Isteri dan anak2 menyediakan juadah raya yang berupa nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam special. Saya sempat menjamah juadah sebelum ke surau.
Saya menunaikan solat sunat aidil adha di Surau Al-Faaizeen di imani oleh Ustaz Ayub. Terdapat lebih kurang 150 jemaah yang sama2 bertakbir raya dan menunaikan solat sunat aidil adha yang dimulai tepat pukul 8:05 pagi dan seterusnya menghayati bacaan khutbah. Kemudian para jemaah menikmati sedikit jamuan raya yang diadakan secara "pot-luck". Seterusnya saya pulang ke rumah untuk menukar ke uniform ibadah korban. Ibadah korban akan bermula pada pukul 9 pagi. Ada dua ekor lembu yang akan dikorbankan.
Pengorbanan Nabi Ibrahim yang di uji Allah keimanannya semenjak berusia 10 tahun apabila di usir bapanya kerana menghina berhala sehingga di campak ke dalam api oleh pemerintah sebagai hukuman. Di uji dengan tiada zuriat sehingga usia yang lanjut apabila di kurnia Ismail dari isterinya Hajar. Diperintah Allah untuk ditinggalkan anak & isterinya di tanah tandus tanpa bekalan apa2. Dan di perintah untuk disembelih Ismail sebagai korban. Semuanya menagih pengorbanan dan dipatuhi Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail demi keimanan dan mematuhi perintah Allah tanpa banyak soal bicara walau di goda syaitan kiri dan kanan. Sehingga di ganti Allah dengan sembelihan seekor kibas. Itulah hakikat ibadah Korban ini, menagih keikhlasan agar korban kita di terima Allah.
Alhamdulillah lembu pertama selamat ditumbangkan. Suasana meriah dan semangat bergotong royong terserlah pada Hari Raya Korban. Aluan takbir beramai-ramai mengiringi libasan golok tajam Ustaz Ayob memutuskan salur darah kerongkong lembu ibadah korban. Pancutan darah merah menjadi saksi persembahan korban kehadapan Yang Esa.
Saya menggosok-gosok kepala lembu yang kedua sambil membacakan ayat2 lazim. Lembu ini tenang merenung ke kejauhan seolah-olah memahami hakikat ibadah korban dan ia adalah binatang pilihan. Satu dari tujuh bahagian lembu korban ini ada nama saya. Sebelum itu saya sudah wakilkan kepada Ustaz Ayob untuk menyembelihnya bagi pihak saya. Lembu ini selamat ditumbangkan dan saya berdoa semoga ibadah korban saya pada tahun ini di terima Allah.
Kemudian kami semua bergotong royong melapah. Saya pula bertugas menimbang daging untuk agihan. Alhamdulillah setelah di tolak 12kg daging untuk dimasak dan sebahagian tulang untuk dibuat sup oleh pihak surau bagi jamuan makan selepas solat Jumaat nanti, saya dan pembantu2 kecil saya dapat menyiapkan 122 bag daging dan 44 bag tulang untuk agihan. Setiap bag daging beratnya 1kg dan tulang 1kg-2kg. Maknanya setiap lembu korban telah menghasilkan 61kg daging & 22kg tulang untuk agihan.
Seterusnya Zakri selaku pengerusi ibadah korban tahun ini membahagi-bahagikan agihan daging korban. Setiap peserta korban mendapat 2 bag daging dan satu bag tulang. Setiap petugas pula mendapat satu bag daging dan satu bag tulang. Yang selebihnya diagihkan kepada jiran2 dan golongan miskin.
Selesai solat Jumaat di Masjid BS, saya dan anak saya Amir singgah ke surau dan menikmati juadah yang ada. Saya memakan nasi bersama sup tulang rusuk, Alhamdulillah.
@@@
6 comments:
penat gle r td.. smpai time solat jumaat pun tertido gak..hahaha..
selamat ari raye..!!
Ad pun penat laa tadi..ni lenguh2 lagi..tadi rush jugaklaa sbb hari Jumaat kan..Sib baik siap sblom Jumaat..
Alhamdulillah, pengalaman yg hebat. Islam itu complete. Lebih elok kalau kita dapat sembelih sendiri binatang korban. Ini adalah antara parktikal training kepada umat Islam untuk tidak takut pada pancutan darah dan pertembungan di medan jihad menentang musuh2 Islam.
Ini dak, nak sembelih ayam pun tak gheti, tengok darah pun fenin lalat...he he. Macamana nak bertempur dgn musuh?
selamat menghayati sambutan eidul adha buat Sot sekeluarga, smoga ibadah korban yang dilakukan mendapat keredhaan Allah s.w.t hendaknya... Ameen.
TQ Muhammad-al-Fateh, semoga berjaya dlm hidup anda.
TQ Ad Rifza - semoga bahagia selalu.
Post a Comment