Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Friday, July 19, 2013
Odit Diri
Hari ini kita melangkah hari ke-10 Ramadan. Fasa kedua akan bermula. Fasa yang menjanjikan keampunan Allah. Anda percaya? Anda Yakin? Orang beriman wajib percaya dan yakin akan janji2 Allah yang memang pasti. Ibarat saman yang berlambak-lambak kita ada, tiba-tiba pada 10 hari mulai hari ini pihak JPJ & PDRM mengumumkan semua saman2 itu dibatalkan. Tiada saman tertunggak lagi. Tiada blacklist lagi. Tidak perlu bayar saman. Segala kesalahan anda selama ini dimaafkan. Apa perasaan anda?
Agak-agak berapa dosa aku? Dosa yang sudah terkumpul dalam amanah saham dosa. Cuba kita sama-sama congak. Berapakah purata dosa kita dalam sehari? Katalah 10 dosa sehari. Pada umur 40 tahun sekarang ini aku sudah ada mengumpulkan sebanyak 146,000 dosa. Itu tak termasuk gandaan bonus dan dividen. Kayooo den !!
Tiba-tiba dengan rahmat dan kasih sayang Allah, pada 10 hari berikut ini, Allah memperkenankan keampunan-Nya bagi setiap hamba-Nya yang memohon dengan penuh keikhlasan bergantung harap kepada Allah tidak kepada makhluk. Tidak ada jaminan aku dapat hidup dan bertemu lagi Ramadan yang akan datang. Apakah aku akan lepaskan peluang gemilang sekali seumur hidup ini?
Syukur kerana Allah telah memilih kita untuk memperlihatkan kehambaan kepada-Nya. Syukur kerana berpeluang menghadirkan diri ke rumah2 Allah pada 10 malam di awal Ramadan yang berlalu. Tetapi berapa ramai pula orang yang puasanya hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga? Puasa yang gagal mendapat nilaian pahala. Maka elok juga kita sama2 semak amalan puasa kita tahun ini. Masih di tahap puasa orang awam atau sudah berjaya ke tahap puasa khusus iaiatu puasa juga seluruh pancaindera?
Apakah kita datang ke Rumah Allah sebagai orang beriman atau sekadar orang munafik? Takut ibadah kita jadi sia-sia. Apakah kita menjalani ibadah di sepanjang Ramadan ini sebagai orang beriman yang yakin pada janji Allah atau sekadar ikut-ikutan atau adat-adatan sahaja? Takut segala penat lelah kita jadi sia-sia sahaja. Lakukan perubahan. Ini kali lah. Perubahan daripada sifat munafik yang ada kepada sifat orang yang beriman.
Antara bekalan yang boleh diusahakan untuk di bawa ke bulan2 seterusnya ialah pertamanya taubat dengan ikhlas dan sungguh2. Menyesali atas segala dosa sepanjang 11 bulan yang lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Taubat dengan taubat nasuha taubat yang ikhlas dan sungguh2. Mengubah sikap dan keluar daripada madrasah Ramadan ini dengan rekod yang suci bersih.
Umur kita semakin hari semakin berkurang, bukan bertambah. Maka insaflah. Taubat nasuha dan tinggalkan dosa. Fokus ke arah merutinkan amal soleh untuk akhirnya layak mencapai level taqwa. Itulah hakikat ibadah puasa di bulan Ramadan ini, sebagai medan latihan intensif supaya dapat graduate dengan flying colors membawa segulung ijazah taqwa.
Keduanya, ialah dengan memelihara kewajiban solat fardu lima waktu dengan menunaikan solat secara berjemaah. Tidak lagi meneruskan tabiat melengah-lengahkan solat atau solat secara solo. Jagalah hubungan dengan Allah dengan mendirikan solat yang ada makna dan penuh kualiti yang boleh mencegah perlakuan maksiat dan dosa.
Pernah diriwayatkan solat sunat Rasulullah yang penuh kualiti di mana pada rakaat pertama sahaja Rasulullah membaca surah al-Baqarah (286 ayat) dikuti dengan surah an-Nisaa (176 ayat) dan akhirnya di sudahi dengan surah al-Imran (200 ayat), maknanya 662 ayat pada rakaat pertama. Itu kualiti solat yang Rasulullah tunjukkan pada kita dan para sahabat. Maka tidak heran jika dua rakaat solat Rasulullah selepas isyak boleh mencecah hingga ke waktu subuh. Kalau kualiti solat Rasulullah itu mendapat markah A++ maka bagaimana dengan markah solat aku?
Tanamkan rasa takut dan harap semasa berbuka puasa. Takut-takut ibadah puasa kita tidak di terima Allah. Dan harap iaitu harap-harapnya puasa aku ini diterima Allah. Begitulah juga dengan segala amal soleh kita di bulan Ramadan ini. Biar ada takut dan harap. Bila Allah jemput aku malam ini untuk bertemunya, sila semak apakah aku selamat? Apakah aku untung dapat masuk Syurga Allah atau aku bakal rentung dikerjakan api Neraka Allah?
Fasa kedua di 10 hari pertengahan Ramadan ialah fasa pengampunan daripada Allah yang Maha Pengampun. "Ampunilah segala dosaku ya Allah, dosa ahli keluargaku, seluruh kenalanku, kaum kerabatku dan seluruh muslimin dan muslimat." Amiin.
@@@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment