Wednesday, September 21, 2011

Siapa Muallaf?

Siapa Muallaf? Kau atau aku? Lahir2 dah Islam, tapi ilmu & amal senipis kulit bawang. Atau orang yang baru masuk Islam, tapi ilmu & amalnya masyaAllah, hebat. Siap boleh berceramah menyampaikan mesej dakwah dan menyebarkan risalah Islam. Siapa Muallaf? Gelak gelak jugak.



Dalam agama Islam muallaf ditujukan dan dimaksudkan kepada panggilan bagi individu yang bukan Islam yang sedang berjinak-jinak dengan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau mereka yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Merujuk kepada Surah at-Taubah ayat 60 ada disebutkan bahawa para muallaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.


Kembali ke masa silam, golongan muallaf ini merupakan orang yang paling terpenting dalam mengembangkan agama Islam. Hal ini dapat dibuktikan dan dijelaskan melalui golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa raga mereka. Para sahabat generasi Rasulullah, semuanya Muallaf rupanya. Subhanallah.


Jadi tidak tepat untuk dipanggil muallaf pada golongan yang sudah lama memeluk Islam yang ilmu dan amalnya sudah mantap malah melebihi golongan yang beragama Islam sejak lahir. Dia muallaf atau aku yang muallaf?


Antara dilema para muallaf ialah soal pertukaran nama. Soal nama ini ialah soal identiti dan jatidiri. Sudah tentu saya tidak mahu nama saya sejak lahir ini di tukar kepada nama lain. Ia adalah identiti saya. Jika saya tidak mahu menukar nama, kenapa pula kita nak orang lain tukar nama? Jadi dari segi saikologinya, memang naluri mengatakan kekalkan nama yg ada itu.


Kebiasaan di Malaysia ialah, orang melayu selalunya beragama Islam. Maka terpahat diminda bila sebut saja nama melayu (yg kebetulannya iras nama2 arab) maka otomotik agamanya Islam. Berlainan pula dgn bangsa cina dan india di anggap bukan beragama Islam secara amnya. Jadi apabila seorang cina atau india muslim yg mengekalkan nama asal, tanggapan secara normalnya ialah bukan beragama Islam. Itulah hakikatnya.


Apabila mereka memakai nama arab (yg iras nama melayu tadi) maka first level bila orang mendengarnya maka secara nalurinya mereka beranggapan dia ini beragama Islam (atau muallaf). Ataupun mengekalkan nama keluarga (last name) dan ber bin/binti Abdullah. Identiti itu menjurus kpd dia ini beragama Islam.


Having said that, saya faham ketidakselesaan untuk menukar identiti diri tadi. Justru mengekalkan nama asal bagi saya tidak ada masalah, cumanya tanggapan awam ialah dia itu bukan beragama Islam, sehinggalah di beritahu bahawa dia ini sebenarnya beragama Islam. Yang penting ialah akidah dan takwa. Maka nama2 seperti Ann Wang Seng & Lim Jooi Soon tetap muslim, malah tergolong sebagai tokoh2 dakwah yang hebat masakini di tanahair kita.

Apatah lagi, jika saya ini berbangsa cina atau india, saya tidak mahu bertukar menjadi bangsa melayu. Salah faham dalam masyarakat di Malaysia ialah Islam itu Melayu & Melayu itu Islam. Hakikat sebenarnya melayu tidak semestinya Islam. Hakikatnya ialah Islam itu bukan mengikut bangsa. Islam itu untuk semua manusia tidak kira bangsa. Lebih teruk lagi apabila dikatakan masuk Islam itu ialah masuk Melayu. Ini adalah mitos yang perlu di perbetulkan.


Antara personaliti terkenal dunia yang beragama Islam termasuklah Frank Ribery, Mile Tyson, Nicolas Anelka, Zinedine Zidane, Mesut Ozil, Kolo Toure, Frederic Kanoute, Mehmed School, Muhammad Ali, dan Hakan Sukur.


Para da'ie dan pendakwah antarabangsa yang tidak jemu untuk muncul di kaca2 TV, di muatnaik ke video2 youtube, dan pelbagai platform dakwah dan forum2 ilmu termasuklah Dr Bilal Philips, Dr Sabeel Ahmad, Dr Zakir Naik, Nouman Ali Khan, Abdur Rahim Green, Hussain Yee, Siraj Wahhaj, Suhaib Webb, Taufique Chowdhury, Yaser Birjaz, Navaid Aziz, Kamal el-Mekki, Walee Besyoumi, Joshua Evans, Yasir Qahdi, Yusuf Estes, dan Ibrahim Zidan.


Islam kini merangkumi melebihi dari 1.57 billion iaitu 23% dari penduduk dunia mengikut statistik tahun 2009. Malah jumlah populasi muslim di Russia (12%) hampir menyamai populasi muslim di Malaysia (60%) iaitu sekitar 17 juta orang.


Penduduk yang beragama Islam di China ialah 21 juta (1.6%), India 161 juta (13%), Indonesia 203 juta (89%), Filipina 4.6 juta (5%), Thailand 4 juta (6%), Pakistan 174 juta (96%), Bangladesh 146 juta (89%), Iran 74 juta (99%), Iraq 31 juta (99%), dan Saudi Arabia 25 juta (97%).


Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di barat sekarang ini. Di USA terdapat 2.5 juta muslim (0.8%), UK 1.7 juta (2.7%), France 3.6 juta (6%), Germany 4 juta (4%), Kazakhstan 8.9 juta (56%), Kosovo 2 juta (90%), Kyrgzstan 4.7 juta (86%), Tajikistan 5.8 juta (84%), Turkmenistan 4.8 juta (93%), dan Uzbekistan 27 juta (96%).


Kita semua punyai tanggung jawab sebagai khalifah Allah untuk terus menyebar luaskan risalah Islam ke seluruh pelusuk. InsyaAllah agama Allah akan terus menerangi kegelapan di hati-hati manusia. Hidayah Allah akan sampai kepada insan2 terpilih dan muallaf sekelian. Amiin.


@@@

12 comments:

yushida03 said...

persoalan menarik. terkadang terasa malu sendiri bila mendengar Ustaz Farid Ravi mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran (sekadar contoh).

semoga dititipkan kesedaran ke dalam hati kita semua.

Unknown said...

kekadang kita merasai kekerdilan diri apabila tokoh-tokoh muallaf or saudara baru ini lebih mendalam ilmu agamanya berbanding kita yg menjadi islam secara automatik. spt yg yushida03 cakap, mmg malu menyerbu dlm hati apabila melihat ustaz farid ravi mengalunkan bacaan ayat suci al-quran.

School Of Tots said...

TQ yushida03. Agama yg diwarisi kekadang itu melekakan hinggakan beramal sekadar ikut-ikutan tanpa bersandar ilmu yg mantap. Semoga persepsi ini dpt diubah.

School Of Tots said...

TQ Jiwa Hamba. Pengajian dan pencarian ilmu mereka hadir dari pemburuan iman dan pengukuhan akidah. Hidayah Allah hadir pada jiwa2 yg ikhlas mendambakan redha-Nya.

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum sahabat.
Menarik seklai entry ni. izinkan saya share kt FB saya. paling saya tertarik dgn data-data umat islam terkini di Barat.

saya juga tertarik dgn frasa ni .... Antara dilema para muallaf ialah soal pertukaran nama. Soal nama ini ialah soal identiti dan jatidiri. Sudah tentu saya tidak mahu nama saya sejak lahir ini di tukar kepada nama lain.

Tentang perlukan saudara baru pernah saya tulis dalam entry saya yg boleh dirujuk di link ni.
http://www.bicaradariaku.com/2011/05/salah-faham-terhadap-takrif-nama-islam_22.html

School Of Tots said...

W'salam Shameel. Islam itu syumul untuk seluruh umat manusia. Islam itu sempurna. Yang tidak sempurna ialah penganutnya.

Ismi Ijmi said...

assalamualaikum.

iman senipis bawang.
akukah.

Ya Allah..ramai lagi muallaf yang perlu dibimbing, tingkatan nak dakwah non-muslim masih dalam bertatih.

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum.
Abah ada bercerita pengalaman keluar berdakwah ke negara jauh.

ada seorang cina muslim, tanya, kenapa panggil kami "cina" muallaf, sedangkan, Islam tersebar berpuluh tahun dahulu di china, baru ke nusantara,

patut kalau nak dikira muallaf, kamu lah yang muallaf(merujuk bangsa melayu-islam di nusantara)

wallahhualam.

School Of Tots said...

TQ Ismi Ijmi. Sama2 kita tingkatkan iman & taqwa.

School Of Tots said...

TQ ukhti.mardhiah, yg penting tahap ilmu, iman & amal. Kalau ianya masih senipis kulit bawang, maka layak bebenau la kita ni dipangiil muallaf, bukan mereka.

ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.
School Of Tots said...

TQ Umar Zakir Abdul Hamid. Anda pengunjung bertuah !! Kerana nikmat Allah yg tidak terhitung banyaknya.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...