Perkataan tazkirah
dinyatakan pada surah Az-Dzariyat ayat 55: "Dan
tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi
orang2 yang beriman."
Memberi tazkirah iaitu peringatan demi peringatan sangatlah
dituntut iaitu bagi mengingati perkara-perkara yang sudah diketahui tetapi
sudah lupa atau lalai daripada mengamalkannya. Maka tazkirah ini bagi mencetuskan
keinginan dan kesederan untuk tidak berterusan meninggalkan sesuatu amalan atau
ibadah itu.
Sesungguhnya tazkirah itu memberi manfaat kepada orang2 yang
beriman. Orang2 beriman suka kepada tazkirah, ceramah, kuliah maghrib, khutbah,
dan majlis2 ilmu. Sebaliknya orang yang tidak suka kepada tazkirah dan majlis2
ilmu sebenarnya punyai masalah dengan iman mereka. Orang yang gemar kepada
program2 hiburan di TV, drama2 dan lagu2 pada hakikatnya ada problem dengan
iman.
Ada orang pertikaikan tazkirah ini sebagai bidaah dan
mengganggu solat teraweh. Solat teraweh secara berjemaah ini juga sebenarnya
bidaah kerana ianya tidak pun dilakukan oleh Rasulullah. Bahkan ia adalah
inisiatif Khalifah Umar al-Khatab untuk mengumpulkan jemaah pabila melihat para
jemaah yang mendirikan solat secara berpecah-pecah di Masjid Nabawi. Slot
tazkirah yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini tidak mengganggu solat
teraweh sebenarnya kecuali diadakan serentak.
Tazkirah di adakan setelah solat teraweh berhenti rehat
seketika atau selepas selesai solat teraweh diadakan. Tujuan utama ialah untuk
mengambil kesempatan penyampaian ilmu dan peringatan kepada para jemaah yang
ramai itu yang majoritinya ialah bukan ‘regular customer’ masjid. Maka harapnya
ia bisa membangkit kecintaan kepada mereka untuk terus hadir ke majlis2 ilmu
selepas Ramadan nanti. Slot tazkirah sekitar 20-30minit adalah dikira terbaik.
Malah ramai jemaah yang mendapat ilmunya tika tazkirah
diadakan, sebagai contoh seorang pemuda selama ini tidak pernah basuh kencing
kerana tanggapannya ianya tidak penting. Bila dia nak solat terus ambik wudhuk
dan solat seperti biasa. Dengan mendengar tazkirah barulah dia sedar bahawa
basuh kencing adalah persoalan taharah suatu tuntutan syariaat yang tanpanya solat juga akan
terbatal.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan malam-malam Ramadan berdasarkan iman dan keikhlasan kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang telah lalu." (Muttafaqun 'alaih)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan malam-malam Ramadan berdasarkan iman dan keikhlasan kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang telah lalu." (Muttafaqun 'alaih)
Mendirikan malam itu merangkumi segala amal soleh seperti solat, zikrullah, mengaji Qur’an, istighfar, selawat, majlis2 ilmu, sedekah, dan segala amal makruf dan nahi munkar. Waktu yang dimaksudkan untuk mendirikan malam itu ialah selepas Isyak. Yang afdalnya ialah 2/3 malam iaitu sekitar pukul 2:30am hingga sebelum subuh. Tapi jika kita praktikkan solat teraweh berjemaah ini sekitar pukul 2:30am itu maka dikhuatiri tidak akan mendapat sambutan masyarakat sebagaimana kini.
Begitulah juga majlis tazkirah juga akan
tidak begitu berkesan sekiranya diadakan pada waktu sebegitu. Maka benarlah
segala amalan dan ibadah ini perlulah disusun mengikut kebijakan agar dapat memberi
manfaat kepada kelompok ramai. Yang utama ialah selepas solat isyak hidupkan malam
di sepanjang Ramadan ini.
Berilah tazkirah kerana ia memberi manfaat. Siapa yang rasa
takut kepada Allah maka dia akan ambil peringatan. Jika kita cakap sesuatu dan
ia memberi manfaat dan orang nak berubah maka ia lebih baik daripada miliki
kenderaan mewah. Pabila Allah SWT suruh beri peringatan maka natijahnya orang
yang lupa akan ingat balik dan orang yang tidak tahu akan dapat ilmu dan baiki
dirinya.
Sangat rugi orang yang dah rasa pandai. Sangat rugi orang yang tidak
inginkan tazkirah. Maka teruskan berada di majlis2 ilmu dan tazkirah agar
manfaat berjaya diperolehi.
Ada pula sebilangan ahli masyarakat yang begitu teruja
dengan amalan sunat di bulan Ramadan ini contohnya solat teraweh. Tapi pada
masa yang sama masih lalai dengan ibadah wajib contohnya masih meninggalkan
solat zohor atau asar tapi sangat beriya untuk tidak miss solat teraweh 20
rakaat. Tabiat ini mestilah ditegur sebab ia sangat merugikan empunya badan,
kerja yang sia-sia kerana tidak dikira amalan solat teraweh yang sunat itu jika
solat fardu yang wajib itu ditinggalkan. Tegurlah dia kerana kita sayang dia.
Segala amalan ini kena bertepatan dengan syariaat.
Begitu juga jika lakukan
puasa sunat isnin dan khamis tapi tidak pula puasa wajib sepanjang Ramadan, maka
sia-sialah amalan puasa sunatnya tadi.
Sedikit masa yang kita luangkan di jalan Allah, maka Allah
akan beri rahmatnya. Tazkirah ialah pencetus supaya suka kepada majlis2 ilmu.
Berada di majlis ilmu akan mengundang para malaikat untuk menaungi dan
mendoakan untuk kita. Ya Allah rahmati mereka. Ya Allah ampuni mereka.
Bersungguh-sungguh menuju kepada Allah dengan berada di
majlis2 ilmu maka Allah bersungguh-sungguh memberi ilmu. Jika malu untuk ke
majlis2 ilmu maka Allah pun malu untuk memberikan ilmu. Dan yang paling parah
ialah jika berpaling daripada majlis2 ilmu maka Allah pun berpaling daripada dia
dan kekallah dia jahil untuk selama-lamanya.
@@@
No comments:
Post a Comment