Sebuah artikel perihal ibadah puasa ini dapat kita ikuti di laman berikut http://al-fikrah.net/News/print/sid=136.html. Semoga kita lebih jelas dan lebih faham akan signifikasi ibadah ini.
Ramadhan adalah kurniaan Allah yang amat besar kepada umat Islam yang hanya akan bermakna jika kita dapat menilainya dengan betul. Jika tidak, bulan Ramadhan akan tiba dan berlalu tanpa kita memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.
Hadith Rasulullah SAW ada menyebut "Jika ummatku mengetahui dengan sebenar-benarnya akan keutamaan Ramadhan, maka mereka berharap seluruh tahun itu sepatutnya manjadi bulan Ramadhan."
Di dalam hadith yang lain "Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari setiap bulan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."
Mana-mana amalan nafil yang dilakukan di bulan Ramadhan akan diganjari seumpama pahala amalan fardhu pada masa biasa dan amalan fardhu di bulan Ramadhan akan memperolehi ganjaran sebanyak tujuh puluh amalan fardhu pada masa-masa lain. Kalau ini kita nisbahkan pada sebuah bisnes maka alangkah menarik dan untungnya perniagaan ini. Tapi bila tiada cahaya iman yang menyuluh segala timbunan laba dan dividen yang didapat itu maka ianya hambar dan lesu tiada apa yang menyeronokkan. Puasa sekadar adat. Ikut-ikutan, orang puasa kita pun puasa. Orang tak makan kita pun tak makan. Orang solat tarawih kita pun join sama.
Dalam kuliah zohor semalam, Ustaz Shahrom mengingatkan jemaah supaya berdoa kepada Allah agar ibadah puasa kita tahun ini dapat dilaksanakan dengan penuh bermakna berpandukan iman bukanlah sekadar ikut-ikutan. Iman yang meyakini janji Allah. Bukan sekadar percaya tapi tidak yakin. Cukuplah kita bodoh dan diperbodohkan selama ini. Kita tidak mahu jadi bodoh dan rugi selamanya. Marilah kita jadi cerdik pada tahun ini, pada Ramadhan kali ini.
Bodohnya kita bila berpuasa di siang hari tapi masih mampu menipu, mencuri, rasuah, tidak menjaga aurat dan mengumpat. Bodohlah kita jika seronok bersolat tarawih ramai-ramai di masjid dan surau namun solat fardhu masih kita tinggalkan. Pantang kita tinggal solat tarawih tapi kita tidak berpantang untuk meninggalkan solat subuh dan zohor. Alangkah bodohnya manusia di hadapan Allah.
Rasulullah SAW ada bersabda "Setiap orang adalah pendosa, tetapi yang terbaik daripada yang berdosa tadi ialah orang yang bertaubat dan memohon keampunan."
Malam tadi saya dapat sms dari setiausaha surau Al-Faaizeen iaitu sahabat saya Hj Munir "Tuan nak tanya, ada ambil PA baru surau tak? Untuk repair ke, sebab PA tu dah tiada di surau tanpa berita?" Saya pun menjawab sms itu "Maaf saya tak ambik. Malam ni saya tak ke surau. Ada orang curi ke?"
Pagi ni Hj Munir menalipon saya dan menjelaskan PA itu hilang semenjak maghrib semalam, ingatkan ada sesiapa ambik pi repair, kerana hari tu kami dok discuss untuk buat suis bagi memisahkan speaker outdoor (untuk azan) dengan speaker indoor (untuk ceramah) sebab PA yang di beli pada 3/7/2009 di Jalan Pasar itu tidak ada zone 1 & 2 seperti PA lama kami. Pagi ni subuh tadi selepas di check rupanya tabung surau juga telah dikopek.
Maka sahlah adegan yang tidak diingini berlaku lagi. Manusia yang tidak takutkan Allah ini telah masuk ikut tingkap surau dan mencuri PA system baru kami yang baru berusia 33 hari itu. Sebelum ini ada dua kejadian mengopek tabung surau dengan kehilangan ratusan ringgit juga telah berlaku. Kami syak perbuatan ini dilakukan oleh manusia yang sama yang masih hitam hatinya yang masih tidak faham apa yang baik apa yang buruk. Saya doakan agar manusia ini insaf dan bertaubat dan mengembalikan PA System surau untuk kegunaan kami menjelang kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak ini.
Rasulullah ada menyebut "Apabila seseorang melakukan suatu dosa, satu titik hitam akan menghinggapi hatinya, tetapi apabila dia bertaubat, titik hitam tersebut akan terhapus; jika tidak titik tersebut akan melekat di situ selama-lamanya."
Marilah kita persiapkan diri kita untuk 14 hari mendatang ini untuk bersedia menjadi tetamu Allah di naungan bulan Ramadhan yang penuh barokah itu. Apa kata mulai malam ini kita sama2 bangkit untuk Qiam jam 4:30 pagi. Apa kata kita mulai tengahari ini dengan solat berjemaah zohor di surau dan masjid. Kita istiqamah solat fardhu berjemaah 5 kali sehari semalam. Selepas maghrib nanti kita baca Al-Qur'an.
Kita perbanyakkan solat-solat sunat kita, insyaAllah. Kita bersangka baik sesama manusia. Kita perbaiki akhlak dan bercakap dengan sopan. Kita cuci mata dengan hidangan yang baik-baik. Kita pelihara deria rasa kita dengan makanan halal dan deria telinga kita dengan halwa telinga yang berfaedah. Hanya tinggal 14 hari lagi. MasyaAllah Ramadhan akan tiba.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menggesa sahabat mengulang-ulangi empat perkara secara tetap:
- Pertama, membaca kalimah Tayyibah yang dikatakan di dalam hadis sebagai zikir yang paling afdal.
- Perkara kedua yang perlu diperbanyakkan ucapannya ialah istighfar iaitu memohon keampunan Allah SWT.
- Berdoa untuk Jannah dan berlindung daripada Jahannam (neraka).
Ya Allah panjangkanlah usia kami untuk menempuh Ramadhan-Mu kali ini...Amiiin.
@@@
4 comments:
Salam..
tidak sabar pula menanti ketibaan ramadhan. semoga kita dapat hayati syahru mubarak dgn sebaik-baiknya.
InsyaAllah. Nawaitu kerana Allah.
Assalamualaikum SOT... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. sila
klik disini.
i love you full.. ha..ha..ha..ha...ha..
Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
wassalam
semoga anda diberkati
Post a Comment