Apa tujuan datang masjid malam ini? Nak solat teraweh. Ada
tak yang datang ni kerana nak solat isyak? Seolah-olahnya solat teraweh itu
kemuncak sebuah Ramadan. Ada yang beriya-iya untuk solat teraweh tapi tak kisah
meninggalkan solat maghrib atau isyak atau solat2 fardu yang lain.
Hakikat yang kita kena faham ialah sebanyak mana amalan
sunat tidak akan ada nilainya sekiranya mengabaikan soal solat fardu. Maka yang
utama ialah solat fardu. Harap kita jangan lalai untuk mendirikan solat2 fardu
dan afdalnya solat secara berjemaah pada setiap waktu.
Seorang mufti semalam ada mengeluarkan kenyataan di akhbar supaya
tazkirah di adakan antara maghrib dan isyak atau selepas solat teraweh demi
untuk tidak mengganggu solat teraweh. Mufti itu juga menambah ini supaya
mengambil kira jemaah yang nak balik awal dan pelajar2 yang nak balik
mengulangkaji pelajaran. Tu dia solat teraweh is the 'Musang King' of Ramadan. Kemuncak dan simbol utama
amalan di bulan Ramadan.
Seorang kawan saya yang nampak zuhud dan alim bertanya saya,
“Penting ke tazkirah ni?” Saya dengan konfiden menjawab, “Ya sangat penting.” Dia agak skeptik mendengar jawaban itu.
Baginya tazkirah itu tidak penting dan mungkin mengganggu konsentrasi ibadah
solat sunat terawehnya.
Ada juga majlis2 agama negeri yang menetapkan solat teraweh 20 rakaat bagi setiap masjid dan surau di seluruh negeri yang mungkin salah satu hikmahnya ialah untuk mengelakkan sebolehnya tiada ruang lagi untuk slot diadakan program tazkirah kerana masa yang agak panjang sudah terpakai.
Soal tazkirah iaitu sesi peringatan yang diadakan di masjid
dan surau yang mengambil masa sekitar 20-30 minit itu, adalah tergolong dalam
kelompok majlis ilmu yang pada segi hukumnya menuntut ilmu itu wajib. Maka
sangat afdallah berada di majlis ilmu jika berbanding dengan amalan sunat yang
lain. Malah dinyatakan berada di majlis ilmu itu adalah lebih baik daraipada
mendirikan 1,000 rakaat solat sunat.
Sebagaimana hadis Abi Zarr RA
katanya ertinya: “Setiap permulaan seseorang yang mengajar ilmunya itu lebih mulia daripada
bersolat seribu rakaat, mengunjungi seribu orang sakit dan mengiringi seribu
jenazah.”
Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah
khazanah bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu
yang mendapatkan keredhaan dari Allah dan 4 golongan tersebut ialah:
1) Orang yang bertanya/belajar
2) Orang yang mengajar
3) Orang yang mendengar
4) Orang yang cinta orang yang berada dalam
majlis ilmu.
Jangan
kita jadi orang yang ke 5 iaitu benci kepada orang menuntut ilmu dan kepada
orang yang mengajar ilmu. Sangat keji orang yang merasa dirinya pandai dan
tidak mahu menuntut ilmu malah cuba pula menghalang orang lain dari mengadakan
dan menghadiri majlis ilmu. Seolah-olah suka pula orang ramai kekal dalam
kejahilan.
Terdapat banyak fadhilat-fadhilat
menuntut ilmu yang terlebih baik daripada beribadat sunat yang disabdakan oleh
Nabi SAW ertinya : “Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu tentang sesuatu bab, ia
lebih baik daripada kamu bersolat seratus rakaat.”
Kemudian Rasulullah SAW ditanya : Adakah ia (menuntut ilmu) lebih mulia daripada membaca Al-Quran dijawabnya : “Tidak manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.”
Sepertimana kata Imam Syafie RA bahawa menuntut ilmu itu terlebih baik daripada sembahyang sunat.
Dan Abu Darda’ juga telah berkata: “Demi Tuhanku, bahawasanya aku lebih suka belajar sesuatu ilmu itu berbanding daripada beribadat setiap malam (qiamullail).
Kemudian Rasulullah SAW ditanya : Adakah ia (menuntut ilmu) lebih mulia daripada membaca Al-Quran dijawabnya : “Tidak manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.”
Sepertimana kata Imam Syafie RA bahawa menuntut ilmu itu terlebih baik daripada sembahyang sunat.
Dan Abu Darda’ juga telah berkata: “Demi Tuhanku, bahawasanya aku lebih suka belajar sesuatu ilmu itu berbanding daripada beribadat setiap malam (qiamullail).
Dan Atta’ telah
berkata : Sesungguhnya perhimpunan orang yang duduk di dalam majlis ilmu itu iaitu
menghapuskan tujuh puluh perhimpunan majlis lagha (sia-sia).
Tazkirah yang di adakan di masjid dan surau di sepanjang Ramadan tidaklah mengganggu ibadah solat sunat teraweh kerana
ia di adakan samada sebelum solat teraweh, semasa berehat antara solat teraweh
atau setelah usai solat teraweh. Para jemaah nampak sangat relax, teruja dan
fokus. Apatah lagi bila dinaungi para malaikat yang sentiasa mendoakan agar
kita dirahmati dan diampuni. Walaupun ada juga segelintir yang terlelap dengan
kusyuk, namun itu adalah lebih baik dari
duduk menonton TV di rumah atau berada di majlis yang sia-sia.
Tazkirah diadakan pada tika itu ialah untuk
mengambil kesempatan menyampaikan ilmu dan peringatan kepada jemaah yang ramai hadir.
Saya ambil contoh di Masjid kami, pada kebiasaannya siri kuliah maghrib yang
diadakan mengundang jemaah sekitar 100 orang sahaja. Tapi di malam2 Ramadan ini
jumlah jemaah yang hadir mencapai 1,000 orang, maka ada pertambahan 900 orang
ahli jemaah muka2 baru. Maka itulah target kita untuk memberi peringatan dan
ilmu supaya mereka tahu dan tidak lagi kekal lalai dalam kejahilan. Dan yang
utama untuk mencetus minat meneruskan hadir di majlis2 ilmu di luar Ramadan
nanti.
Apa keburukannya di sini? Kecualilah orang
yang benci kepada orang
menuntut ilmu dan kepada orang yang mengajar ilmu iaitu kategori ke-5 seperti
yang dijelaskan di atas. Atau kelompok
manusia yang gemar kepada majlis yang lagha (sia-sia) berbanding dengan majlis2
yang bermanfaat mengajak manusia dekat kepada Allah. Sama2lah muhasabah diri
dan tanya iman apakah ikhlas untuk mengajak manusia taat kepada Allah atau
sebaliknya.
Saya mohon biarlah Masjid itu ada ruh dan suasana kemeriahan ibadah di bulan Ramadan. Jangan sekadar program mendirikan solat teraweh tanpa ruh dengan bacaan yang laju demi mengejar 20 rakaat dan kelompok jemaah mengilat dalam solat. Biar nampak tersergam indah sesebuah Masjid itu, tapi tanpa ruh ianya sekadar lesu dan tiada bermaya. Nampak gah tapi isinya menghampakan orang beriman.
Perkara
lain yang agak memesongkan masyarakat kita juga ialah soal buat open house
untuk raya dan memberi duit raya seolah-olah sudah jatuh hukum wajib. Yang
tersangat afdal sebenarnya ialah melakukan kebaikan di sepanjang bulan Ramadan
ini iaitu buatlah open house mengajak orang berbuka puasa atau bersahur yang
nilaian pahalanya masyaAllah beribu-ribu lemon.
Begitu
juga amalan bersedekah ini, bagilah duit raya itu di bulan Ramadan mungkin sehari
sebelum raya demi untuk meraih pahala bersedekah yang nilaiannya 700x ganda di
sepanjang Ramadan itu. Maka tidaklah kita buat sesuatu amalan itu dengan
sia-sia sahaja walaupun mengeluarkan belanja yang banyak. Jadilah manusia yang
bijaksana bukan sekadar bijaksini.
Sayugia
yang kita tahu 10 malam terakhir Ramadan itu adalah kemuncak limpahan rahmat
Allah untuk kita semua yang terkandung di dalamnya Lailatul Qadr yang terlebih
baik daripada 1,000 bulan. Maka dirikanlah solat hajat setiap malam mulai kini memohon
ke hadrat Allah dengan penuh ikhlas dan tawajjuh agar dipertemukan dengan
Lailatul Qadr bagi meraih segala anugerah-Nya itu.
Cepat
sungguh masa berlalu dan hari ini sudah 8 Ramadan. Hanya tinggal berbaki 22
hari lagi Ramadan tercinta ini. Ayuh bersedia membuat pecutan terakhir menuju
garis penamat. Semoga ada happy ending, bukan kecewa lagi macam biasa. Semoga
kita mendapat rahmat Allah, pengampunan atas segala dosa kita, dan kemuncaknya
ialah pembebasan daripada api neraka Allah dan mendapat pula redha Allah untuk
memasuki syurga-Nya. InsyaAllah.
@@@
No comments:
Post a Comment