- Bagi mereka, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri dan ini diakui Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim. “Saya rasa kalau mana-mana pasukan menang pun mereka hanya akan mencatat kemenangan tipis mungkin 2-1 atau 1-0 tetapi saya berat kepada Negeri Sembilan kerana mereka mempunyai kekuatan yang sempurna di setiap posisi,” katanya.
- Sementara itu Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menggangap kekuatan kedua-dua pasukan ialah 50-50 dengan Negeri Sembilan dilihat utuh dari setiap posisi manakala Kelantan akan bergantung kepada sokongan padu penyokong mereka.
- Jurulatih KM Naza, Mohd. Nizam Adha Yusof pula memilih Kelantan akan muncul sebagai juara dengan jaringan 2-1, ia berdasarkan semangat juang dan kepakaran B. Sathianathan dalam merancang taktikal permainan.
- Sementara itu, Jurulatih KL PLUS, Mat Zan Mat Aris pula berkata: “Saya memilih Negeri Sembilan akan muncul juara dengan jaringan 2-1, mereka mempunyai kekuatan yang stabil di setiap posisi berbanding Kelantan yang hanya mengharapkan sokongan padu peminat mereka.”
- Bagi pengendali Kuala Lumpur, Razip Ismail, kedua-dua pasukan dianggapnya mempunyai peluang seimbang tetapi kelebihan milik Negeri Sembilan kerana mempunyai ramai bekas dan pemain kebangsaan.
- Dalam pada itu, Jurulatih Selangor, K. Devan memilih Kelantan akan muncul sebagai juara berikutan mereka mempunyai pemain seperti Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin yang mampu untuk menentukan perlawanan.
- Mohd. Azraai Khor Abdullah, yang kini menjadi Jurulatih Harimau Muda juga meramalkan Kelantan akan memenangi perlawanan esok, kerana memiliki gandingan serangan yang mantap terutamanya Indra, Khalid Jamlus, Norfarhan dan juga Che Hishamuddin Hassan. “Negeri Sembilan pula dilihat hanya mengharapkan kepada kemampuan Zaquan Adha Abd Radzak,” kata bekas jurulatih Kedah itu.
- Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid pula memilih Negeri Sembilan kerana pasukan itu sentiasa konsisten sepanjang saingan peringkat kumpulan. “Bagaimanapun kedua-dua pasukan berjaya mencapai tahap prestasi pada masa yang tepat,” katanya yang meramalkan Negeri Sembilan menang 2-1.
- Saya pula memilih Kelantan sebagai juara Piala Malaysia 2009 dengan jaringan 3-2. Kelantan berhak menjadi juara setelah penantian selama 39 tahun untuk ke Final. Barisan pemain yang 'up to the standard', bimbingan jurulatih yang professional menguatkan pasukan Red Warriors, dan sokongan padu peminat fanatik menjadi perencah sempurna sebagai Juara.
Sokongan padu dari para peminat yang setia kepada pasukan Kelantan dalam apa keadaan amatlah membanggakan dan menjadi juara pada kali ini adalah anugerah terbaik. Sokongan padu dari kerajaan negeri yang kebetulannya merayakan ulangtahun ke-20 pemerintahan menambahkan signifikasi perlawanan akhir ini.
TGNA pula sudah mengumumkan cuti khas pada hari ahad ini bagi meraikan kejayaan Kelantan ke Final Piala Malaysia bukan sekadar menunggu Kelantan menjadi juara. Ini adalah satu hadiah buat seluruh rakyat Kelantan dan merupakan satu 'feel good feeling' yang sangat dialu-alukan oleh semua pihak terutamanya para peminat yang akan memenuhi Stadium Bukit Jalil malam ini. Kerajaan negeri juga telah menjanjikan hadiah pakej umrah dan wang saguhati kepada para pemain dan pegawai pasukan sekirannya berjaya manjadi Juara. Satu lagi sumbangan yang amat bermakna.
Barisan para pemain pula pada tahun sangat mantap bermula dari Halim Napi yang amat berpengalaman di gawang, barisan tengah yang mantap, dan kelebihan yang terserlah di barisan serangan berbanding N9 dengan gandingan Nur Farhan, Indra Putra, Khalid Jamlus dan Che Hisamuddin. Gelombang merah 60,000 penyokong fanatik Kelantan bakal mewarnai majoriti ruang di Stadium Bukit Jalil. Harapnya kita akan dihidangkan dengan perlawanan menarik tanpa layangan kad merah, insyaAllah.
@@@
No comments:
Post a Comment