Thursday, October 02, 2025

STRATEGI SUMUD FLOTILLA


Pelbagai reaksi didapati perihal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yg membawa bantuan kemanusiaan kpd penduduk gaza yg dizalimi. Misi ini disertai lebih 50 kapal dgn 500 aktivitis daripada 44 negara. 

GSF adalah gerakan usaha maritim antarabangsa yang diterajui masyarakat awam yang dilancarkan pada pertengahan 2025 yang bertujuan untuk menembusi sekatan zionis di gaza.

Harapan agar konvoi maritim 50 kapal  ini menjadi pencetus kpd kesederan menyeluruh masyarakat dunia akan kekejaman zionis dan menjadi penggerak kpd gelombang seterusnya dan tekanan antarabangsa yg padu  terhadap zionis sehingga rakyat palestine terbela drp kekejaman zionis sehingga bumi palestine kembali bebas dan aman.


*****

Sumud Flotilla: Ada Yang Kata Useless. Hakikatnya Inilah Senjata Paling Tajam!

Ada orang sinis, mulut celupar kata Sumud Flotilla ni useless. Katanya barang pun tidak sampai dan sudah tahu kawasan perang kenapa pergi redah. Hujah mereka dangkal menilai perjuangan dengan kalkulator untung rugi sempit.

Aktivis yang menaiki kapal ini bukan naif. Mereka tahu dari awal misi ini hampir mustahil untuk menembusi kepungan G tetapi bukan bermaksud tiada peluang langsung. Mereka tahu Isbiol kawal laut, darat dan udara. Mereka tahu peluang hampir kosong. Tetapi mereka tetap berlayar.

Kenapa mereka sanggup? Kerana misi ini bukan soal logistik semata-mata. Ia soal geopolitik, soal mencipta tekanan global. Ia soal menjadikan dunia saksi bahawa ada bangsa yang dikepung hingga nafas terakhir.

Inilah bahasa politik antarabangsa. Kadangkala sesuatu misi bukan untuk mencapai matlamat secara fizikal tetapi untuk membuka mata dunia. Sumud Flotilla mengangkat isu G ke pentas dunia dengan cara yang tiada media mampu padamkan.

Apabila kapal kecil ini membawa rakyat dari pelbagai negara, mesejnya jelas: isu G bukan hanya masalah orang Arab atau umat Islam. Ia isu kemanusiaan sejagat. Bila aktivis ditahan, ia terus menjadi isu antarabangsa.

Cuba bayangkan, bila rakyat Malaysia ditangkap, kerajaan Malaysia wajib bertindak. Bila rakyat Switzerland terlibat, kerajaan Swiss tidak boleh duduk diam. Bila aktivis Sweden seperti Greta Thunberg ditahan, dunia barat yang dulunya sunyi terus bising.

Greta bukan Muslim, tetapi suaranya pernah menggoncang PBB dalam isu iklim. Kini dia ditahan dalam misi flotilla, Sweden terpaksa masuk campur. Bayangkan impak geopolitiknya. Satu nama, cukup untuk menggerakkan mesin diplomasi.

Kapal dari Switzerland pula membawa lima bendera. Bila mereka dirampas, rakyat Swiss berdemonstrasi di Geneva, malah khemah dipacak depan pejabat PBB. Pakar hak asasi PBB pun terpaksa keluarkan kenyataan mendesak keselamatan aktivis dijamin.

Inilah kejayaan sebenar flotilla. Walaupun tidak dapat menembusi blokade, mereka berjaya mengangkat isu G kembali ke muka depan. Media arus perdana barat yang selama ini mengelak, terpaksa menulis. Tekanan global makin menguat.

Mereka yang kata useless hanya lihat kotak bantuan tidak sampai. Mereka tidak nampak gelombang yang tercipta. Mereka tidak faham bahawa dalam geopolitik, simbol kadangkala lebih kuat daripada peluru.

Lihat kembali sejarah. Int**ada kedua meletus selepas dunia melihat Muhammad al-Durrah dit**bak m*ti di pangkuan bapanya. Satu detik kecil, tetapi menggegarkan sejarah. Sumud Flotilla hari ini mengulang resonansi itu.

Setiap kapal yang ditahan, setiap aktivis yang digari, sebenarnya menelanjangkan wajah Isbiol di mata dunia. Mereka kelihatan panik, takut kepada bot kecil yang membawa makanan dan ubat. Apa yang lebih memalukan daripada itu?

Bila mereka bertindak di perairan antarabangsa, mereka bukan sekadar melanggar undang-undang laut. Mereka menconteng arang pada muka sendiri. Dunia tahu mereka pengecut, hanya berani pada orang awam tidak bersenjata.

Flotilla ini bukan tentang senjata. Ia tentang solidariti. Ia tentang dunia bersatu di atas satu kapal dengan pelbagai bangsa dan agama. Inilah mesej yang mereka mahu sampaikan.

Bila rakyat dari berbelas negara ditahan, ia memaksa kerajaan mereka masuk campur. Ini bukan lagi isu rakyat semata-mata. Ini sudah menjadi isu negara dengan negara.

Setiap negara yang marah, setiap protes yang tercetus, setiap kenyataan diplomatik yang dikeluarkan, semuanya akan menambah tekanan pada Isbiol. Tekanan yang tidak akan wujud jika flotilla ini tidak berlayar.

Media adalah senjata marcapada. Flotilla ini membuktikan senjata itu masih tajam. Liputan antarabangsa yang lahir darinya lebih kuat daripada peluru kerana ia menembak ke hati nurani manusia.

Ada yang sinis berkata, “Kalau tahu gagal, kenapa pergi?”. Jawapannya mudah. Kalau semua orang fikir begitu, dunia akan kekal sunyi. Tidak ada siapa akan peduli pada G. Tidak ada siapa akan tahu betapa zalimnya kepungan itu.

Flotilla ini jadi pencetus. Ia memaksa dunia memandang. Ia memaksa pemimpin negara-negara besar membuka mulut. Ia memaksa PBB sekali lagi berdepan dengan pertanyaan tentang undang-undang antarabangsa.

Kegagalan fizikal flotilla (sekiranya ya) sebenarnya adalah kemenangan moral. Ia mengangkat isu G ke tahap global. Ia membuktikan bahawa manusia masih sanggup mempertaruhkan nyawa demi saudara yang terpenjara.

Sejarah akan menulis bahawa Sumud Flotilla 2025 tidak membawa masuk gandum atau ubat. Tetapi ia membawa masuk kesedaran ke hati berjuta manusia di seluruh dunia. Itu jauh lebih berharga.

Aktivis di atas kapal itu tidak pernah jahil tentang risikonya. Mereka tahu penjara menunggu. Mereka tahu laras senjata Isbiol mengintai. Tetapi mereka tetap belayar kerana mereka tahu ada harga yang lebih besar.

Mereka membayar dengan masa, kebebasan dan mungkin nyawa. Tetapi hasilnya adalah gelombang global yang tidak boleh dipadam. Inilah roh sebenar perjuangan.

Sumud Flotilla adalah mesej. Mesej bahawa kepungan itu tidak halal di sisi undang-undang antarabangsa. Mesej bahawa dunia tidak lagi boleh berdiam diri.

Misi ini tidak diukur pada lori bantuan yang tiba. Ia diukur pada berapa ramai yang bangkit menyuarakan bantahan selepas itu. Dan setakat ini, dunia sudah pun bising.

PMX sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan keras. Malaysia tidak boleh berdiam diri bila warganya ditahan. Begitu juga Sweden, Switzerland, Turki, Sepanyol. Semua terseret masuk ke gelanggang diplomasi.

Bila negara demi negara mula bersuara, Isbiol semakin tertekan. Tekanan ini menambah isolasi politik yang mereka cuba elak selama ini.

Inilah strategi. Inilah cara flotilla bekerja. Ia bukan semata-mata soal kapal kecil. Ia soal bagaimana kapal kecil boleh menggoncang rejim besar dengan cara yang paling berkesan melalui tekanan antarabangsa.

Mereka yang sinis hanya melihat permukaan. Mereka tidak nampak permainan besar di balik layar. Mereka tidak nampak bagaimana setiap tangkapan mencipta simpati baru untuk rakyat P.

Mereka lupa, setiap perjuangan besar bermula dengan langkah yang orang lain pandang remeh. Kalau ikut logik mereka, Nabi Musa tidak akan melangkah ke laut, Nabi Ibrahim tidak akan masuk ke api, Rasulullah tidak akan berhijrah.

Flotilla ini adalah langkah berani dalam sejarah moden. Ia bukan hanya tentang P. Ia tentang maruah manusia sejagat.

Hakikatnya Sumud Flotilla membuktikan bahawa kekalahan fizikal tidak bermakna kekalahan mutlak. Mereka kalah di laut tetapi mereka menang di hati dunia. Dan kemenangan inilah yang akhirnya akan meruntuhkan keangkuhan penjajah.

Penulis : Mazlan Syafie

*****
Pengorbanan para aktivis yg menyertai misi kemanusiaan ke Gaza melalui Global Sumud Flotilla adalah sangat besar. Demi rasa peduli dan tanggungjawab untuk memecah tembok kezaliman rejim zionis terhadap rakyat gaza. Lihatlah dgn matahati.  

Kejahatan satu kelompok manusia penjajah yg membunuh rakyat gaza, yg dinafikan hak untuk hidup di tanah tumpah darah mereka. Dibiar mati di bom, dibiar tersiksa dan mati tanpa makanan tanpa air.

Kutukan yg sipi2 selama ini mula bertukar menjadi kesedaran menyeluruh yg memberi tekanan kuat kpd regim buas ini. Harapnya misi global sumud flotilla ini walau disekat komando zionis di perairan antarabangsa secara tidak sah, bukan terhenti di situ. 

Harapnya misi kali ini akan terus mencipta gelombang demi gelombang seterusnya tanpa henti sehingga hancur kezaliman zionis ke atas rakyat Palestine yg sudah menjangkau jangkamasa 77 tahun.

Semoga memberi sedar yg benar, tekanan yg ada aksi, terutamanya drp negara2 besar kuasa dunia dan negara2 Islam keseluruhannya.

@@@

Monday, June 16, 2025

FIKIR DI LUAR KOTAK



Wajar di promosi budaya berfikir di luar kotak atau pemikiran kretif dalam sistem pendidikan negara. 

Sudah berlalu era one way communication, dimana guru sekadar menyampaikan kandungan silibus kpd para pelajar dan minta pelajar memberi sepenuh perhatian.

Galakkan murid bertanya soalan. Sediakan suasana untuk pelajar memberi pandangan. 

Saya suka kalau ada sesi dimana pelajar diajak ke depan kelas dan bercerita tentang apa aktiviti atau kegiatan yg dilakukan pada cuti hujung minggu. Atau diberi satu topik utk dibincang bersama. Ini bagi melatih anak2 ini better in public speaking, dan yakin dlm menyampaikan apa yg mereka fikirkan.

Saya terbaca satu posting di FB yg rasanya agak relevan dlm kontek berfikir di luar kotak. Saya kongsikan di sini bagi manfaat bersama.

*****

Seorang guru sekolah memberikan kerja rumah kepada kanak-kanak tentang pencuri — meminta mereka menulis esei mengenai topik tersebut.

Seorang pelajar pintar dari darjah 8 menulis esei berikut:
---------
Pencuri - satu perspektif.

Pencuri juga merupakan bahagian penting dalam ekonomi negara kita. Mereka menyumbang dengan ketara kepada penjanaan pekerjaan dan pembangunan negara. Anda mungkin terkejut membaca ini — izinkan saya menjelaskan sedikit tentangnya.

Peti besi, kunci, loker, almari — Semua ini dibuat kerana pencuri. Banyak kilang dan bengkel yang mengeluarkan barangan ini menyediakan pekerjaan, terima kasih kepada profesion ini.

Malah di rumah, keperluan untuk memasang gril tingkap, selak, dan pintu yang lebih kuat memberi kerja kepada tukang kayu dan buruh. Untuk perlindungan rumah, kedai, sekolah, kolej, pejabat dan kilang, adalah perlu untuk mengupah pengawal dan penjaga.

Orang ramai mendapat pekerjaan di syarikat yang membuat kamera CCTV, pengesan logam dan sistem keselamatan.  Kerana pencuri, polis, mahkamah, hakim, peguam, dan kakitangan lain juga mendapat pekerjaan.

Untuk polis - penghadang, senjata, peluru, kayu, pakaian seragam, kenderaan, dan motosikal semuanya dibeli, meningkatkan ekonomi.

Terima kasih kepada pencuri, kita mempunyai penjara, penjaga penjara, dan kakitangan penjara yang bekerja. Selain itu, apabila telefon bimbit, komputer riba, kereta, motosikal, peralatan elektrik, dompet, gincu dan barangan lain seperti dicuri — orang ramai terpaksa membelinya semula, yang meningkatkan perdagangan dan meningkatkan perniagaan.

Pencuri terkenal dan terjahat sering terlibat dalam politik, membawa kepada kecurian yang lebih besar.

Banyak lagi yang boleh dikatakan sumbangan pencuri kepada ekonomi negara kita, sememangnya amat ketara.

Nota:
Guru menganugerahkan karangan yg penuh penyelidikan ini markah penuh 100% dan memasukkan pelajar dalam senarai merit.

*****

Satu perspektif yg logik dan agak kretif telah diluahkan oleh pelajar ini. Wajar kita raikan dan appreciate pandangan sebegini dgn minda yg terbuka. 

Ahli masyarakat hendaknya peka dan interaktif dlm menangani pelbagai isu masyarakat atau isu2 semasa. Usah lagi menjadi masyarakat pak turut yg lesu dan lembik. 

Feel free utk ekspresi diri. Kepelbagaian pandangan dan pendapat wajar di raikan. Bagi menuju kpd era yg lebih matang dan terbuka.

@@@

Thursday, April 24, 2025

REALITY OF TRUMP HIGH TARIFF



Mr Trump action imposing high tariff to dictate world economy may backfire USA big time. It upsets the system and cause headache to many including local trades. It maybe wise for trump to listen to a wise man such as tun mahathir on reality of the situation.

*****

𝗧𝗥𝗨𝗠𝗣’𝗦 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗙𝗙

1. I give Trump three months before he will have to pause his high tariffs.

2. This is because his high tariff will hurt America more than the rest of the world.

3. The whole idea of tariff is to greatly increase the price of imports. This will make local products more saleable.

4. However this depends on the availability of local products.

5. America practically has no local products. This is because for more than a decade America had depended on imported products because they are cheap.

6. Even American products are produced in foreign countries because the cost is lower.

7. Thus Apple produces its iPhone mainly in China and India for sale in the world market, including in America.

8. If high tariffs are charged on imports, even American iPhone produced in China would cost one hundred and twenty percent more than in other countries.

9. America is not a big producer of iPhones. So if imports become costly because of high tariff, there would be no local iPhones to meet American demands.

10. Already Trump is forced to delay (pause) high tariffs on electronics.

11. The same problem will be faced by other products.

12. The result will be high increases in the cost of living in the USA.

13. If America tries to produce all these products in the U.S of A, the cost would be so high that they would not sell well. And they cannot be exported because they cannot compete in the world market.

14. So what is the effect of high tariffs on the United States of America?

15. It will be short of a lot of products, both essential and non-essential.

16. It would be short of many parts and components for many of its products which are sourced and produced by American companies in foreign countries.

17. Because of the tariff on imported products and the high cost of production in America, the cost of living in America will shoot up.

18. This high cost of living will cause wages to go up.

19. This will again increase the cost of production and living cost.

20. America will lose its foreign markets because its products cannot compete in the world market.

21. There will be lot of demonstrations by the people of America.

22. It will not become great.

23. I give America (Trump) 3 months.

24. Maybe more.

25. I may be wrong.

26. We will see.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
24 April 2025

*****

We will see indeed. Trump vs the rest of the world. I hope the people  of america should realize by now the reality of world order, no longer followed the old structure. Trump should go to the ground and admit his wrong moves. Like tun mahathir saying, we will see.

@@@

CHINA THE NEW SUPERPOWER



The rise of China is not by accident.  They believe fail to plan is plan to fail. And they sure did plan ahead. Now they can proudly say, Made In China. The following article really make sense..

*****

8 RAHSIA KERAJAAN MODEN CHINA

Oleh: Effendy Zulkifly 

Ramai yang tertanya, kenapa China boleh jadi kuasa besar teknologi dan ekonomi hari ini? 

Dari kampung nelayan Shenzhen, sekarang jadi pusat inovasi dunia. Dari copy-paste, kini jadi pencipta. Tapi apakah RAHSIA sebenar mereka yang kita tak pernah diajar dalam kelas sejarah atau buku teks ekonomi?

1. MENTALITI “CENTURY-LONG GAME”

China tak main untuk pilihan raya 5 tahun. Mereka rancang 100 tahun ke hadapan. Ini dipanggil The Hundred-Year Marathon oleh Michael Pillsbury, bekas penasihat Pentagon yang dedahkan strategi jangka panjang China untuk menggantikan dominasi Barat.

Mereka belajar dari kejatuhan Dinasti Qing, kesilapan semasa Revolusi Kebudayaan, dan mereka adaptasi. Mereka tidak anti-pembaharuan, malah obsessed dengan naik taraf tamadun.

2. NEGARA SEBAGAI PELABUR VENTURA TERBESAR

Kerajaan China bukan sekadar buat dasar mereka jadi pelabur aktif. Laporan dari Harvard Kennedy School dan Brookings Institution tunjuk bagaimana China melabur ratusan bilion dalam teknologi frontier seperti AI, kuantum, 5G, semikonduktor melalui state-guided capitalism.

Tak perlu tunggu syarikat unicorn, kerajaan bantu cipta unicorn!

3. STRATEGI “TECHNO-NATIONALISM”

China faham bahawa kuasa masa depan = kuasa teknologi.
Sejak tahun 2006, mereka lancarkan Medium to Long-Term Plan for Science and Technology Development, dengan matlamat jadi negara pemimpin inovasi menjelang 2050.
Mereka cipta sistem “indigenous innovation”, yang memaksa syarikat tempatan hasilkan teknologi sendiri bukan import semata-mata.

4. INFRASTRUKTUR & DATA = MINYAK BAHARU

Dengan lebih 1 bilion pengguna aktif digital, China jadi ladang data terbesar dunia. Setiap transaksi, gaya hidup, pergerakan semuanya dikumpul untuk latih model AI.
Kata Kai-Fu Lee, bekas Presiden Google China dan penulis buku AI Superpowers:

“In the age of AI, the country with more data has the edge and China has the most.”

5. MODEL EKONOMI “DEVELOPMENTAL STATE” MODEN

China bukan kapitalis tulen, bukan sosialis klasik. Mereka gabungkan keduanya. Model ini digelar “Beijing Consensus” bukan seperti Washington Consensus yang suruh buka pasaran, kurangkan peranan kerajaan.
China pula kawal pasaran untuk bina national champions seperti Huawei, BYD, DJI, TikTok dan CATL.

6. JARINGAN UNIVERSITI, MILITARI & INDUSTRI (CIVIL-MILITARY FUSION)

Inilah rahsia yang banyak negara tak berani buat. Universiti di China berfungsi bukan sekadar mengajar, tapi jadi makmal pertahanan, pembangunan AI, senjata kuantum dan biotech.
Tak hairan China bina superkomputer sendiri, roket, jet stealth dan satelit internet.

7. PENDIDIKAN, BUDAYA DISIPLIN & SIFAR TOLERANSI TERHADAP KEBODOHAN SISTEMIK

China menghasilkan 4.7 juta graduan STEM setahun paling tinggi di dunia (World Economic Forum, 2023). Mereka paksa sistem pendidikan untuk hasilkan jurutera, bukan hanya influencer.
Budaya kerja keras dan tekanan sosial ini mungkin nampak kejam, tapi itulah bahan bakar ekonomi teknologi tinggi.

8. DORONGAN TRAUMA SEJARAH

China masih dibayangi “Century of Humiliation” 100 tahun dijajah kuasa asing. Ia jadi “collective trauma” yang menghidupkan semangat nasionalisme teknologi.

Kata Henry Kissinger, “China’s rise is not merely about power  it is about reclaiming dignity.”

Malaysia patut belajar apa?

Bukan sekadar tiru teknologi. Tapi faham FALSAFAH PEMBANGUNAN mereka. Bina strategic patience, wujudkan tech sovereignty, dan galakkan deep innovation ecosystem.

Bukan sekadar beli teknologi AI tapi hasilkan dari sekolah, universiti, koperasi hingga ke kampung.

Kita bukan tak bijak. Kita cuma masih belum benar-benar serius dan bangkit dari lena.

#MalaysiaBangkit
#CatatanEffendyZulkifly
#ChinaTechPower
#TechSovereignty
#GeopolitikTeknologi
#AIBlockchainMalaysia
#EkonomiMaritimDigital
#NUSA2030

*****

China stay kicking and alive for the last 5,000 years. They will stay kicking and alive, for the next 5,000 years with or without USA intervention. China has becoming the new super power of the world. The rise of China is real.

@@@

STRATEGI SUMUD FLOTILLA

Pelbagai reaksi didapati perihal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yg membawa bantuan kemanusiaan kpd penduduk gaza yg dizalimi. Misi ini dis...