Sunday, September 11, 2011

Burung Pipit dan Cicak Kubeng

"Ramai yg Islam pada nama je. Sebab mak bapak Islam, maka jadilah anaknya org Islam. Kat sekolah lak sekadar 2 sessi seminggu, tak sampai pun 2 jam belajar subjek agama. Itu pun sekadar subjek picisan bukan jadi wajib dlm periksa pmr atau spm. Pendidikan agama yg cetek ditambah lagi mak bapak pun lebih kurang jugak pendidikan agamanya maka lahirlah generasi manusia yg Islam sekadar pada nama, yg lainnya hancus. Agama jadi penting bila masa lahir, masa nak kawin, dan masa mati je...ish ish. Sama2lah kita mainkan peranan ye untuk membetulkan keadaan ini...sebagaimana burung pipit yg menggunakan paruhnya untuk mengangkut air bagi memadamkan api yang marak membakar Nabi Ibrahim." Itulah antara keluhan yang bermain di lubuk hati.


Saya setuju pada catatan di Laman Muhandis, katanya "Aku terfikirkan kisah seekor pipit yang tak jemu-jemu memunggah air dengan paruh kerdilnya. Dia berulang-alik berbuat begitu untuk memadamkan api yang sedang membakar tubuh Nabi Ibrahim. Si pipit berusaha membantu menyelamatkan orang yang mengajak manusia ke jalan kebenaran berdasarkan kemampuannya. Dia cuba memadamkan api walaupun tahu ianya tak akan berhasil. Namun kehendak Allah siapa yang tahu. Si pipit tidak mahu menjadi seperti cicak yang sedang galak meniup api yang sedang marak. Sebenarnya tidak terluak sedikit pun api dengan sebab tiupan cicak yang kurus kering macam cicak kubeng itu, namun perangai celaka makhluk ini cuba sedaya upaya membantu dan mengampu kekufuran Namrud. Sekaligus membantut usaha ke arah kebenaran." Maka pilihlah untuk menjadi si pipit yang faham agama atau si cicak pengkhianat umat.


Kekadang kita ini sering benar memandang rendah pada diri sendiri, "Aku tak berani tegur. Ya lah aku ni bukannya pandai sangat, kalau dah jadi ustaz tu lainlah." Masalahnya adakah kita berusaha ke arah nak menjadi ustaz? Tidak juga. Jadi memang tak ada harapan nak jadi ustaz. Maka gunalah ilmu dan kesedaran setakat mana yang ada itu untuk membetulkan kemungkaran di depan mata. Sekurang-kurangnya di hadapan Allah SWT, ada respon yang boleh diberikan apabila ditanya.


Di sebuah Taman Perumahan, ada satu petubuhan amal yang menyewa dua buah rumah sebagai tempat perlindungan untuk anak2 yatim. Sebuah rumah untuk anak2 lelaki dan sebuah lagi untuk anak2 perempuan berusia antara 12-17 tahun. Dalam perkiraan saya mungkin jumlah keseluruhannya dalam lingkungan 30 orang. Anak2 ini dikawal selia oleh seorang ustaz bersama isterinya. Tapi maklumlah budak2 ingin juga beriadah dan bermain-main. Kadang2 tu membuat bising hingga menggangu ketenteraman para penduduk sekeliling. Bagi saya pusat jagaan dan didikan seperti ini tidak sesuai diadakan bersebelahan dengan rumah kediaman. Saya sendiri pernah menegur Ustaz yang menyelia supaya dapat memperbetulkan keadaan, dan Alhamdulillah saya nampak mereka semakin terkawal.


Saya tabik spring kepada pertubuhan ini dan individu yang menggerakkannya kerana mengambil tanggung-jawab yang berat ini. Kalau tidak mereka siapa lagi? Mereka yang kedepan, sedangkan kita hanya berlepas tangan, memekak telinga dan memejam mata pada sebuah keperluan dan amanat yang besar itu.


Namun apa yang saya ingin kongsikan ialah sikap kita yang memandang serong dan seolah-olah sentiasa mencari kekurangan dan keburukan. Anak2 ini membuat bising, mereka berdua-duan lelaki dan perempuan atau ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan. Kita melihat perkara negatif tanpa cuba memahami keadaan atau memberi cadangan yang konstruktif bagi menyelesaikan masalah.


Anak2 ini dibawa ke pusat ini untuk dapat hidup senormal mungkin. Pertubuhan ini atas usaha gigih beberapa individu telah mengambil inisiatif fardu kifayah ini untuk bertanggung-jawab berperanan sebagai ibu-bapa untuk menjaga mereka. Bukan mudah untuk mendidik 30 orang anak. Kita yang ada 3 orang anak pun selalu pening kepala, inikan pula 30 orang.


Antara cadangan saya kepada ustaz penyelia tadi ialah untuk bergotong-royong membersihkan sebuah kawasan lapang di tepi bukit tidak jauh dari rumah mereka untuk dijadikan padang permainan supaya anak2 ini ada tempat untuk beriadah di masa lapang mereka. Setakat ini cadangan saya itu masih dipandang sepi.


Setiap kali saya mendengar alunan suara mereka berzikrullah dan berlatih nasyid di awal pagi, hati saya menjadi sayu. Anak2 kita pada ketika itu masih berdengkur di tempat tidur. Bezanya anak2 itu dengan anak2 yang diberi segala kemewahan duniawi. Anak2 kita lancar menghafal lagu2 top 40, sedangkan lidah anak2 yatim ini ringan menyebut nama Allah, dan menyanyikan lagu2 Islami. Siapa kita untuk mengutuk mereka ini?


Sebagai penduduk setempat dan ahli khariah kita juga kena ambil peduli dan memberi bantuan dan sokongan bagi meringankan bebanan pusat jagaan anak yatim ini. Sokongan dari segi moral dan kewangan. Cuba bayangkan banyak mana persediaan makanan mereka setiap hari. Pernahkah kita bertanya khabar? Atau membayar bil air dan bil api mereka? Mungkin mereka keputusan bekalan bahan makanan. Kalau ditakdirkan kita yang terpaksa menjaga anak2 yang sudah ketiadaan ibu dan bapa ini, sanggupkah kita?


Maka marilah kita muhasabah diri. Usahlah dipertikai kebajikan dan pengorbanan orang lain, tapi sama2 kita koreksi diri, apa yang aku sudah sumbangkan? Jadilah Burung Pipit yang punya maruah dan harga diri. Janganlan bertukar menjadi cicak kubeng yang meniupkan kebencian dan kemusnahan. Atau setidak2nya diam sajalah.


@@@

4 comments:

Cikli said...

tuan,

betul tu. baik diam kalau tak mampu sumbangkan apa-apa.

orang yang boleh menjaga anak orang lain yang yatim ini memang hebat.

School Of Tots said...

TQ Cikli kerana rajin memberi komen di blog SOT. Setiap kita ada peranan. Buatlah yg termampu.

Wan Sharif said...

Semuga Allah memilih kita untuk melakukan yang terbaik..

School Of Tots said...

TQ Wan Sharif. Semoga berbahagia di bulan Syawal ini.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...