Tuesday, September 15, 2009

Hanya 4 Hari Lagi


Setelah dewasa begini perjalanan Ramadhan terasa sangat laju berbanding zaman kanak2 dulu. Apakah kerana masa akhir zaman ini sudah mengecut atau kerana disibukkan oleh pelbagai hal dunia. Apa yang nyata Ramadhan kali ini hanya berbaki 4 hari saja lagi. Hari2 yang berlalu tidak akan kembali lagi.

Maka yang berbaki ini bak kata Ust Azhar pada Kuliah Subuh ahad lepas mestilah kita pulun habis. Qur'an yang belum dikhatam itu baca terus tuan2 sampai khatam. Zakat fitrah kalau belum langsai tu segerakan. Sedekah jariah dan infak di jalan Allah perbanyakkan. Solat2 sunat tu lebih2kan. Iktikaf, bertaubat sungguh2 dan mohon keampunan. Zikrullah sepanjang masa. Pergi memburu Lailatul Qadr "Sesiapa yang berjaga dan solat pada malam Lailatul Qadr kerana ketaqwaan dan mengharapkan ganjaran, dosa2nya yang lalu akan diampunkan" (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bulan Ramadhan adalah bulan dimana Al-Qur'an telah diturunkan bahkan kitab2 yang terdahulu juga diturunkan di bulan Ramadhan. Bagi mereka yang membaca Al-Qur'an pahalanya sangatlah lumayan seperti sabda Rasulullah SAW "Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap2 kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

Apabila kita membaca Al-Qur'an dan memahami isi kandungannya, kita akan menikmati kehidupan yang penuh kebahagiaan dan kejayaan kerana:


  1. Kita akan dapat membezakan di antara jalan yang benar dan yang salah seperti difirmankan oleh Allah SWT "...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)." (Baqarah: 185)

  2. Ia membebaskan kita dari perbuatan syirik, kepercayaan karut dan amalan2 bida'ah: "Kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji." (Ibrahim: 1)

  3. Ia membongkarkan rahsia dan tipu helah musuh ketat kita; Syaitan dimana objektif utamanya untuk memastikan kita menyertainya di neraka jahannan. Allah berfirman "Syaitan itu memberikan janji2 kepada mereka dan membangkitkan angan2 kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipu belaka."

Al-Qur'an menuntut kita membaca, memahami, menghayati dan mengamalkannya. Harapan kita semoga selepas pemergian Ramadhan tahun ini amalan yang baik iaitu membaca Al-Qur'an akan sentiasa menjadi sebahagian daripada rutin harian hidup kita. Marilah kita mulakan hari kita dengan membaca Al-Qur'an kalam Allah sebelum membaca apa2 pun dari kalam manusia.

Pada tazkirah malam tadi, Ustaz Fauzi dari Kedah menyatakan hari yang paling bahagia baginya ialah apabila mendapat panggilan telefon anaknya yang berusia 12 tahun yang memberitahu berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Qur'an. Betapa beruntung seorang bapa yang punyai peluang mendapat syafaat dari anak penghafal Al-Qur'an di akhirat kelak.

Ustaz yang punyai pengalaman berceramah di seluruh negara juga ada menyelitkan sebuah kisah di perkampungan orang asli di daerah pendalaman Dabong semasa beliau berceramah di sana. Tok Batin di situ adalah seorang yang celik Al-Qur'an dan beliau yang hafiz 20 juzuk mengimani solat dengan bacaan yang sunggah indah dengan lagu Imam besar Masjidil-Haram Abdul Rahman Sudais hingga berjaya menitiskan airmata para jemaah sekelian termasuklah Ustaz.

Tok Batin ini menceritakan pada satu hari dia telah berkunjung ke Bandar Kuala Krai untuk membeli TV kerana di kampungnya tak ada TV. Jadi setelah balik dengan teksi dan berjalan masuk ke perkampungannya membawa TV maka anak buah semuanya datang berkumpul ke rumahnya untuk melihat TV. Dia pun berkata "hah...tengoklah...TV9 ada Tv3 ada Tv1 ada.....tengok2 semua..." cuma satu masalahnya, kampung tu takde bekalan letrik lagi...ha hah. Itulah ibarat nya kata Tok Batin yang cerdik tadi jika kita memiliki Al-Qur'an tetapi tidak membaca dan mengamalkannya. Tajam tu.

Baiklah dalam detik2 kita untuk berpisah dengan Ramadhan tahun ini yang entah dapat berjumpa entah tidak lagi dengan Ramadhan yang akan datang, maka marilah gandakan amal soleh kita dalam baki dan sisa2 yang ada ini. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan "bahawa Nabi Muhammad SAW beruasaha lebih gigih dalam ibadahnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan berbanding dengan waktu2 lain, solat, membaca Al-Qur'an dan berdoa." Marilah kita sama2 mengikuti jejak junjungan besar kita itu.

Allah berfirman "Tiap2 yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu..." (Ali-Imran: 185)

Allah menghantar kita di dunia ini dengan tujuan kita mengumpul ganjaran yang telah disediakan supaya kita dapat membina satu kehidupan yang bahagia di akhirat. Dunia ini diibaratkan sebagai tempat untuk menabur benih sahaja dan hasilnya menanti di akhirat kelak.

Jadi wajarlah kita menggunakan masa yang singkat ini dengan menaburkan sebanyak mungkin benih2 yang baik dan berfaedah supaya hasil yang diperolehi kelak adalah hasil yang akan menempatkan kita di makam yang tertinggi di sisi Allah.

@@@

Wednesday, September 09, 2009

Al-Qur'an Mula Di Turunkan - Nuzul Qur'an atau Lailatul Qadar?

Saya rasa ramai antara kita yang mungkin keliru perihal detik peristiwa Al-Qur'an mula diturunkan, kerana setengah berpendapat ianya berlaku pada 17 Ramadhan iaitu pada hari kita kenali sebagai Nuzullul Qur'an itu. Dan dalam penerangan yang lain dikatakan Qur'an diturunkan pada Lailatul Qadar. Dalam pencarian saya maka saya terjumpa blog ini yang memberikan penerangan yang dapat menjelaskan perbezaan atau kekeliruan ini. Semoga ada manafaatnya.

Nuzulul Qur’an adalah waktu turunnya Al-Qur’an yang bertepatan dengan malam yang disebut Lailatul Qadar. Allah SWT menurunkan Al-Qur’an pada Lailatul Qadar. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surat Al-Qadr ayat 1-5.

Namun begitu, Nuzulul Qu’an sering diperingati pada malam 17 Ramadhan, sementara umum diketahui bahwa malam Lailatul Qadar jatuh pada sepertiga malam yang terakhir bulan Ramadhan. Mengapa bisa berbeda?
Allah SWT berfirman,


إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ. تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ. سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (QS. Al-Qadr 1-5).

Para ulama berbeda pendapat tentang dlamir “hu” atau kata ganti yang merujuk kepada Al-Qur’an dalam ayat pertama. Apakah Al-Qur’an yang dimaksud dalam ayat itu adalah keseluruhannya, artinya Allah SWT menurunkan Al-Qur’an sekaligus dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam Lailatul Qadar, ataukah sebagiannya, yaitu bahwa Allah SWT menurunkan pertama kali Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW, yaitu surat Al-‘Alaq Ayat 1-5 pada malam Lailatul Qadar?

Dalam sebuah riwayat disebutkan, Ibnu Abbas RA menjelaskan bahwa Al-Qur’an yang diturunkan pada Lailatul Qadar keseluruhnya; baru kemudian secara berangsur diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. (HR. Ath-Thabrani).

Sementara itu Nuzulul Qur’an sering diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, dengan mengadakan pengajian atau tabligh akbar, dan bukan pada malam Lailatul Qadar. Hal ini didasarkan pada pendapat yang menyatakan bahwa pada tanggal tersebut Rasulullah SAW pada umur 41 tahun mendapatkan wahyu pertama kali. Yaitu surat Al-‘alaq ayat 1-5 ketika beliau berkonteplasi (berkhalwat) di gua Hira, Jabal Nur, kurang lebih 6 km dari Mekkah.


Nuzulul Qur’an yang diperingati oleh umat Islam dimaksudkan itu adalah sebagai peringatan turunnya ayat Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW yakni ayat 1-5 Surat Al-Alaq.


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ. خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ. اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ. الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ. عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.


Adapun Lailatul Qadar merujuk kepada malam diturunkannya Al-Qur’an dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah atau langit dunia.


Dikisahkan bahwa pada malam itu langit menjadi bersih, tidak nampak awan sedikitpun, suasana tenang dan sunyi, tidak dingin dan tidak panas.

Saya teringat tazkirah di Masjid As Salam malam tadi oleh Ust Zawawi Ismail yang menceritakan bahawa manusia ini yang asalnya dari datuk nenek kita iaitu Nabi Adam dan isterinya Hawa yang tempat asalnya dari Syurga. Maka kita mestilah dambakan kepulangan ke kampung asal kelahiran kita iaitu Syurga Allah. Itu adalah fitrah manusia. Kita bukan berasal dari dunia ini, dari Bukit Beruntung atau Tanjung Malim, bukan dari planet ini. Kita ni UFO, makhluk asing di sini. Persinggahan sementara. Maka apa sangat yang dikejar. Asal kita Syurga Allah. Hidup kekal abadi kita di Syurga sana.

Namun malangnya tidak semua kita akan dapat pulang ke Syurga, malah Ustaz menerangkan di Akhirat besok Nabi Allah Adam di minta memilih 999 orang untuk dimasukkkan ke Neraka dan 1 orang untuk dimasukkan ke Syurga, batch by batch. Maknanya kalau lah di Taman Perumahan kita ini 1000 penduduk maka hanya seorang saja yang layak untuk ke Syurga. Maka siapakah dia? Adakah kita? Maka ini kena tanya iman dan kena muhasabah banyak2. Ibarat hendak mencapai sebuah anugerah yang besar, maka ikhtiar dan teknik kena besar juga. Bukan ala kadar.

Untuk itu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang membantu kita. Wahyu Allah yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah iaitu Al-Qur'an menjadi petunjuk untuk kita mencari jalan pulang itu. Al-Qur'an juga dikenali sebagai al-Nur, al-Furqan, al-Zikr dan lain-lain lagi yang secara tidak langsung menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Maka berpeganglah pada Al-Qur'an sebagai peta untuk berada di jalan yang lurus menuju Syurga Allah.

Jibrail menjadi semulia-mulia malaikat dari kalangan para malaikat yang lain kerana Al-Qur'an ini. Rasulullah SAW menjadi semulia-mulia Rasul dari kalangan para Rasul ialah berkat Al-Qur'an ini. Tanah tandus Mekah dan Madinah menjadi semulia-mulia tempat kerana di sanalah Rasulullah menerima wahyu Allah iaitu Al-Qur'an tadi. Zaman para sahabat menjadi sehebat-hebat zaman kerana berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Dan daripada sebanyak-banyak umat manusia, umat Nabi Muhammad SAW adalah yang paling mulia dan diberi keutamaan untuk masuk Syurga terlebih dahulu. Maka kenapakah kita masih memandang sepi pada Al-Qur'an?

Yang penting di sini ialah Allah telah memberi kita bahan rujukan utama sebagai panduan bagaimana hendak kembali ke Syurga. Apa dia? Itulah dia Al-Qur'an yang memang lengkap selengkap-lengkapnya sebagai penunjuk arah tuju samada hendak ke Syurga atau Neraka, yang membezakan yang mana salah yang mana betul, yang mana halal yang mana haram. Al-Qur'an itu di turunkan kepada kita bukan untuk dibiarkan di dalam almari atau rak buku tetapi untuk di baca, di fahami, di hayati dan di amalkan.

Al-Qur'an yang akan membawa kita kembali ke kampung asal kita iaitu Syurga Allah. Apatah lagi di bulan Ramadhan ini yang begitu banyak tawaran dan ganjaran yang Allah hidangkan untuk kita ambil dan rebut bagi memudahkan kita dalam perjalanan pulang itu. Maka berlumba-lumbalah kita untuk balik kampung pada tahun ini, insyaAllah. Semoga kita termasuk ke dalam kelompok "one in a thousand" umat Islam yang akan selamat 'balik kampung'.

@@@

Tuesday, September 08, 2009

Maghfirah 10 Kedua


Alhamdulillah kita masih diberi ruang oleh Pencipta kita untuk masih berupaya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Pejam celik pejam celik sudah hari ke 18 rupanya. Di Masjid As Salam BS nampaknya jumlah jemaah solat malam masih bertahan. Kiraan kasar saya dalam 15 sof x 40 iaitu sekitar 600 jemaah.

Tazkirah selepas 4 rakaat teraweh juga masih berjaya menarik tumpuan jemaah sekelian. Semalam nazir masjid menyampaikan tazkirah 30 minit mengingati tentang hikmah ibadah puasa yang mendambakan penghayatan first class kita pada amalan2 fardhu dan sunat, makan minum kita dengan waraq yakni dgn berhati-hati iaitu bersederhana dan tidak berlebih-lebihan, menahan diri dari segala larangan Allah, dan sabar dalam ketiga-tiga proses tersebut. Dan beliau juga mengingatkan jemaah tentang Nuzul Qur'an dan mukjizat Al Qur'an serta pentingnya bersedekah dan bagaimana Rasulullah SAW sangat memuliakan fakir miskin. Tazkirah di akhiri dengan beberapa kisah sahabat untuk dijadikan contoh tauladan.

Hadis Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa terdapat tiga bentuk ganjaran diberikan Allah kepada hamba-hambaNya sepanjang bulan Ramadan, iaitu rahmah (rahmat), maghfirah (keampunan) dan `itq min al-nar (bebas daripada api neraka). Rahmah terdapat di dalam sepuluh hari pertama bulan Ramadan, maghfirah terdapat di dalam sepuluh hari keduanya dan `itq min al-nar terdapat di dalam sepuluh hari terakhirnya.

Begitu mudah kita membilangnya, tetapi tidak semudah itu untuk kita mendapatkannya. Ia terikat dengan beberapa pra syarat yang ketat, tanpanya kita hanya akan mengalami lapar dan dahaga sahaja semasa kita berpuasa. Pra syarat tersebut adalah memahami erti puasa rukun dan syaratnya, melaksanakan adab dan etika berpuasa. Dengan kesempurnaan perkara-perkara tersebut, kita mengharapkan akan mendapat tawaran Allah, iaitu rahmah, maghfirah dan itq min al-nar.

Semalam kita cuti Nuzul Qur'an di Selangor dan beberapa negeri lain. Ramai yang pi shopping hingga jem teruk KL.

Peristiwa nuzulnya al-Quran terjadi pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
  1. Perkataan “nuzul” bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah. Ia juga boleh dikiaskan sebagai berpindah daripada tempat yang mulia kepada tempat yang kurang mulia. Ia adalah permulaan kepada sebuah proses yang mengambil masa 22 tahun 2 bulan 22 hari.
  2. Perkataan “Al-Quran” pula bererti bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu adalah untuk dibaca oleh manusia. Manakala ia dikatakan sebagai himpunan kerana di dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muammalat dan sebagainya.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail Alaihi Salam ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq, yang bermaksud:
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(S. al-Alaq: 1-5).

Al-Quran di samping membawa maksud kitab bacaan, ia juga dikenali sebagai al-Nur, al-Furqan, al-Zikr dan lain-lain lagi yang secara tidak langsung menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Nuzul al-Quran adalah peristiwa penting yang harus diingati dan direnungi oleh setiap umat Islam. Bermula dengan peristiwa itu, zaman jahiliah yang dipenuhi kegelapan disinari cahaya, daripada kesesatan kepada kebenaran; hidup bertuhankan hawa nafsu kepada hidup bertuhankan Allah SWT. Dengan perkataan lain, peristiwa Nuzul al-Quran mengubah dan membina peradaban umat. Ini kerana al-Qur'an adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu adalah perkara benar dan tidak perlu diragui oleh manusia.

Maka janganlah kita sekadar meraikan Nuzul Qur'an itu dengan bershopping sakan di Jalan TAR tapi lebih dari itu marilah kita membaca Al-Qur'an, memperbetulkan bacaan, dan memahami isi kandungannya, dan yang lebih utama ialah mengamalkan segala ajaran yang terkandung di dalamnya.

Maka 10 kedua terakhir Ramadhan ini ialah peringkat keampunan Allah. Di atas segala kekuatan amalan soleh kita di 18 hari pertama dan berkat Al Qur'an yang kita baca, marilah kita bertaubat di atas segala kesilapan dan dosa kita, menyesali dan berazam tidak mengulangi lagi dengan sungguh2 hingga menitis airmata supaya di sana ada ehsan Allah untuk menerima taubat kita dan memberi maghfirah yang dijanjikan-Nya itu. Supaya kita start fresh suci bersih ibarat kain puteh untuk melangkah ke 10 terakhir Ramadhan yang menjanjikan pembebasan kita dari api neraka Allah.
Alangkah hebatnya incentive demi incentive yang Allah berikan kepada kita maka sangat bodoh dan dungunya kita untuk hanya membiarkan ia berlalu begitu saja seperti tahun2 yang lepas. Apalagi objektif hidup kalau bukan bebas dari azab neraka Allah?

Ayuh, just do it !! Jangan tangguh lagi. Tawaran hebat Ramadhan hanya berbaki 12 hari lagi.

@@@

Thursday, September 03, 2009

Bubur Lambok


Bubur Lambok juadah popular buat berbuka puasa warga kota dan desa.

Tadi saya singgah solat asar di Masjid Jamek. Lepas solat je tu dia, jemaah beratur panjang untuk mendapatkan pembahagian bubur lambuk yang disediakan oleh pengurusan Masjid Jamek.


Saya sempat snap beberapa gambar untuk posting ini. Brother tu offer saya tiga pek tapi saya tak ambik sebab memang saya tak minat bubur lambuk ni begitu juga ahli keluarga saya kecuali anak kedua saya, tapi dia pula tinggal kat hostel.

Wednesday, September 02, 2009

Tazkirah Ramadhan



Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 12 kita menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan. Saya sekeluarga setakat ni istiqamah solat malam di Masjid As Salam. Tazkirah di adakan selepas 4 rakaat solat teraweh sekadar 30 minit. Dan saya bersaksi bahawa tazkirah yang memberi peringatan demi peringatan dan ilmu agama supaya kita tahu dan faham ini sangatlah baik. Alangkah ruginya selama ini apabila siri tazkirah Ramadhan disekat dan tidak dibenarkan diadakan di masjid-masjid terutamanya di Selangor ini. Maka benarlah kata penceramah dua malam lepas bahawa tidak selamatlah orang yang menentang tazkirah ini. Bala demi bala akan menimpanya.

Baiknya tazkirah Ramadhan yang diadakan di masjid-masjid ini ialah kerana audience nya yang ramai berbeza dengan program kuliah-kuliah maghrib yang diadakan selama ini di luar Ramadhan kerana audience nya sangat terhad dan terdiri dari muka-muka jemaah yang regular sekadar 20 hingga 30 orang sahaja. Tetapi tazkirah Ramadhan yang di adakan di pertengahan perjalanan ibadah solat teraweh itu berjaya menawan satu jemaah masjid yang berjumlah 800 hingga 1000 orang itu. Itulah peluang yang sangat berharga untuk menarik perhatian kepada mesej dakwah dan peringatan demi peringatan agama yang perlu disampaikan. Pendedahan ini sangatlah penting supaya menanam rasa kesedaran agama kepada umat. Semoga ilmu yang diperolehi oleh 1000 orang ini akan disampaikan pula kepada 1000 orang yang lain samada anak, isteri, suami, ibu, ayah, atau kawan2. Maka berkembanglah ilmu yang ada manafaat di sisi agama itu. InsyaAllah.

Kekretivitian AJK masjid sangat penting supaya jemaah tidak rasa tertekan atau jemu selama menjalani ibadah solat terawih di bulan Ramadhan ini. Contoh yang sangat baik ialah AJK Masjid As Salam ini yang menukar kebiasaan teraweh 20 rakaat nya menjadi 8 rakaat sahaja pada malam-malam yang ada dijemput penceramah luar untuk memberi tazkirah 30 minit. Maka program teraweh tidak berakhir dengan terlalu lewat sehingga membebankan pula. Kerana pada malam pertama dulu selesai tadarrus sehingga menjangkau 1 pagi. Setakat ini saya perhatikan penceramah2 jemputan mempunyai gaya dan kelebihan yang tersendiri. Masing2 membawa topik yang berbeza-beza dengan penampilan yang professional dan adakalanya menghiburkan. Yang penting perhatian audience tertumpu dan fokus. Semoga ilmu yang di dapati itu bisa menjana ketaqwaan dalam diri kita semua.

Slot tazkirah itu pula boleh diisi oleh penyampai yang terdiri kalangan AJK Masjid sendiri yang diperuntukkan masa yang lebih pendek iaitu sekitar 10 hingga 15 minit selepas 4 rakaat teraweh. Dan diteruskan solat selepas tazkirah itu hingga mencukupi 20 rakaat dan diikuti dengan witir 3 rakaat. Sekiranya penceramah luar yang diundang tidak dapat hadir maka slot itu di isi oleh AJK Masjid surau tadi, yang setakat ini tidak mengecewakan dari segi gaya penyampaian dan isinya. Itulah yang kita mahu petugas-petugas yang berilmu bukan sekadar mahu mencari kepentingan semata.

Malam tadi isteri saya dengan cerianya bercerita bahawa masalah speaker (PA system) di ruang muslimah yang selama ini tidak baik kualiti bunyinya, berdengung dsb telah berjaya di atasi oleh pihak pengurusan masjid. Seronok isteri dan anak saya kerana telah dapat mendengar suara penceramah dengan jelas. Sebenarnya masalah berdengung PA system di ruang muslimah ini sudah bermula sejak masjid ini dibuka beberapa tahun yang lalu. Namun tiada tindakan diambil untuk mempebaikinya seolah-olah ianya bukan masalah sangat. Tapi jika di teliti akibat dari masalah kecil itu amat merugikan kerana jemaah kaum ibu dan isteri tidak dapat menerima ilmu yang disampaikan maka ilmu itu tidak berkembang, malah ramai yang asyik berbual-bual kosong sepanjang sessi ceramah atau tazkirah. Mungkin tak ada yang komplen secara rasmi, tapi yang nyata AJK Masjid sebelum ini tidak peka pada masalah ini. Ternyata tindakan pantas barisan AJK yang baru yang dipilih beberapa bulan yang lalu ini telah berjaya mengatasi masalah ini. Dengan usaha kecil itu maka kaum muslimah dapatlah fokus kepada ilmu yang disampaikan sepanjang tazkirah di bulan Ramadhan yang berbaki 17 malam lagi ini. Better late than never. Terima kasih kepada pihak AJK Masjid As Salam kerana peka.

Saya masih ingat penceramah luar pertama yang dijemput membawa style light & easy. Ustaz dari Rawang ini banyak berkongsi zikrullah wali2 Allah untuk sama2 diikuti oleh jemaah sekelian. Juga diselitkan dengan pantun2 nasihat dan sufi yang diciptanya dengan memetik kitab2 ilmu hadis. Mesej yang sampaikan santai tapi melekat insyaAllah.

Uztaz Wan Samsuddin bekas imam dan kini salah seorang AJK Masjid As Salam juga menyampaikan tazkirah yang sangat jelas dan tersusun. Mengetengahkan hikmah2 Ramadhan dan kepentingan solat witir.

Penceramah jemputan dua malam lepas pula membawa penampilan yang agak serius. Katanya masjid, contohnya Masjid As Salam ini adalah tempat yang selamat untuk kita berada dan beribadah. Tiada tekanan atau sekatan. Betapa beruntungnya kita namun tak ramai juga yang datang pada hari2 biasa kecuali agak penuh di bulan Ramadhan ini.

Berbeza dengan nasib saudara seagama kita di Myanmar yang ditindas dan ditembak sesuka hati oleh junta tentera pemerintah jika mempraktikkan Islam seperti mengambil wudhuk, mengerjakan solat atau membaca Al-Qur'an. Begitu juga di Bosnia, jangan kita ingat segala konflik sudah berakahir dengan berakhirnya perang pada tahun 1995, kerana provokasi dari bangsa Serb yang beragama Kristian pada bulan lepas saja telah mengorbankan 530 orang umat Islam Bosnia. Mereka memprovokasi dengan berak di depan masjid dan melontarkan najis mereka dan menyapu dengan penyapu macam menyapu cat di dinding2 masjid. Mereka lengkap bersenjata dan bertindak kejam membunuh umat Islam yang cuba melawan. Di China betapa kini umat Islam di tindas, masjid2 di tutup dan Al-Qur'an dan kitab2 agama di bawa ke Beijing dan memaksa imam2 untuk membakarnya. Di Kemboja, Al Qur'an tidak dibenarkan di masjid2 malah yang ada cuma 10 Al-Qur'an di setiap masjid, itu pun yang diseludup masuk. Jemaah terpaksa bergilir meminjam setiap 3 bulan dan mengajar anak2 membacanya di rumah masing2. Betapa payahnya saudara seagama kita di luar sana berbanding dengan kita di Malaysia ini.

Maka insaflah dan fahamilah bahawa musuh2 Islam sentiasa mencari ruang untuk menindas umat Islam. Janganlah biarkan Al-Qur'an berabuk tidak dibaca. Beribu-ribu umat Islam yang dibunuh tidak akan mendapat pembelaan dari PBB atau negara2 barat, tetapi jika seorang saja yahudi yang dibunuh maka CNN dan seluruh media dunia akan mengulang tayang peristiwa itu dan menuduh Islam sebagai pengganas. Itulah hakikat yang pahit yang bukan lagi cobaan tapi betul2 kejadian.

Dan malam tadi pula penceramah undangan dari Gombak bercerita keistimewaan Ramadhan kerana adanya ibadah puasa yang bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum tetapi juga adalah puasa mulut dari mengumpat, bercakap bohong dan dusta. Puasa mata dari melihat yang haram. Puasa telinga dari mendengar lagu2 rock tetapi gantikanlah dengan mendengar ayat2 Al-Qur'an dan zikrullah. Puasa hidung. Puasa kaki, puasa tangan, puasa hati, puasa minda. Pendek kata menahan diri dari melakukan maksiat kepada Allah. Seterusnya ada Nuzul Qur'an iaiatu permulaan turunnya 6666 ayat Al-Qur'an sepanjang tempoh 22tahun 2 bulan 22hari itu. Kemudian Ramadahan ini ada Solat Teraweh yang tidak wujud di bulan2 yang lain. Akhirnya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.

Maka sudah semesti seorang muslim sejati tidak akan melepaskan keistimewaan yang terhidang di depan mata ini. Ayoh ada berbaki 17 hari lagi untuk kita sama-sama melipat gandakan usaha agar kita kaya-raya di akhirat Allah nanti. Amiin.

@@@

Thursday, August 27, 2009

Solat Witir

Alhamdulillah sudah 6 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Saya sekeluarga menunaikan solat isyak, terawih & solat witir setakat ini di Masjid As-Salam. Pada malam pertama dulu melimpah ruah jemaah hingga ke belakang. Dan saya perhatikan bilangan jemaah mulai berkurangan pada malam-malam seterusnya. Semalam saya kira ada 16 saf jemaah lelaki iaitu 40 org x 16 saf = 640 & 4 saf jemaah muslimat iaitu 40 org x 4 saf = 160 org. Total = 800 jemaah lebih kurang. Tapi malam ni nampak sudah berkurang menjadi 12 saf jemaah lelaki. Total = 650 orang lebih kurang. Apakah trend tahun2 lepas akan berulang lagi? Iaitu semakin hampir penghujung Ramadhan maka semakin berkurang bilangan jemaah di masjid dan surau.

Pihak AJK masjid As-Salam melaksanakan penyesuaian program di mana selepas 4 rakaat solat teraweh akan di selitkan slot tazkirah yang mengambil masa 10-15 minit bagi penceramah dari kalangan imam2 dan AJK masjid As-Salam. Kemudian di sambung solat teraweh hingga cukup 20 rakaat dan solat witir 3 rakaat. Namun jika slot itu di isi dari penceramah jemputan maka masa yang diperuntukkan untuk tazkirah ialah 30 minit dan diteruskan teraweh sebanyak 4 rakaat lagi menjadikan 8 rakaat sahaja sebelum disambung dengan witir 3 rakaat. Diakhiri dengan majlis tahlil ringkas dan tadarus Al-Qur'an.


Malam ini slot tazkirah ini di isi oleh Ustaz Wan Samsuddin iaitu seorang ustaz yang memang tidak asing lagi dan dikenali ramai kerana dia juga seorang penduduk taman perumahan ini dan bekas imam surau Al-Bayan sebelum adanya masjid As-Salam ini. Penyampaian Ustaz Wan memang padat dan mantap dengan tajuk tazkirah yang dinyatakan oleh pengerusi majlis iaitu perihal solat witir. Ustaz memulakan tazkirah dengan beberapa penerangan ringkas tentang kelebihan Ramadhan, ibadah2 yang dituntut seperti membaca Al-Qur'an, kelebihan sedekah dan menyediakan makan minum orang berbuka.


Saya sudah lama mengenali Ustaz Wan ini dan pernah menjemputnya ke rumah saya untuk majlis kesyukuran untuk anak sulong saya yang akan melanjutkan pelajaran sekolah menengahnya di SAMT-KKB pada tahun 2003 dulu. Dia juga merupakan penyelia petang sekolah agama KAFA di BS ini dan sempat mengajar anak saya Farihin dan Iman.


Sudah lama saya tidak mendengar Ustaz berceramah dan malam ini saya lihat penyampaiannya memang lancar, dikukuhkan dengan banyak ayat2 Al-Qur'an dan hadis2 Rasulullah.

Penekanan beliau menjurus kepada solat witir. Jelas ustaz solat witir ini adalah penutup segala solat. Ibarat kita memasak masakan yang enak untuk kita persembahkan kepada raja, tiba2 kita bawa ke istana dengan bekas yang tidak bertutup maka janggal dan tidak sempurna sangatlah persembahan kita itu. Besar kemungkinan masakan lazat kita tadi tidak akan di terima raja malah mungkin di reject oleh pengawal istana awal2 lagi. Itulah ibaratnya penting solat witir sebagai 'penutup' tadi. Malah mengikut mazhab Hanafi hukum solat witir ini adalah wajib.


Hadis nabi lebih kurang bunyinya:-Solat witir itu hak keatas muslim, siapa nak boleh buat 5, 3 atau 1 rakaat.


Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda” Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah


Rasulullah juga pernah buat 7 rakaat direct dan 11 rakaat putus-putus (2,2,2,2,2,1)


3 mazhab menghukumkannya sunat, 1 lagi wajib iaitu mazhab Hanafi. Hanafi mewajibkan solat witir kerana:-

  • perkataan HAK dlm hadis diatas
  • satu hadis hasan yang lain:- Allah tambah satu solat lagi ke atas kamu, siapa tak solat hendaklah qadha, Buatlah antara Isya’ dan Subuh. Wahai ahli Quran, siapa tak solat witir bukan dari golonganku.

“Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Ahmad)

Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim)

“ Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir. ( HR. Ahmad)

Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)


YANG PENTINGNYA BUAT, BUKAN HUKUM. Setiap ilmu harus diikat dengan perbuatan, barulah melekat di hati.


Mengikut mazhab Syafie boleh buat 2 kali witir dalam satu malam. Mazhab lain tidak boleh berdasarkan satu hadis yang mengatakan fardhu tidak boleh lebih dari 2 kali. Pada permulaan Islam dibenarkan solat fardhu berulang kali sekiranya solat yang kedua lebih baik dari solat yang pertama (contoh jemaah lebih ramai). Akhirnya Rasulullah larang solat fardhu 2 kali.

“Tidak ada dua witir dalam satu malam” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi).

Witir itu di akhir solat malam.

Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw, “Jadikan penghabisan (akhir) shalatmu pada waktu malam dengan shalat witir.” (Bukhari – Muslim)

Solat malam disini maksudnya Isya’. Ada 2 jenis solat witir nabi iaitu sejurus selepas Isya’ dan tengah malam lepas tahajjud.

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).

Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isya’.


Rasulullah kata jangan solat witir seperti maghrib. Jgnlah kamu serupakan solat itu dgn solat Maghrib..” (diriwayatkan oleh Daruqutni). Beza witir dan maghrib ialah:-

  • Witir 3 rakaat baca surah, maghrib 2 sahaja
  • Witir 3 rakaat baca nyaring, maghrib 2 sahaja
  • Witir boleh jemaah bulan Ramadhan sahaja

Dalam 3 rakaat solat witir Nabi baca:-

  • Sabbihis (surah A’la)
  • Qulya (Al-Kafirun)
  • Qulhuwallah (Al-Ikhlas)
Alhamdulillah dengan penerangan yang kita dapat kongsikan di sini ada manafaatnya untuk kita mengambil berat perihal kepentingan dan kewajiban mengerjakan solat witir ini sebagai penyudah segala amalan harian kita, insyaAllah.

Marilah kita berdoa semoga kita menerima limpah rahmat keberkatan bulan Ramadhan ini dengan Allah memberi nilaian atas segala amal soleh kita yang penuh ikhlas kepada-Nya. Kita memohon agar diampun segala dosa dan kesalahan kita selama ini. Kita taubat sungguh2 dan menyatakan penyesalan di atas segala ketelanjuran melanggar perintah Allah. Semoga Allah menerima taubat kita dan mengampunkan segala dosa kita yang banyak tidak terhitung itu. Dan diakhir Ramadhan nanti kita bergantung harap pada Allah pencipta kita yang Pengasih dan Penyayang, yang suka memberi keampunan pada hamba2-Nya agar dibebaskan kita dari azab api neraka-Nya. Amiin.


@@@

Saturday, August 22, 2009

Who are we trying to Fool?

I sometime wonder who actually we are trying to fool because if we say we are fasting but we still not solat, not tutup aurat, not keeping our mouth shut from mengumpat, then is there any value at all on that act so call fasting?

Or what we are getting just hunger and thirst?

This is a month when a Muslim should try to:
  • See not what displeases Allah
  • Speak no evil
  • Hear no evil
  • Do no evil
  • Look to Allah with fear and hope

"O you who believe! Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become God-fearing." (The Quran, 2:183)


The Prophet (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven (Bukhari, Muslim).


Who are we trying to fool?

We cannot fool Allah.

Therefore we just fooling ourselves.

Don't be a bloody fool. Take all the lucrative offers available from your Creator in this very month of Ramadhan.

Be as smart as you can be.


@@@


Thursday, August 20, 2009

Selamat Datang Ramadhan


Setelah diperkenankan oleh pemegang mohor besar raja2 maka puasa ditetapkan bermula pada hari sabtu ini. Maka rasmilah tarikh permulaan Ramadhan tahun ini di negara kita. Itu sudah menjadi tanggungjawab pemerintah negara untuk mengisytiharkannya secara rasmi.

Selamat datang Ramadhan. Kita berdoa agar dipanjangkan usia untuk dapat sama2 menempuh kursus intensif jangka pendek universiti Ramadhan ini. Ramai sudah kawan2 dan saudara kita yang di tamatkan riwayat lebih awal dan tiada kesempatan lagi untuk menjalani kursus ini. Kita berdoa ke hadrat Illahi agar dikuatkan hati dan fisikal untuk menjalani segala amal soleh di bulan m
ulia ini yang pahalanya berlipat kali ganda. Ganjarannya direct dari Allah. Bulan 'overhaul injin' untuk menyucikan lahir dan batin dari segala noda dan dosa. Supaya di akhirnya akan terbebaslah kita semua dari azab api neraka Allah.

Puasa tahun ini bukan sekadar berlapar dan dahaga semata. Ibadah puasa yang luarbiasa yang mempunyai nilaian besar di sisi Allah. Marilah kita perbetul niat kerana Allah untuk berusaha seupaya mungkin mencapai kejayaan cemerlang dalam ujian silibus Ramadhan ini.

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila di maki-maki oleh seseorang atau lawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya ada
lah berpuasa."

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berdiri sembahyang dalam bulan Ramadhan kerana didorong keimanan dan keinginan memperoleh keridhaan Allah, maka diampunkan untuknya dosa-dosanya yang terdahulu."

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatkan semua syaitan."

Puasa merupakan pengembaraan roh yang berkat dan latihan kesihatan jasmani yang ideal, yang akan membersihkan tubuh dari racun dan toksik, membiasakan sifat sabar dan menderita, menentang kehendak nafsu, melemahkan kehendak syahwat, menghormati disiplin, sentiasa bersama jemaah, berniat baik kepada fakir miskin, menghargai nikmat, terhindar dari zalim, membersihkan hati, mensucikan roh, dan menyibukkan diri dengan kelazatan ibadah, berzikir banyak-banyak kepada Allah, iktikaf, solat, dan membaca Al-Qur'an. Jadikan puasa kita tahun puasa yang luarbiasa hebatnya. Kita tak mau puasa yang biasa-biasa, yang hanya ikut-ikutan, yang berlandaskan adat semata. Puasa nawaitu kerana Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang puasa pada bulan Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala daripada Allah, diampunkan dosanya yang telah lalu."

Kita berpeluang insyaAllah untuk start fresh, suci bersih. Inilah bulan yang mulia untuk membasuh dan menyucikan diri kita luar dan dalam. Maka jangan dibazirkan peluang keemasan seumur hidup yang Allah berikan di hadapan kita ini. Jangan anggap kurnia Allah ini akan berulang lagi sebagai satu proses semulajadi. Salah tu. Ini satu rezki. Ini satu kurnia istimewa dari Allah SWT kepada hamba-Nya. Tidak tentu kita bisa memperolehnya lagi. Ambil iktibar dari kawan sebaya kita yang sudah meninggal dunia. Tiada lagi Ramadhan
buatnya bukan? Maka kita yang masih bernyawa ini pun sama. Entah esok atau lusa ajal akan menjemput. Maka insaflah dan bersyukurlah bahawa Ramadhan tahun ini ialah sebuah kurniaan sebuah anugerah maha besar yang wajib kita hargai dan syukuri sungguh-sungguh hingga ke titisan iman yang terakhir. Bukankah kita ini orang yang beriman?

Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa." (Al-Baqarah:183)


@@@

Thursday, August 13, 2009

Sebuah Kematian


Hari ini kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut Ust Asri (42) vokalis kumpulan Rabbani akibat serangan jantung. Al-Fatihah.

Untuk lebih mengenali arwah silalah ke blog beliau.

Semalam kita membaca di akhbar berita kematian sasterawan Dharmala NS (62).Beberapa minggu lepas kematian political aide Teoh Beng Hock (30), pengarah kreatif Yasmin Ahmad (51), Raja Pop MJ (50), dan pelakon Shukri Hashim (55).


Sebuah kematian di usia yang masih mantap dan tanpa sejarah penyakit yang panjang. Sebuah kematian yang menemukan titik noktah kehidupan di dunia yang fana. Tarikh luput kehidupan dunia bersandarkan kepada pelbagai penyebab seperti lemah jantung, strok, koma, drug overdose, banjir, accident, atau jatuh dari bangunan.


Kematian mempunyai peranan besar dalam memantapkan akidah serta menambahkan semangat pengabdian kepada Allah. Tanpa kematian, manusia tidak akan berfikir apa yang akan terjadi sesudah mati dan tidak akan mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Dalam mengingati kematian, Imam Al Ghazali membahagikan manusia kepada tiga tingkatan iaitu:

i. Al Munhamik, iaitu orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Ia tidak ingat kematian dan enggan untuk diingatkan mengenai kematian. Jika diingatkan pula, akan menjauhkannya daripada Tuhan. Orang seperti ini kurang mempersiapkan bekal untuk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat.

ii. At Taib, iaitu orang yang selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah. Ia banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan di akhirat. Kalaulah tidak menyukai kematian tidak lain kerana mereka khuatir bekalan yang dipersiapkan belum cukup hingga dalam keadaan demikian takut menghadap Allah.

iii. Al ‘Arif, iaitu orang yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Ia sentiasa mengingati kematian bahkan selalu menanti saat kematian kerana baginya kematian adalah detik pertemuan dengan Allah, Zat yang selama ini dicintai selain memiliki persiapan untuk menghadapi kematian.


Menurut pandangan ulama, mengingati kematian di samping dapat meringankan beban duniawi, mampu melembutkan hati manusia.
Kesombongan, pergaduhan, pertumpahan darah, ketidakadilan serta perilaku negatif wujud akibat kehilangan kelembutan hati.

Mengingati kematian turut mendorong tindakan positif. Manusia akan mengisi hidup yang singkat dengan perkara kebaikan sama ada pada peringkat peribadi, masyarakat, bangsa dan agama.


Sesungguhnya, apabila kematian menjenguk seseorang, tanah dan pasir akan menjadi tempat tidurnya. Munkar dan Nankir menjadi temannya. Kubur menjadi tempat tinggalnya. Hari kiamat menantinya dan syurga atau neraka tempat kembali.


Firman Allah bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al Munafiqun: Ayat 11)


Marilah kita petik kata-kata arwah Ust Asri sebagai renungan hikmah :

  • Aku adalah pengejar syurga akhirat
  • Bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat
  • Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat ku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu
  • Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku
  • Tempat kerja syurga dunia harianku
  • Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas
  • Kemanapun dan sampai bila-bila pun syurgaku bersamaku...
@@@

Sunday, August 09, 2009

Sebuah Weekend















Sebuah weekend hampir berlalu bersama keluarga. Kakak akan ke SAMT-KKB sebentar lagi. Abang sudah kami hantar ke stesen bas metro untuk ke Rawang tadi. Abang akan naik komuter ke KL Central dan naik bas ke UIA PJ. Iman Asilah ikut menghantar kakaknya kerana nak singgah beli pen dan pensel sebab esok periksa. Semalam kami melalui pengalaman separuh hari mengacau lempok durian. Hari ni isteri masih sibuk memasak itu dan ini untuk membekal anak2 balik ke hostel masing2. Tinggal lah Iman di rumah pengubat sunyi. Weekend ni pelbagai juadah telah berjaya dinikmati termasuklah lempok durian, pulut pagi, jeput durian, air kelapa muda, ikan terubuk bakar, masak cili api lala, kek coklat, solok lada, ayam paprik, tempoyak, sambal kacang ikan bilis, singgang ikan selar kuning dan budu durian. Sebuah weekend hampir berlalu. Nikmat yang Allah kurniakan di sisi isteri dan tiga anak tercinta. Alhamdulillah.

Friday, August 07, 2009

Puasa Kerana Iman Bukan Kerana Adat

InsyaAllah pada 22 Ogos ini kita semua akan menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan 1430H. Saban tahun kita akan menempuh bulan yang penuh barokah ini selagi nyawa dikandung badan, InsyaAllah. Namun persoalannya apakah ibadah puasa yang akan kita jalani ini akan kita hayati dengan keimanan atau hanya sekadar ikut-ikutan tanpa ada ruhnya.

Sebuah artikel perihal ibadah puasa ini dapat kita ikuti di laman berikut http://al-fikrah.net/News/print/sid=136.html. Semoga kita lebih jelas dan lebih faham akan signifikasi ibadah ini.

Ramadhan adalah kurniaan Allah yang amat besar kepada umat Islam yang hanya akan bermakna jika kita dapat menilainya dengan betul. Jika tidak, bulan Ramadhan akan tiba dan berlalu tanpa kita memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

Hadith Rasulullah SAW ada menyebut "Jika ummatku mengetahui dengan sebenar-benarnya akan keutamaan Ramadhan, maka mereka berharap seluruh tahun itu sepatutnya manjadi bulan Ramadhan."

Di dalam hadith yang lain "Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari setiap bulan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Mana-mana amalan nafil yang dilakukan di bulan Ramadhan akan diganjari seumpama pahala amalan fardhu pada masa biasa dan amalan fardhu di bulan Ramadhan akan memperolehi ganjaran sebanyak tujuh puluh amalan fardhu pada masa-masa lain. Kalau ini kita nisbahkan pada sebuah bisnes maka alangkah menarik dan untungnya perniagaan ini. Tapi bila tiada cahaya iman yang menyuluh segala timbunan laba dan dividen yang didapat itu maka ianya hambar dan lesu tiada apa yang menyeronokkan. Puasa sekadar adat. Ikut-ikutan, orang puasa kita pun puasa. Orang tak makan kita pun tak makan. Orang solat tarawih kita pun join sama.

Dalam kuliah zohor semalam, Ustaz Shahrom mengingatkan jemaah supaya berdoa kepada Allah agar ibadah puasa kita tahun ini dapat dilaksanakan dengan penuh bermakna berpandukan iman bukanlah sekadar ikut-ikutan. Iman yang meyakini janji Allah. Bukan sekadar percaya tapi tidak yakin. Cukuplah kita bodoh dan diperbodohkan selama ini. Kita tidak mahu jadi bodoh dan rugi selamanya. Marilah kita jadi cerdik pada tahun ini, pada Ramadhan kali ini.

Bodohnya kita bila berpuasa di siang hari tapi masih mampu menipu, mencuri, rasuah, tidak menjaga aurat dan mengumpat. Bodohlah kita jika seronok bersolat tarawih ramai-ramai di masjid dan surau namun solat fardhu masih kita tinggalkan. Pantang kita tinggal solat tarawih tapi kita tidak berpantang untuk meninggalkan solat subuh dan zohor. Alangkah bodohnya manusia di hadapan Allah.

Rasulullah SAW ada bersabda "Setiap orang adalah pendosa, tetapi yang terbaik daripada yang berdosa tadi ialah orang yang bertaubat dan memohon keampunan."

Malam tadi saya dapat sms dari setiausaha surau Al-Faaizeen iaitu sahabat saya Hj Munir "Tuan nak tanya, ada ambil PA baru surau tak? Untuk repair ke, sebab PA tu dah tiada di surau tanpa berita?" Saya pun menjawab sms itu "Maaf saya tak ambik. Malam ni saya tak ke surau. Ada orang curi ke?"

Pagi ni Hj Munir menalipon saya dan menjelaskan PA itu hilang semenjak maghrib semalam, ingatkan ada sesiapa ambik pi repair, kerana hari tu kami dok discuss untuk buat suis bagi memisahkan speaker outdoor (untuk azan) dengan speaker indoor (untuk ceramah) sebab PA yang di beli pada 3/7/2009 di Jalan Pasar itu tidak ada zone 1 & 2 seperti PA lama kami. Pagi ni subuh tadi selepas di check rupanya tabung surau juga telah dikopek.
Maka sahlah adegan yang tidak diingini berlaku lagi. Manusia yang tidak takutkan Allah ini telah masuk ikut tingkap surau dan mencuri PA system baru kami yang baru berusia 33 hari itu. Sebelum ini ada dua kejadian mengopek tabung surau dengan kehilangan ratusan ringgit juga telah berlaku. Kami syak perbuatan ini dilakukan oleh manusia yang sama yang masih hitam hatinya yang masih tidak faham apa yang baik apa yang buruk. Saya doakan agar manusia ini insaf dan bertaubat dan mengembalikan PA System surau untuk kegunaan kami menjelang kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak ini.

Rasulullah ada menyebut "Apabila seseorang melakukan suatu dosa, satu titik hitam akan menghinggapi hatinya, tetapi apabila dia bertaubat, titik hitam tersebut akan terhapus; jika tidak titik tersebut akan melekat di situ selama-lamanya."

Marilah kita persiapkan diri kita untuk 14 hari mendatang ini untuk bersedia menjadi tetamu Allah di naungan bulan Ramadhan yang penuh barokah itu. Apa kata mulai malam ini kita sama2 bangkit untuk Qiam jam 4:30 pagi. Apa kata kita mulai tengahari ini dengan solat berjemaah zohor di surau dan masjid. Kita istiqamah solat fardhu berjemaah 5 kali sehari semalam. Selepas maghrib nanti kita baca Al-Qur'an.
Kita perbanyakkan solat-solat sunat kita, insyaAllah. Kita bersangka baik sesama manusia. Kita perbaiki akhlak dan bercakap dengan sopan. Kita cuci mata dengan hidangan yang baik-baik. Kita pelihara deria rasa kita dengan makanan halal dan deria telinga kita dengan halwa telinga yang berfaedah. Hanya tinggal 14 hari lagi. MasyaAllah Ramadhan akan tiba.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menggesa sahabat mengulang-ulangi empat perkara secara tetap:
  • Pertama, membaca kalimah Tayyibah yang dikatakan di dalam hadis sebagai zikir yang paling afdal.
  • Perkara kedua yang perlu diperbanyakkan ucapannya ialah istighfar iaitu memohon keampunan Allah SWT.
  • Berdoa untuk Jannah dan berlindung daripada Jahannam (neraka).

Ya Allah panjangkanlah usia kami untuk menempuh Ramadhan-Mu kali ini...Amiiin.

@@@

Tuesday, August 04, 2009

Misteri Seorang Perokok

Semalam lepas solat zohor kat surau syarikat aku borak ngan member baik aku si Dollah yang merupakan perokok tegar professional. Aku sebenarnya ingin mencari rahsia dan misteri di sebalik tabiat merokok. Kerana aku tengok Dollah ni walaupun merokok tapi badannya slim dan tak ada dijangkiti penyakit seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, dsb.

sot: berapa lama dah hang merokok?

dol: sejak aku masuk ITM masa umur 17 tahun.
Desire untuk hisap rokok dan wujud sejak zaman sekolah lagi tapi terpaksa dibendung kerana undang2 sekolah tak membenarkan, jadi bila tamat sekolah menengah, apa lagi lepas hajat la kan.
sot: maknanya hang dah merokok selama 30 tahun?

dol: yes without fail.

sot: ada intention nak berenti merokok?

dol: No, no intention. Ramai orang nak bagi petua macamana nak berenti merokok, tapi aku tak ada niat nak berenti.


sot: kenapa hang mula merokok?
dol: saja nak cuba, pengaruh kawan2, mula2 cuba dulu pening aku, rasa nak termuntah pun ada. Tapi lepas tu cuba lagi, rasa macam macho pulak. Aku pandang orang yang hisap rokok ni nampak macam bergaya dan maskulin.
dol: Pastu zaman kerja aku hisap rokok untuk dapat idea atau cari ilham. Kerja aku banyak kena 'trouble shooting' dan kerja2 maintenance, jadi bila fikiran buntu aku keluar sat dan hisap rokok. Pastu baru dapat idea. Satu lagi aku kena hisap rokok bila lepas makan.
sot: hang ketagih tak?
dol: ada la jugak.
sot: macam penagih dadah?
dol: ya tapi tak ada seteruk tu, dalam bulan puasa boleh berhenti merokok masa siang hari. Tapi lepas makan (berbuka) kena hisap rokok jugak.

sot: berapa batang sehari hang merokok?

dol: paling banyak 20 batang, paling kurang 4 batang.

sot: berapa harga sekotak 20 batang?

dol: zaman dulu RM4 kini RM7 lebih.
sot: maknanya kalau aku ambik average RM5 sehari, hang dah belanjakan RM5 x 30 x 365 = RM 54,750...hmm harga rumah flat kat AU3 sebijik tu.

dol: o ye ke? banyak tu.

sot: kalau aku ambik average hang hisap 10 batang rokok sehari, maknanya hang dah pulun 30 tahun x 365 hari x 10 batang = 109,500 batang rokok.

sot: kalau sebatang panjangnya 8cm, maka 109,500 x 8cm = 876,000cm = 876m.....ish ish dah dekat 1 km gak le ye rokok yang dah hisap kalau di atur sepanjang Jalan Enggang ni....he he.

sot: wife hang tak marah hang merokok?

dol: tak, kecuali time dia bad mood, time tak ada duit dia kata nak beli rokok ada pulak duit...ish ish.


sot: aku pulak tak pernah merokok, memang aku tak suka dan tak rasa nak cuba pun walaupun dikelilingi oleh kawan2 yang merokok.

sot: tapi hang aku tengok sihat semacam je ye?

dol: Alhamdulillah.

sot: hari tu masa medical checkup kat IJM macamana? (syarikat kami sponsor kumpulan pengurus membuat medical checkup di IJM)

dol: ok normal, paru2 pun ok.


sot: ni yang misteri ni, sebab aku yang tak pernah merokok ni kena macam2 penyakit, high sugar, high kolestrol, ghout, diabeties, dan high blood. Tapi hang sihat giler. Badan pulak slim, Aku dah boroi.

dol: he he.
sot: cuma satu aku perhati, perokok biasanya makan tak berapa selera. Makan sikit je. Rokok lagi penting.

sot: so teori aku ialah sebab hang makan sikit jadi tak ada penyakit, kerana penyakit datang dari makanan. Segala toksik banyak dalam makanan dan minuman.

dol: hmmmm boleh jadi. Toksik yang tercipta dari makanan yang hang makan itu sebenarnya melebihi dari toksik yang tercipta dari tabiat merokok aku ni.

sot: satu teori yang logik.


sot: aku juga pernah dengar nasihat jika seseorang tidak merokok maka teruskan jangan merokok, tapi bagi perokok jangan berhenti, teruskan merokok. Kerana kalau berhenti ia akan mengundang pelbagai masalah atau penyakit. Masa tu aku tak boleh relate sangat, tapi sekarang macam relevant pulak.

dol: macamana pulak tu?

sot: aku teringat arwah bapak aku. Dia seorang perokok "rokok daun" yang kuat. Badannya memang slim, tak ada penyakit. Bila dah meningkat usia emak aku memantaunya untuk berhenti merokok. Bercampur dengan faktor usia, tahap kesihatannya mula merosot.

sot: bapa saudara ku seorang pengamal perubatan kampung dan emak aku selalu juga meminta khidmat beliau untuk mengubati penyakit bapaku.

sot: bapa saudara mengesyorkan bapaku untuk kembali merokok kerana katanya akibat dari berhenti merokok maka pelbagai penyakit berjaya menyerang. Emak aku amat bengang dengan nasihat itu.


sot: jadi aku terfikir apakah tabiat merokok tadi walaupun punyai kesan buruknya, tapi pada masa yang sama ia juga membina satu sistem imunisasi yang menghalang serangan penyakit yang biasa seperti kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi. Betul ke?

dol: hmmm...mungkin jugak, sebab aku pun so far steady je.

sot: arwah bapa aku walaupun seorang perokok tegar tapi berjaya mencapai usia 74 tahun sebelum meninggal dunia. Kita tengok ramai yang mati dalam usia 40an atau 50an bukan dari kalangan perokok pun. Hmm...menarik kan fakta ni.


sot: Ia membawa teori aku yang kedua iaitu apakah slogan "merokok membahayakan kesihatan" itu sebenarnya adalah sebuah kepercayaan karut?

sot: sekarang ni macam2 imej menggerunkan dicetak kat kotak rokok, tak ada effect ke?
dol: tak ada effect, aku hisap rokok jugak. Tapi ada jugak yang terkesan contohnya adik aku, memang berhenti terus.


Jadi tuan2 macamana? Misteri seorang perokok. Mitos atau Realiti ?

Monday, August 03, 2009

Demonstrasi Jalanan



















Sabtu lepas kita lihat sekali lagi rakyat keluar untuk menunjukkan keprihatinan kepada sesuatu isu, walaupun diberi amaran keras oleh pihak berkuasa untuk tidak berdemonstrasi di jalanan. Kali ini isu menghapuskan ISA.

Seramai 589 orang telah ditahan reman. Hari ini 560 orang telah dibebaskan.

Kenapa ini berlaku? Kenapa rakyat masih mau bersusah payah berdemonstrasi di jalanan ini? Apakah mereka ini degil? Atau suka mencari gaduh? Hari ini dalam akhbar free theSUN, saya mendapat jawapannya.

Antara sebab yang diberikan oleh penulisnya, Yoe Yang Poh bekas presiden Bar Council ialah:
  1. Kerana yang mati ketika dalam tahanan termasuk yang ditindas dan yang didiskriminasi tidak dapat berdemonstrasi lagi.
  2. Kerana cara2 yang 'elok' sudah dicuba berabad lamanya tapi tidak diambil peduli.
  3. Kerana tiada cadangan2 dari Suhakam yang dilaksanakan termasuklah hak untuk perhimpunan aman.
  4. Kerana kerajaan memberikan label yang salah kepada rakyat yang tidak berdemonstrasi iaitu sebagai "silent majority" yang menyokong kerajaan tetapi sebahagian mereka kini mulai keluar berdemonstrasi.
  5. Kerana ketidakpuasan hati terhadap amalan double standard, cronyism, race card, dan standard of living.
  6. Kerana secara amnya negara2 yang tidak menghukum perdemonstrasi aman ini, lebih maju dan makmur berbanding dengan keadaan sebelumnya.
  7. Kerana Gandhi, Mandela, Martin Luther King, dan Tunku Abdul Rahman juga berdemonstrasi.
  8. Kerana politikus tidak jujur bila berkata mereka semua kuli rakyat kerana tiada kuli yang menyerang bosnya dengan gas pemedih mata, air kimia, baton dan gari.
  9. Kerana jika perarakan jalanan tiada dalam sejarah maka negara seperti India dan Malaysia akan masih dijajah, dasar apartheid masih gah di Afrika Selatan, Mandela masih di cel 5, dan Obama masih menjadi hamba abdi di Mississipi.
  10. Kerana kemerdekaan, kebebasan, dan maruah bukan baucer percuma yang diberikan kepada setiap penghuni rumah. Ia tidak diperolehi dengan percuma tetapi mesti di perjuangkan dan 'gained'.
  11. Banyak lagi kerana untuk menjawab kenapa rakyat berarak di jalanan, namun penulis berhenti setakat itu dulu.
  12. Akhirnya bak lirik sebuah lagu di era 1960s yang di dendangkan oleh pejuang2 kemerdekaan dan hak asasi manusia di USA, yang tanpanya mungkin Obama masih tidak boleh berada di dalam bas yang sama dengan orang kulit puteh, apatah lagi berada di Rumah Puteh:

It isn't nice to block the doorway, it isn't nice to go to jail, there are nicer ways to do it, but the nice ways have all failed, it isn't nice; it isn't nice, you've told us once, you've told us twice, but if that's freedom price, we don't mind...

Nota: Maaf kalau ringkasan dan terjemahan yang tidak tepat.

Kesimpulannya apa yang diperjuangkan iaitu kemerdekaan, maruah dan kebebasan itu tidak akan dapat dengan hanya berpeluk tubuh di rumah atau sekadar tunggu dan lihat. Ia mesti di perjuangkan dengan kepayahan untuk mendapatkan kemanisannya. Stand Up. Speak Up !!

@@@

Saturday, August 01, 2009

Kisah Rimau dan Ular Besar

Dalam membicarakan soal kehidupan ini, memang kita sering tertipu oleh kesibukan dunia. Walau kita tahu bahawa apa yang kita dok kejar ini semuanya akan kita tinggalkan. Namun kita masih menghabiskan 24 jam sehari untuk berusaha mengumpul apa yang jelas kita akan tinggalkan. Hidup dengan pura2 dan hanya menipu diri sendiri sahaja.

Kita bangga bila memiliki kereta mewah, rumah besar, pangkat tinggi. Yang bila mati habuk pun takdak. Yang ada hanya kain puteh pembalut tubuh. Yang kekal hanya amal soleh dan yang dapat membantu hanya doa anak yang soleh, ilmu bermanafaat yang kita tinggalkan dan amal jariah yang kita usahakan, insyaAllah.

Dalam kita dok kebingungan antara percaya dan tak percaya, antara yakin dan belum yakin, dan antara iman yang macam rollercoaster yang sekejap di atas dan sekejap di bawah, sekejap laju sekejap slow maka elok juga kita ambil iktibar dari sebuah cerita yang saya petik dari blog teman kita di http://ziarah76.blogspot.com/2009/03/pemburu-dikejar-harimau.html ini. Analoginya menarik. Jalan ceritanya mudah. Budak sekolah pun boleh faham. Apatah lagi yang sudah remaja dan dewasa. Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar.

Barangkali kita pernah mendengar kisah ini. Seorang pemburu masuk ke tengah-tengah hutan tiba-tiba muncul seekor harimau yang berniat membahamnya. Lalu harimau itu mengejarnya dan pemburu itu pun memecut sekuat tenaga (walaupun dia tahu mustahil boleh lawan kelajuan harimau) dengan larian langkah seribu. Semasa cuba melarikan diri, tiba-tiba dia terjatuh pula ke dalam perigi buta tetapi nasibnya baik kerana sempat berpaut kepada tali yang tergantung dalam perigi itu bagi mengelakkan dia terjatuh ke dalam.

Di bawah dasar perigi itu pula terdapat ular besar berbisa sebesar leher unta sedang menunggu pemburu itu jatuh untuk dipatuk dan dibaham. Maka situasi yang terjadi ialah pemburu itu bergayut pada tali di tengah-tengah, di atasnya ada harimau manakala di bawahnya ada ular menunggu. Tiba-tiba muncul pula dua ekor tikus iaitu seekor putih dan seekor hitam menggigit tali itu secara silih berganti-ganti atau bergilir-gilir hingga hampir putus tali itu dan memang akan terputus kemudian. Jadi apa yang bakal terjadi?

Sebenarnya, demikian lah ibarat kehidupan kita semua, iaitu harimau itu adalah umpama maut yang sentiasa mengejar kita walau berada di mana sahaja; dua tikus adalah waktu yakni tikus putih adalah siang dan tikus hitam adalah malam yang silih berganti memakan waktu usia kita iaitu tali itu. Dan tali itu adalah umur kita yang semakin tipis dan akan putus jua suatu hari nanti. Lubang perigi itu adalah lubang kubur yang pasti kita akan memasukinya. Dan ular berkenaan adalah azab siksa kubur yang sedang menunggu.

Walaupun hakikatnya demikian, tetapi kebanyakkan kita tidak menyedarinya kerana disibukkan oleh dunia yang penuh tipu daya, main-main, senda gurau, perhiasan dan mempersonakan. Jika kita setuju bahawa dunia itu penuh tipu daya, dan kita bersetuju juga manusia sifatnya adalah pelupa, maka cuba bayangkan betapa berjayanya sipenipu (dunia) tipu pelupa (manusia). Sudah lah pelupa itu mudah diperdayakan kerana memang rendah kualiti ingatannya, lepas tu ditipu pula oleh kaki penipu yang berpengalaman licik menipu.

Itu lah yang terjadi manusia hari-hari ditipu oleh dunia hingga terlupa nyawanya semakin hampir dan boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja. Apa yang terjadi adalah manusia kesemuanya dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan tentang kebenaran dengan kesabaran. Waallahualam bissawab.

Kitalah pemburu yang diburu itu. Kita rasa kita ni hebat sebagai pemburu. Namun hakikatnya kitalah yang diburu pada setiap tika dan saat. Kita ingat kita hebat mencari mangsa rupanya kita akan menjadi mangsa. Hidup hanya tipu daya rupanya. Antara percaya dan yakin? Think about it.

@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...