Wednesday, September 14, 2011

Prof Kang Kong

Hari tu Prof Kang Kong ada cakap Malaysia tak pernah dijajah British cuma di 'naungi' je. Maka ramailah bising kata mereka, ape ke jadah kita dok perabih duit meraikan Hari Merdeka 31 Ogos setiap tahun tu? Merdeka dari siapa? Kalau bukan dari penjajah British ni. Pening gak ye budak2 tengah ambik UPSR.



Aku dengar kat radio Klasik Nasional pagi ni banyak jalan kat KL akan ditutup secara berperingkat untuk latihan raptai sambutan Hari Merdeka yang akan diadakan pada hari Jumaat 16 Sept ni di Dataran Merdeka. Pada 31 Ogos hari tu tak sempat buat sambutan sebab bertembung dengan Hari Raya, 2 Syawal.



Ni perayaan apa pulak ye? Kalau sempena Hari Kemerdekaan negara maka sahlah Prof Kang Kong sudah silap buat statement. Rupanya memang betullah kita dijajah dan dilapah British dulu...ish ish buat suspen aku je.




Jadi tak rugi le kerajaan Malaysia spend juta-juta ringgit duit rakyat selama 54 tahun ni untuk merayakan dan memeriahkan Hari Merdeka negara kita. Aku rasa elok jugak ditarik balik gelaran Prof si mamat tu, buat konpius rakyat marhain dan makcik2 felda je.



Tup tup dalam paper hari ni lak, TPM Muhyuddin merangkap menteri pelajaran ada cakap matapelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan dijadikan syarat baru wajib lulus bagi melayakkan calon SPM menerima sijil penuh. Siap nak bawa masuk cikgu dari UK lagi. Adus...aku dok expect matapelajaran Pengetahuan Agama Islam yang diwajibkan. Ni BI pulak yang naik...menyampah. Sedih dan hiba dalam dada pun ada.



Maka agak benarlah jiwa kita ini masih di rasuk penjajah. Penjajah dah 54 tahun belah dari bumi bertuah ini namun cara pemikiran dan idologi penjajah British masih tepu. Tidak sia-sia tarbiyyah dan usaha dakwah British semasa menjajah dulu. Sudahlah perlembagaan ikut acuan mereka dulu hingga kini.



Yang herannya negara2 maju dan separa-maju seperti Korea, Jepun, China, Taiwan, Thailand, Spain, Peranchis, Portugal, Itali, Argentina, Mexico, Brazil, Iran, Khazastan, Hindustan dan banyak lagi takde la pulak kisah gheti cakap orang puteh ke tak. Mereka balun cakap dalam bahasa ibunda je. Siap orang lain translate pulak lagi. Mereka bangga dengan bahasa mereka. Tapi kita di Malaysia ni cakap orang puteh berbelit-belit mengalahkan mat salleh...hebat hebat.



Dah la identiti bahasa melayu yang bertulisan jawi sudah pupus dan dipupuskan. Apa nak jadi ni? Merdeka ke kita? atau dijajahkah kita? Tolong jawab mai para intelek dan prof sekelian.



Aku lagi bangga kalau anak2 kita utuh akidah, kuat jatidiri, bagus akhlak, jaga aurat, peka solat, cinta ilmu dan ada wawasan akhirat, faham agama dan tahu semua kita punya ini milik Allah (tolong dengar lagu baru 'Semua Allah Punya' nyanyian Iwan Syahman). Menjadi professional alim yang faham agama dan kenal siapa Pencipta Alam dan seluruh isi langit dan bumi ini.



Maka janganlah pelik kalau isu rasuah, isu rogol, buang bayi, najis dadah, isu ragut, isu bunuh, isu menipu, isu cepat kaya, judi,rompak, CD lucah, pecah rumah, salah guna kuasa dan pengundi hantu memenuhi minda dan media. You ask for it bro !! Jiwa kacau.



Selagi manusia menganggap ajaran agama Islam sebagai picisan yang bukan kerangka mastermind cara hidup total 'the way of life' maka selagi itulah kita bertindak bijak inventing the wheel without real solution. We just beating around the bush. Rentikanlah jadi bodoh sombong tu. Jadilah jantan sebenar. Tackle the real issue for God sake.



Anak2 kita lara dan rusak oleh kerenah dunia kerana tiada lagi pendidikan agama yang mantap untuk dihayati dan dikuatkuasakan. Sekadar 2 sesi seminggu tak sampai 2 jam untuk subjek Agama yang tidak wajib pun lulus periksa yang diajar di sekolah menengah sekarang sangat TIDAK cukup untuk membentuk manusia baik dan insan kamil.



Mak bapak pula sibuk dan disibukkan oleh kerja siang malam pagi petang pun gagal mendidik dan memberi bimbingan agama. Pengaruh media, TV dan internet yang merajakan hiburan dan kebendaan telah membusukkan suasana. Para artis dan ahli sukan yang menjadi sebutan siang dan malam oleh remaja dan orang awam. Nama tokoh2 Islam dan para ilmuan tidak pernah masuk dalam ingatan apatah lagi untuk dijadikan ikutan.



Merdekakah kita bro? Atau sekadar pewaris penjajah laknatullah? Ripley's believe it or not? Lu PK la sendiri !!



@@@

6 comments:

yushida03 said...

LIKE (macam FB pulak. hehe)

tapi betul lah, esp tang subjek Pendidikan Islam tu.

School Of Tots said...

TQ yushida03. Usaha je lah setakat kemampuan kita untuk memperbaiki keadaan.

Cikli said...

depa pusing kata sambutan hari malaysia.

dulu cuti untuk 16 september bukan main lagi depa kutuk pr. sekarang nak hijack pulak.

School Of Tots said...

TQ Cikli. Reverse saikologi. Siakap senohong gelama ikan duri.

SURAIYA PAUZI said...

Selagi pemerintah terdiri daripada pencabul agama, selagi itulah Islam tidak tertegak di bumi Malaysia ini. Ayuh kita sama2 tumbangkan mereka pada PRU akan datang. ALLAHUAKBAR!

School Of Tots said...

TQ SURAIYA PAUZI. Seperti Pembentangan Usul 20 Al-Iman Hassan al-Bana, Usul pertama menyatakan dgn jelas bahawa Islam itu Syumul, merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah menguasai pemerintahan negara. Islam itu sesuai pada setiap tempat, masa & manusia. Teruskan perbincangan dan tindakan yg natijahnya amal, insyaAllah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...