"Iman, buat apa tu?" tanya saya pada anak bongsu yang sedang bersantai di ruang tamu. "Baca novel". Saya pun jenguk ke ruang tamu. "Eh, baca elok-elok, jangan rapat sangat dengan mata. Letak buku tu mengadap cahaya lampu. Jangan baca dalam samar begitu, nanti rusak mata. Jaga amanat Allah. Mata tu amanat Allah. Papa sekarang ni mata pun dah kabur." Isteri yang mendengar teguran saya itu tersenyum sendiri. Anak saya membetulkan novelnya dan meneruskan penghayatan tulisan di helaian novelnya.
Semasa saya membaca Al-Qur'an di ruang tamu sekembali dari surau selepas solat maghrib tadi, saya perasan pandangan mata saya kini agak kabur. Ayat2 Al-Qur'an yang tertera pada helaian di surah Yusuf itu terpaksa saya renung dengan tajam untuk dapat fokus supaya betul sebutan. Nikmat mata yang Allah berikan kepada saya untuk sekian lama mencecah 49 tahun, sudah mula di tarik balik. Kalau sebelum ini saya dapat membaca Al-Qur'an dengan lancar, tapi kini agak tersekat-sekat dan perlu diulang kerana pandangan objek yang agak 'out-of-focus'. Saya perlu memakai cermin mata agaknya.
Saya teringat satu ceramah oleh seorang ustaz, katanya "Allah sentiasa memberi peringatan kepada kita bahawa kematian semakin menghampiri dengan mematikan satu demi satu pacaindera dan anggota tubuh badan kita." Mata kita semakin hari semkain kabur, hingga satu hari daya lihat mungkin hilang terus. Rambut yang ada tumbuh subur atas kepala selama ini, kini sudah gugur hingga kepala kita makin sehari semakin botak. Telinga yang begitu peka selama ini pada setiap bunyi dan suara, tapi kini sudah kurang daya pendengaran dan mungkin suatu hari mati terus fungsi telinga dan jadi pekak.
Segala yang kita ada bukan milik kita tapi semuanya Allah yang punya. Segala yang kita ada hanyalah pinjaman, amanat Allah yang diberi sementara kepada kita. Anak kita itu bukan milik kita melainkan hanya amanat Allah kepada kita untuk dibelai dengan penuh kasih sayang dan di didik dengan penuh tanggung-jawab. Janganlah anak di dera, dibiarkan atau di buang kerana menggangap ia hak kita. Sedangkan semua milik Allah, tiada pun milik kita.
Nikmat makan juga turut berkurang. Apatah kalau sudah ditimpa pelbagai penyakit popular seperti kencing manis, darah tinggi dan ghout. Allah SWT menarik balik sedikit demi sedikit segala nikmat dan kemudahan yang Allah pinjamkan. Allah SWT mematikan satu demi satu nikmat dan amanat yang dikurniakan. Pada suatu masa manusia akan kembali seperti waktu dia bayi ketika belum mumayiz, kena pakai pampers. Berjalan kena dipimpin. Makan kena disuap.
Menyedari hakikat ini dan memahami kelemahan diri serta jelas akan kekuasaan Allah SWT pencipta manusia dan seluruh makhluk di alam semesta, maka kembalilah ke pangkal jalan. Menghayati agama dengan mencintai majlis2 ilmu. Dahaga menadah pengajian demi pengajian. Ilmu yang kita dapat dapat mengukuhkan amal ibadah. Ilmu yang wajar dikongsi dan kembang-kembangkan untuk menzahirkan umat yang hebat. Umat yang mengingati Allah.
Semua nikmat kita itu hak Allah belako. Bermula dengan sedar bahawa mata itu amanat Allah...
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
4 comments:
tuan, masih terkesan dengan lagu iwan syahman ni. semua Allah punya.
TQ Cikli. Saya dok cerita kat anak2, lahir dulu tak bwk apa2, mati nanti pun tak bwk apa2 kecuali amal ibadah. Semua yg ada, Allah punya...ish ish. Kita hamba-Nya yg lemah. Toksoh dok gedebe sangat la.
lagu Iwan sedap jugak, tapi ambo lagi terkesan lagu Rabbani dendangan arwah Asri.
Pilihan masing-masing :).
TQ yushida03. Yang penting mesejnya yg begitu jelas bahawa kita ini tidak punya apa2 sebenarnya. Semuanya Allah punya. Subhanallah.
Post a Comment