran Negara, Landahur, Borasgal, Aula Damarzaban, Istafaninus, Harba Dewa, Syahristan Ruzan, Asma Peri, Raad Khalsyi, dan Quraisy Peri.


Buat pertama kalinya buku karya Pak Latip ini gagal memuaskan hati atau meransang saya untuk terus membaca. Justru saya berazam untuk tidak meneruskan pembacaan ke Jilid 2 dan 3 walaupun ada dalam simpanan, cukuplah dengan Jilid 1 ini saja.

@@@

Saturday, December 05, 2009

Ali bin Abi Talib Mutiara Ilmu Islam


Beliau adalah Saiyidina Ali bin Abi Talib dan novel ini mencantumkan perca-perca kehidupannya sejak mula sehingga akhir hayatnya. Melalui novel ini, tidak sedikit kisah yang dikupas, tidak kurang hikmah yang diungkap. Justru saya sangatlah rekomen kepada saudara saudari untuk membaca novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib terbitan PTS ini.

Rasulullah bersabda, "Orang yang paling dalam ilmu hukumnya antara kalian adalah Ali."

Ali adalah pelopor kalendar Islam yang menjadikan tarikh hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan tahun kalendar umat Islam. Beliau juga adalah pelopor ilmu tauhid, ilmu mantiq, fiqh, ilmu nahu dengan penulisan bahasa arab.

Terdapat empat golongan yang mempunyai kaitan dengan Ali iaitu Ahlus Sunnah, Syiah, Al-Khawarij dan Bani Umaiyah. Syiah begitu menyanjung Ali bin Abi TAlib. Al-Khawarij pula adalah mereka yang keluar dari kelompok Ali. Manakala Bani Umaiyah pula memerangi Ali yang diketuai Muawiyah. Sehubungan itu Khalifah Ali bin Abi Talib pernah berkata , "Ada segolongan orang demi cintanya kepada aku mereka bersedia masuk neraka. Tetapi ada segolongan lain yang demi kebenciannya kepada aku sampai mereka bersedia masuk neraka."

Antara mutiara ilmu Islam dari Ali bin Abi Talib untuk renungan kita bersama:
  1. Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagi-Mu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
  2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan cara amalan itu diterima berbanding banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimana amalan itu hendak diterima?
  3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
  4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.
  5. Perkara yang patut ada pada kepimpinan adalah sikap berlapang dada.
  6. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
  7. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
  8. Kebesaran seseorang itu bergantung pada hatinya yang mana adalah sekeping daging.
  9. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
  10. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan menjaga kamu.
  11. Bakhil pada apa yang di tangan adalah tidak mempunyai kepercayaan kepada Allah.
  12. Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih jahat dari kejahatan.
  13. Ilmu lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.
  14. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan sembahyang.
  15. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
  16. Mengajar adalah belajar.
  17. Bersedekahlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.
  18. Manusia terbahagi kepada tiga iaitu Manusia yang mengenal Allah, Mereka yang mencari kebenaran, Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan mereka akan mengikut ketua dengan buta seperti kambing.
  19. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawaduk dan lemah.
  20. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu pada Allah.
  21. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
  22. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan bagi memperbaiki dirinya.
  23. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila dia mati.
  24. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan kepada Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
  25. Allah merahmati mereka yang kenal dirinya dan tidak melampaui batas.
  26. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.
  27. Seseorang yang membantu adalah sayap orang yang meminta.
  28. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.
  29. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak berkaitan dengannya nescaya hilang apa yang berkaitannya.
  30. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat adalah golongan mereka yang mengumpat.
  31. Kegelisahan adalah lebih sukar berbanding kesabaran.
  32. Seorang yang menjadi hamba kepada syahwatnya adalah mereka lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
  33. Orang yang dengki marah kepada orang yang tidak berdosa.
  34. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap kepada manusia adalah suatu kehambaan.
  35. Sangkaan seseorang yang beramal adalah suatu ramalan.
  36. Taat kepada perempuan selain ibu adalah kejahilan yang paling besar.
  37. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.
Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: Percakapan, diam, pandangan dan gerak.
  • Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia,
  • tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka,
  • tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai,
  • dan tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong.

Itulah kisah Ali bin Abi Talib, memeluk Islam pada umur yang masih muda, pada saat Islam baru hendak tumbuh. Beliau kemudian membesar seiring dengan tumbuhnya Islam sehingga Islam menjadi pohon ynag mengakar kuat di bumi dan beliau menjadi antara buahnya. Beliau bukan sahaja menjadi sahabat Nabi yang terulung, malah ilmuwan yang fasih bicaranya, pahlawan yang lincah permainan perangnya, juga hamba-Nya yang tinggi imannya.

@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...