
Najib berkata, program tersebut yang bertujuan mendekati semula rakyat, akan dijalankan berterusan setiap bulan di seluruh negara. Katanya, program Juara Rakyat akan dijalankan berterusan setiap bulan di semua bahagian Umno. "Tiap-tiap bulan mesti buat program Juara Rakyat," katanya di majlis pelancaran program itu yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang.Program "Juara Rakyat" berkonsep ekspo itu bertujuan untuk menggerakkan Umno di semua bahagian Umno di seluruh negara dengan menggunakan beberapa tema yang ditetapkan. "Kita mestilah sentiasa dapat merasai denyut nadi rakyat melalui usaha-usaha yang dilakukan supaya kita mesra dengan rakyat," katanya lagi. Alhamdulillah, Najib dalam ucapannya turut mengumumkan peruntukan 15.6 juta untuk baiki 5,000 pangsapuri penduduk di kawasan itu.
Tambahnya, nama program Juara Rakyat itu sendiri dipilih atas keinsafan mereka terhadap isyarat yang ditunjukkan oleh pengundi semasa pilihan raya umum 2008. Bercakap dalam sidang media selepas itu, Najib turut mengulas kempen "Umno Pengkhianat Rakyat" yang dilancarkan PAS, dan menyifatkan kempen seperti itu sebagai satu bentuk negatif. "Itu kempen cara dia. Kita tak kempen cara negatif, tapi kita nak tumpu rekod prestasi kita setiap masa," katanya lagi.
Dalam era rakyat yang mudah terdedah kepada pelbagai informasi dan maklumat, maka segala sogokan media atau paparan berita selalunya tidak akan di telan bulat2. Rata2 rakyat Malaysia suka memerhati dan berfikir sebelum membuat keputusan terutamanya dalam menyokong mana2 pemimpin atau calon2 yang bertanding dalam pilihan raya. Tidak seperti era 70an atau 80an dulu. Ini sudah terbukti pada pilihanraya yang lalu. Dan rasanya trend ini akan berterusan pada pilihan raya yang akan datang juga.
Pro

Dalam pemerhatian saya apabila melihat bendera2 Umno dan BN yang meriah dipasang sepanjang jalan seolah-olah ada pilihan raya kecil, rasanya PM merasmikan program "Juara Rakyat" atas kapasitinya sebagai Presiden Umno dan bukan sebagai kapasitinya sebagai Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia. Dan majoriti booth2 yang ada di ekspo pula terdiri dari booth2 Umno dari pelbagai negeri dan cawangan seluruh negara. Cuma satu persoalan yang di timbulkan media ialah dari mana sumber dana RM2 juta untuk menjayakan program ini di perolehi. Adakah dari dana Umno atau dari dana kerajaan Malaysia?
Khabarnya perasmian Juara Rakyat diawalkan sehari untuk tidak bertembung

Tapi apa pun rakyat akan lebih bijak menilai. Pemimpin yang "walk the talk" untuk membela nasib rakyat dan membawa kesenangan bukan kesusahan kepada rakyat akan akhirnya mendapat tempat di hati rakyat samada memilih BN atau PR sebagai wadah kerajaan. Bak tagline Nabil "Lu PK la sendiri".
@@@
No comments:
Post a Comment