Saturday, December 05, 2009

Abu Ubaidah Penakluk Parsi


Alhamdulillah novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd cetakan 2009 bertajuk Abu Ubaidah Penakluk Parsi telah berjaya saya khatamkan. Sebagaimana buku2 sebelum ini karya Pak Latip, masih tidak menjemukan dengan gaya penyampaian yang hidup dan penuh aksi. Membawa saya ke sebuah perjalanan sejarah yang agung perjuangan para sahabat dan syuhadah dalam menegakkan agama Allah di muka dunia ini.

Abu Ubaidah al-Jarrah adalah seorang panglima yang hebat di zaman Rasulullah, Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar. "Seandainya ajal sudah hampir, saya mahu mati di sini. Saya tidak mahu ke mana-mana lagi. Saya mahu mati bersama orang saya. Di sini tempat saya," kata Abu Ubaidah al-Jarrah yang bertegas untuk berada di negeri Syam yang di landa wabak taun bersama tenteranya yang lain walaupun beberapa kali di perintah oleh Khalifah Umar untuk kembali ke Madinah. Beliau meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah ketika berusia 58 tahun akibat wabak taun.

Antara rentetan sejarah Abu Ubaidah dalam berjuang menegakkan Islam:
  • 2 Hijrah - Menyertai Perang Badar, dimana beliau terpaksa menentang dan membunuh ayahnya sendiri.
  • 3 Hijrah - Menyertai Perang Uhud.
  • 12 Hijrah - memimpin tentera Islam ke Hims.
  • 13 Hijrah - menyertai peperangan di Yarmuk, dan kemudian menggantikan Khalid bin Walid sebagai pemimpin tentera Islam di Yarmuk.
  • 14 Hijrah - menakluk Damsyik.
  • 15 Hijrah - menakluk Hims.
  • 16 Hijrah - menakluk Baitulmuqaddis (Jerusalem).

Sebelum meninggal dunia, Abu Ubaidah al-Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya:
  • Dirikan sembahyang
  • Tunaikan Zakat
  • Puasa di bulan Ramadhan
  • Beri derma
  • Tunaikan ibadah haji dan umrah
  • Saling nasihat-menasihati
  • Beri nasihat pada pimpinan kamu
  • Jangan menipu
  • Jangan terpesona dengan harta dunia
  • Sesungguhnya Allah sudah menetapkan kematian bagi setiap manusia
  • Sebab itu semua manusia pasti mati
  • Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah
  • dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.

Beliau termasuk dalam kelompok awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as-Siddiq. Beliau adalah salah seorang dari 10 sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga. Beliau dicalonkan menjadi Khalifah oleh Abu Bakar tetapi beliau menolak. Umar pula mencadangkan Abu Ubaidah sebagai calon khalifah selepasnya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al-Jarrah."

Dalam hadis lain Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, "Tiap-tiap umat, ada orang yang memegang amanah. Pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al-Jarrah."

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...