
Antara ciri2 Muslim Coca Cola ini ialah:

- Matlamat pencapaian ialah materialisma dan kebendaan
- Lambang kenikmatan hidup ialah segala kehendak nafsu, syahwat dan selera mesti dipuaskan
- Lambang kejayaan dan kegembiraan adalah dengan menjadikan hidup dikelilingi harta dunia
- Makan apa saja yang terasa untuk di makan
- Buat apa saja yang terasa hendak di buat
- Hidup lah sebagaimana yang di ingini
- Hendak berkelakuan aneh, silakan
- Tiada perkataan tidak dalam kamus kehidupan ini
- Keinginan, ghairah dan perasaan ingin memiliki itulah penguasa
- Cara hidup yang berdasarkan nafsu semata.

Inilah realiti budaya barat yang menerap masuk dalam kehidupan seorang Muslim, hanya menyembah dan menurut kata dan perintah nafsu syahwat semata. Tiada kepuasan yang bertahan lama. Kepuasan itu bersifat sementara, ianya merupakan boost yang sementara, keseronokan yang sementara dan diikuti oleh "kekosongan" yang berkadar serupa juga. Dan untuk berasa fun kembali, kita akan membeli/melanggan kembali. Kita akan menjumpai pelbagai kaedah lagi dalam usaha memuaskan nafsu, tetapi, realitinya nafsu dan syahwat itu tidak pernah dan tidak boleh dipuaskan. Inilah realiti tabii kejadian manusia itu. Sebenarnya, apa yang mengambil tempat di sini adalah suatu konflik ideologi. Ianya satu perang melalui pandangan dunia yang berkisarkan tentang tabii kejadian manusia. Islam mengajar kita sesuatu yang agak berbeza.
Islam menga


Terma ibadat dalam Islam itu yang kita terjemahkan sebagai worship mempunyai makna yang amat-amat mendalam. Ianya melebihi dari perbuatan "khas" yang kita lakukan. Ibadat dalam Islam itu adalah satu cara hidup yang menyeluruh (total). Ianya sesuatu (yang sepatutnya) dilakukan manusia sepanjang kehidupan mereka. Perkataan ibadat itu kita boleh terangkannya sebagai melakukan segala yang diredhai dan disukai oleh Allah SWT, Maha Pencipta Sekalian Alam dan meninggalkan perkara yang dilarang dan dimurkai oleh-Nya. Dari saat bangun tidur 24x7 sepanjang waktu. Islam is the way of life. Bukan agama lain, politik lain, atau hiburan lain, atau kehidupan bermasyarakatnya lain. Islam mengajar kita menjalani kehidupan dari A to Z. Sempurna. Segala-galanya yang Allah redha dan suka, itu adalah Ibadat. Samada ianya dilakukan dengan hati atau tubuh badan.
Apakah perbuatan yang dibuat oleh hati? Perbuatan yang dibuat oleh hati adalah cinta, harapan, kasih sayang, takut, keikhlasan dan sebagainya. Inilah contoh dari perbuatan yang dizahirkan oleh hati. Jadi,kita perlu menzahirkan suatu perbuatan oleh hati yang diredhai Allah SWT. Contohnya, tidak busuk hati, tidak bongkak serta sentiasa ikhlas dalam kehidupan. Dan perbuatan ibadat yang dizahirkan oleh anggota fizikal kita pula adalah segala-gala yang dilakukan secara luaran. Sebagai contoh, solat yang dilakukan, puasa, hubungan antara suami dan isteri, ia boleh jadi bagaimana kita berjalan, bagaimana kita bercakap malah mandi dan lain-lain.
Jadi, ibadat itu bermaksud kita perlu melakukan sesuatu yang diredhai Allah secara zahir dan batinnya. Dan hanya dengan melakukan ini(ibadat), seseorang itu dapat menjumpai ketenangan, kebahagiaan, kemakmuran dan kepuasan sebenar.
Kalau

@@@
2 comments:
Assalamualaikum saudara.
Terima kasih kerana menyebarkan teks ini.
semoga ramai orang sedar.
sememangnya susah untuk berubah kalau dah lama sangat kita jahil,tapi sebenarnya,boleh.
islam itu sememangnya diturunkan untuk memimpin manusia keluar dari kegelapan.
buktinya?nabi muhammad diturunkan wahyu untuk disampaikan kepada masyarakat Arab yang ketika itu berada dalama tahap kejahilan maksimum.
kenapa maksimum?
anak kawen dgn mak tiri,anak prempuan ditanam,riba,arak dan sebagainya.
jadi,kita juga begitu.kena mengamalkan islam yang sebenar untuk keluar dari kegelapan sekarang.
insya-Allah akan dibantu Allah.
Assalamualaikum dan Selamat Beramal
TQ Umar. Cukuplah harap 100% kepada Allah. Semoga kita dalam hidayah-Nya.
Post a Comment