Thursday, October 31, 2013

The Red Warriors - Bakal Juara?

Siapa Juara? Rekod lepas menunjukkan rekod 2-2-0 untuk kelebihan kepada TRW bila bertemu Tok Gajah (TG) di 4 kali bertembung sepanjang tahun 2013. Namun Final Piala Malaysia akan menyaksikan suasana dan aura yang berbeza. Tiada pasukan yang boleh mendabik dada atas dasar rekod lepas. Prestasi atas padang tika Final bakal menobatkan Juara sebenar.

21.09.2013
 Kelantan 
4-0
Pahang
20.08.2013
Pahang
1-1
Kelantan
25.06.2013
Kelantan
2-0
Pahang
23.02.2013
Pahang
2-2
Kelantan

Prestasi TRW pada tahun 2013 ini menampakkan daya juang yang melonjak dan memuncak pada suku terakhir 90 minit masa perlawanan. Contoh terbaik ialah pertemuan sengit separuh akhir kedua bertemu ATM di KB tempoh hari. The never die attitude dan kekal disiplin pada taktikal permainan termasuk counter attack berbisa banyak membantu dan menyumbang kepada prestasi baik TRW pada tahun ini terutamanya dalam kempen Piala Malaysia 2013.



Gol-gol yang dijaringkan TRW 70% berlaku selepas minit ke 65. Gol-gol di minit2 akhir perlawanan melebihi 50% dan TRW berjaya bertahan dan tidak melepaskan gol oleh pihak lawan melebihi 65% daripada jumlah perlawanan mereka setakat ini. TRW paling banyak menjaringkan gol pada durasi 15 minit terakhir iatu minit 76-90. 

Sebagai konklusi TRW adalah sebuah pasukan yang punyai work rate tinggi dan akan berjuang hingga saat terakhir permainan. Mungkin creativity barisan midfield dan combative line of strikers as well as national class goal keeper will keep them flying high sekali lagi.

Key players bagi TRW ialah Azizi Mat Rose untuk menahan asakan Matias Conti. Penguasaan Badhri Radzi mengatasi Hafiz Kamal di midfield. Dan tentunya Farisham Ismail untuk mengikat larian dan umpanan R.Gopinathan.

Apakah The Red Warriors bakal Juara Piala Malaysia 2013? Saya rasa YA. Saya letakkan peluang TRW muncul juara pada tahap 62%. Skor yang saya dambakan ialah TRW 3 - TG 1. Semoga Final kali ini memaparkan permainan terbaik dan bermutu tinggi serta menghiburkan.

@@@

2 comments:

strawim :) said...

Sentuhan Kelantan Banyak Kecundang
Walau Banyak Peluang Terhidang
Pemain Muda Pahang Mantop Berjuang
Kini Juara Baru Tahniah PAHANG.

School Of Tots said...

TQ strawim. Pahang bermain lebih baik dan deserve menjadi JUARA baru. Kelantan mungkin over confident. Padang basah memberi kelebihan kpd Pahang kerana pemain2 muda mereka bermain laju dan cepat membaca game.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...