Beliau adalah Saiyidina Ali bin Abi Talib dan novel ini mencantumkan perca-perca kehidupannya sejak mula sehingga akhir hayatnya. Melalui novel ini, tidak sedikit kisah yang dikupas, tidak kurang hikmah yang diungkap. Justru saya sangatlah rekomen kepada saudara saudari untuk membaca novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib terbitan PTS ini.
Rasulullah bersabda, "Orang yang paling dalam ilmu hukumnya antara kalian adalah Ali."
Ali adalah pelopor kalendar Islam yang menjadikan tarikh hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan tahun kalendar umat Islam. Beliau juga adalah pelopor ilmu tauhid, ilmu mantiq, fiqh, ilmu nahu dengan penulisan bahasa arab.
Terdapat empat golongan yang mempunyai kaitan dengan Ali iaitu Ahlus Sunnah, Syiah, Al-Khawarij dan Bani Umaiyah. Syiah begitu menyanjung Ali bin Abi TAlib. Al-Khawarij pula adalah mereka yang keluar dari kelompok Ali. Manakala Bani Umaiyah pula memerangi Ali yang diketuai Muawiyah. Sehubungan itu Khalifah Ali bin Abi Talib pernah berkata , "Ada segolongan orang demi cintanya kepada aku mereka bersedia masuk neraka. Tetapi ada segolongan lain yang demi kebenciannya kepada aku sampai mereka bersedia masuk neraka."
Antara mutiara ilmu Islam dari Ali bin Abi Talib untuk renungan kita bersama:

- Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagi-Mu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
- Hendaklah kamu lebih memperhatikan cara amalan itu diterima berbanding banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimana amalan itu hendak diterima?
- Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
- Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.
- Perkara yang patut ada pada kepimpinan adalah sikap berlapang dada.
- Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
- Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
- Kebesaran seseorang itu bergantung pada hatinya yang mana adalah sekeping daging.
- Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
- Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan menjaga kamu.
- Bakhil pada apa yang di tangan adalah tidak mempunyai kepercayaan kepada Allah.
- Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih jahat dari kejahatan.
- Ilmu lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.
- Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan sembahyang.
- Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
- Mengajar adalah belajar.
- Bersedekahlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.
- Manusia terbahagi kepada tiga iaitu Manusia yang mengenal Allah, Mereka yang mencari kebenaran, Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan mereka akan mengikut ketua dengan buta seperti kambing.
- Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawaduk dan lemah.
- Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu pada Allah.
- Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
- Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan bagi memperbaiki dirinya.
- Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila dia mati.
- Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan kepada Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
- Allah merahmati mereka yang kenal dirinya dan tidak melampaui batas.
- Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.
- Seseorang yang membantu adalah sayap orang yang meminta.
- Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.
- Barangsiapa yang mencari apa yang tidak berkaitan dengannya nescaya hilang apa yang berkaitannya.
- Mereka yang mendengar orang yang mengumpat adalah golongan mereka yang mengumpat.
- Kegelisahan adalah lebih sukar berbanding kesabaran.
- Seorang yang menjadi hamba kepada syahwatnya adalah mereka lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
- Orang yang dengki marah kepada orang yang tidak berdosa.
- Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap kepada manusia adalah suatu kehambaan.
- Sangkaan seseorang yang beramal adalah suatu ramalan.
- Taat kepada perempuan selain ibu adalah kejahilan yang paling besar.
- Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.
Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: Percakapan, diam, pandangan dan gerak.
Itulah kisah Ali bin Abi Talib, memeluk Islam pada umur yang masih muda, pada saat Islam baru hendak tumbuh. Beliau kemudian membesar seiring dengan tumbuhnya Islam sehingga Islam menjadi pohon ynag mengakar kuat di bumi dan beliau menjadi antara buahnya. Beliau bukan sahaja menjadi sahabat Nabi yang terulung, malah ilmuwan yang fasih bicaranya, pahlawan yang lincah permainan perangnya, juga hamba-Nya yang tinggi imannya.
@@@
- Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia,
- tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka,
- tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai,
- dan tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong.
Itulah kisah Ali bin Abi Talib, memeluk Islam pada umur yang masih muda, pada saat Islam baru hendak tumbuh. Beliau kemudian membesar seiring dengan tumbuhnya Islam sehingga Islam menjadi pohon ynag mengakar kuat di bumi dan beliau menjadi antara buahnya. Beliau bukan sahaja menjadi sahabat Nabi yang terulung, malah ilmuwan yang fasih bicaranya, pahlawan yang lincah permainan perangnya, juga hamba-Nya yang tinggi imannya.
@@@
No comments:
Post a Comment