Friday, September 23, 2011

25 Syawal


Terpapar di kalender hari ini sudah 25 Syawal. Syawal cuma berbaki 5 hari. Di syarikat tempat saya bekerja, akan diadakan rumah terbuka raya untuk staf bermula pukul 3:00ptg nanti. So, tengahari ni bolehlah skip lunch.

Di taman perumahan saya, persatuan penduduk bersama dgn AJK surau menganjurkan rumah terbuka raya pada hari esok dari pukul 10:30pg hingga 1:00tgh. Sumbangan juadah 'potluck' dari para ahli khariah sangat dialu-alukan.

Semalam Alhamdulillah saya meraikan kemenangan 'hari raya' puasa 6 syawal. Semoga amalan puasa sunat saya diterima Allah SWT. Anak2 dan isteri saya masih belum habis dan nampak gayanya terpaksa meneruskan perjuangan hingga ke 30 Syawal...he he.

Pagi tadi sambil bersiap untuk ke ofis, terdengar bicara Ustaz Zahazan di radio IKIM, katanya apakah Syawal sudah menampakkan peningkatan amal kita sebagai kesenambungan dari tarbiyah madrasah Ramadan selama sebulan tempoh hari? Adakah kita masih istiqamah solat dhuha, solat tahajjud, mengaji al-Qur'an dan bersedekah? Janganlah kita kembali ke takuk lama. Sia-sia jadinya kursus intensif yang kita jalani kita di bulan Ramadan.

Tahap keimanan seseorang terus bergolak turun dan naik. Itu biasa. Kita manusia yang lemah. Namun kehebatan kita ialah bangkit kembali setiap kali tahap iman kita berada di bawah. Jangan terus membiarkan diri dalam kerugian.

Pada hujung minggu lepas, pada hari sabtunya sempat menghadiri beberapa jemputan rumah terbuka raya. Dan pada hari ahadnya pula giliran kami menerima tetamu. Isteri menyediakan juadah nasi dagang, kek coklat, kek carrot, aneka biskut raya dan snek, colek buah, bubur pulut hitam, makaroni sup dan air sirap. Persediaan yang dibuat dengan kunjungan ke pasar pada pagi itu beserta dengan penyediaan juadah pada 4 jam berikutnya, walaupun melalui pelbagai ujian seperti kehabisan bekalan gas, masih berjaya mencapai matlamat.

Tetamu pertama kami adalah 5 orang kawan sekolah anak kami Iman sampai ke muka pintu tepat pukul 3:00ptg. Memang menepati masa mereka ini. Diikuti dengan kawan Iman juga iaitu Izwin sekeluarga. Dua kelompok tetamu awal ini terpaksa relax di ruang tamu selama 20 minit menantikan juadah utama siap dan tuan rumah menyiapkan diri....he he.

Selepas itu program berjalan lancar, Alhamdulillah. Hujan lebat beserta ribut di sekitar pukul 4:00ptg membawa seribu rahmat. Tetamu pula bagai berjanji tiba secara bergilir-gilir, bukan serentak. Ini memberi ruang kepada tuan rumah untuk melayan mereka dengan terbaik. Juadah pula Alhamdulillah mencukupi. Kawan2 anak sulong kami Amir seramai 8 orang berkunjung dari kampus UIA Gombak. Mereka ini pandai membawa diri secara santai dan mendirikan solat berjemaah maghrib sebelum berangkat pulang.

Tetamu terakhir ialah sahabat saya Bakar sekeluarga dan anak2 saudara kami sekeluarga. Juadah di meja utama licin hingga ke titisan butiran nasi dagang yang terakhir. Tiada pembaziran. Allah SWT mempermudahkan kami. Walaupun pada pertengahan tadi saya kerisauan takut2 juadah keputusan bekalan. Risau takut2 tetamu pulang kehampaan atau masih tidak kekenyangan. Saya congak2kan 57 tetamu yang hadir. Walaupun niatnya pada tahun ini tidak dibuat 'rumah terbuka' secara skala besar seperti tahun lepas.

Esok hari sabtu kami akan berkunjung ke rumah terbuka taman perumahan kami. Isteri akan menyiapkan kek coklat dan agar2 merah sebagai sumbangan juadah 'potluck' kami.

Saya juga bercadang untuk mengikuti program majlis ilmu 3 hari berturut-turut yang diadakan di Masjid as-Salam bermula malam ini. Program ini ialah program Daurah Kitab bersama Ulamak tersohor iaitu Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari. Dua kitab yang terbabit ialah:

  1. Kitab Al-Aww'il Wa Al-Awaakhir Wa' Al-Assaanid (Kitab sanad dan ijazah karangan Syeikh Nuruddin)

  2. Kitab Al-Yaaquut An-Nafis Fi Mazhad Ibn Idris (Kitab fiqih karangan Al-HAbib Ahmad Bin UMar Asy-Syathin)

Program 3 hari bermula pada hari ini Jumaat 23/9/11 7:00ptg-9:00mlm, Sabtu 24/9/11 7:00pg-9:00mlm, dan Ahad 25/9/11 7:00pg-5:00ptg.

Tuan2 dan Puan2 yang berkelapangan adalah dijemput ke program ilmu yang julung2 kali diadakan ini. Semoga kita semua dilimpahi dengan taufik dan hidayah Allah, insyaAllah.

@@@

6 comments:

Nor said...

semoga usaha anda diberkati..dan diberi kesihatan yg baik utk mengikuti ilmu pelajaran yg berguna.

School Of Tots said...

TQ Nor. Menuntut ilmu hingga akhir hayat, insyaAllah.

Cikli said...

ingat mati, jangan dilupa kehidupan

School Of Tots said...

TQ Cikli. Kehidupan sementara penentu Kehidupan yg kekal.

shameel Iskandar said...

salam TOT.
Tahniah krn dapat melaksanakan ibadat puasa sunat 6 syawal dgn jayanya, moga Allah memberkati.

Bertuah anda sebab berpeluang mengutip mutiara ilmu daripada ulama tersohor Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari. moga Allah memberkati saudara.

School Of Tots said...

TQ shameel Iskandar. Teruskan bergantung harap pada Allah SWT.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...