Rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9, 7 pagi pada tiga hari berturut-turut bermula pagi ini (Jumaat-Ahad) bersama Ustaz Roslan Muhammad pensyarah kanan UM membincangkan tajuk "akidah". Aqidah ini merupakan ikatan kukuh yang menghubungkan antara manusia dengan Allah, antara hamba dengan Pencipta nya. Akidah yang terpesong adalah hasil dari kejahilan seseorang dari landasan agama.
Akidah mestilah selamatkan dan di pertahankan kerana yang benar itu tidak berbilang-bilang, yang benar itu ialah Islam. Segala amalan dan ibadah kita mestilah berdasarkan akidah yang betul. Kita mestilah berhati-hati supaya tidak tergelincir akidah yang boleh membawa syirik kepada Allah. Antara contoh2 yang boleh kita ambil perhatian:
Akidah mestilah selamatkan dan di pertahankan kerana yang benar itu tidak berbilang-bilang, yang benar itu ialah Islam. Segala amalan dan ibadah kita mestilah berdasarkan akidah yang betul. Kita mestilah berhati-hati supaya tidak tergelincir akidah yang boleh membawa syirik kepada Allah. Antara contoh2 yang boleh kita ambil perhatian:
- Pelajar mendapat keputusan 9A dalam PMR kerana amalan tidak memakan makanan ringan
- Pasakit ghout itu sembuh dari penyakit nya kerana berjumpa seorang pengamal perubatan yang antaranya menggunakan limau dan daun2
- Sakit kepala aku hilang kerana telan ubat paracitamol 500g ini
Sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu adalah kerana ketentuan Allah. Kita dituntut untuk berusaha dalam segala hal bagi mencapai matlamat yang dihajati, namun yang penting ialah kita kena memahami bahawa Allah lah yang menunaikan hajat kita itu secara mutlak. Sandaran kita kepada yang lain dari Allah adalah terpesong dari landasan yang betul dan boleh membawa kepada syirik.
Pengabdian kepada Allah adalah melalui kekuatan akidah yang di zahirkan dengan iman yang kukuh, akhlak yang mulia, dan amal ibadah yang berterusan. Bagaimana kita hendak miliki sebuah akidah yang mantap?
Pengabdian kepada Allah adalah melalui kekuatan akidah yang di zahirkan dengan iman yang kukuh, akhlak yang mulia, dan amal ibadah yang berterusan. Bagaimana kita hendak miliki sebuah akidah yang mantap?
- Siapa kita? Kita adalah hamba Allah yang mestilah mematuhi segala perintah-Nya, kalau tidak kenal siapa kita maka kita akan angkuh dan sombong pada Allah yang boleh membawa kita menyimpang dari agama.
- Kemana hujung kita? Kita akan kembali pada Allah, akan di hisab segala perlakuan kita dan di beri balasan yang setimpal dengan amal perbuatan kita di dunia ini.
Akidah akan menjadikan kita lurus dalam kehidupan, menerima ketentuan Allah dengan meninggalkan segala yang di larang dan membuat segala yang di suruh. Ibarat sebuah tapak binaan pada sebuah bangunan, asas dan jatidiri yang akan mencorakkan dan melindungi segala prilaku kita untuk kekal berada di jalan yang lurus, jalan orang2 yang beriman yang mendapat keredhaan Allah.
Semalam di syarikat saya berlangsung ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman bertajuk "2012 Propaganda Yahudi Illuminati". Ustaz menekankan bahawa siapa sebenarnya musuh kita yang akan sedaya upaya cuba memesongkan umat Islam untuk mengikuti telunjuk mereka? Musuh sebenar kita di luar sana ialah Yahudi dengan gagasan Israel Raya mereka.
Yahudi Illuminati ini adalah kelompok intelek dan 'think tank' dari kalangan bangsa yahudi ini. Meraka ini lah yang menguasai bidang politik, ekonomi, media, dan hiburan dunia ini. Mereka bertuhankan Syaitan dengan simbol mata satu pada piramid dan memuja 'Sun God' atau matahari. Tokoh2 terhebat dalam bidang2 di atas akan di angkat oleh mereka untuk menjadi idola dan ketua yang akan melaksanakan agenda dan perancangan besar mereka. Tidak pelik kerana semua media2 dan bank2 dunia di kuasai mereka. Presiden2 USA bermula dari George Washington presiden pertama USA dulu hingga kini adalah pengikut dan patuh kepada kumpulan 'secret society' ini. Tokoh2 yang cuba belot atau menunjukkan ciri2 yang melawan mereka akan di 'mark' dan akhirnya di bunuh dengan pelbagai cara dan method. Mengikur Ustaz Syaari, antara tokoh2 yang telah dikorbankan ialah JF Kennedy, Prince Diana, Bob Marley, dan Michael Jackson.
Watak Usama Ben Ladeen (rupanya pernah berkhidmat dgn CIA) juga diwujudkan mereka untuk menjadi kambing hitam menjastifikasikan tindakan USA di mata dunia untuk menghancurkan negara2 Islam bermula dari Afghanistan, Irak, Labenon dan Palestin yang mengikut perancangan mereka adalah berada dalam gagasan Israel Raya. Tidak logik dengan segala kecanggihan mereka masih gagal dan tidak lagi dapat menangkap Usama hingga ke saat ini melainkan itu semua adalah penipuan mereka sahaja.
Begitu juga di katakan pendaratan USA (Neil Amstrong & the gang) di bulan pada tahun 1969 itu tidak lain malah tipu daya mereka sahaja untuk menonjolkan kehebatan USA dimata dunia yang mula rasa terancam oleh penguasaan teknologi penerokaan angkasa lepas oleh pihak USSR pada masa itu. Segala pendedahan oleh pihak ketiga tentang perancangan dan penyelewengan fakta mereka hanya beredar secara persendirian dan tidak pernah di tonjolkan oleh media2 utama dunia. Tidak pelik kerana sistem media dan kewangan dunia di kuasai mereka sepenuhnya. Mereka yang menentukan berita atau ideologi apa yang manusia mesti anuti.
Simbol2 tertentu dan pelbagai petanda2 secara langsung dan tak langsung banyak dipaparkan dalam filem2 Hollywood dari dulu hingga kini untuk memaparkan kewujudan mereka dan kekuasaan mereka. Contohnya simbol "9-11" yang dikaitkan dengan peristiwa Sept 11 itu banyak ditonjolkan dalam banyak filem yang dihasilkan sebelum peristiwa Sept 11 itu, membuktikan perancangan di belakang tabir. Idea 'one world' atau satu kuasa, satu ekonomi, atau satu agama itu dicanangkan semenjak pemerintahan George Bush lagi.
Setiap 11 tahun mengikut perkiraan berdasarkan kitaran matahari, mereka yang memuja 'Sun God' akan berlaku peristiwa besar. Sept 11 itu berlaku 11 tahun sejak pengistiharan 'One World' oleh George Bush. Dan kini di war-warkan perihal 2012 iaitu 11 tahun selepas Sept 11 itu seolah-olah akan ada sesuatu yang besar akan berlaku. Kiamat akan berlaku dan akhirnya USA bangkit menyelamatkan umat manusia. Itulah modus-operandi atau propaganda yang juga dipaparkan dalam filem2 Independence Day, Godzilla, Terminator, Alien, Patriot, dsb. Bahawa untuk selamat kita kena bersatu di bawah satu kuasa (USA) menentang malapetaka atau pencerobohan asing. Bahawa USA itulah penyelamat sejagat.
Mereka mewujudkan 'fear factor' dan menonjolkan diri sebagai penyelamat dari segala ketakutam dan ancaman itu. Penyelewangan akidah ini di pupuk dan di promosi untuk menjadi realiti secara halus. Dan pada tahun 2012 nanti mereka akan pupuskan 90% penduduk dunia. Yang tinggal hanya mereka. Supaya umat manusia tunduk kepada mereka dan melupakan Allah Yang Maha Esa.
Justru itu marilah kita sebagai seorang yang mengaku seorang muslim ini sedar akan ancaman musuh2 Islam kerana "tidak redha Yahudi dan Nasara sehinggalah kita mengikut telunjuk mereka". Apatah lagi dengan prilaku mereka memuja Syaitan yang memang memusuhi manusia dari zaman Nabi Adam lagi dan memang bertugas 24 jam (24 by 7) round the clock untuk menyesatkan umat manusia ini supaya menjadi teman sepermainan mereka di neraka Allah nanti.
Perancangan hebat Syaitan yang di implimintasikan oleh Yahudi Illuminati ini hanya dapat di kekang dengan pertahanan diri yang bersandarkan tembok akidah, yakni keyakinan kita tidak pada yang lain tetapi hanya Allah Pencipta kita. Kerana mereka merancang dan Allah juga merancang. Akhirnya perancangan Allah lah yang akan menjadi realiti. Jangan sekadar percaya tapi yakinlah dengan sepenuh keyakinan.
Kesimpulannya, perkukuhkan ikatan akidah membelit diri pada setiap detik dan kenali musuh kita setiap masa dan yakinlah kepada pelindung kita dan bergantung haraplah kepada-Nya, dengan tidak lupa untuk menimba ilmu pengetahuan, mendidik masyarakat, memperbanyakkan amal, patuh segala perintah Allah dan berjihad di jalan Allah. Jazakallah.
@@@
No comments:
Post a Comment