Hati yang puas sudah diangkat pada akhir zaman ini. Justru manusia tidak pernah puas. Tidak pernah cukup dengan apa yang dia ada.
Zaman berjalan kaki rasa nak basikal, dah ada basikal rasa nak kapcai 50cc, pastu rasa nak EX5, pastu rasa nak upgrade 125cc pulak, pastu rasa nak kereta toyota KE30 pun jadilah, hujan tak basah. Kemudian rasa nak kancil, nak wira, nak inspira, nak exora, nak bmw, nak merc lampu bulat, nak brabus. Rasa memada terus lenyap terus berambus. Rasa memada sudah diangkat. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia ada.
Malam2 menangis, kalau bukan tiap2 malam pun menangislah kerana Allah sekali seminggu. Bukti kasih hamba pada Allah ialah dengan menyebut nama-Nya banyak-banyak. Antara rukun hamba ialah hati kena sentiasa redha, suka apa-apa yang datang daripada Allah. Dapat duit, Alhamdulillah. Hilang duit, pun Alhamdulillah.
Keluar masjid, kasut hilang. Alhamdulillah. Hilang yang lama adalah nikmat Allah supaya dapat yang baru. Setiap yang baru menerima binasa. Tengah pakai selipar, tali selipar putus. "Dah sampai masa," kata dia. Boleh terima hakikat. Terima kasih dapat yang baru (beli selipar baru). Maka hendaknya begitulah dapat terima hakikat bila hilang selipar kat masjid tadi.
Bila sakit, terima kasih ya Allah. Kenapa? Kerana bila sakit dapat ingat Tuhan, ingat solat, ingat ngaji Qr'an, ingat nak taubat, ingat diri lemah, diri hamba. Ibadah itu nikmat. Bila sihat, terima kasih ya Allah. Berniaga untung setiap bulan, tiba2 Allah uji rugi satu bulan. Terus tak kenal Allah. "Ini mesti mamat kedai sebelah ni hantar santau." Terus lupa bahawa itu ujian Allah kepada hamba-Nya.
Abdul Rahman Bin Auf bukak kedai pukul 11 tgh. Orang lain bukak kedai pukul 7 pagi. Tapi barang2 di kedai Abdul Rahman Bin Auf yang habis dulu. Orang pun naik heran. Rupanya dia berniaga dengan Allah dulu. Kita ini jauh daripada Allah. Itu masalahnya.
Apa makna memada? Maknanya cukup. Sifat mukmin ialah sentiasa bersyukur, Alhamdulillah. Kasihkan kamu akan Allah SWT. Kalau nak di fikir nikmat yang Allah bagi, menangis kita kerana terlalulah banyaknya hingga tidak terhitung lagi. Tidak putus-putus nikmat Allah. Allah tidak pernah lupa kita. tapi kita yang banyak lupa Allah. Tak nak mengaji. Tak nak tinggal dosa, Tak nak solat malam. Semua tak nak kerana tidak yakin pada Allah.
Allah tak ambil untung. Walau begitu banyak nikmat yang Dia bagi. Insaflah kita dan selalu berterima kasih kepada Allah. Lepas solat, terima kasih Allah atas anugerah Allah dapat saya solat maghrib pada hari ini di masjid, dapat pula berada di majlis ilmu, dapat pulang dan sampai ke rumah dengan selamat. Terima kasih Allah. Kerana ada orang tidak ada kesempatan untuk ke masjid. Tidak ada kelapangan untuk hadir ke majlis2 ilmu. Atau mati accident di tengah jalan, tidak sempat sampai ke rumah.
Selamat balik ke rumah. Alhamdulillah. Dapat musibah. Alhamdulillah. Tika di timpa musibah itu memberi ruang untuk nikmat fikir. Nasib baik Allah timpakan aku musibah ini. Kalau tidak mungkin aku ini masih lara dan alpa. Alhamdulillah.
Wajib kasih akan Allah. Agar kasih Allah akan kamu. Bila balik rumah badan penat, di sambut anak2 dan isteri, di picit2 badan supaya hilang lenguh. Bila masuk tidur semua lena, dia tidur kita tidur. Tidak ada yang peduli lagi, habis. Tapi Allah peduli. Tika kamu tidur terlentang lena tak ingat apa itu, tika betis boleh kejang atau salur nafas boleh tersumbat, Allah balik-balikkan badan kamu ke kiri dan ke kanan, mengereng dan meniarap. Tika makhluk lain hatta anak dan isteri tidak ambil peduli tapi kasih dan nikmat Allah berterusan tidak pernah putus menjaga kamu, kasih kamu.
Nak kasih Allah maka biar lebih aku kasih Allah. Yang kuat Allah, yang lemah aku. Yang hebat Allah, yang lemah aku. Dulukan kasih Allah. Masuk majlis ilmu di kuliah zohor, barulah lepas itu pergi makan. Ilmu dapat makan pun dapat. Lebihkan kasih Allah.
"Kita nak mengaji. Bukan nak baca kitab. Kalau nak baca dah lama habis." Itu antara kata2 mutiara yang di ungkapkan di akhir majlis ilmu oleh Ustaz Zahidi Abdullah di pertemuan malam tadi di Masjid as-Salam. Biarpun sedikit, tapi dari Allah in sha Allah berkat. Hamba sekadar usaha, yang beri itu Allah. Kalau ada yang di ganggu syaitan, sapulah minyak kasturi. Yang menyembuh itu Allah. Semua kehendak Allah. Usaha walaupun sekadar seteguk air puteh sahaja, kerana kudrat dan iradat itu milik Allah.
Allah yang berkuasa dan berkehendak. Kalau Allah nak, atas katil pun mati. Kalau Allah tak nak, accident pun tak mati. Usaha ini sekadar 5 % sahaja, 95% lagi Allah. Aku tidak ada apa-apa. Aku harap redha Allah. Tauhidnya di situ. Allah tidak melihat paras rupa tapi Allah melihat hati (Qalbu). Pengajian kitab Penawar Bagi Hati di tangguh ke bulan hadapan.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
2 comments:
Aku Hilang Pen
Rasa Kehilangan
Aku Kena Redha
Syukur Pada-Nya.
Post a Comment