Monday, August 03, 2009

Demonstrasi Jalanan



















Sabtu lepas kita lihat sekali lagi rakyat keluar untuk menunjukkan keprihatinan kepada sesuatu isu, walaupun diberi amaran keras oleh pihak berkuasa untuk tidak berdemonstrasi di jalanan. Kali ini isu menghapuskan ISA.

Seramai 589 orang telah ditahan reman. Hari ini 560 orang telah dibebaskan.

Kenapa ini berlaku? Kenapa rakyat masih mau bersusah payah berdemonstrasi di jalanan ini? Apakah mereka ini degil? Atau suka mencari gaduh? Hari ini dalam akhbar free theSUN, saya mendapat jawapannya.

Antara sebab yang diberikan oleh penulisnya, Yoe Yang Poh bekas presiden Bar Council ialah:
  1. Kerana yang mati ketika dalam tahanan termasuk yang ditindas dan yang didiskriminasi tidak dapat berdemonstrasi lagi.
  2. Kerana cara2 yang 'elok' sudah dicuba berabad lamanya tapi tidak diambil peduli.
  3. Kerana tiada cadangan2 dari Suhakam yang dilaksanakan termasuklah hak untuk perhimpunan aman.
  4. Kerana kerajaan memberikan label yang salah kepada rakyat yang tidak berdemonstrasi iaitu sebagai "silent majority" yang menyokong kerajaan tetapi sebahagian mereka kini mulai keluar berdemonstrasi.
  5. Kerana ketidakpuasan hati terhadap amalan double standard, cronyism, race card, dan standard of living.
  6. Kerana secara amnya negara2 yang tidak menghukum perdemonstrasi aman ini, lebih maju dan makmur berbanding dengan keadaan sebelumnya.
  7. Kerana Gandhi, Mandela, Martin Luther King, dan Tunku Abdul Rahman juga berdemonstrasi.
  8. Kerana politikus tidak jujur bila berkata mereka semua kuli rakyat kerana tiada kuli yang menyerang bosnya dengan gas pemedih mata, air kimia, baton dan gari.
  9. Kerana jika perarakan jalanan tiada dalam sejarah maka negara seperti India dan Malaysia akan masih dijajah, dasar apartheid masih gah di Afrika Selatan, Mandela masih di cel 5, dan Obama masih menjadi hamba abdi di Mississipi.
  10. Kerana kemerdekaan, kebebasan, dan maruah bukan baucer percuma yang diberikan kepada setiap penghuni rumah. Ia tidak diperolehi dengan percuma tetapi mesti di perjuangkan dan 'gained'.
  11. Banyak lagi kerana untuk menjawab kenapa rakyat berarak di jalanan, namun penulis berhenti setakat itu dulu.
  12. Akhirnya bak lirik sebuah lagu di era 1960s yang di dendangkan oleh pejuang2 kemerdekaan dan hak asasi manusia di USA, yang tanpanya mungkin Obama masih tidak boleh berada di dalam bas yang sama dengan orang kulit puteh, apatah lagi berada di Rumah Puteh:

It isn't nice to block the doorway, it isn't nice to go to jail, there are nicer ways to do it, but the nice ways have all failed, it isn't nice; it isn't nice, you've told us once, you've told us twice, but if that's freedom price, we don't mind...

Nota: Maaf kalau ringkasan dan terjemahan yang tidak tepat.

Kesimpulannya apa yang diperjuangkan iaitu kemerdekaan, maruah dan kebebasan itu tidak akan dapat dengan hanya berpeluk tubuh di rumah atau sekadar tunggu dan lihat. Ia mesti di perjuangkan dengan kepayahan untuk mendapatkan kemanisannya. Stand Up. Speak Up !!

@@@

3 comments:

aedi said...

Askum saudara...yang memberi anda jawpan orangnya kaum cina..Yoe Yang Poh..bijak menggunakan org melayu sbg tunggangan bagi kepentingan mereka..org melayu sibuk menyertai demonstras, org cina duduk tepuk tangan dirumah sambil melihat kehancuran bangsa melayu..sedarlah kita hanya merugikan bangsa kita sendiri...

HambaMaya said...

sdr idea,

mgkin benar dari satu sudut.. tapi dr sudut lain, ini mgkin satu lagi cara mendapatkan kebenaran.. we never know until we try.. berani kerana benar.. nonetheless, in one way, again, you might be right..

sot said...

Di London 250,000 orang berarak secara aman, no problem.

Di KL 20,000 orang berarak secara aman tapi di road block, di pancut air kimia, di tembak gas pemedih mata, di gari, dan di tangkap reman. Macam2 problem.

Pelik gak. Apa nak di takut orang berhimpun secara aman betul tak? Atau kita takut orang lain tahu apa ada dalam kain kita? Negara kita ada undang2. Tapi kat London pun ada undang2 jugak....hmmm macamana tu? Ada udang di sebalik batu ke?

Why not we just allow them to have the peaceful gathering, see how. Got problem or no problem.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...