CLICK n GO

Tuesday, December 22, 2009

Avatar


Weekend lepas kami sekeluarga ke OU untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran isteri tercinta. Anak2 belanja makan kat Pizza Hut. Pastu kami pi tengok filem Avatar arahan James Cameroon, pengarah tersohor filem2 box office Titanic, Alien, dan Terminator-2. Fuyooo memang best giler.

Filem yang menelan belanja USD400 juta (RM1.3 billion) merupakan filem termahal Hollywood setakat ini. Teknik canggih dan jalan cerita yang original merupakan resepi yang menyedapkan. Cinemascope yang sungguh menakjubkan.

James Cameroon mengambil masa 14 tahun untuk menyiapkan filem ini dengan teknologi 3D untuk latarbelakang fotografi yang realistik yang menjadi asas filem ini.

Kisah berkisar tentang misi manusia menawan planet Pendora yang dihuni oleh makhluk biru pribumi yang purata ketinggian mereka 10' iaitu suku Na'vi, untuk melombong sejenis logam berharga (USD20 million per kg) buat keperluan manusia sejagat.

Sekumpulan saintis di ketuai oleh Grace Augustine (Sigourney Weaver) pula ditugaskan untuk mencipta avatar iaitu dengan teknik penyatuan DNA manusia ke dalam makhluk Na'vi untuk misi diplomasi memujuk mereka berpindah dari kawasan deposit bahan galian tadi yang merupakan pusat perkampungan mereka.

Cerita tertumpu kepada Jake Sully (Sam Worthington), seorang marin yang lumpuh kaki tapi kembali normal bila memasuki badan avatar untuk berhubung dengan suku Na'vi dan akhirnya jatuh cinta pula dengan Neytiri (Zoe Saldana) seorang puteri suku Na'vi.

Kemudiannya mereka bersatu dengan penduduk pribumi menentang manusia yang mahu menawan Pendora tersebut. Filem ini padat dengan aksi dengan makhluk dan objek yang begitu hidup dan unik. Isteri saya komen makhluk pribumi avatar ini seksi kerana hanya pakai daun2 kayu. Aspek kepercayaan kepada kuasa pokok besar dan kurafat juga banyak ditonjolkan di sini.

Namun saya teruja dengan teknik dan teknologi filem yang digunakan. Ia sangat kedepan dan merupakan benchmark tinggi kepada filem2 yang akan datang. Dari segi rating saya berikan 9 bintang (dari 10). Seronok juga sesakali menonton wayang ni terutamanya filem yang bermutu begini. Enjoy the movie with your family ok.

@@@

5 comments:

anaklaut said...

salam..

cete yg best...sangat mengujakan.

sot said...

Waalaikummussalam anaklaut. Ya benar sebuah filem yg ada quality. Highly recommended.

pakmat said...

salam, sot..pakmat hanya sekadar ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri sot yang tercinta..sesungguhnya anda berdua bertuah..mendirikan mahligai dalam suasana yang indah dengan mimiliki cahayamata-cahayamata yang merupakan harapan bangsa dan ugama..tahniah dan syabas..pakmat doakan semoga kekal ke anakcucu dan cicit..dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur..dan sentiasa dibawah lembayong yang Esa...

sot said...

TQ pakmat. Semoga kita hidup dalam iman dan limpahan rahmat Allah. Saya doakan segala kebaikan buat pakmat sekeluarga. Jazakallah.

fzi said...

Timakasih pakmat... :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...