Saturday, November 07, 2009

Red Warriors Kecewa Kalah 1-3

Maka tercatatlah kisah pilu, Kelantan kemponan jua. Hampa seluruh peminat Kelantan yang memenuhi Stadium Bukit Jalil dan yang terperuk depan TV1 (walaupun esok cuti). Permainan hambar yang serba tak menjadi terutamanya dari barisan pertahanan telah di manupulasi sebaik mungkin oleh barisan mantap N9 dari segenap sudut. N9 menguasai permainan yang berat sebelah ini. Kelantan tewas mudah. Halim Napi bocor tiga kali.

Saya dambakan permainan cantek dan melawan namun tidak kesampaian. Keputusan 1-3 itu sebenarnya nampak agak baik, terima kasih kepada Indra Putra kerana menjaringkan gol cantek di masa kecederaan melalui set piece. Para penyokong Red Warriors memenuhi 80% dari isi stadium tapi ada segelintir yang kurang sabar membaling botol air mineral ke padang dan membakar mercun mencacatkan suasana.

Di 20 minit terakhir dengan kedudukan ketinggalan 0-3 penyokong Kelantan yang kecewa hampir separuh meninggalkan stadium. Namun pujian kepada pemain Kelantan kerana mencuba hingga ke saat akhir walaupun kurang menyengat. Kelebihan nyata kepada pasukan N9 dari segenap posisi. Teknik dan taktik N9 jauh lebih mantap dan tersusun serta membuahkan hasil. At the end of the nite Red Warriors lost the battle fair and square. Red Warriors just not good enough. Cuba lagi tahun depan. Kecewa Den !!

@@@

4 comments:

yushida03 said...

bae,
with due credits to N9. ambo rasa Klate main 'below-par' malam tadi.

sot said...

Kawe setuju. Actually kawe expect a very competitive game from kel. Nak wat guano off-form & wrong tactic by the coach.

Unknown said...

..peminat dibawa pada satu mimpi..ianya berakhir sewaktu wisel permulaan dibunyikan..and the start of a nightmare..belum masa kelantan gomo ore..

sot said...

Mimpi yg tak menjadi realiti. kena banyok belajar lagi. Penyokong yg kurang akhlak pun rama jugok, memalukan Kel saja. Anyway kita bersyukur dapat masuk final. Satu pencapaian hebat. Tahniah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...