“Kenapa kena puasa?” tanya seorang mualaf. “Saya baru sahaja
masuk Islam, sudah kena puasa kenapa?” Apa agaknya jawapan anda? Ramai kita tak
gheti juga nak menjawabnya. Aku mualaf ke dia mualaf? Orang puasa maka kita pun
puasa. Mungkin jawapan yang terkeluar ialah, “Kena puasa la Bro. Sebab awak dah
jadi orang Islam.”
Kenapa puasa? Pertama kerana ia suruhan Allah. Kedua kerana
puasa untuk menjadi orang bertakwa. Kita puasa ini untuk mencapai sebenar-benar
takwa. Puasalah dengan ikhlas. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
Puasa ialah satu perjuangan menuju takwa.
Maka itulah kita ini kena susah payah cari ilmu iaitu
kekuatan untuk dapatkan takwa. “Pakcik, bilakah Pakcik kali terakhir mengucap
dua kalimah syahadah?” tanya seorang mualaf kepada seorang Pakcik penuh uban.
“Ishh engkau la kena ucap kalimah syahadah, aku dah Islam sejak lahir lagi,”
jawabnya selamba.
Yang mungkin Pakcik
ini terlepas pandang ialah kalimah syahadah yang sentiasa diperbaharui setiap
kali kita mendirikan solat iaitu dalam bacaan tahiyat. Ini bermakna setiap hari
sekurang-kurangnya 9 kali kalimah syahadah telah diperbaharui iaitu pada 9
bacaan tahiyat di solat lima waktu. Begitulah pada setiap solat sunat pula akan
dilengkapi satu ungkapan syahadah pada tahiyatnya.
Pada bulan Ramadan Allah memberikan kita anugerah dan
tawaran hebat yang banyak. Maka pulunlah segala offer ini, kenapa? Takwa.
Jadilah seorang muslim yang faham agamanya. Islam aku ini kerana Allah. Aku
kena buat segala suruhan Allah tehadap diri aku. Muhasabah diri. Dan usaha
gigih untuk membawa diri ini ke Syurga.
Ibadah puasa ini adalah ibarat syifa atau ubat untuk segala
penyakit. Kerana ibadah puasa yang dijalani ini ialah bagi mencapai takwa.
Takwa bisa menyelesai segala masalah.
Kita sibuk mencari ubat dan penawar
setiap kali di timpa musibah atau penyakit. Seolahnya ubat itulah penyembuh penyakit.
Sedangkan syifa untuk setiap penyakit dan musibah ialah solat dua rakaat.
Syaratnya yakin dan bergantung harap pada Allah. Allah yang memberi kesembuhan.
Usah tertipu lagi dengan pujuk rayu syaitan. Syaitan sudah
menipu daya manusia sepanjang 11 bulan. Usah jadi agen syaitan untuk mempromosi
sesuatu yang tidak sepatutnya. Contohnya di awal Ramadan lagi kalau kita lihat
di pusat2 perniagaan akan di penuhi dengan banner dan poster tawaran jualan, potongan
harga dan berdendang dengan lagu2 raya. Seolah targetnya ialah untuk berhari raya. Itu strategi tanpa sedar yang di rancang oleh syaitan dan para pengikutnya. Orang Islam tertipu sakan setiap tahun.
Yang utama sebenarnya ialah promosi Ramadan dengan segala
ganjaran hebatnya. Sepatutnya di banyakkan poster dan banner kempen tawaran ganjaran
pahala 70% hingga 700% dan lebih untuk setiap ibadah dan amal soleh di
sepanjang Ramadan ini. Itulah hakikat sebenarnya tawaran hebat Ramadan bukannya
setia dengan tipu daya syaitan yang walaupun sudah dibelenggu tapi tersenyum
dan bertepuk tangan melihat gelagat manusia yang ditipunya.
Mesej yang mahu di dakwahkan mengajak orang kepada Islam
ialah apa untungnya aku masuk Islam? Dan apa ruginya aku tidak masuk Islam?
Yang sudah lama dalam Islam usah bangga diri. Yang penting muhasabah diri dan
beramal dengan ilmu bukan sekadar beramal ikut-ikutan. Tanya diri diakah mualaf
atau akukah yang mualaf? Sama-sama kita renung dan fikirkan.
@@@
No comments:
Post a Comment