Saturday, September 10, 2011

Mat Indera Yang Tak Ku Kenali

Aku ada seorang kawan masa zaman sekolah rendah 35 tahun dulu, namun lama sudah terputus hubungan. Namanya Indera Putera Bin Malik. Ayahnya bekerja dengan KTM di stesen Wakaf Bharu. Bila orang dok sibuk berbicara tentang Mat Indera, secara tak langsung aku teringat kawanku Indera Putera ini. Di mana agaknya dia kini?

Dulu kat radio aku suka ikuti slot "Hari Ini Dalam Sejarah". Aku yang buta sejarah sedikit sebanyak mendapat pelbagai fakta sejarah dalam slot ini. Di sekolah dulu pun aku ambik subjek Sejarah dan berjaya menghafal banyak fakta sejarah. Kalau tak silap aku dalam SRP aku dapat 'A' untuk subjek sejarah. Dalam SPM aku tak ambik Sejarah, tapi ambik Ilmu Alam (dapat 'A' dalam SPM).

Aku tidak mengenali Mat Indera sehinggalah namanya meletup 14 hari lalu hasil dari ucapan Mat Sabu di P.Pinang pada 27 Ogos 2011 dan di sensasikan di muka depan oleh Utusan Malaysia dan menjadi bahan berita di TV, Radio dan Internet.

Perihal Mat Indera ini, satu kajian ilmiah telah dihasilkan oleh Ayub @ Uiop Kassim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada 1973 bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem.” Ini adalah kajian untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera. Kajian itu bertujuan meneliti keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Ahmad yang turut dikenali sebagai “Mat Indera” dan peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Ia menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis. Di dalam kajian tersebut, pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama seperti berikut:

“Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya.”

Selain daripada itu, tambah beliau juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.

“Beliau menyatakan perumpamaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas,” katanya.

Mata-mata yang bertugas di rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 itu ialah di bawah British iaitu penjajah kita pada masa itu. Maka secara logiknya Mat Indera sebenarnya menyerang rumah pasong Bukit Kepong itu ialah menyerang dan menentang penjajah. Sebelum 31 Ogos 1957 Tanah Melayu di bawah jajahan British. Nampaknya Mat Indera ini pejuang kemerdekaan bukan pengkhianat negara. Mungkin Mat Indera berhaluan kiri, namun dia tetap pejuang kemerdekaan menentang penjajahan British.

Fakta sejarah mestilah jelas dan janganlah disogokkan dengan fakta sebelah pihak semata. Terdapat beberapa fasa dalam perjuangan menuntut kemerdekaan termasuklah secara bersenjata dan rundingan.

Nama penuh Mat Indera ialah Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.

Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.

Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh sesetengah golongan pemuda fanatik.


Sentimen yang dimainkan kini seolah-olah Mat Indera ialah ahli komunis & pembunuh polis. Tidak ditonjolkan sebagai penentang penjajah British atau tokoh agama. Sejarah dari perspektif yg berbeza. Mat Sabu berjaya dlm misinya. Rakyat ingin tahu dan akan ambil tahu. Tiada lagi budaya telan bulat2 apa orang cakap. Mat Sabu telah berjaya memecahkan ruyong membuka minda rakyat marhain untuk berfikir dan meneroka mencari kebenaran dalam kes Bukit Kepong khasnya dan kemerdekaan negara amnya.

Buku 'Pengukir Nama Johor' keluaran Yayasan Warisan Johor yang endoskan oleh MB Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan dari Johor yang berjasa.

Tokoh2 kemerdekaan negara rupanya bukan sekadar Tunku Abdul Rahman, Dato Onn, Tun HS Lee, Tun Sambathan, Tan Cheng Lock, sahaja tetapi pejuang2 seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Rosli Dhobi, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Hj Mohammad, Rentap, Mat Salleh, Datuk Bahaman, Datuk Kelana, Hj Abdul Rahman Limbong dan Dato Maharajalela. Usahlah dinafikan fakta sejarah dan berlaku adil lah untuk menyebarkan kebenaran.

Kemerdekaan sebenar ialah membebaskan diri dari memperhambakan diri sesama manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

@@@

6 comments:

Cikli said...

saya pula terkenang kepada indera putra mahyuddin.
dia pun masa berhijrah ke t-team diseranah pengkhianat oleh sesetengah peminat fanatik the red warriors. tak ingat dah masa dia jd hero the red warriors dulu.

apabila mat sabu pecahkan ruyung, barulah belek balik fakta sejarah.

tapi macam kebetulan pulak nama dia, INDERA putra MAHYUDDIN

mamadou said...

Assalamualaikum Saudara Hisham

Politik yang dikotori manusia; sanggup lakukan apa sahaja asalkan hasrat mereka tercapai. Malanglah rakyat yang terperdaya. Rugilah negara berkepimpinan seperti mereka.

School Of Tots said...

TQ Cikli. Al-Fatihah buat seluruh pejuang kemerdekaan yg menentang penjajah.

School Of Tots said...

TQ mamadou. Sumbangan seluruh pejuang kemerdekaan ini perlulah diiktiraf, bukan tokoh2 terpilih sahaja. Rakyat berhak tahu. Barulah sambutan kemerdekaan ini bermakna apabila dihayati secara petriotik oleh semua dan bendera negara akan dikibarkan dengan meriah dan menyeluruh tidak suram seperti sekarang setiap sambutan Hari Merdeka.

shameel Iskandar said...

mungkin ramai yg terluka hati dgn kenyatan Mat sabu, tapi setidak2nya kenyataan mat sabu telah mencelikkan mata rakyat ttg tokoh2 pejuang kemerdekaan yg dipadam dn dipendamkan namanya oleh pihak2 tertentu

School Of Tots said...

TQ shameel Iskandar sudi komen kat blog SOT. Sekurang2nya topik ini sudah membuka minda yg tertutup dan menjadi perbincangan umum. Kebenaran akan terserlah jua, InsyaAllah. Sebarang pembohongan juga akan tertonjol. Perancangan manusia hebat namun perancangan Allah lagi hebat dan mengatasi perancangan manusia. Tungguuuuuuu...

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...