Thursday, January 07, 2010

Medan Dakwah


Perancangan manusia di rasakan hebat tapi yakinlah perancangan Allah lagi hebat. Lihatlah kepada peristiwa Sept 11 yang menjadi pencetus perancangan musuh Islam untuk menyerang Islam dari pelbagai penjuru atas alasan memerangi pengganas, namun di sebalik semua itu, apa yang juga berlaku dengan impak yang lebih kuat ialah keinginan golongan bukan muslim untuk mencari-cari dan cuba mengambil tau tentang Islam, hinggakan timbul pula satu gelombang baru Islam menjadi agama teratas mendapat pemeluk baru di kalangan negara2 barat terutamanya di negara2 Eropah dan di USA. Berbondong-bondong mereka memeluk Islam dan meninggalkan Kristian dan agama2 lain. Pencarian mereka membawa kepada penemuan tentang hakikat Islam yang penuh dengan keindahan dan kebaikan, bukan seperti yang di gembar gembur oleh propaganda media yang sememangnya di kuasai mereka. Maka percaya dan yakinlah akan kehebatan perancangan Allah.

Maka kini hangat pula di perkatakan tentang isu kalimah "Allah" yang hendak di guna pakai dalam publikasi makalah mingguan Katolik "Herald". Jika benarlah niat mereka untuk mendidik penganut Kristian sekaligus menarik masyarakat mendekati agama Kristian, atau lebih jahat lagi kalau mereka ingin mengelirukan panganut Islam sendiri terutamnya golongan muda, maka jika itulah niat dan perancangan hebat mereka, maka seperti mana di tegaskan tadi perancangan Allah akan lebih hebat, insyaAllah. Kalau Sept 11 bertujuan meranapkan Islam tetapi hakikatnya sinar Islam tumbuh bagai cendawan bukan dari kelompok negara2 Islam tetapi dari kelompok negara2 barat yang bukan Islam, maka tidak mustahil perkara sama akan terjadi. Isu ini akan "backfired" mereka2 yang berniat jahat terhadap agama Allah. Islam akan semakin berkembang dan akan mendapat gelombang tsunami baru yang akan bangkit dari keruntuhan dan kesesatan kelompok yang berniat jahat tadi. Yakinlah akan janji2 Allah, bukan sekadar percaya saja.

PAS mengeluarkan pendirian rasminya dengan menegaskan perkataan "Allah" dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan kalimah "Allah" secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Pakatan Rakyat (PR), dalam kenyataan terbuka berhubung polemik penggunaan “Allah” berpendirian bahawa keinginan masyarakat bukan Islam untuk menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan perlu diterima secara terbuka. “Kami berpendirian bahawa keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif", kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhd Nur Manuty. Pihaknya melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud “Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…”. Malah kata beliau adalah jelas penggunaan kalimah “Allah” untuk mengiktiraf dan membesarkan “Allah sebagai Tuhan adalah hak asasi setiap insan.”

Pada 31 Dis lepas, Hakim Lau memutuskan berdasarkan Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian. KDN mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu. Mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” untuk menyebarkan agama itu kepada orang Islam tetapi bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan.

Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi ‘God’ dalam bahagian Bahasa Malaysia. Perkataan ‘Allah’ digunakan secara meluas di kalangan pelbagai etnik beragama kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakan mereka bertutur dalam Bahasa Malaysia. KDN memberikan justifikasi bagi larangan penggunaan perkataan itu oleh akhbar itu atas alasan demi keselamatan negara dan mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.

Perdana Menteri memaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya hari ini, bahawa memandangkan perkara berkenaan telah diserahkan kepada mahkamah, adalah wajar bagi semua pihak menghormati proses undang-undang negara. "Sementara proses rayuan berjalan, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk tidak membuat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan dan kesejahteraan awam," kata kenyataan itu.

Ahad lalu TGNA membuat kenyataan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald mengikut pengamal agama samawi tidak menjadi kesalahan. Namun apa yang membimbangkan masyarakat ialah jika kalimah ini disalahgunakan. Menteri Besar Kelantan ini berkata beliau hairan kumpulan yang mengkritik penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh agama lain adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku. “Yang beriya-iya sangat panaskan perkara ini... faham ke kamu apa itu Allah? "Bukankah Allah itu adalah tukang yang buat segala-gala. Buat manusia, berbagai kaum berbagai bangsa, berbagai agama. Buat oksigen, hidrogen dan lain-lain."


Dr Badrul Amin dalam
blog nya menyatakan, Allah - Rabbul `alamin, Tuhan seluruh alam... Tuhan semua makhluq... Tuhan orang Islam dan Tuhan orang bukan Islam. Cuma beza antara orang Islam dan bukan Islam ialah konsep Tauhid. Dalam Islam "Tiada Tuhan selain Allah" sedang dalam agama lain "Allah itu Tuhan & yang lain pun tuhan juga" (konsep banyak tuhan). Dalam Kristian wujudlah istilah bapa tuhan dan anak tuhan. Dalam agama lain wujudlah konsep dewa2 sbg tuhan. Yang Allah perintahkan - bukan pertahankan nama Allah tapi pertahankan Tauhid. Tiada gunanya pertahan nama Allah tapi kita tetap syirik dengan mendewakan pangkat & harta. Tiada makna pertahankan nama Allah tapi hukum Allah dipermainkan. Halal dan Haram Allah tidak diperdulikan. Rasuah & fitnah terus jadi amalan, kezaliman jadi kebanggaan.

Blogger Al-Husseyn dalam
blog nya pula menyoal kenapa ummat Islam perlu berasa terlalu sangsi dan khuatir apabila ummat Kristian Katholik mahu menggunakan kalimat “Allah” dalam upacara mereka? Bukankah Allah itu tuhanku dan tuhan kamu? Sebagaimana mafhum Al Baqarah ayat 139 : Katakanlah: "Apakah kamu memperdebatkan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati." ( Al Baqarah ayat 139)

Ummat Islam telah jelas dengan kalimat “Allah” yang merujuk kepada Allah yang satu atau yang esa. Surah al-Ikhlas dengan mudah dan amat jelas menerangkan bahawa Allah itu satu, Allah tempat bergantung, tidak beranak dan tidak diperanakan. Sedangkan ummat Kristian beranggapan amat berlainan dengan fahaman kita. Namun apakah kita masih kurang yakin dan semudah itu boleh dikelirukan dengan fahaman "Tiga dalam Satu" itu? Kita menganggap bahawa dengan penggunaan kalimat “Allah” pihak Kristian akan mudah mempengaruhi gulungan belia Muslim melalui bahan bacaan keluaran mereka. Dan ramai juga yang menganggap penggunaan kalimat “Allah” oleh gulungan Kristian yang menganggap sebagai Tuhan “Tiga dalam Satu” akan mencemar kesucian nama “Allah” yang Maha Esa dan hanya Satu oleh Islam.

Tidak dinafikan mereka ada agenda disebaliknya. Dan apakah kita sendiri tidak ada agenda untuk berhadapan dengan agenda mereka? Apakah hanya dengan penggunaan kalimat “Allah” itu, maka nantinya akan berbondong-bondong belia Muslim murtad menjadi Kristian? Begitu rapuhkan iman belia kita? Kalau benar belia Muslim kita imannya begitu rapuh, apakah dengan memperbanyakan program hiburan di TV dan konsert seperti Jom Heboh akan memperkukuhkan lagi keimanan mereka? Janganlah kita sendiri hanya menyalahkan orang lain sedangkan kita sendiri yang menyesatkan para belia dengan corak hiburan yang melalaikan.

Antara isi perbincangan di Surau Al-Faaizeen malam tadi, ada satu pandangan iaitu isu ini boleh dijadikan titik tolak oleh kita umat Islam untuk memberi pelajaran dan mendidik masyarakat terutamanya golongan bukan Islam tentang konsep tauhid, tentang siapa Allah dalam definasi agama Islam dan bagaimana ia berbeza dan tidak sama dengan definasi atau pengertian mereka terutamanya dalam konsep tuhan Tiga dalam Satu. Ia telah membuka ruang kepada sebuah platform dakwah untuk menjelaskan apa yang hak kepada masyarakat umum terutamanya masyarakat bukan Islam. Semoga di sana akan ada hidayah Allah kepada mereka yang terpilih. Harapan kita untuk melihat nur Islam terus bersinar di negara kita ini dan seluruh dunia, insyaAllah.

@@@

4 comments:

wakparpu said...

Wak menyokong mana2 keputusan yang berlandaskan alQuran & hadis.

sot said...

Salam wak, betul tu. Siapalah kita untuk memandai-mandai ye dak. Kalau ada nas maka tugas kita ikut je.

ooooooooo said...

assalamualaikum
nice post
sebenarnya,pada pendapat saya,isu ini tidak perlu diperbesar-besarkan.

kita pada hari ini kena sedar dan ingat.Apa sahaja yang diperbesar-besarkan oleh media perdana itu pasti ada udang di sebalik batu.

itu satu perkara.

ya,memanglah mungkin boleh mengelirukan umat islam.tetapi di sini,saya bersetuju dengan pendapat saudara.adakah begitu rapuh iman kita?

Jika dilihat dari perbuatan sehari-hari majoriti golongan muda kita hari ini,berhibur tak tentu hala 24 jam ,mungkin ada kebenaran .

tetapi,tidaklah perlu kita sampai pergi emosi bakar gereja.

Allah Swt tidak menyukai orang yang memulakan pergaduhan.

"dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.(2:190)"

dan saya juga bersetuju dengan pendapat saudara bahawa,ingat,apa-apa juga yang dilakukan oleh musuh Islam,kita mesti yakin Allah akan melindungi orang-orang yang beriman terhadapnya.

Malah,Islam pasti menang.

Ingat.Disebutkan dalam Al-Quran,Allah berhak untuk memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki dan menyesatkan sesiapa yang dikehendaki.

jika itu berlaku,tiada siapa yang dapat mengubahnya.

jadi,apa yang kita sebagai umat islam kena lakukan?

bagi kita yang ada ilmu ini,sebar-sebarkan ilmu yang ada.berdakwah kepada orang ramai.

bagi orang yang tiada ilmu agama,carilah ilmu supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah tipu daya musuh islam.

satu sahaja yang saya pegang,jika kita benar-benar ingin memperjuangkan agama Allah,buat betul-betul.

jangan berkompromi.agama setengah,maksiat setengah.

setengah hari sembahyang,setengah hari mengumpat orang.setengah hari sembahyang,setengah hari melihat aurat wanita.

kita kena kembali ke jalan Islam.

maksud saya dengan hanya kembali ke Islam yang sebenar baru kita tidak boleh diperdaya oleh orang kafir.

kerana,kenapa kita hendak mempercayai orang kafir jika kita sudah tahu dan yakin hakikat bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah?

hanya orang yang imannya rapuh dan tidak beribadat kepada Allah sahaja yang akan percaya jika dikatakan Allah itu beranak.

ini kerana orang yang beriman dan berilmu,tahu bahawa Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.Allah itu Satu.

kesimpulan,banyakkanlah ilmu dan iman.kerana kita hidup di akhir zaman.memang dijanjikan bahawa hidup di akhir zaman ini banyak cabaran.

kita kena saling ingat mengingat di antara satu sama lain.

jangan asyik berpolitik berhibur dunia 24 jam sehingga agama itu akhirnya hanya bermaksud "sembahyang lima kali sehari".

agama islam itu sebenarnya lebih dari itu.

kembalilah ke jalan islam.

n lastly

sebgai tambahan merjuk kenyataan di bawah

"PAS mengeluarkan pendirian rasminya dengan menegaskan perkataan "Allah" dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan kalimah "Allah" secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini."


untuk pengetahuan semua,agama kristian dan yahudi yang wujud pada hari ini bukanlah agama samawi lagi.ini bukan ajaran yang dibawa oleh nabi isa. nabi isa tidak pernah mengatakan dia anak tuhan.

agama kristian dan agama yahudi yang ada pada hari ini adalah agama yang telah dipagan dan dimanipulasikan oleh tangan jahat musuh Islam.

ingat.Hanya satu sahaja agama yang benar.Agama Islam sahaja yang benar pada hari ini.

Insya-Allah.Betulkan saya jika saya silap.

Assalamualaikum WBT.

teruskan menulis

sot said...

TQ Sdra Umar kerana komen yg bernas dan panjang lebar ini. Semoga kita sama2 menguatkan jatidiri dgn akidah yg kukuh dan ilmu yg mantap sebagai pertahanan kepada pelbagai ancaman dari musuh2 Islam termasuklah dari kalangan umat Islam sendiri, puak munafik, apatah lagi kafir yg memusuhi, nafsu diri, dan ancaman syaitan laknatullah. Jazakallah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...