Ia adalah sirah Nabi dalam genre novel. Sebuah penyampaian yang segar dan menarik saya untuk membacanya dengan minat hingga berjaya khatam dalam masa dua hari. Ini jarang berlaku tapi dengan buku ini ia telah berlaku. Ini menunjukkan buku setebal 167 mukasurat dengan 24 bab ini mencapai objektifnya dicipta iaitu supaya di baca oleh pembaca termasuklah saya dan supaya ilmunya sampai.
Pada sessi pembacaan ini ada beberapa ketika menjadikan saya begitu hiba hingga menitiskan airmata. Di sini saya ucap tahniah kepada pengarang yang berjaya menggambarkan suasana sirah Nabi ini pada tahap yang begitu hidup hingga mengundang penghayatan yang tidak berbelah bagi seolahnya kita turut berada di zaman Nabi melihat segalanya berlaku di depan mata.
Buku di baca pruf oleh Puan Suraiya Pauzi yang merupakan editor kanan di Galeri Ilmu yang bertanggung jawab membawa saya masuk ke dunia penulisan dengan buku karya pertama saya Ramadan Terakhir iaitu sebuah buku motivasi tarbiyah ruhani juga keluaran Galeri Ilmu.
Usai khatam buku Putera Lembah Bakkah 2 ini membuahkan satu semangat baru dalam diri dengan memahatkan azam di hati saya untuk juga berusha dan belajar bagi menghasilkan sebuah karya pada genre novel ini. Bagi saya genre novel punyai daya pemikat tersendiri bukan kepada pemabaca peringkat remaja semata tetapi juga kelompok pembaca dewasa juga.
Buku ini sarat dengan kisah yang dicoretkan merangkumi zaman muda Nabi tika membawa barang dagangan Khatijah binti Khuwalid dan pelbagai petanda awal kerasulan hinggalah kepada perkahwinan Baginda, kerasulan Baginda, usaha dakwah secara sembunyi, peringkat dakwah kepada ahli keluarga Baginda, dan seterusnya penentagan dan ancaman daripada kaum Quraish Mekah, serta dakwah terbuka Nabi kepada seluruh umat. Sirah Nabi yang menyayat hati dan penuh ranjau demi mebawa agama Allah kepada kita.
Di bab 24 menceritakan perihal tiga pembesar Quraish iaitu Abu Sufyan, Abu Jahal dan Akhnas bin Syarik secara senyap tiga malam berturut-turut penuh rahsia dalam gelap malam berada berdekatan rumah Nabi untuk mendengar ungkapan bacaan al-Qur'an. Mereka bertembung dalam kegelapan malam itu. Rupanya mereka ini membenci Nabi bak singa lapar pada luarannya tapi hakikatnya mereka sangat kagum dan mengakui kebenaran Nabi.
"Ayat-ayat yang dibacakan oleh Muhammad tadi cukup indah sekali. Terpesona aku dibuatnya," Akhmas memberi komen tanpa berselindung. "Gila kau! Jangan sampai engkau terpedaya dengan puisi gubahan anak saudara Abu Talib itu!" cepat Abu Jahal membentak. Tidak suka benar dia dengan kenyataan yang diucapkan oleh kawannya itu.

Info Bab 23 pada mukasurat 167 - Suatu ketika Nabi Muhammad SAW membacakan kepada orang ramai wahyu Allah yang baru diterimanya. Kebetulan seorang pemuka Quraish yang tersohor iaitu Al-Walid bin Al-Mughirah juga ada bersama dan mendengar ayat-ayat yang dibacakan itu,
"Diturunkan Kitab ini dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Yang mengampuni dosa dan menerima taubat lagi keras hukuman-Nya dan melimpah kurnia-Nya. Tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada Nya lah kembali (semua makhluk). Tidak ada yang membantah ayat-ayat Allah kecuali orang-orang yang kafir. Maka janganlah engkau tertipu oleh perbuatan mereka..." (Al-Mukmin:2-4)

Ayat ini mempengaruhi fikiran Al-Walid. Tidak ragu-ragu dia memuji, "Hari ini aku telah mendengar dari Muhammad suatu khutbah yang bukan dari jenis kata-kata manusia dan jin. Kata-katanya sangat indah dan mengandungi keindahan yang istimewa. Cabang-cabangnya dipenuhi buah sementara akarnya dipenuhi rahmat. Ia merupakan kalam paling hebat dan tidak ada yang dapat menandinginya." Menurut ulama', inilah pujian pertama manusia ke atas al-Qur'an.
@@@
No comments:
Post a Comment