Wahai sekelian orang beriman, ambillah peluang dan anugerah Allah ini. Ambillah segala kebaikan yang ada di bulan mulia ini setelah pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, pintu syurga pula dibuka seluas-luasnya, dan para syaitan dan iblis di ikat dan dipenjarakan. Wahai sekelian ahli maksiat, tinggalkan segala keburukan dan maksiat.
Banyak hadiah yang Allah nak berikan sepanjang Ramadan ini. Malamnya kita Qiam. Siangnya kita Siam iaitu menahan diri daripada segala perkara yang boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahala puasa. Apakah mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan hati masih melakukan maksiat?
Setiap solat fardu di bulan Ramadan ini dibalas Allah dengan nilaian 70x ganda solat fardu pada bulan2 yang lain. Pemurahnya Allah. Solat2 sunat pula ibarat solat fardu di bulan2 lain. Sudah sebelas bulan kita berbuat maksiat, maka harapnya setelah 6 hari berpuasa ini maka digugurkan sekurang-kurangnya enam dosa kita. Tapi berapa banyak dosa yang ada sepanjang hidup 49 tahun ini?
Maka satu lagi kebaikan yang perlu sangat diambil perhatian ialah bersedekah. Sebaik-baik sedekah ialah di bulan Ramadan. Maka sangat afdallah kita banyakkan bersedekah di sepanjang Ramadan ini. Bandingan orang bersedekah ialah seperti satu biji benih yang mengelurakan tujuh cabang, yang berbuah 700 buah pada setiap cabang. Maknanya jika bersedkah RM1 maka nilaiannya ibarat RM700. Maha Pemurahnya Allah.
Ajaib sungguh matematik Allah. Kita belajar di sekolah kalau ada RM10 dalam poket, kita sedekah RM5 maka yang tinggal untuk kita ialah RM5 sahaja. Rupanya matematik Allah mengajar RM5 yang kita sedekahkan itu akan menjadi RM3,500 untuk kita miliki secara hakiki. Betapa untungnya berniaga dengan Allah.
Dalam satu majlis persediaan perang Rasulullah menyeru sahabat untuk bersedekah. Maka Usman Bin Affan pun terus bersedekah 1,000 dinar. Kalau tuan2 nak tahu (berdasarkan harga setiap dinar emas bersamaan RM500 harga semasa) 1,000 dinar ini bersamaan dengan 1,000 x RM500 = RM500,000. Tu dia sekali sedekah setengah juta RM beb...hebat hebat. Maka Rasulullah berseru lagi para sahabat untuk bersedekah maka bangkit lagi Usman Bin Affan untuk balik ke rumah mengambil 1,000 dinar lagi. Menjadikan total dia bersedekah sebanyak 2,000 dinar iaitu bersamaan dengan RM satu juta. Sangat terserlah cinta akhirat para sahabat berbanding dengan cinta dunia.
Untuk menjana sifat dermawan maka hati mesti bersih. Kebajikan yang sempurna ialah dengan bersedekah harta yang paling disayang. Sedekah yang terbaik ialah waqaf. Ada seorang tokoh korporat mewaqafkan RM25 juta untuk membina komplek Maahad Tahfiz di Hulu Langat. Alhamdulillah. Selagi mana waqaf itu berjalan maka pahala juga berjalan. Terputus hubungan bila mati kecuali tiga perkara iaitu amal jariah (waqaf), ilmu bermanfaat dan doa anak yang soleh. Waqaf juga boleh dilakukan untuk orang tersayang seperti ayah ibu kita. Sistem waqaf di negara kita khasnya di Selangor ini pun telah banyak dipermudahkan untuk orang awam.
10 hari yang pertama di bulan Rejab adalah yang paling utama, 10 hari di pertengahan Syaaban yang paling baik, dan bagi Ramadan 10 hari yang terakhir itulah yang terbaik. Maka pecutan terakhir akan membawa kemenangan. Ibarat orang berlumba lari 100m atau perlumbaan kereta F1 Litar Monza pecutan terakhir itu akan menentukan pemenangnya.
Maka penuhilah Ramadan kita ini dengan amal soleh setiap masa. Iktiqaf di Masjid, zikrullah di bibir, dirikan solat2 malam, tadabbur Qur'an, bersedekah, dan 1,001 juadah menu amal soleh. Dirikan solat hajat setiap malam untuk ditemukan dengan Lailatul Qadr. Harap dan doa agar Ramadan tahun ini lebih baik dari 10 tahun yang lalu, malah terbaik daripada yang terbaik. Ringankan tangan untuk bersedekah untuk Akhirat, insyaAllah.
@@@
No comments:
Post a Comment