Monday, September 05, 2011

Balik Kampung

Aku sekeluarga selamat tiba ke rumah sekitar 4 pagi tadi. Kami bertolak dari Rantau Panjang pada pukul 4 ptg. Aku cuba mengelak dari merugikan 3 jam terkandas di trafik jem pada laluan Machang-K.Krai.

Jadi tahun ini bertepatan pula dengan hajat anak2 untuk bershopping di Rantau Panjang, maka kami memilih untuk balik menggunakan laluan Jeli-Grik untuk pulang ke KL. Sudah 3 tahun kami tidak melalui laluan ini.

Alhamdulillah perjalanan yang lancar. Cuma kami rugi 30minit kerana tersesat tidak membelok ke kiri di simpang Grik untuk ke K.Kangsar sebaliknya menghala straight ke laluan arah Baling. Setelah 20km baru berpatah balik, jadi 15minit ke arah Baling dan 15minit masa untuk berpatah balik terpaksa dileburkan. Seperti biasa aku berhenti untuk tidur sekejap setiap kali mata ini terasa kuyu dan mengantuk. Tidak kurang dari 3 kali perhentian ini (agaknya 2 jam). Di campur dengan berhenti makan dan solat (hampir 1 jam). Maka jangkamasa 12 jam KB-KL itu agak normal bagiku, walaupun orang lain mengambil masa 8 jam sahaja. Biar lambat tapi selamat.

"Bila balik kampung?" atau "Tak balik kampung?" itulah soalan peberet menjelang raya tempoh hari. Bila aku menjawab, "Tak balik", maka si penanya akan agak terkedu dan memberi respon, "Raya sini? Mak ayah dah tak ada ke?"

Budaya balik kampung ini sudah sinonim setiap kali menjelang raya. Ia sudah jadi satu kemestian. Berpusu-pusu warga kota meninggalkan kotaraya menuju kampung halaman masing2. Yang berkuasa di kota ialah warga asing seperti warga Bangla dan warga Indon.



Jadi agak janggal pulak untuk tidak menyertai pesta balik kampung semasa musim cuti raya ini. Walaupun kami sudah pernah melakukan dua kali pada beberapa tahun dulu. Pada tahun ini niat untuk tidak balik kampung ini ialah kerana anak sulong aku terpaksa bekerja pada cuti Hari Raya menggantikan staf2 senior. Anak aku ini bekerja sebagai data entry staff dgn Tanjung Express (transporter for Tesco) sepanjang cuti 6 bulan dan akan masuk UIA Gombak pada 6/9/11. Jadi faham aku dia akan bekerja hingga 5/9/11, rupa2nya tarikh akhirnya ialah 1/9/11 (Hari Raya ke-3). Jadi pada last minute, aku mencadangkan untuk balik kampung pada malam itu sebaik saja anak aku habis shift kerjanya pada pukul 10 malam. Aku sekeluarga bertolak menuju Karak pada pukul 2 pagi. Kami sampai di KB sebelum solat Jumaat.



Pada musim raya ini budaya balik kampung sudah sebati dan untuk beraya di sini walaupun di rumah sendiri melahirkan keresahan dan kesyahduan. Malam raya aku bersama jemaah surau khariah taman perumahan ini bertakbir raya dari rumah ke rumah termasuklah rumah aku.



Sebenarnya semasa orang tua masih ada maka sangatlah afdal untuk kita beraya di kampung. Adalah 'sebab' untuk balik kampung. Apatah lagi musim raya ini adalah masa terbaik untuk berjumpa dan ziarah sanak saudara bagi mengeratkan silaturahim.


Kalau difikirkan bila orang tua sudah tiada nanti, maka mungkin agak payah juga untuk pulang ke kampung. Apatah lagi bila rumah pusaka sudah tiada, sudah dimiliki orang lain atau tidak didiami dan menunggu roboh. Rumah siapa nak ditumpangi?


Apabila kita tua nanti dan anak2 tidak pulang beraya ke rumah, bagaimana rasa agaknya?



@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...