Tuesday, August 04, 2009

Misteri Seorang Perokok

Semalam lepas solat zohor kat surau syarikat aku borak ngan member baik aku si Dollah yang merupakan perokok tegar professional. Aku sebenarnya ingin mencari rahsia dan misteri di sebalik tabiat merokok. Kerana aku tengok Dollah ni walaupun merokok tapi badannya slim dan tak ada dijangkiti penyakit seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, dsb.

sot: berapa lama dah hang merokok?

dol: sejak aku masuk ITM masa umur 17 tahun.
Desire untuk hisap rokok dan wujud sejak zaman sekolah lagi tapi terpaksa dibendung kerana undang2 sekolah tak membenarkan, jadi bila tamat sekolah menengah, apa lagi lepas hajat la kan.
sot: maknanya hang dah merokok selama 30 tahun?

dol: yes without fail.

sot: ada intention nak berenti merokok?

dol: No, no intention. Ramai orang nak bagi petua macamana nak berenti merokok, tapi aku tak ada niat nak berenti.


sot: kenapa hang mula merokok?
dol: saja nak cuba, pengaruh kawan2, mula2 cuba dulu pening aku, rasa nak termuntah pun ada. Tapi lepas tu cuba lagi, rasa macam macho pulak. Aku pandang orang yang hisap rokok ni nampak macam bergaya dan maskulin.
dol: Pastu zaman kerja aku hisap rokok untuk dapat idea atau cari ilham. Kerja aku banyak kena 'trouble shooting' dan kerja2 maintenance, jadi bila fikiran buntu aku keluar sat dan hisap rokok. Pastu baru dapat idea. Satu lagi aku kena hisap rokok bila lepas makan.
sot: hang ketagih tak?
dol: ada la jugak.
sot: macam penagih dadah?
dol: ya tapi tak ada seteruk tu, dalam bulan puasa boleh berhenti merokok masa siang hari. Tapi lepas makan (berbuka) kena hisap rokok jugak.

sot: berapa batang sehari hang merokok?

dol: paling banyak 20 batang, paling kurang 4 batang.

sot: berapa harga sekotak 20 batang?

dol: zaman dulu RM4 kini RM7 lebih.
sot: maknanya kalau aku ambik average RM5 sehari, hang dah belanjakan RM5 x 30 x 365 = RM 54,750...hmm harga rumah flat kat AU3 sebijik tu.

dol: o ye ke? banyak tu.

sot: kalau aku ambik average hang hisap 10 batang rokok sehari, maknanya hang dah pulun 30 tahun x 365 hari x 10 batang = 109,500 batang rokok.

sot: kalau sebatang panjangnya 8cm, maka 109,500 x 8cm = 876,000cm = 876m.....ish ish dah dekat 1 km gak le ye rokok yang dah hisap kalau di atur sepanjang Jalan Enggang ni....he he.

sot: wife hang tak marah hang merokok?

dol: tak, kecuali time dia bad mood, time tak ada duit dia kata nak beli rokok ada pulak duit...ish ish.


sot: aku pulak tak pernah merokok, memang aku tak suka dan tak rasa nak cuba pun walaupun dikelilingi oleh kawan2 yang merokok.

sot: tapi hang aku tengok sihat semacam je ye?

dol: Alhamdulillah.

sot: hari tu masa medical checkup kat IJM macamana? (syarikat kami sponsor kumpulan pengurus membuat medical checkup di IJM)

dol: ok normal, paru2 pun ok.


sot: ni yang misteri ni, sebab aku yang tak pernah merokok ni kena macam2 penyakit, high sugar, high kolestrol, ghout, diabeties, dan high blood. Tapi hang sihat giler. Badan pulak slim, Aku dah boroi.

dol: he he.
sot: cuma satu aku perhati, perokok biasanya makan tak berapa selera. Makan sikit je. Rokok lagi penting.

sot: so teori aku ialah sebab hang makan sikit jadi tak ada penyakit, kerana penyakit datang dari makanan. Segala toksik banyak dalam makanan dan minuman.

dol: hmmmm boleh jadi. Toksik yang tercipta dari makanan yang hang makan itu sebenarnya melebihi dari toksik yang tercipta dari tabiat merokok aku ni.

sot: satu teori yang logik.


sot: aku juga pernah dengar nasihat jika seseorang tidak merokok maka teruskan jangan merokok, tapi bagi perokok jangan berhenti, teruskan merokok. Kerana kalau berhenti ia akan mengundang pelbagai masalah atau penyakit. Masa tu aku tak boleh relate sangat, tapi sekarang macam relevant pulak.

dol: macamana pulak tu?

sot: aku teringat arwah bapak aku. Dia seorang perokok "rokok daun" yang kuat. Badannya memang slim, tak ada penyakit. Bila dah meningkat usia emak aku memantaunya untuk berhenti merokok. Bercampur dengan faktor usia, tahap kesihatannya mula merosot.

sot: bapa saudara ku seorang pengamal perubatan kampung dan emak aku selalu juga meminta khidmat beliau untuk mengubati penyakit bapaku.

sot: bapa saudara mengesyorkan bapaku untuk kembali merokok kerana katanya akibat dari berhenti merokok maka pelbagai penyakit berjaya menyerang. Emak aku amat bengang dengan nasihat itu.


sot: jadi aku terfikir apakah tabiat merokok tadi walaupun punyai kesan buruknya, tapi pada masa yang sama ia juga membina satu sistem imunisasi yang menghalang serangan penyakit yang biasa seperti kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi. Betul ke?

dol: hmmm...mungkin jugak, sebab aku pun so far steady je.

sot: arwah bapa aku walaupun seorang perokok tegar tapi berjaya mencapai usia 74 tahun sebelum meninggal dunia. Kita tengok ramai yang mati dalam usia 40an atau 50an bukan dari kalangan perokok pun. Hmm...menarik kan fakta ni.


sot: Ia membawa teori aku yang kedua iaitu apakah slogan "merokok membahayakan kesihatan" itu sebenarnya adalah sebuah kepercayaan karut?

sot: sekarang ni macam2 imej menggerunkan dicetak kat kotak rokok, tak ada effect ke?
dol: tak ada effect, aku hisap rokok jugak. Tapi ada jugak yang terkesan contohnya adik aku, memang berhenti terus.


Jadi tuan2 macamana? Misteri seorang perokok. Mitos atau Realiti ?

4 comments:

yushida03 said...

bro hisham,

an interesting food for thought.. myself have quit smoking for almost 6 months, bar a puff or two in between. found out that appetite increased tremendously which i suspect is a way my body's biological response to counter the 'crave' for cigarettes smoke. which, a expected, resulted in me taking meals in bigger quantity. which also, might be one of the factors of my deteriorating health these days. tho i also cannot say that i'm a very healthy person b4 quitting. :)

abah aman said...

Salam sot,
Bagi saya sihatnya perokok hanya sekadar pada zahirnya sahaja, hakikatnya tidak.

sot said...

TQ bro yushida on your comment. Probably "smoking with less appetite for food" had its bad side effect coming from the smoking & "good appetite for food without smoking" has it share of bad side effect as well coming from the food. And depending on case by case basis, both can give bad health. Its a question of which one "badder" than the other. Hmmm...interesting school of tots.

Note: instead of come up with "Merokok Membahayakan Kesihatan" banner with we all so familiar with, then we should also come out with "Gula Membahayakan Kesihatan" or "Kolestrol Membahayakan Kesihatan" or " Nasi Membahayakan Kesihatan" banner on the same token.

sot said...

Waalaikum mussalam abah aman. Pada zahir nampak tegap dan sihat tapi pada paru2 hitam legam....hmmm I think so.

Cumanya makanan dan minuman yang kita makan juga memberikan kesan kesihatan terutamanya bila usia dah meningkat ni. Dan mungkin ramai manusia yang menemui ajalnya (kerana sampai ajal), dengan berpunca dari penyakit yang datangnya dari makanan dan minuman ini, sebagai penyebabnya.

Cuma lumrahnya kita ni selalu rasa a "feel good feeling" kepada makanan & minuman tapi a "feel bad feeling" kepada rokok yang di hisap tanpa henti oleh perokok.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...